Sunday, January 31, 2010

Chicken Pie

Salam,terima kasih buat semua yg memberi ucapan takziah dan juga Doa,tujuan chik mi letak kat blog senang nak ingat tarikh dan juga kenangan.Chicken pie ni buat last week,mmg dah lama simpan resepi ni,sekarang nak link ke webpagenye pun dah tak boleh.Resepinya by chef Norzailina Nordin ,chik ambik kat soal jawap masakan alaf 21.

Angah tak suke ngan green peas n mushroom so ibu n ayah yg kena habiskan.

Jom kita tenguk resepinya.

~Chicken Pai~ by Norzailina Nordin.
Bahan pastry
400g tepung gandum
sedikit garam
140g butter
80g margerin
1 biji telur (dipukul sedikit)
4-5 camb air sejuk
1 biji kuning telur (utk sapu)

Bahan inti
20g butter
20g tepung gandum
200ml fresh milk
2camb minyak
3 ulas bawang putih , ditumbuk
200g isi ayam ~ dipotong dadu
200g kentang ~ di potong dadu & direbus
60g mixed vege~ Chik mi guna kcg peas dlm tin
1 tin cendawan~ dihiris nipis
garam
lada hitam ~ditumbuk

Cara membuatnya;
Panaskan minyak ,tumis bawang putih sehingga wangi.Masukkan ayam kacau sehinnga masak,masukkan kentang,sayur camour ,cendawan,garam dan serbuk lada hitam.Kacau 3 min kemudian angkat.

Dalam periuk lain cairkan mentega ,Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga berbuih halus.Tuang susu dan kacau atas api perlahan hingga pekat.Padamkan api dan campur dengan ayam.

Untuk Pastri:
Gaul tepung ,garam,mentega dan margerin hingga sebati (jgn terlalu lama)Masukkan telur dan air ais secukupnya.satukan bahan menjadi doh dan bungkus kemas dengan plastik,simpan dalam didalam peti sejuk ,rak bawah,selama 25-30 min. Keluarkan jika keras,biarkan sebentar sebelum dicanaiantara 2 lapisan plastik.Bahagikan doh menjadi 2canai satu bahagian utk lapisan baawah.Isikan inti,canai baki doh dan utup atas inti (pastikan keliling pastri disapu air supaya mudah melekat)Sapu kuning telur diatasnya dan cucuk dgn hujung pisau @ gunakan garpu(supaya udara boleh keluar).Bakar pada 200c selama 45-50 min @ sehingga keemasan.
Nota Jika menggunakan tin2 kecil pai,masa membakar lebih pendek.

# Chik mi buat pastrinya dahulu,kemuan disejukkan dalan peti sejuk baru buat intinya






Friday, January 29, 2010

Paratha Egg Roll

Menu yg simple untuk bentou angah aritu roti paratha ni duk berjalan kat beberape umah ,ari tu nampak kat umah Sue@nenie,pastu terbang p Jepun pulak kat umah emi ,pastu landing pulak kat Spore umah ayu now jeng jeng mendarat pulak kat Penang Internasional Airport.hihihi pestaim beli roti paratha segera brand kawan ni,sedap mmg kena stok kat esbok senang kalau si Sabrina mengamuk nak makan roti canai tak payah ayah keluar p cari malam- malam.Idea ni chik ambik kat sini.Toce toce anak2 pun suke ibu gumbira ,senang keja kalau tak ade idea nak buat bekal ,buat ni aje.




Pergi yang tak kembali

Salam,terima kasih atas kunjungan semua,chik mi dah bace tapi belom sempat nak membalas satu persatu.Semalam 28.01.2010 kembalinya ibu saudara chik mi ke rahmatullah.Chik dapat berita selepas chik dah smpi kat ofc,s chik mi ambik half day balik.Allamdulillah jenazah selamat dikebumikan selepas solat Asar,Arwah mak njang ni merupakan kakak kepada ibu chik mi.so sekarang ni hanya tinggal mak ngah ngan ibu chik mi berdua je.Alfatihah buat arwah Hajah Che Ah bte Jamaludin.semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman .Amin...




