Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Friday, October 1, 2010

open house BPSB...oohh kenangan itu..

Tempat: Berita Publishing Sdn Bhd
Tarikh: 28 September 2010
Masa: 4-7 malam
Selasa lepas ada jamuan hari raya di pejabat tempat lama aku bekerja iaitu Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB). Jemputan dibuat seminggu lebih awal. Memang sudah bercadang akan menghadirkan diri. Maklumlah masa nilah dapat jumpa semula semua kawan-kawan kat situ terutama team Jelita.
Hari tu ada dua asgnment 10 pagi di Shah Alam perasmian Jakel terbesar Shah Alam, then terus ke Danau Kota Setapak untuk shoting baju pengantin. Mujur segalanya berjalan lancar, jam 4.30 penggambaran selesai dan jam 5 aku terus gerak dari setapak mencari jalan sesuai mengelak jam. Terus menuju ke Akleh dan keluar ikut smart. Wah kagum pd diri sendiri jam 6 ptg terus sampai BPSB.
ohh kredit untuk pixwoman puan Jamak aton atas ihsan gambar yang aku cilok drp FB nya mohon permisi ya cin Aton. Jgn saman gue...hhehehhe




Lili, antara kenalan yang rapat di BP. berkongsi kisah selepas ramai teman bertukar kerja di tempat lain. Kini sudah bergelar isteri orang..maaf ya Li tidak dapat berkongsi kegembiraan pada majlis perkahwinan ko...



Antara menu petang itu..satey..


Bersama team Jelita..dr kanan kak Azeda (org kuat Jelita), kak Ema editor Jelita, Mizie make up artis, dan paling kiri Vee juga make up artist. Dr belakang kanan Anis Mastura dan Hazirah...



Lagi sekali bergambar bukan senang nak berkumpul begini...sejak aku berpindah tempat kerja inilah baru bersua muka dengan Mizie dan Vee. Dua orang make up artist yang sentiasa membantu meringankan kerja-kerja aku. Sentuhan tangan mereka....hasilnya sangat memukau.



Bergambar bersama dua orang bekas editor Jelita Kak Ana yang kini bertugas di agensi travel (paling kanan) dan kak Wan Sabariah (dua dr kiri) yang kini menjadi orang kuat TV9. Aku sempat bekerja di bawah kak Wan selama setahun ketika majalah I-Remaja masih ada. Di tengah adalah Pengurus Besar BPSB Pn. Zaini Zainuddin.




Gambar lagi....tambahan..Fred, Ina dan Kak Zurin dan paling kanan ialah Aton..sahabat paling rapat di BP tapi masing-masing sudah berpindah tempat kerja. Bila ada masa terluang BP menjadi puncak tempat pertemuan kami.


Majlis tamat jam 7 petang..tapi jam 9 malam baru gerak balik ke rumah.
Dah alang-alang bersua muka, tidak sedar, eehhh dah jam 9 malam...barulah bergegas pulang bersama cik Aton.
Bukan selalu dapat bertemu mereka, cuma di majlis begini saja masanya lebih panjang.
Di sinilah tempat aku bekerja selepas setahun menamatkan pengajian di USM. Hampir 8 tahun bertugas di sini, terlalu banyak kenangan manis, masam, masin dan pahit...drp bujang, berkahwin dan berkeluarga beranak dua...cuma jodohnya tidak panjang dan aku akur untuk merubah kehidupan harus berubah drp sesuatu yang lebih bagus dan rezeki ada di sana..Alhamdulillan.
walaupun bertugas di tempat lain namun kami masih berkongsi cerita ...manisnya saat-saat sekarang.

Thursday, May 20, 2010

iklanlah sangat...

Tak ada aktiviti waktu malam godek laptop terjumpalah gambar-gambar lama ni, masa asgment kat Desaru, baru juga pun bulan 11 tahun lepas.
Apa yang menariknya???? lepas dah habis asgment masing-masing berangan nak bergambo ala-ala iklan TV hhahhahha MOTIF????
Disebabkan photografer melayan..makanya jadilah gambo-gambo seperti di bawahnya..i like katanya....




