Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

pengalaman kali ketiga csert

Alhamdulillah hari nie dah masuk 20 hari berpantang. Syukur diberi kesihatan yang baik untuk saya dan baby. Risau juga memikirkan sebab kali ni berpantang sendiri di rumah. Mak datang hanya seminggu saja.
memang sejak awal mengandung selalu berdoa semoga kali ni dipermudahkan kelahiran, diberi kesihatan yang baik pada saya dan baby supaya mudah dijaga.



Kali ni saya memilih doc Fatimah di An nur Bangi untuk sambut kelahiran sebabnya sama doc semasa melahirkan Fahim.
Oleh kerana sudah dua kali csert jadi kandungan ketiga juga csert.  Jadinya doc Fatimah di Annur Bangi sudah menetapkan tarikh 6 July untuk bersalin iaitu awal 38 minggu. Walaupun saya mengharapkan agar dapat bersalin pada 10 July sempena birthday saya tapi mana mungkin kan. Sebabnya saya tidak pernah sampai sehingga 38 minggu. Paling awal 36 minggu dan paling lewat awal 37 minggu.



Pada minggu-minggu terakhir mmg  terasa rahim ke bawah. nak berjalan pun rasa penat sangat dan termengah-mengah, hingga terpaksa pegang perut. Tapi gagah juga hantar kakak ke ke sekolah. Selain tu berdoa semoga sempatlah sampai 6 julai (tapi sebenarnya dalam doa-doa harian saya...saya berdoa agar dapat merasai kesakitan bersalin kerana tak  sanggup untuk masuk ke OT tanpa rasa sakit. Tak dapat nak bayangkan macam mana kalau masuk OT dan terus dibedah..ngeri juga..).


4 Julai rahim dah semakin ke bawah. Rasa nak pitam pun ada juga bila berdiri terlalu lama. Tapi tetap hantar kakak ke sekolah dan makan di kedai bersama Fahim. Tengah hari seperti biasa ambil kakak di sekolah seperti biasa  tanya anak-anak nak makan apa? Hari tu dia org request nak makan Pizza. So pergilah Dominos Pizza dan makan di rumah saja. Banyak juga saya makan walaupun sebenarnya bukannya penggemar pizza sangat.

Sambil tu telefon mak di kampung, dan sempat menghantar SMS dengan kakak dan ipar duai mengenai tarikh bersalin pada 6 Julai ni.


Dalam jam 6 petang  perut rasa tak selesa mcm nak buang air besar..."aihh sudah mula rasa tak sedap hati.'. Lepas tu mula rasa sakit tapi datang dlm setengah jam gitu. Biarkan saja malas nak layan sebabnya masih mengharap agar belum bersalin lagi. Tambah pula bila malam tu adalah malam Nisfu Syaaban jadi memang  berharap sangat agar dapat membaca Surah Yassin 3 kali.

Tapi semakin lama sakit semakin kerap drp 30 minit jadi 15 minit. Terus SMS husband ...dan dia cepat2 balik ke rumah. Masa tu dah jam 7 malam. Sakit semakin kerap. Tapi gagah juga solat dan baca Yassin. Tapi hanya sempat sekali saja...terus ajak husband ke hospital sebab memang dah tak tahan sakit.

Sampai saja di hospital urus apa yg patut, masuk labour room untuk cek contraction. memang contraction makin kuat dan kerap. Terus dia org call doc Fatimah malangnya dia balik kampung sebab mak dia masuk ICU dan penggantinya doc Khamsiah. tak kisah pun doc mana janji semuanya selamat.
Lebih kurang 30 minit menunggu barulah dibawa masuk OT,  dan selamat bersalin pada jam 10.13 malam. Semuanya cepat dan pantas. Untuk mengelak rasa sakit sebab yang ni csert yg ketiga..lepas saja baby dikeluarkan dan sempat tgk jantina dan wajah baby terus saya tak sedar. Sedar saja dah ada dalam bilik rasanya masa tu dah jam 11.30 malam.

Terus tanya nurse kenapa tak sedar sebabnya masa csert kali pertama dan kedua mmg sedar sampai ler masuk bilik. Menurut kata nurse doc bg ubat tidur sebab takut kali ni kesakitan lebih sikit berbanding dulu maklumlah kali ketiga.