Wednesday, January 27, 2010

Cucur Jagung

Dah lama rasenya tak buat cucur jagung,since ade jagung kat petiais tanya ngan angah nak bwk bekal cucur jagung tak?Angah seperti biase kaki makan jwp yehhh dah lama ibu tak buat cucuq jagung kan..kali ni chik guna resepi ni pulak,alhamdulillah petang semalam lepas smpi kat umah dalam basah kuyup kena ujan chik makan cucuq ni still lembut.

Cucur jagung
Bahan-bahan
Jagung dihiris ambik isinya
Udang ~dicincang halus
Cili hidup ~ dihiris
Bawang Besar ~ dipotong dadu
Daun sup + Daun Bawang
Telur
Garam
Tepung Gandum
Tepung Beras
Double action baking powder
Air suam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara.
Campur semua bahan diatas,garam dibancuh dengan air sehingga larut,masukkan sedikit2 sehingga menjadi seperti cekodok,goreng didalam minyak panas.




Tuesday, January 26, 2010

Nasi Lemak

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba urutkan
Sambung sendiri lah hihihi menu yang dah abis la,menu hari ahad,since along balik kejap sebab nak guna komputer so ibu layan le pebret along,seperti biasa nasi lemak kukus since banyak kerja yang ibu nak bereskan so lauknya simple mimple je la kan.Sebenarnya lauk ni je yg anak2 suke hihihi sonang kerja ibukan.ok resepi ade kat sini ye.





Sunday, January 24, 2010

Hokkien Mee

Salam,menu di hari sabtu,since dalam petiais banyak kulit udang yg chik mi simpan,nak buat kicap Char Koay Tiau pun yang hari tu buat still ade lagi,so chik mi buatkan hokkien mee aka mee udang .Kat penang ni ade 3 stall yg chik mi tau jual hokkien mee ni tapi biaselah kan orang berniage letak 'pak aji',tu yg chik tak tahan,(salah satu sbb kenapa kami jarang makan kat luar).Resepi asal chik mi dapat dari sini.Alhamdulillah sedap kena ngan citarase chik mi,selalunya kalau teringin nak makan chik n a few of my ofcmate akan drive ke Tanjung Tokong semata2 nak makan hokkien mee 'Sifu Omar',tapi kena redah traffic jam ngan berebut tempat,kadang2 yg geramnye chinese pun nak makan kat situ jugak walaupun belambak tempat makan depakan.

Original Hokkien mee akan campur mee dengan bihun,tapi ade jugak yg nak mee @ bihun saje ikut selera masing2.

Geng bas sekolah ,kalau makan hokkien mee kangkung is a must,tapi chik tak makan takuttt angin,hihihi

Penang Hokkien Mee (Prawn Noodle

Stock ingredients:

1 ziploc bag of shrimp heads and shells (I used Ziplock Easy Zipper Bag)
15 cups of water (reduced to about 12-13 cups of water after hours of boiling and simmering)
2-3 pieces of rock sugar (about the size of a small ping pong ball) or to taste
Salt to taste

Chili Paste:

30 dried chilies (deseeded and soaked to soften)
10 shallots (peeled)
5 cloves garlic (peeled)
2 tablespoons of water
6 tablespoons of cooking oil

1 pound of yellow noodles (scalded)
1 pack of rice vermicelli (scalded)
Some kangkong or water convolvulus (scalded)
Some bean sprouts (scalded)

Toppings:
1/2 pound shrimp (shelled and deveined)
6 hard-boiled eggs (shelled and quartered)
Some fried shallot crisps (store-bought)

Blend the chili paste ingredients with a mini food processor until finely ground and well blended. Heat up the wok and add cooking oil. Stir fry the chili paste for 5 minutes. Dish up and set aside. On the same wok (unwashed), add in a little oil and cook the shrimp topping. Add in a little chili paste, sugar, and salt. Pan-fried the shrimp until they are slightly burned. Dish up, let cool and sliced them into halves.

Method:

  1. Add 15 cups of water into a pot and bring it to bowl. Add in all the shrimp heads and shell and simmer on low heat for about 2 hours or longer until the stock becomes cloudy and tastes really prawny.
  2. Strain the stock through sieve and transfer the stock into another pot. Discard the prawn heads and shells. Scoop up and discard the orange “foam” forming at the top of the stock.
  3. Bring the stock to boil again and add in half of the chili paste. You can add more chili paste if you like it spicier.
  4. Add rock sugar and salt/fish sauce to taste.
  5. To serve, place a portion of yellow noodles, rice vermicelli, water convolvulus and bean sprouts in a bowl. Ladle hot stock over. Top with meat slices, sliced shrimp, egg quarters, and sprinkle with shallot crisps.
  6. Serve immediately with more chili paste to taste.