Ni ala-ala iklan KOTEX model remaja TUA. Nasib baik semua pompuan..

Ni iklan pembukaan Universiti baru. Boleh??? belasah jerlah

Ni happy sokmo. Iklan colgate, iklan deodorant, pewangi..yang happy-happy jer.


Keh..keh..keh..seni sangatkan pokok tu. Model-modelnya pun seni juga.



Ni pun sama juga...iklan happy bebaskan dirimu ..tajuk iklannya.
yang penting sejak dah jadi remaja senior ni..diulangi senior yer bukan remaja tua..dah lama tak bergambo gini (itu yang sekali dpt bergambar gini..LUPA DIRI jap) Dulu zaman-zaman sekolah dengan universiti memang giler bergambar, sekali jer flash...zas ..muka tetap ada di mana-mana, dengan posing tak hengat. Bila tengok album lama AKUKAH INI????.. Tapi sekarang kalau bergambar kena maintain cam kumpulan nasyid pulak hahhahhaa. Sopan gitu almaklumlah dan beranak dua kenalah pose ala ibu-ibu gitu.

Tuesday, April 27, 2010

abah...

Entry yang aku petik drp blog friendster bertarikh 27 Oktober 2007:

ABAH lelaki paling aku hormati dan kagumi. Kini usinya hampir melewati penghujung 60-an. Tetapi kudratnya masih kuat boleh lagi ke sawah membawa mesin membajak dan meracun rumput. Kata abah, bosan di rumah jika tidak melakukan semua kerja-kerja itu dia pasti demam. Begitulah aktiviti abah setiap hari mengerjakan sawahnya yang entah berapa ekar.
Abah lebih pendiam berbanding mak, namun dia tegas jika ada tidak berkenan pada pandangannya abah akan berterus terang. Walaupun air mukanya tampak garang namun abah berjiwa lembut dan mudah diajak berbincang. Kini melewati hari-hari tua, abah semakin rapat dengan anak dan cucu-cucunya.
Aktiviti hariannya setiap hari ke masjid mendengar ceramah agama dan mengajar agama kepada jemaah masjid selepas solat maghrib. Dahulu selepas solat maghrib berjamaah abah akan membacakan kitab kepada anak-anaknya. Malam jumaat kami akan membacakan Yasin beramai-ramai diikuti tazkirah.
Sekarang baru aku sedar apa yang abah lakukan memang berkesan sehingga sekarang. Mungkin tidak pada yang lain tetapi berkesan pada aku. Antaranya semakin bertambah usia, keakraban kami adik beradik semakin erat, mungkin berkat bacaan Yasin bersama.
Sudah 3 kali abah menunaikan haji dan hampir 7 kali menunaikan umrah. Tahun ini sekali lagi abah bercita-cita menunaikan umrah bersama mak pada Mei nanti. Setiap kali itu juga hati anak-anak berdetik banyaknya duit abah dan seronokkah abah di sana sehingga pergi setiap tahun? Bukan anak-anak yang memberi duit tetapi duit simpanan abah sendiri. Ya kami bukannya orang senang. Abah hanya mengerjakan sawah padi membesarkan anak-anak seramai 9 orang namun dia mampu hidup senang walaupun tidak kaya.
2 tahun lepas ketika sambutan hari raya aidilfitri kami semua adik beradik seramai 9 orang bersama 3 kakak ipar, 3 abang ipar dan anak buah seramai 17 orang berkumpul bersama. Selepas menunaikan sembahyang maghrib berjamaah abah adakan tazkirah dengan anak-anak. Ini kali pertama abah adakah tazkirah yang aku kira sangat menyentuh hati.
Banyak yang abah perkatakan terutama nasihat kepada anak-anak. Kata abah jangan sesekali tinggal sembahyang kerana sembahyang tiang agama. Gaji setinggi mana sekali pun jika tidak sembahyang pasti hidup tidak berkat. Gaji yang sedikit akan cukup sekiranya bersembahyang lima waktu. Walau sesibuk mana apabila waktu sembahyang tinggalkan semua kerja dan sembahyang.
Kata abah lagi jika dia meninggal dia mahu semua anak-anak lelaki memandi, mengkafan dan menyembahyangkan jenazahnya. Begitu juga mengimamkan jenazah sebaiknya dilakukan oleh abang long ( abang iparku). Jangan sesekali bergaduh adik-beradik, bermuafakat dan tidak berpecah belah.
Kata abah lagi jika dia yang hanya membanting tulang di sawah boleh mengerjakan haji 3 kali dan umrah entah berapa kali dia mahu anak-anaknya lebih daripada itu.
Sungguh sayu kata-kata abah. Aku dan adik beradik lain hampir menitiskan air mata.
Tetapi kenapa abah berkata begitu? Ketika itu aku terfikir sudah sampaikah masa abah pergi meninggalkan anak-anak? Aku belum puas lagi bersama abah. Doaku semoga Tuhan memanjangkan usia abah dan mak dan terus memberikan kesihatan yang baik kepada mereka berdua supaya mereka boleh menunaikan ibadat kepadaMU. AMIN.
Alhamdulilah doaku dimakbulkan selepas dua tahun abah masih sihat dan mampu menunaikan umrah untuk kali kelapan. Aku tahu di sebalik kepergiaannya ke Mekah hampir setiap tahun dia mengharapkan sesuatu. Tiap kali pergi abah akan berkata “MANALAH TAU KOT-KOT NANTI MENINGGAL DI SANA”
Aku terkedu mendengar kata-kata abah. Doaku dalam hati moga Tuhan masih memberikan nafas untuk abah bersama anak-anak. Nasihat abah masih belum cukup begitu juga azimatnya kepada anak-anak sebagai bekalan meneruskan kehidupan masih kami perlukan. Aku sangat menyayangi abah dan mak. Tiap kali selepas sembahyang aku berdoa moga Tuhan memberikan kesihatan yang baik, memanjangkan usia dan memberikan rezeki yang lebih kepada mereka supaya mereka dapat berkunjung ke tempat suci-Mu setiap tahun. Kepada abah, Haji Sahib Haji Abas dan mak, Hajjah Hasiah Man, semoga terus sihat kerana kami sangat sayangkan kalian berdua.


