Buah Apa?
Sejenis buah yang boleh dimakan. Selalu orang sebut pokoknya tetapi jarang dapat melihat buahnya. Rupanya seakan-akan buah limau tetapi ia tidak dipanggil limau. Limau, kulitnya boleh dikupas tetapi buah ini kulitnya seperti kulit epal. Ramai orang menyebut pokok "kipas" di atas ialah pokok pisang kaki. Sama ada secara kebetulan pokok itu disebut pokok pisang kaki (yang tidak merujuk kepada pokok untuk buah di bawah) atau sebenarnya bukan namanya atau kesilapan. Minta tolong sesiapa yang dapat menjelaskan. TK Siapa tahu buah apa seperti dalam gambar? Buah yang ditunjukkan ialah jenis yang diimport. Tidak pula diketahui adakah sama dengan jenis tempatan.