Cook’s notes:

  1. Traditionally, the shrimp heads and shells are stir-fried with oil until aromatic before adding them into the boiling water. I tried this step before and found that my “cheated” method works equally well.
  2. The hawkers in Penang also blended the shrimp heads and shells after they are briefly boiled to extract all the flavors from the shell. Again, I tried this step before and found that my method works as well if you have plenty of shrimp heads and shells.
*Chik mi rebus kulit udang menggunakan pressure cooker kemudian blend.

Thursday, January 21, 2010

Lychee Pudding

Salam,puding ni malam tadi since sekarang ni musim panas kesian pulak ngan angah nnti balik dari sekolah ,

Ntah apa yg kutekan 1 jadi kaler gelap sikit 1 jadi terang sikit hantam je lah labuuuu

Love since chik guna love punya resepi chik guna mould love shape jugak,hihii
Love chik cnp kat sini ok.
LYCHEE PUDDING by~ love2cook...~

Bahan2 :~
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 900ml air (air biasa + air dari tin laici)
  • 120gm gula (ikut citarasa)
  • 200ml susu cair
  • 1 tin laici ~ asingkan buah (dicincang/dipotong...nak letak besar2 pun boleh)
  • 1 cawan Nata de Coco perisa laici (optional...Love letak)~Chik tak letak
Cara2 membuatnya :~
  1. Didihkan air bersama gula dan serbuk agar2 hingga larut. Kacau dgn whisk.
  2. Padamkan api. Masukkan susu cair ke dlm adunan dan kacau sebati.
  3. Susun buah laici yang telah dicincang bersama nata de coco di dlm loyang atau acuan yang sesuai.
  4. Tuangkan adunan ke dlm loyang/acuan. Biarkan suam terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dlm peti sejuk.
  5. Apabila puding dah betul2 sejuk...potong dan hidangkan! *jika menggunakan nata de coco, pastikan pisau diasah tajam sebelum memotong puding...


Tuesday, January 19, 2010

Nasi Ayam

Menu hari ahad,since along ade kat umah & angah pun still tak sihat so buat nasi ayam je utk lunch,pebret anak beranak sbbnya kalau nasi putih masak sukatan biase tapi kalau nasi ayam kena lebihkan sukatan sbbnya anak2 suka makan berulang(bahaya bagi ibu hihiihi).kat umah ni kalau stail nasi ayam hainan tu confirm tak laku sbbnya anak2 suke ayam yg 'ireng' aka itam2 gitu.

Sila2 jamu mate ye confirm udah pinish.

Jom kita tgk rcpnya
~Nasi Ayam My Style~
Untuk Sup
Tulang ayam @ rangka
rempah sup-chik mi beli yg ready made dr Bamboo in Parit buntar since dah ade semua chik tak letak bawang lagi dlmnya.
Bawang Besar
Garam
Serbuk perasa- chik letak secukup rasa
*Semuanya direbus untuk mendapatkan stok utk nasi dan juga sup

Untuk Nasi
Beras dibasuh n rendam sebentar kemudian toskan
Butter / margerine & minyak masak
Bawang putih *cincang halus
Halia *cincang Halus
Garam
Serbuk kunyit ~ untuk bg nasi tak pucat
Tumis butter campurkan sedikit minyak masak ,masukkan bwg putih & halia serta serbuk kunyit tumis sehingga naik bau,kemudian masukkan beras.Kacau sehingga butter tadi melekat di beras.Alihkan ke dalam periuk nasi,masukkan stok ayam tadi bersama dengan garam.Kuantiti air kena lebihkan sedikit.Nasi ni akan jadi berderai(sebijik-sebijik).

Untuk Ayam
Ayam
Halia *
Bawang putih*
Lada hitam*
Sos tiram
Madu
Garam
Secukup rasa
*Ditumbuk halus
Semua bahan ditumbuk diperap bersama dengan ayam kemudian digoreng.