________________________________________________________
Entry hari ni bertarikh 27 April 2010:

Tahun ini 2010, abah pada usia 76 tahun, bersama mak sekali lagi selamat menunaikan umrah bersama kak long dan abang long.
Namun tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kesihatan abah tidak mengizinkan. 2 hari sebelum pulang dia diserang lelah, demam serta batuk yang teruk. Kesian...ketika mencium tangan abah melihat nafasnya turun naik, sukar sekali dia bernafas sehingga menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Akibatnya pada malam itu juga dia dimasukkan ke wad Hospital Selayang untuk rawatan selanjutnya.
kami semua adik beradik berkumpul, kecuali keluarga abang Mie dan adik di Sarawak namun nama mereka tiap kali disebut2 abah terutama adik yg masih belum mendirikan rumahtangga. Nampak sangat dia risau sehingga teringat2 ketika menunaikan umrah. Cepat-cepat la naik pelamin...dik doa kami semua.
kali ini lain sekali sakitnya..biasanya jika lelah menyerang hanya sekali atau dua kali sedut gas lelahnya akan hilang ini memaksa doktor mengambil darah berkali-kali untuk mengesan sama ada terdapat virus lain atau tidak. abah juga sering bercakap yang bukan-bukan, terutama soal mati, malah dia sendiri meminta aku dan suami menghantarnya pulang ke kampung selepas keluar hospital kerana ingin merasa menaiki kereta baru. ya semua keinginan abah kami tunaikan.
Aku lihat keakraban kami adik beradik jg sangat rapat dan semakin rapat. Tanpa mengira anak menantu masing-masing bersatu hati menjaga abah. Semoga keakraban ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Semalam ketika melawat, lelahnya sudah semakin kurang cuma batuknya sahaja masih ada. Mungkin esok atau lusa mungkin abah dibenarkan pulang. Doa kami semoga abah diberi usia yang panjang untuk terus beribadat kepadaMU dan semoga dia diberi kesihatan yang baik. AMIN...



