Showing posts with label home decor. Show all posts
Showing posts with label home decor. Show all posts

Monday, August 15, 2011

home dekor

Minggu lepas ke PNB darby Park, kerana ada penggambaran fesyen di sana. Beranganlah sekejap nak ala-ala dekor rumah yang begini. Clean & simple jer...
Service apartment yang menempatkan dua bilik, ada dapur, ruang makan dan ruang tamu. Aku pernah masuk suite yang menempatkan 4 bilik di didalamnya...memang cantik dan besar ibarat sebuah rumah banglo setingkat. Susun atur perabot dan pemilihan warnanya pun menarik. menggunakan warna korporat coklat dan maroon.



Ini ruang tamu ada 4 sofa rasanya dan ada TV. Ruang tamunya kecil jer sesuailah untuk famili yg ada 2 anak.

Ini pula bilik tidur...standartlah kan hiasan bilik tidur hotel style macam nie. Berlatar belakangkan rona putih dan maroon.


Ini pula ruang makan. Menggunakan rona coklat untuk meja kayu enam kerusi juga langsir menggunakan rona yang sama. Dapur tak sempat nak snap...yg penting memang cantik dan sangat selesa.


Ni pula bilik tidur untuk bilik suite.Tapi bayaran semalaman pun sesuailah dengan perkhidmatan disediakan. Kebanyakannya yg tinggal di sini warga Arab, Jepun, Korea tapi paling ramai pak-pak Arab ler yg duduk sampai sebulan dua.
bayangkan kalau harga semalam RM2k sebulan dah berapa yer tak?


p/s: Hari tu terserempak dengan isteri terkenal seorang selebriti, katanya tinggal di situ sudah 2 bulan kerana rumah sedang diubahsuai. hambooi...banyaknya duit suami dia.



Wednesday, April 29, 2009

kemas sikit...

Ini memang aktiviti biasa kalau nak bercuti lama di kampung. Mengemas rumah. Bukannya apa sibuk-sibuk kemas tu nanti bila dah balik dr kampung tengok rumah kemas tak lah letih sangat. maklumlah lepas tu banyak benda nak kena buatkan basuh baju, lipat baju, kemas beg segala yg berkaitanlah.
Aktiviti pertama dimulakan dengan mengemas rak..hahhaha rak ni memang tak pernah berkemas betul aku kemas, ada yg sepahkan..aku susun ada yang main tarik2 jer..maklumlah banyak tangan hehhehe terutamanya tangan si kecillah.

kalau tak caya tengoklah bahagian majalah ni..sepah sesaje..malehhh ehhh aku nak susun balik. kalau hari2 kena susun..kena tarik..kena tarik kena susun...
Ini pula kotak mainan Durranilah. Kemain banyak lagi mainannya..aku tengok mana yg ok jer yang dah rosak aku buangkan. Itu pun penuh juga walaupun dah buang.

Oklah sikitkan wpun tak berapa ok ini kiranya kemas nak cepat hahhaha. banyak nau botol yg nak dibuang atas rak tuh.
Aktiviti kedua lepas dah kemas rak mengemop lantai pulak. paling aku tak suka ni. Sib baik budak2 kat umah Mak Ida senang sikit keja aku.

lepas dah mop barulah sedap mata memandang. lepas tu ada aktiviti ketiga pulak..mahu mengemas stor...sambung esok jerlah..




Tuesday, December 16, 2008

casa impian


bahagian dapur

Bilik tidur utama

Bilik tidur kedua sempat landing atas tilam ni

Inilah rumah impian aku...tadaa...tantekk tak??? tantekk kan??? Ttp konsep lebih kepada bali dan sedikit moden kontemporari. aku suka bahagian dapur sebab simple dan kemas. Kondo mewah ini berharga usd 400 ribu, mahalkan??? uols kiralah sendiri berapa dlm RM. Korang rasa ada tak org yg nak beli... yg aku perasan kebanyakan kondo atau banglo mewah yang berharga jutaan ringgit dibeli oleh rakyat asing. Kira macam rumah persinggahan mereka apabila bercuti ke Malaysia. Kalau rakyat kita ni semua datuk2, tan sri dan juga bisnesman jer. Bestkan..bilalah aku dapat beli umah cam ni..berangan kejap uolss.



Ruang makan

Bilik santai..nak lepak2 kat sinilah

Ruang tamu


Ruang tamu utama

Ni pun ruang tamu juga..amacam ok tak???

Sebenarnya ini cuma showroom yang terletak di Cinta Sayang Golf & country Resort. Kita org sempat melawat kondo ni sebab buat fesyen shoot kat sini. Sempatlah baring-baring dalam bilik tido, lepak kat ruang tamu dan masuk bilik airnya.

Monday, November 3, 2008

operasi mengemas...huhuhu

Kalau dah namanya hari AHAD tak sah ler kalau tak bangun lambat. Ttp paling-paling lewat aku pun kol 8.30 pg dah bangun. Tak derlah terlajak sampai kol 10 ke 11 pagi..maklumlah dah ada anak..pagi-pagi lagi anak dah kejut bangun. Bangun jer mulalah cari baju-baju kotor nak basuh walaupun semalam dah basuh banyak. Jenguk kat dapur jap..tengok apa yg ada untuk sarapan..alahai tak tahu nak buat apa..yg ada roti jer..jemu lah plak makan roti jer…tetiba terdengar bunyi SMS kat hp aku.

