Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Part1 Pertunangan- gambar Fayyadh dulu

 Selesai sudah majlis pertunangan anak saudara sulung juga merangkap cucu sulung dalam keluarga. Majlis diadakan di Bangsar pada Sabtu lepas sama dengan waktu perhimpunan di stadium merdeka. Sempatlah tgk perarakan di hadapan jalan bangsar.

Gambar dah siap sebab anak buah jg yang ambil gambar merangkap photografer. Jadi kita letak gambar si kecil nie dulu yer. Thanks tu Kak Ngah jd photografi rasmi Fayyadh. ehhehhe

tengok gambar sudahlah yer

Gambar si kecil yang sedang tersenyum bahagia. Apatah lagi buat kakak yg sudah menjadi tunangan orang. Gambar bertunang nanti upload lain yer.


 Susah jg nak rakamkan pic begini kalau guna kamera hphone atau compact nasib baik ada DSLR.

 Gambar kakak dan abang fahim haruslah adakan.

Kakak dan abang fahim yg manja..ceh..ceh...suka cium kakaknya. Si kakak pula suka lari bila adik nak cium hehheheh. tak mau katanya...


Opss..tengok siapa tu

 Alo..loooo anak mama

 Cak....
Sekarang tengah mood ok. kalau meragam huhuhu tak ingat...

 Susah benor nak dapat gambar senyum gini.








Dah penat dah..tolong!!!!

Saturday, July 23, 2011

sekitar majlis perkahwinan di Gunung Semanggol, Perak

Gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan adik ipar di Gunung Semanggol, Perak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tanpa cerita gambar-gambar sudah mampu memberi makna...


Sebelum berarak bersama tentera pengiring

Maaf ya gambar tak tersusun. Bersanding di atas pelamin yang simple tapi cantik.


Anak-anak...Fahim & Durrani

Selamat Pengantin Baru Suliza & Hairi

Bersama keluarga Lia.

Tentunya ada gambar sendiri

Gambar dengan semua ahli keluarga sebelah perempuan.
Panas weehhh time ni.

Keluarga kecil saya...hehheheh

Mestilah bergambar dengan pengantin...(Fahim tergaru-garu pulak)

Pengantin...

Pengantin lagi (gambar kurang memuaskan sebab ambil dengan handphone saja)

Acara memotong kek

gambar bersama Lia sebelum bersanding


Pengantin makan beradab...actually ada dua pengantin di sebelah lelaki.

Sekian berakhirlah sudah acara besar untuk tahun 2011.

Friday, November 12, 2010

selamat menjadi tunangan orang..

Gambar-gambar sekitar majlis pertunangan adik ipar pada minggu lepas. Majlis yang sederhana tetapi berjalan lancar.

Bergambar dengan ipar duai perempuan...

Ini hantaran drp pihak lelaki kepada perempuan

Ibu lelaki menyarungkan cincin ..berdebar time ni hehhehhe


sempat juga bergambar berdua...


Ini hantaran perempuan pd lelaki...


gambar anak-anak buah..paling depan anak aku Fahim...

bersama anak-anak buah...


sudah menjadi tunangan orang..cukup setahun jadi isteri orang pula yer Liza...


Hantaran lagi...

ehhh gambar aku lagi interframe...hehheheh

Ok selamatlah sudah majlis pertunangan adik ipar aku, Liza dengan pasangannya dr Taiping perak. Selamat menempuh alam pertunangan selama setahun. Cadangnya tahun depan baru kahwin..kalau dah cukup duit akan dipercepatkan lagi majlisnya.
p/s: minggu ni tak sempat nak update entry..alasan biasanya 'mak bz nok'
tak sempat nak blogwalking kawan-kawan tunggu hujung minggu sekali harung. sorry ya kerana tak sempat menjenguk...

Wednesday, June 16, 2010

semuanya sudah selesai...

Bersama kakak dan adik ipar. Nasib baik dapat bergambar sekali. Walaupun time tu tengah bz.
Gambar bersama pengantin dan anak-anak buah



Wah baru hari ni dapat berblog seperti biasa.
Nak blogwalking kawan-kawan pun tak sempat..
Busy sangatlah nampaknya..
Oiii cik rynas orang lain pun busy juga sempat juga ler update blog kan..kan..kan??

Hehheheh..idok ler busy sangat tapi apabila dicampur dengan kemalasan... ditambah dengan badan yang kurang sihat, tekak yang perit, hidung tersumbat menambah-nambah pula kemalasan untuk menghadap laptop. Kalau on pun cuma untuk check email sahaja dan selepas itu off semula. Nasib baik bukan blogger tegar....

Banyak nak cerita sebenarnya ..bercuti disebabkan majlis kenduri adik ipar di P. Dickson Ahad lepas. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Semua sudah selamat, daripada majlisnya, sandingnya sehinggalah kepada periuk belanga, pinggan mangkuk, semuanya sudah dicuci dan disimpan di tempatnya semula. Uhhh itulah yang penat sebelum kenduri seronok jer keluarkan itu ini..bila dah habis kenduri mak aiiii..banyaknya barang nak kena simpan. Ohhh sebelum tu kena lap dulu, susun ikut jenis barulah diangkat ke atas rak. Penat badan..uols maklumlah dah lama tak berkenduri kendara besar gitu.

Lepas dah selesai semua..mulalah badan rasa kurang sedap, bermula drp selsema. rasanya disebabkan banyak minum ais. Maklumlah cuaca panas terik, mana boleh tolakkan..mestilah nak minum ais. Lepas tu rasa dah pening kepala, ehhh dada pulak sesak...takkan nak kena asma kot. Ohh sebelum apa-apa berlaku baik berjumpa doktor dahulu. takut nanti esoknya tidak dapat bekerja. Mujur selepas ditelan segala ubat, akhirnya badan kembali segar, pening pun dah kurang cuma selesema dan batuk yang masih bersisa. Alhamdulillah....

p/s: ruginya tak sempat nak ambil gambar guna kamera sendiri, Fahim asyik nak berdukung jer...

Saturday, June 5, 2010

balik kampung lagi

Sedang bersiap-siap untuk balik kampung.
Esok nak menghantar adik ipar nikah kat Kuala Pilah.
Ahad minggu depan baru kenduri kat rumah lelaki, kampung suami aku.
Ala kenduri kecil-kecilan sahaja..
maklumlah mak dgn ayah pun dah tak ada..
jemputan untuk saudara mara jer..

harap semuanya berjalan lancarlah yer.