Friday, January 8, 2010

Family day 2010

Ini gambar Family Day 2008 di teluk Batik, Lumut Perak



Dua tahun lepas pada Tahun Baru China 2008, aku dan keluarga mengadakan Family Day atau family gathering di teluk Batik Perak. memang seronok sebabnya itulah kali pertama kami bercuti dan berkumpul bersama keluarga hampir 33 orang rasanya. Masa tu tinggal kat chalet sahaja. Buatlah aktiviti untuk budak-budak dan untuk bapak-bapak. Dapatlah hadiah yang tak seberapa. Tiap family kena bawa 1 hamper dan kami bertukar-tukar hamper.


tahun 2009, cadangnya memang nak buat juga tapi ada 2 orang anak buah yang ambil SPM, memang tak sempat nak plan apa-apa. Jadinya memang tak ada family day dan duit-duit yang dikumpul sepanjang 2 tahun ni dibawa ke tahun 2010 lah yeeaahaaa...Oh ya kami adakan sistem tabung untuk keluara. Setiap keluarga diminta bayar RM20 jer sebulan. jadi adalah bendahari yang pegang duit tuh. Duit ni memang dikumpul untuk buat family day..


hamper pada 2 tahun lepas

tahun 2010 , pada tahun Baru China nanti 13-15 februari depan, family day kami akan diadakan di Port Dickson negeri sembilan. Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga.
Aktiviti belum plan lagi dengan AJK acara.
Mungkin macam tahun lepas jugak kot yang mesti ada kena bawa hamper tiap keluarga dengan BBQ itu wajib.
kalau dua tahun lepas aku mengandung Fahim 4 bulan tahun ni dah bawa dua anak..ahli keluarga pun dah bertambah drp 33 dah jadi 35 orang.
harap-harap plan Family day ni dapat dijalankan dengan jayanya dan gembira. Amin

Friday, January 1, 2010

selamat tahun baru

Entry baru pemula hari dan tahun baru 010110. Wah cantik sekali angka tu.
Sekejap jer masa berlalu sedar tak sedar sudah berada pada tahun 2010. Bermakna usia semakin meningkat bertambah setahun lagi..kata orang usia tidak mencerminkan apa-apa asal hati sentiasa muda. Ehmm..aku tidak mahu berpegang dengan kata-kata itu kerana pertambahan usia bermakna kita harus melihat ke belakang apa yang telah kita lakukan dan telah dicapai sepanjang tahun 2009. Alhamdulillah Tuhan masih memberi peluang meneruskan hidup..

Tahun 2009 banyak kenangan pahit dan manis terutama dalam kerjaya.
Tahun majalah kesayangan aku ditutup pada April 2009, kemudian aku ke bahagian buku sempat selama 2 bulan sahaja kemudian tercampak lagi ke department Jelita dan sempat bersama jelita lima bulan sahaja.

Penutup tirai 2009 cukup membanggakan dan mengembirakan aku.
apa yang aku impikan tercapai juga. Terima kasih Tuhan. Orang kata berkat kesabaran menunggu sekian lama...
Bertugas di tempat baru, syarikat baru, suasana baru cukup mengujakan dan itu aku kira adalah pencapaian membanggakan pada 2009.
Insyaallah menjelang 2010 aku ingin bekerja lebih keras, bersemangat dan penuh dedikasi.
banyak juga azam sebelum ini tidak dapat aku laksanakan dek kerana masalah kewangan. Terutama azam mengumpul aset. Harapan pada 2010 dan tahun-tahun seterusnya semoga semua impian itu akan terlaksana. AMIN.

Wednesday, December 23, 2009

Buku ILHAM PENGANTIN sudah terbit!!!!!

