Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel surau desa mewah

Turapan Laman Surau

Imej
Merujuk entri penurapan laman Surau Taman Desa Mewah yang dipos pada 1 Mac 2011 di sini (klik)  sukacita diberitahu, kontraktor sedang giat melaksanakan kerja-kerja menurap halaman surau itu yang dibiayai oleh Implementation Coordination Unit (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Semua kerja penurapan dijangkan selesai  pada  minggu ini.  Surau Taman Desa Mewah. Gambar: Azley Kassim Projek penurapan bernilai RM30,000 itu diusahakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz. Ia telah diumumkan  oleh Datuk Johan pada 16 Januari 2011  ketika merasmikan Hari Keluarga dan Sukaneka taman itu.

Lawatan Pegawai ICU, JPM

Imej
Pegawai Implementation Coordination Unit (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menemui Pengerusi dan Imam Surau Taman Desa Mewah untuk  melaksanakan kerja-kerja menurap halaman surau bernilai RM30,000 yang diumumkan oleh ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz 16 Januari lepas. Di hadapan surau... pegawai ICU, dua dari kanan Sambung perbincangan di kedai mamak... Entri terdahulu yang berkaitan klik sini:

Berkhatan

Majlis berkhatan beramai-ramai untuk anak-anak kariyah Taman Desa Mewah, Semenyih akan diadakan pada 20 dan 21 November 2010. Ibu bapa yang ingin mengkhatankan anak-anak mereka akan diuruskan oleh pihak Surau Taman Desa Mewah dengan bayaran tertentu. Sekiranya berminat menyertai program tersebut, sila berhubung dengan AJK Surau yang berkenaan. Video di YouTube.com yang menunjukkan khatan cara tradisional. Video ini  dipaut dan dimuatnaik daripada  youtube.com dan bukan milik  laman blog ini. Kepada adik-adik, janganlah berasa takut untuk berkhatan. Adik dalam video di atas tidak pun menangis. Tidak sakit kerana Tok Mudim membaca doa terlebih dahulu. Namun, berkhatan yang dianjurkan oleh Surau Desa Mewah dilakukan di klinik perubatan, bukan cara tradisional. Manfaat berkhatan klik sini juga sini Berkhatan cara Tradisional