Tapi Alhamdulillah sebaik saja ubat bius habis mmg tak rasa sakit langsung seperti mana bersalin kali pertama dan kedua. Malah boleh bangun menyusu baby pagi esoknya dan selepas dicabut wayar kencing terus boleh bangun sendiri ke bilik air. Terus saya bg tahu doc mengenai  perbezaan csert kali nie. Menurut kata doc pembedahan hari tu berjalan lancar, cepat dan senang tanpa sebarang komplikasi. Malah parut di dalam juga dalam keadaan baik..Alhamdulillah...Tuhan mendengar doa saya..syukur sangat kerana diberi kemudahan, kesihatan, yang baik sepanjang mengandung dan bersalin. 

Memang rasa sangat ajaib..macam tak percaya pun ada...sebabnya dipermudahkan semuanya tanpa perlu melalui kesakitan baik ketika dibedah dan selepas dibedah. bagi sesiapa yang pernah merasa bersalin csert pasti merasai bagaimana denyutan di bahagian bedah sepanjang minggu pertama. memang sukar untuk bangun, berjalan apatah lagi.

Tapi kali ni sangat berbeza... syukur alhamdulillah. Baby juga sihat dan tidak kena jaundis. Itulah yang saya harapkan.


Semoga terus diberi kesihatan yang baik ya Allah untuk menempuh tempoh berpantang nie. Dengan dua anak di rumah, memasak untuk diri sendiri dan anak-anak, mengemas rumah, basuh baju, semoga saya terus sihat untuk melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan anak-anak.

p/s: Kata kawan baik saya di kampung, "yerlah ko bersalin malam Nisfu Syaaban buka buku baru dosa dah tak ada sebab tu ler senang dan tak sakit,"...hahhaha saya hanya ketawa...apa-apa pun org kata mengandung, bersalin, susah atau senang semuanya bahagian masing-masing. Alhamdulillah...kali ni bahagian saya dipermudahkan oleh Allah. Syukur...

Saturday, May 5, 2012

Teringin makan

Kali ni cerita mengenai makanan pula yer. Masa mengandung kalau teringin nak makan terus laju jer pergi cari. Laju tu bukan maknanya kalau teringin time kerja terus jer pergi cari tak juga..biasanya masa asgment akan digunakan untuk mencari makanan yang teringin dimakan. Antaranya...

Saya memang suka dengan pancake durian ni yang dijual di MidValley ni. Dua minggu lepas dua kali ada asgment di Midvalley apa lagi terus jer saya dapatkan. Jangan tak tahu boleh habiskan 6 ketul pancake durian ni sorang saja hehhehe.


Ni pula masa asgment di Maju Junction, tekak teringin dengan side dishes Kenny Rogers sebenarnya tapi takkan nak ambil side dishes saja jadinya kenalah ambil 1/4 quater meal. Dah lama tak makan ayam boleh lah makan walaupun hanya dapat habiskan separuh saja tapi yg lain mmg licin.

Yang kat bawah ni pula ada sanwic Subway memang dah lama teringin sejak 2 bulan lepas rasanya tapi tak berkesempatan nak makan sebabnya hanya ada di Midvalley dan bangsar. Kalau Bangsar tu mmg susah nak cari parking. Jadi bila ada peluang ke MidValley masa ada asgment apa lagi terus laju jer menuju ke Subway dan order. Lega dan puas bila dapat makan.

Thursday, March 15, 2012

check up 5 bulan ..

Semalam pergi check up untuk 5 bulan. Rasanya sekejap jer dah 5 bulan masa scan sebenarnya dah pun 22 minggu maknanya dah 5 bulan lebih. Semalam juga buat suntikan pertama.


Aku suka dengan Dr Huda ( anak kepada Datuk Harun Din) ni sebab bagi penerangan yg jelas setiap satu diberi penerangan terperinci. Walaupun kita tak tanya. Patutlah setiap seorang pesakit tu sangat lama ketika berjumpa dengannya. Hampir satu jam lebih juga menunggu baru sampai giliran.
Semalam semuanya ok tekanan darah, urine, perkembangan baby, tumbesaran, berat baby semuanya berada dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulillah..cumanya plasenta masih di bawah tapi menurut kata doc ia perkara biasa mungkin apabila kandungan meningkat 28 minggu ke atas uri akan turut naik.
Juga berbincang dengan doc mengenai cara kelahiran kali ini, kemungkinan besar akan di c-sert juga. Tak apalah janji selamat sudah semuanya..Amin.