Ohhh..apa yang aku tunggu-tunggu selama ini sudah ada di pasaran. Setelah hampir 2 minggu menyiapkan artikel dan sebulan penggambaran akhirnya buku ILHAM PENGANTIN ada juga di pasaran. Seronok tidak terkata masa ambil buku ni semalam kat Lili. Berdebar-debar rasanya nak menatap helaian demi helaian. Teruja melihat hasilnya sesudah berpenat lelah dengan bermacam kerenah dan dugaan. Akhirnya aku berjaya juga menyiapkan buku ini. Ilham Pengantin sudah dijual seminggu lalu berharga RM19.90. Bagi sesapa yang ingin melihat himpunan baju pengantin dan gaya tudung sesuai untuk perkahwinan dalam buku ini ada 50 rekaan sama ada drp butik dan juga pereka muda tempatan. Wahhh gitu promote baik punya. Yerlah walaupun sudah tidak bekerja lagi di BP tapi besar harapan aku agar buku ni dapat dijual dengan baik sekali.




Cover hadapan dan back cover. Cover hadapan menggunakan khidmat Fouziah Gous. Nasib baik dia sangat memberikan kerjasama walaupun masa tu dia tengah sibuk dengan penggambaran tapi masih dapat luangkan masa.
Antara salah satu langkah demi langkah ikatan tudung.

Ini sedikit story mengenai Fouziah Gous dan baju yang dia gayakan.


Rekabentuk hasil idea Jamak Aton Habi Mahmood.
Antara pereka yang ada dalam buku ni ialah Calvin Thoo, Arma Abdul Rahman, Ari Weddingcouture, Hazwani dan Shahril. Manakala butik pula Semendarasa, Chantek Boutique, Sam Beauty Shop, Zaifie Creation, Ryn Avenue, Jimi Ali Creation.
Buku ini adalah hasil terakhir aku sebelum meninggalkan Berita Publishing dan dua minggu sebelum bercuti aku berhempas pulas menyiapkannya..sebab itu aku merasa sangat teruja apabila melihat hasilnya. Sekurang-kurangnya buku ini menjadi kenangan terindah ketika bekerja di BP.

Wednesday, November 18, 2009

16 November 2009

Akhirnya 16 November 2009 tiba jua..dan itu menandakan hari terakhir aku di Berita Publishing. Bermula Nov 2001-Nov 2009 menggenapkan lapan tahun aku bekerja. Sedih??? sudah tentu... siapa yang tidak sedih meninggalkan tempat mencari rezeki. Daripada bujang, sehingga bergelar isteri dan punya anak dua. Banyak masa dihabiskan di sini. dan ketika memberitahu kepada editor yang aku bakal meletakkan jawatan, terkedu kak ema, diam seketika seakan tidak percaya. Tetapi dia merelakan kerana aku juga punya impian seperti yang lain lebih penting aku pergi di tempat lebih baik daripada sekarang.

Dan akhirnya hari terakhir aku di Bp tiba jua..sukar mengekang air mata drp mengalir namun aku tewas juga. Mendengar ucapan K.ema..oh betapa dia sangat menghargai aku sebagai staffnya. Hampir lima tahun bersama bermula drp I-remaja, kini di Jelita. Walau dia banyak kerenah, kemahuan pelbagai namun perintahnya ku penuhi, kerana aku yakin dan percaya kebolehan untuk mengikut arahan dan berdamping dengan ketua yg ada kala dianggap kawan paling rapat adalah kebolehan istimewa yg mungkin tiada pada orang lain. walau kadang kala tension, berselisih pendapat dan dimarah...alah bisa tegal biasa, "diakan bos ikut sahajalah" itulah tafsiranku. kalau kita berada di tempatnya mungkin begitu juga. Selesai dimarah, kami bergelak ketawa semula, bagai tiada apa berlaku. kemudian bergosip, bertukar cerita malah berkongsi apa sahaja. Itulah yang merapatkan jurang...membuang segala sengketa dan aku percaya itulah yang akan mematangkan aku apabila aku berpindah kerja atau bertukar ketua. Walau apa jua pandangan ramai, baik atau buruk kak ema tetap aku anggap sebagai sifu yang banyak mengajar mengenai kewartawan. Selepas ini kalau ketuaku lebih singa drp dia, atau lebih cerewet drpnya..atau lebih meminta-minta drpnya...aku sudah tidak hairan kerana sudah melaluinya. Selepas ini aku pasti merindui semuanya di sini...pasti.