Untuk Sos Cili
Cili hidup
Bawang putih
Halia ~ sedikit saje
Gula ~ sedikit
cuka ~ sedikit
semua bahan diatas di blend sehingga halus.
Sedia dihidangkan

Monday, January 18, 2010

Puding Dadih Buah-buahan Segera

Salam ,sori mori stoberi dua tiga ari ni chik mi sibuk sampaikan bersawang teruk umah ni,terima kasih yg tinggalkan jejak chik dah bace. ,pastu along pulak balik ari jumaat tu ,so duk layan kerenah along je.Hari sabtu keluar cari barang2 sekolah Along,pastu angah pulak kena sore throat agak teruk,so chik masakkan bubur nasi segera brand maggi utk angah.Panas terik so kesiankan angah teringat ade stok serbuk dadih segera ngan susu cair so search dapat ler rcp yg simple but yummy ni.Alhamdulillah tgk angah nak jamah,selalunya anak2 chik ngan puding ni kureng skit tu yg ibu malas nak buat, since panas ni kena puding yg sejuk ni nyaman je tekak.

Yg ni nak pecahkan dara silicon mould yg beli last month .ni utk Sabrina tapi ibu yg mamam.Kepala tweety ni kecik je,tp sbb suke amik jugak.

Resepi Puding Dadih Buah-buahan Segara ~ by Kak Fida.
Chik suke ngan puding ni sbb tak terase sgt susu cairnya.

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 peket serbuk dadih buah-buahan (perasa ikut pilihan)
  • 1500 ml air
  • 200 ml susu sejat
  • 50 g gula halus
  • loyang atau acuan puding kecil2 secukupnya

Cara-cara

  1. Dalam sebuah periuk,masak air,susu dan gula hingga mendidih.Kecilkan api dan masukkan serbuk dadih dan kacau rata.Masukkan pula gula buah2an(sedia ada dlm peket berisi serbuk dadih=2 gm) dan terus kacau.Matikan api.Disebelah adalah gambar serbuk dadih buah2an..
  2. Tuang adunan puding ke dalam acuan2 kecil hingga habis dan sejukkan.
  3. Adunan puding boleh dibubuh ke dalam loyang jika suka.
  4. Setelah puding sejuk pada suhu bilik,simpan di dalam peti sejuk dan siap untuk disajikan.Jika suka,hias puding dgn buah segar yg dipotong kecil atau buah koktel.
  5. **Gambar puding dlm step 2 dan 3 kelihatan pucat sebab puding baru di tuang dan belum keras lagi.

Friday, January 15, 2010

Roti Telur Berlapis Daging

Salam menu breakfast pagi semalam,roti telur berlapis daging resepi Dayangjack sedapppp ,kenyang makan.Dayang mintak izin cnp kat sini ye.Dayang kite dah silap bg nama lerrr ampunnn

Roti Daging Bersalut Telur ~ by Dayang Jack
Bahan-bahan : untuk seorang makan
  • 2 keping roti sandwich
  • 1 sudu bsr daging cincang (minced chicken pun boleh)
  • 1/2 ulas bwg besar (dicincang)
  • 1 ulas bwg putih (dicincang)
  • 1/2 camca kecil lada sulah/serbuk lada hitam
  • 1 sudu bsr mayonis
  • 1 sudu bsr marjerin
  • 1/2 biji cili merah (dihiris dadu) - optional
  • 1 biji telur
  • sedikit keju parut
  • 50 ml susu segar (kalau xde, guna tepung susu tepung 1 camb dan dibancuh dgn sedikit air)
  • secubit garam
  • sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
Cara-cara :

  1. Cairkan marjerin dan tumis bwg2 sampai terbit bau. Kemudian masukkan daging cincang dan kacau rata2 selama 1-2 minit.
  2. Masukkan cili, lada sulah, keju, mayonis dan garam. Kacau perlahan (1 minit). Tutup api dan gaulkan dgn daun sup dan daun bawang.
  3. Sapukan sedikit mayonis pd roti, kemudian bubuh inti td di atasnya dan tutup kemas dgn roti yg satu lg.
  4. Pukul telur bersama susu segar. Kemudian celupkan roti dlm bancuhan td dan goreng dgn sedikit marjerin di dlm kuali leper dengan api perlahan.(elok guna kuali non stick)
  5. Hidangkan bersama segelas susu atau jus oren jika suka.

