Saturday, December 31, 2011

Tahun 2012 untuk muhasabah diri





Hari ni 31 Disember  catatan terakhir di tahun 2011. Esok sudah melangkah ke tahun baru 2012. Pejam celik pejam celik sekejap masa berlalu. Tidak sedar 365 hari berlalu pergi meninggalkan kita. Menambah angka kepada pertambahan usia. Namun kata orang usia hanyalah satu angka yang penting hati sentiasa muda. Namun pertambahan usia juga menandakan kehidupan kita semakin pendek dan dekat dengan kematian. Itulah yang sering saya ingatkan pada diri.


Tahun baru juga sering dikaitkan dengan azam baru. Untuk tahun 2012 tiada azam yang spesifik cuma ingin menjadi khalifah Allah yang lebih baik daripada hari ini. Maklumlah setiap hari sibuk dengan kerja, seringkali kita lupa untuk melakukan amalan secara lebih berkualiti. Menjaga solat, memperbetulkan bacaan, serta memahami maksudnya. Kadang-kadang juga kita melakukan amalan hanya mengangapnya sebagai tanggungjawab saja langsung tiada penghayatan. Jika bersolat sebolehnya mahu cepat saja, kadang-kala sehingga terlupa berdoa. Kemudian menyambung kerja...ohh banyak kerugian di situ.
Itu belum termasuk amalan sunat-sunat lain yang jarang dilakukan. Membaca al-Quran yang kadang-kala dilakukan sekali-sekala saja. Semuanya hanya kerana tiada masa....dan menganggap kerja itu adalah segala-galanya.

Kadang-kala terfikir juga apalah yang akan terjadi sekiranya semua kesenangan terutama kesihatan ditarik balik? adakah kita boleh bekerja dan mencari rezeki seperti biasa? Bagaimana sekiranya dalam amalan yang tidak seberapa itu Tuhan pendekkan usia sebelum sempat tua untuk melakukan amal ibadat. Tidakkah sekali lagi kita berada dalam kerugian.

Justeru dengan kedatangan tahun baru saya ingin memuhasabah diri untuk menjadi khalifah yang lebih baik daripada hari ini. Melakukan amal ibadat dengan sepenuh jiwa, menambah pahala sebanyak mungkin. Selain itu menjalinkan hubungan baik sesama manusia, menjaga mata dan lidah daripada perkara yang tidak sepatutnya, rasa tidak berpuas hati. Membersihkan hati daripada segala kekotoran supaya menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmatnya.

Tahun hadapan juga bakal bertambah ahli keluarga. Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat Amin.

SELAMAT TAHUN BARU 2012
SEMOGA LEBIH BERJAYA DAN BAHAGIA.

Friday, December 16, 2011

meraikan bos di Ayuthaya

Semalam kami di bahagian rencana meraikan en bos, yang akan bersara minggu depan. Jadi restoran pilihan adalah Ayuthaya, Damansara. Restoran makanan Thai yang mmg sedap (ini menurut kata rakan-rakan) sebabnya saya memang tidak dapat merasai kesedapan makanan buat masa ni. Jadi makan pun ala kadar saja.
 
 Bergambar dulu yer sebelum makan. Bersama rakan setugas...Rosma dan Farhana

 Tom yam yang super sedap tapi sangat pedas.

 Ini sayur asparagus, jagung, cendawan campur..

Bos yg diraikan (dua dr kiri) En. Joe menerima cenderahati berupa bingkai gambar konon-konon macam cover Harian Metro lah.


Menu last ikan siakap...masak pedas kot sebab mmg pedas. Menu dessert cendol...

Ok kalau nak tahu harga makanan di sini, tempat sedap semestinya harganya juga mahal... Semalam kita orang makan dalam 13 orang jumlah semua RM1000 lebih sikit.  Sekali-sekala meraikan en. bos apa salahnya kan...tapi kalau selalu 'pokai' hehheheh...

Tuesday, December 6, 2011

Hari Konsert Smart Reader

Sabtu lepas ada konsert serta majlis graduasi pelajar Smart Reader Kids Bandar Baru Bangi, jadi setiap kelas dimestinya membuat persembahan termasuk kelas Durrani. Memang excitedlah kan kali pertama membuat persembahan di hadapan orang ramai. Durrani menari lagu makarena....rancak tu ..nasib baik dapat ikut semua step tarian.

Pelbagai jenis tarian dipersembahkan drp budak-budak  4,5 dan 6 tahun. Masing-masing dengan pakaian tersendiri. Ada tarian Melayu, Cina, India, Bollywood pun ada...Tapi maknya tak sempat nak ambil gambar back stage disebabkan malas nak bangun. Dah duduk mmg duduk di situ jerlah. Gambar masa menari pun tak ambil cuma ambil video jer. Sebabnya Fahim sibuk ajak balik lapar katanya...nak makan ayam.
Alahai..puas pujuk-pujuk nasib baik nak stay sampai jam 1 tengah hari.

Ini selepas habis konsert bergambar dengan supertots...

Ini pun selepas habis konsert. Menyanyi lagu Saya Anak Malaysia....

Rupanya pada majlis tu juga adalah penyampaian hadiah untuk pelajar yg mendapat no. 1,2 dan 3...di setiap kelas.
Sampai jer rumah dia tanya, "mengapa kakak tak dapat hadiah? Kakak nak hadiah juga,".

Ingatkan cuma tanya jer rupanya dengan linangan air mata,
"Yerlah kakak dapat no. 4  mana boleh dapat hadiah. Kalau dapat no 1,2 dan 3 adalah hadiah. Tak per tahun depan ada lagi,"  kataku memujuk barulah dia ok.