Malam itu..walau gembira..walau bahagia namun di dalam hati terselit duka, kesyahduan, dan kesedihan yg sukar digambarkan. walau aku boleh bertemu mereka bila-bila masa namun semuanya tidak sama dengan dulu. Melihat air mata rakan-rakan ketika berpelukan, mengiringi kesedihan aku. Semoga persahabatan ini berkekalan sampai bila-bila..aku sangat menghargai kejujuran dan keikhlasan kalian...


aku dan kak Zeda, sama-sama lama di BP. Semakin rapat..semakin dekat sejak aku join jelita.

K.ema bersama gambar kenangan team jelita. Friend's Forever. Lepas ni dah tak leh mendengar bergosip


Anis yg sentiasa cool, sentiasa boleh dan positif. keep in touch ya..

K.ema..5 tahun bersama I-remaja. banyak kenangan manis dengan kak ema ketika menjadi editor I-Remaja.

Shima...grafik artis Iremaja kemudian bertukar ke Jelita

Hazirah Staff baru Jelita sangat komited dan cepat belajar.

Fred..Mat serba boleh...

Aku dan Lili geng paling lama di Bp...Lili kata dia tak ada lg tempat nak lepak...huhuhuhu sedihnya Li..tak per pergi makan nasi beringin nanti ya

Sejak akhir-akhir ini...banyak cerita aku kongsi dengannya. lepas ni jangan putus mengirim berita ya...

Lepas ni mesti rindu nak dengar jeritan k.ema

hadiah drp team Jelita "dapat juga jd cover jelita'"

Inilah staff paling lama di Bp..

Friend's Forever

"doakan kejayaan aku pula di sana"

hadiah farewell

Cerita dimulakan dengan hadiah farewell dulu ekk..

Khamis lepas bersamaan dengan 15 November terpahat dalam sejarah..cewaahh poyo jer ayat. Ok gini ceritanya..aku kan last day 16 hb November kan??? ehhh..tetiba jer dah cerita last day..sebelum ni tak ada pulak intro pasal nak berhenti ke apa...tetiba jer dah nak berhenti. Saja malas uols nak update dlm blog sebab belum confirm kan..bila dah confirm barulah boleh diuar-uarkan. Ok sambung balik...alkisahnya teman-teman kat JELITA mengajak ler aku ke MidValley sebabnya dia orang nak belikan hadiah untuk aku. Karang kalau beli aku tak berkenan pulak. Senang aku yg pilih..gitu ler k. ema kata....

Kita orang terus jer dgn lajunya menuju ke butik Sachs. Kak ema selaku ketua rombongan meminta aku memilih barang yg aku suka...memula cam nak ambil kasut wedges sebab cantik kan..tapi tetiba kak Zeda suruh ambik purse sebab purse tahan lama katanya....terus jer aku berubah fikiran. bukan apa uols bila tgk harga purse cam mahal jer semua RM200 ke atas, ala-ala malu le pulak nak ambil. Ttp bila dah kak Zeda cakap gitu terus jer aku pilih mana yang berkenan di hatiku.


tengok sebelah kanan ada 3 kotak kasut. Bukan sahaja purse dia orang juga telah bershoping kasut ttp bkn untuk akulah untuk kak ema. Anis sedang menongkat dagu..apalah dok fikir Anis ooiii???


Ni antara purse yg ada. tak banyak koleksi sangat ttp oklah cantik2 juga. harga pun boleh tahan.

Dan akhirnya.....aku telah memilih purse yg ini. simple ada blink-blink kat depan tu. warna hitam. lepas ni boleh ganti purse aku Sembonia hadiah waktu kahwin dulu dah 4 tahun pakai masih tahan dan elok lagi. Ttp sebenarnya dah lama nak tukar purse sebab dah bosan dgn yg lama. Macam memahami jer dorang nie..terima kasih yer kawan-kawan semua. Sangat menghargai..Lepas tu terus balik ke office dengan perasaan yang blink-blink juga.