Thursday, January 14, 2010

Dinner Semalam

Semalam chik balik lambat sbb singgah jenguk along kat hostel jap.Petang tu dia call kat ofc menangis ,bila tanya nape?risau jugak takut kena ragging ke apa ke,dia cakap rindu kat ibu la.oooo since ade barang yg antar kat dia so hubby cakap dia ambik chik kat ofc terus pergi.Masa sampai tu dia dah tunggu ,tengok dia biase je,rupanya semlm dia ngan beberapa geng semua call parents masing2 so semuanya menangis so along pun terikut.Bila balik umah dah pukul7.15 so sempat masak yg simple dimple aje.

Pekasam homemade dr my sis ,chik mi mmg fail kalau goreng pekasam hancus ku kerjakan.

Tumis air bayam merah,so kaler kuahnya pun jadi merah + dengan keledek

Wednesday, January 13, 2010

Kari Ikan Kacang-kacang

Menu mlm tadi,pestaim chik masak ikan kacang-kacang ni,ni pun lepas tanya my sis sedap dak ikan ni kalau buat gulai.My sis cakap sedap isinya lemak2 gitu,selalunya kat restoren mamak ade juai so bila nampak kat market tu terus ler beli.Tanya hubby sedap tak isinya seperti biasa ok la huhhhh sokmo camgitu tau.Korang jgn tanya nama lain ikan ni tau chik tak tahu.kat bawah nun ade gambaq ikan tu pinjam ngan cik goggle jap.Resepi kari boleh tengok kat sini.

Sabrina beria-ria nak makan tak sempat ibu nak make up ,sabrina ni picky eater so bila cakap ibu nak masak gulai terus je cakap yea yea ibu masak gulai,yg sedap mcm aritu tau bu.Amboi

Bendinya teramat panjang so kena potong2,pokok baru kut tp still muda,pebret anak2 kalau gulai mesti nak bendi

Ghope ikan kacang2 pinjam ngan cik goggle jap

Tuesday, January 12, 2010

Pari Bakar Vs Air Asam

Salam ,menu hari ahad ari ni baru berkesempatan nak post sbbnya semalam seharian busy ngan pendaftaran hostel untuk Along,macam2 budak tu ade jugak barang yang tertinggal so nak tak nak malamnya terpaks ler ibu ngan ayah hantar balik.Semalam saja 3x ayah berulang-alik ke sekolah along,nasib ler tak kena bayar tol kalau idak huhuuhuh.Beli ikan pari in 1/4 bahagian je tp sbbkan besaq kena bakar 2x.Memula masa brader tu tny nak potong dak ? chik mi cakap tak mo nak bakaq je so dia cakap tak pe sy potong utk bakaq utk akak.ok brader tq.Brader ni mmg terra pilih ikan pari ,kalau nak beli selalunya dia cium dulu bau hancing ke idak kalau ade bau dia akan potong,tu yg best beli ikan ngan brader ni.

Nak jemput makan pun dah pinishkan so korang layannnnn gambaq dah lah ye..

Ayeq Asam mengancam suke sbbnya pekat2 sikit

Resepi air asam ni Chik guna Rcp Colek Daging Panggang ~by Shima27.
Resepi asal boleh tgk kat sini.

Utk sambal yg dilumurkan kat ikan
Cili blend
Bwg merah
Air Asam pekat
Garam
Gula
Sedikit Belacan

Cara
Blend semua bahan diatas,kemudian masak sedikit utk pekatkan nya,kemudian diumurkan ke atas ikan.

