Assalammualaikum...hari ni pun quick entry juga...disebabkan resepi masak pakistan ni sedap tu yg nak juga updatekan blog ni utk dikongsi bersama kawan2.. :)
saya masak daging ni semalam...kes terliur tengok ct@zaliedana BLOG CT masak kelmarin....memang sedap sgt resepi ni tak rugi mencuba...ada la lain skit gulai yg dimasak dari yg biasa...bahan2 pun mudah je..cuma masa menumis tu lama skit ..tapi hasilnya berbaloi baloi...kekeke
resepi asalnya dari kak maria....saya ambil resepi ni dari blog kak amie...terima kasih ye kak maria dan kak amie...pada ct jugak...:)
disini saya sertakan 2 resepi...satu resepi asal dari kak amie...utk versi ayam....yg saya masak ni versi daging....boleh pilih mana satu yg berkenan dihati....:)
RASANYA INI LAST ENTRY SEBELUM SAYA KEMBALI BERCUTI...TERIMA KASIH PADA YG SUDI SINGGAH SINI DAN MENINGGALKAN KOMEN....SAYA SANGAT2 MENGHARGAI...:)
AYAM MASAK KARI PAKISTAN
Resepi : Ayam Masak Kari Pakistan
Sumber : Kak Maria Hakem FB KAK MARIA
Olahan : KAK AMIEAmie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata.
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.
YG Q BUAT
DAGING MASAK KARI PAKISTAN
OLAHAN RESEPI: QUINNIE
BAHAN:
1 KILO DAGING + DGN 1 KILO TULANG
4 HIRIS HALIA
- REBUS TULANG DAN DAGING BERSAMA DENGAN HALIA ....ISIKAN AIR SECUKUPNYA....REBUS LEBIH KURANG 2 JAM UTK TULANG EMPUK...DAGING 1 JAM DAH CUKUP. LEPAS DAGING DAN TULANG MASAK....KELUARKAN ISI DAGING DARI TULANG DAN POTONG2 KECIL...DAGING PULA DIHIRIS. TEPIKAN. DAGING TU KALAU BYK SGT KURANGKAN LER YE..SAYA MAIN AGAK NYE NI....HEHEHE
4 BIJI BAWANG BESAR- DICINCANG
4 BIJI TOMATO SAIZ BESAR- DICINCANG
1 1/2 INCI HALIA *
5- 6 BAWANG PUTIH*
1 1/2 SUDU BESAR KETUMBAR BIJI* ( BAHAN * DI BLEND )
2 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT
5 SUDU BESAR CILI KISAR - KURANGKAN KALAU TAK NAK PEDAS
AIR SECUKUPNYA
GARAM DAN GULA
1 1/2 CAWAN MINYAK
-CARA MEMASAK SAMA MACAM YG KAK AMIE BUAT...CUMA SAYA TAMBAHKAN AIR LEPAS MASUKKAN DAGING SEBAB NAK LEMBUTKAN LAGI DAGINGNYA...MASAK HINGGA TERBIT MINYAK.... TUMIS TU MEMANG KENA LAMA BARU BANGKIT BAU MASAKAN NI...