Wednesday, June 3, 2009

kuih koci dan kenangan bersama arwah

Kuih koci antara kuih favourite aku. Dan apabila makan kuih koci ni aku terkenangkan arwah ibu mertua aku yang meninggal dua bulan selepas aku berkahwin, february 2006. Arwahlah yang mengajar aku cara-cara membuat kuih koci sebabnya dia tahu aku memang suka kuih ni. Tetapi yang menjadi mangsa mencari daun pisang, memarut kelapa memasak intinya adalah anak-anaknya dan aku hanya diberi tugas membuat kuih ini sahaja dan selepas siap aku ler orang pertama yang disuruh makan kemudiannya dibungkus untuk dibawa pulang. kata anak-anaknya arwah sangat sayangkan menantu-menantunya. Kasihnya melebihi anak sendiri. Sayangnya aku hanya sempat rapat dan mengenali arwah dua bulan sahaja sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. ..Tidak sempat beribu mertua...

Sakitnya datang bagaikan ribut, dia mengadu sakit perut pada tengah malam kemudian dimasukkan ke hospital keesokan harinya mujur ketika itu cuti panjang tahun baru cina. Semua anak-anak pulang, termasuk aku yang merancang untuk pulang ke kampung di Perak tetapi terpaksa dibatalkan. Sekelip mata sahaja arwah dalam keadaan tenat, drp hospital Port Dickson kemudian dipindahkan ke hospital Seremban, ketika itu dia cuma menggunakan alat bantuan pernafasan sahaja. Doktor sendiri tidak dapat memutuskan sakitnya. Hanya diberitahu masalah usus. peliknya doktor juga tidak dapat membuat keputusan hanya membiarkan sahaja, dan membuat pelbagai ujian sedangkan arwah semakin lemah. Tidak lagi boleh berbual mata tertutup rapat. Tetapi aku masih ingat terngiang-ngiang di telingaku arwah ibu menyuruh aku pulang ke kampung, katanya kami sudah lama tidak pulang. aku eyakan sahaja.

Selain rawatan moden kami juga berubat cara tradisional, sebagai ikhtiar terakhir. Moga-moga kesakitan berkurangan, jika ada 'mengganggu' moga dijauhkan.

Malam ketiga selepas berubat, diberikan air penawar, arwah menunjukkan sedikit tanda, tangannya mulai bergerak. Suami aku sedikit lega, dan mengharapkan kelegaan itu berpanjangan. Masing-masing menunggu di hospital tidak berganjak termasuk aku. Silih berganti membacakan surah yasin sambil membasahkan muka dan badan arwah dengan air penawar dengan harapan arwah akan sedar dan membukakan mata. sekali sekala aku membasahkan tekaknya dengan air. namun tiada tanda arwah membuka mata. dia diam kaku di katil hanya nafas berombak turun naik di dada.

Ketika aku mengusap-usap tangannya, terasa jari-jemarinya sejuk dan sedikit membengkok. Memang aku pernah terbaca mengenai tanda orang meninggal yang semua anggota tubuhnya akan jatuh. jari tangan, kaki, telinga, hidung dan kening. Adakah ini tandanya??? aku memegang kakinya sejuk, juga jari jemarinya membengkok. Kemudian aku memandang wajahnya ada air mata mengalir menerusi kelopak matanya yang tertutup rapat, sakitkah dia, mulutnya seperti berair, aku terus menyapu dengan sedikit air, " ya allah..kau panjangkan umurnya...atau KAU bawalah dia pergi dgn aman jika itu terbaik baginya, janganlah KAU seksa dia lagi," cuma itu sahaja lafaz di dalam hati. Aku tidak dapat menahan sebak, dan hampir menitiskan air mata. tetapi menahan dalam diam. sambil mengucapkan lafaz, Ashhaduanlailahhaillahlah...' ke telinganya, aku gentar, aku takut...terasa malaikat Izrail di sebelahku bersama sakaratulmaut. Ketika itu anak-anak yang lain sudah tidur penat berjaga sepanjang malam cuma along sahaja di situ.