“Weii..kawe nak datang umah nie nak hantar baju. Ada kat umah kan?” kata adik aku yg dan dok sekali ngan aku nie. Aku ngan dia mmg suka berbahasa Kelantan dlm sms sebab bf dia org kelantan. Adik aku ni macam tau-tau jer aku memerlukan pertolongan dia hik..hik..hik..

ada mai larr..terlanjurmu datang umah. Bawa ler sekali bfast,” kata aku dgn muka tak malu. Mmg aku tak malu pun.

ok..nak apa?” tanya dia

Mu bawa nasi lemak. Satu lauk ayam..satu lauk sotong,” yahuuu!!! Dah settle bab bfast. Apa lagi aku cepat-cepat masak air dan buat air milo.

Lepas dah makan proses pembersihan stor…oleh kerana adik aku nak bawa katil dan almari terpaksalah aku (bukan aku adik aku ler) kemas stor yg sangat lerr bersepah. Yg banyak dlm stor tuh kotak2 majalah. Sayang weehhh nak buang majalah tuh sentimental value tuh tanda aku bekerja di I-remaja. Banyak juga lah brg yg dia dah buang. Baguih tol kalau tak tak terkemas stor tu. Sementara tuh aku kemas ruang tamu, sapu sampah dan mop lantai. Pastu susun balik sofa aku yg dah berkurun ada kat tepi pintu sejak aku bersalin hari tu hasben aku angkat sampai la….la ni barulah aku letak ke tempatnya semula. Tu dia punyalah lama…patutlah aku rasa umah aku macam tak siap jer..susunan tonggang langgang. Aku suruh en hubby aku angkat nanti..nantilah dulu jawabnya ..itulah org laki bukannya nak amik tau pasal decor umah..ttp tak cantik pandai lak bg komen huhuhuhu (laki aku lah tuh)

Ehhmm..bila dah kemas ruang tamu barulah ehhmm…sesedap mata memandang. Rasa luas je permandangan cewahh..
Dah siap kat ruang tamu pg kat bilik aku plak…sapu sampah..lipat baju dan susun balik atas rak..tuko cadar..sarung bantal..buang sampah..bersihkan laci almari solek..simpan baju yg tak pakai. Adehhh..banyak betollah kereja...patutlah aku rasa bilik dah macam apa dah...maklumlah asyik lik kg jer...itu en hubby aku punya salah...hehheheheh..berpeluhlah juga ler aku mengemas.

Tengok2 jam dan 12.30 tengah hari. Nak masak pun jd malas…ttp takkan nak order kat en hubby lagi..aku kuarkan dulu ikan dan sotong dlm peti sementara tunggu cair aku potong bawang dan buat apa yg patut.
Korang tahu akhirnya aku berjaya juga masak seringkas mungkin siap juga lah menu ringkas aku..sambal sotong, sayur goreng ngan ikan goreng..anak aku en hubby dah beli nasi ayam so aku tak masak sup kat dia. Special betol dia…pas makan dah dekat kol 3 ptg barulah berehat sambil tengok TV..best time rehat di saat anak tido. pastu dengan rela hati en hubby membersihkan bilik2 air..yerlah mana aci time aku berkemas td dia tak ada kat umh..skang masa dia plak cuci bilik air yabedabedu...

Saturday, October 25, 2008

home decor

Hari sabtu adalah hari untuk mengemas bermula dr bangun tidur sampailah melelapkan mata tak habis juga kemas. Padahal umah bukan besar sangat pun. Kemas bukan apa pun mainan Durrani pas tu kain baju yg dia suka sepah-sepahkan..yg dilipat dia tarik...pastu kenalah lipat balik. Mainan pula pas main dia biar cam tuh jer..bila kemas dia sepah balik..gitulah anak mama.
hari ni aktiviti aku kat umah basuh baju dua kali ler mesin basuh tuh berputar..pas dah basuh mandikan Durrani, mandikan Fahim dan bg Fahim tidur bila si kecil dah tidur barulah senang nak buat keje umah.

Hari ni aku masak awal tak buat bfast berat pun makan roti ngan milo jer. Untuk tengah hari aku tengok yg ada kat peti cuma sotong, ikan dan sawi..so aku masak apa yg ada jerlah..sayur sawi tumis air, sambal sotong, ikan goreng dan sup ayam + tomato untuk Durrani. bila dah siap masak makan pun awal ler...jam 12 dah makan tengah hari dah..senang nak wat keje lain plak pas nie.


ginilah jam yg asal

Godek-godek album jumpalah gambo ini jer...nanti tuko gambar lainlah kalau nak

Petang aku tidurkan Durrani...bila kakak dah tidur banyaklah benada aku leh wat kalau tak asyik menyepah jer kejenye. Hari ni aku buat hiasan dalaman sikit. Jumaat lepas masa pg Metrojaya MidValley terjumpalah frame gambar sekali ngan jam warna silver mmg berkenan aku. terus jer beli sebab discount 30%. Bila dah balik umah mulalah cari2 gambar terbaru..sejak ada camera digital mmg lah jarang cuci gambar so tak ada gambar terbaru yg ada semua gambar Durrani so aku letakkan gambar dia dulu sementara cuci gambar-gambar lain. Bila dah letak gambar bolehlah gantung kat dinding. Ttp suami aku bg komen dia kata jam tuh kecik sangat tak nampak.....alahaiii...ade jer komen dia...
dah siap leh gantung kat dinding


Ginilah ruang tamunyer.....
Cermin kecik tuh dah pecah satu.. ganjil jer ada 2 kena beli baru nie