KKR1M
Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak di hadapan lebih 5,000 penduduk Hulu Langat pada 14 Julai 2012. Premis KKR1M itu terletak di Taman Lagenda Suria, Hulu Langat Selangor merupakan yang pertama seumpamanya dalam siri kedai kain 1Malaysia. Perdana Menteri berkata, tidak semua permohonan untuk menggunakan jenama 1Malaysia terutama bagi tujuan perniagaan dipersetujuinya kerana, perrmohonan perlu mematuhi kriteria yang ditetapkan. Yang penting, kedai 1Malaysia perlu mendahulukan rakyat, harga yang murah berbanding harga pasaran dan barang-barang yang dijualnya diperlukan oleh rakyat.