aku cuba memberitahu kepada along, gerak hati yang mengatakan ibu sudah tiada tetapi tidak sampai hati dan mulut bagai terkunci. Apatah lagi mesin pengukur gerakan jantung masih bergerak ...dan menunjukkan jantungnya masih berdenyut tetapi sgt perlahan. kemudian datang paman pakcik sebelah suamiku dia memegang ibu kemudian mengucapkan lafaz, "innalillah...ibu dah tak ada," katanya

memang anak-anak yang lain masih mengharap, masih berdoa, termasuk juga suamiku. Masih terngiang-ngiang dia berkata, "ibu masih ada..ibu masih ada, ibu belum meninggal..ibu akan sembuh," sedangkan hakikatnya dia sudah tiada pergi tanpa disedari...pergi tanpa sempat mengucapkan sesuatu untuk anak-anaknya. Pergi tanpa sempat menguntum senyum dan pergi tanpa sempat merasai kehangatan ciuman semua. Ketika azan subuh berkumandang doktor mengesahkannya yang ibu sudah tiada. Dia pergi selepas tiga hari sakit dan dia pergi sebelum aku sempat merasai kasih sayangnya.

Kehilangan yang cukup terasa bagi aku apatah lagi anak-anaknya kerana arwah pergi secara tiba-tiba. Hilang sekelip mata. Ibarat hari ini bertemu, bergelak ketawa tetapi esok sudah tiada. Sebulan juga suami ku resah, menangis apabila terkenangkannya, bermimpi menemuinya. Kata suamiku arwah ibunya suka memanjakannya, boleh tidur di atas ribaannya dan disuapkan makanan. Semua kenangan itu amat sukar dilupakan. Tambah pula kubur arwah ayah masih belum kembang kembojanya selepas ayah meninggal dua tahun lalu dan kini ibu menyusul. Pergi takkan kembali.

Walaupun aku sempat bersamanya hanya seketika tetapi aku puas kerana berpeluang menjaganya di hospital sepanjang 3 hari, melihat jenazah dimandikan, dikafan sehingga dibawa ke kubur.

Cuma apabila terpandang kuih koci membuatkan kenangan lama muncul semula, lantas aku teringat kepadanya..

AL FATIHAH moga rohnya dicucuri rahmat AMIN...

Monday, May 11, 2009

aku rindukan saat itu...

Masa balik kg hari tuh tak ada apa nak buat aku belek-belek album lama. terjumpalah gambar-gambar masa tinggal di N-Park, Penang. Masa ni thn kedua kat USM tak dapat tinggal kat desasiswa jadi terpaksalah menyewa rumah.
best sangat kenangan time nie...bersama Kak Zah, Na, kak Ellie, Intan, Yatie, As, Watie, Erra, ben dan Nisbah.

Time tinggal kat N-Park nilah bermacam-macam peristiwa berlaku..yg pastinya semua tu menjadi kenangan terindah dlm hidup aku.
Sekarang ni yg masih berhubung Intan for surelah Blog menghubungkan kami, ben sudah tentu setiap bulan jumpa kalau tak pun 2 minggu sekali, Na ada juga berSMS dia di Kelantan, kak Zah pun pernah berSMS tinggal di Perlis, kak ellie tinggal di Bt Caves banyak kali dia ajak pg umah dia ttp tak ada peluang lg nak jumpa. Yatie ngan As langsung tiada khabar berita, Watie kat RTM ttp tak penah jumpa lg ngan dia..penah berjanji sampai sekarang tak tertunai.

walaupun sudah hampir 9 tahun berlalu tetapi kenangan bersama kalian setiap detik masih segar dlm ingatan. betapa indahnya waktu itu. masing-masing dengan perangai tersendiri.
Alangkah indahnya kalau dapat buat reunion...N-PARK.