Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

Thursday, 28 June 2012

ROTI GULA

senang je rupanya nak buat biskut ni....:)

sesi nak menghabiskan roti...kekeke

Assalammualaikum..hari ni saya nak kongsikan satu resepi mudah yg saya ambil dari myr...resepi ni dari cik ina do do cheng@myr...terima kasih ina...merasa jugak makan biskut ni dari air tangan sendiri...selalu beli je..hehehhe..tapi dah lama juga saya tak beli sebab rega pun boleh tahan mahal jugak skang ni..baik buat sendiri..jimat habis...hehhehe

kebetulan dpt roti free paket panjang sambal dua bungkus...tak larat nak makan ...dari expired baik buat biskut ni..tahan lama skit...hehehe...biskut saya ni dah terlebih gula..patutnya tabur gula tu tak yah byk sgt..sekadar ada gula pun dah cukup dah....


ROTI GULA

by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2

beberapa keping roti
gula
planta

Cara2
Sapu roti ngan majerin atau butter, tabur gula, lepas tu ambik sekeping roti potong/gunting kepada empat bahagian. kalau tak nak potong pun boleh, tapi kalau potong empat senang nak simpan dalam bekas. Bakar atas redai suhu 160 celcius selama 25-30minit, api atas bawah . Roti gula dah nampak rangup , boleh angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara. 

 

Monday, 12 March 2012

BERGEDIL ROTI BERSARDIN


sedap la bergedil nih..bagus utk menghabiskan roti yg dah nak expired..heheheh...nak buat pun mudah je...terima kasih pada mymaro@myr atas resepi yg simple nih...ngap..ngap..tak sedar dah nak licin dah..heheheh

BERGEDIL ROTI BERSARDIN

Resepi: mymaro@myr
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1 tin kecil sardin )

  • 1/2 buku roti (ape2 brand pun bole)- Q tak cukup roti..ada dlm 5 keping je rasanya..oleh itu Q tambah dgn 3 ketul kentang yg direbus dan lecek
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah ( kot nak lg pedas leh gak tmbah lagi)
  • secubit lada hitam
  • 1 atau 2 biji telur
  • daun sup & daun bawang
  • garam

Cara-cara

  1. Bawang putih ketuk dan cincang halus-halus.
  2. Bawang besar & cili merah potong dadu
  3. daun bawang & daun sup pun potong halus2 or ikut suka tukang masak ; )
  4. Roti carik2kan kecik2... or kot rajin potong2 pun ok gak...
  5. Tuang sardin beserta dengan kuah ke dalam bekas dan lenyek ikan sardin tu sampai hancur.
  6. Tambah semua bahan2 yang dah siap di potong tadi ke dalam sardin tu.
  7. Boleh la tambah lada hitam & garam secukup rasa.
  8. Gaul semua sampai sebati.
  9. Telur tu ada 2 cara, boleh pecah terus kedalam adunan tadi atau pecah asingkan dan guna sebagai celupan sebalum goreng (mcm buat bergedil kentang tu...) Q masukkan 1 kuning telor kedalam adunan bergedil..lepas tu guna yg putih utk salut bergedil sebelum digoreng.
  10. Perap adunan tadi dalam 20 minit cukup, pastu kepal2, celup dalam telur dan goreng.
  11. Kalau saya, malam sblm tido buat, esok balik keje, terus goreng. Letak dalam peti sejuk memang bole tahan. Anak2 memang suka makan bergedil nie.
( nota Q: bila goreng bergedil ni jgn cepat2 kalih sebab nanti hancur...elok guna non-stick nye kuali....bila dah kuning bahagian bawahnya baru kalihkan...api jgn besar sgt)

Sunday, 26 February 2012

HONEY STAR BUAH EPAL


menu sarapan pagi yg paling saya suka...conflakes honey star makan dgn susu dan hirisan buah epal...menu paling mudah..hehehe..saya sebelum ni memang tak makan conflakes ni sangat...tapi sejak kawan saya ajar makan cam gini..jadik ketagih pulak..hehhehe...bila diletakkan hirisan buah..terutamanya epal memang rasanya lebih sedap...kalau yg belum pernah cuba boleh la cuba menu ni...:)

HONEY STAR BUAH EPAL

Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2

conflakes honey star atau jenis yg lain2 pun boleh
susu segar dari peti ais
1 biji buah epal hijau/merah

Cara2

hiris buah epal....masukkan dalam mangkok bersama honey star dan susu segar....dah siap terus makan...:)

Saturday, 11 June 2011

Potato wedges


memang suka makan wedges nih...nak buat pun senang je..antara malas n rajin je...hehhehe...saya suka guna resepi kak tulip77@myr.....memang elok kentang tu direbus dulu tuk jadikan isinya bertambah gebu  bila digoreng....memang dah selalu buat....tapi kali ni saya letak rempah kari tuk tukar skit rasa dia.....

Potato wedges

Resepi asal :tulip77@myr
Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

Bahan2

5 biji kentang
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu kecil serbuk lada sulah
4 susu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam
minyak tuk goreng terendam
sos cili dan mayonis

Cara2

1. mula2 buang kulit kentang dan potong ikut belahan epal....kemudian masukkan dalam periuk yg berisi air dan rebus 10-15m....angkat dan toskan

2. biarkan sekejap....kemudian masukkan kentang tadi kedalam bekas dan campurkan dgn tepung beras, tepung gandum, garam, rempah kari dan serbuk lada sulah......gaul2 rata....saya selalu letak pinggan tuk tutup bekas tu dan goncang2 biar kentang tu salut rata dgn tepung.....kalau kering sgt tepung tu....boleh letak skit je air tuk kasi tepung tu bersalut dgn kentang....

3. panaskan minyak dlm periuk kecil....letak minyak dlm 1/3 periuk.....saya suka guna kaedah ni sebab kentang akan masak rata....bila minyak dah panas masukkan kentang tadi...goreng sampai kuning....angkat dan toskan...kemudian bolehla hiaskan dgn sos cili dan mayonis....

(nota: saya kalau nak masak goreng terendam ni memang suka guna periuk kecil...lagi pun minyak tak pakai byk sgt dan kentang pun masak terendam....kalau nak goreng ayam pun boleh guna kaeah ni...memang masak sampai ketulang....)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...