Untuk Air Asam
  • cili padi secukupnyer - dikisar (i bubuh 5-6 biji)
  • 1-2 biji cili masak - dikisar
  • 1 inchi belacan (dibakar) - dikisar
  • sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek)
  • 1 biji tomato - dicincang
  • 1 labu bwg besar dicincang
  • daun coriander/ketumbar - dicincang
  • lemon juice secukup rasa (buleh jgak nak gantikan ngan air asam jawa pekat)
  • 2 sudu besar nampla/minyak ikan
  • garam & gula secukup rasa
  • extra air masak (tuk kuah colek)



Thank You

Glitter Graphics
Terima kasih buat semua yg wish dan doakan Sabrina ye



Saturday, January 9, 2010

Happy Birthday NurAnati Sabrina

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Hari ni birthday Sabrina yg ke 5 ,happy birthday adik ibu doakan semoga adik menjadi anak yg solehah dan menjadi anak kebanggaan ibu & ayah.Ayah,Ibu ,Along & Angah sayanggggggkan adik.Ibu belum sempat buat kek ye dik tak pun kita beli je kan kan kan.

Friday, January 8, 2010

Choc Chip Muffin

Malam tadi sempat mengodek muffin ni,dah lama duk dalam waiting list ,hari ni baru sempat nak buat.kali ni try resepi Kak Jun pulak.

Kak Jun chik CnP kat sini ye.tq sooooo much.

Choc Chip muffin ~ by Junjs
Bahan-bahan ( lebih 20biji..ikut size cup )
  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka (jun x isi ni). bakar selama 20min.

Thursday, January 7, 2010

Maggi Goreng

Salam,kes tergoda tgk Love makan maggi aritu,chik buat bekal utk along n angah ke skool,cum ibunye lunch juge.Sekarang ni kena bekalkan makanan yg heavy sikit sebab along balik pukul 2.30 ptg sementara nak sampai dah pukul 3.15.cian along ,angah pun ade kelas tambahan kadang2 smpi umah lambat juge.Minggu ni chik try nak fulfill semua request along sbbnya next week along dah duduk hostel.Macam-macam request nak serimuka,tepung bungkus nak bingka beras,(along nye pebret,kue orang2 tua hihihihi sori ye along).InsyaAllah jika ibu mampu semua sekali ibu buat ye along,tapi along kan balik 2 minggu sekali,weekend pun ibu boleh g jenguk alongkan.muahhhhaaaa panjangnye citer maggi sempoi tu.




Wednesday, January 6, 2010

Pineapple Fried Rice

Salam ,terima kasih atas komen2 kenkawan kat sambal goreng pengantin ,chik dah bace cuma tak berkesempatan nak balas satu persatu je.Menu malam ni dah lama duk plan nak buat ni tapi asyik lupe je nak beli nenas,umah ni dr bapak hingga ke anak2 semua suke ngan nenas esp.nenas bali.Resepi asal ambik kat sini.Tapi chik ubah sikit ikut apa yang ade kat petiais je.Sedappppp sukeee sbbnya bila tergigit nenas yg masam2 manis tu walllaaaaaa nikmatnye.


Chik cnp resepinya kat sini ye.
Pineapple Fried Rice Recipe

Ingredients:

8 oz. leftover and overnight rice
2 cloves garlic (finely chopped)
4 oz. fresh pineapple (cut into small pieces)
4 oz. shrimp (shelled and deveined, leave whole or cut into small pieces)
2 tablespoons cashew nuts (optional) ~ Tak letak
1 teaspoon shrimp paste ~Tak letak
1 tablespoon fish sauce
1/2 tablespoon pineapple juice
1/4 teaspoon dark soy sauce (for coloring) ~ Chik guna sos tiram
1 fresh red chili (seeded and cut into small pieces)
2 tablespoons oil
Cilantro leaves for garnishing

Method:

Heat up a wok and add cooking oil. Stir-fry garlic, red chili, and shrimp paste until aromatic. Add shrimp and stir-fry until half-cooked. Add rice, pineapple pieces, pineapple juice, and do a few quick stirs. Add fish sauce and dark soy sauce to blend well with rice. Stir-fry for another minute or so, dish out and serve immediately.

Cook’s Note:

If you have cashew nuts, add them towards the end of the cooking process.



Tuesday, January 5, 2010

Sambal Goreng Pengantin

Menu yg femes time raya kalau sebelah Singapore,dedulu SIL selalu buat kalau time raya.Chik mi pestaim buat selepas 13thn berkahwin,kui kui kui dedulu mana mau masak selalunya sister ngan sil jela yg masak,padan mukaku sekarang ni semua kena buat sendiri.Selalunya sambal goreng ni digandingkan denggan lontong dan kuah lodeh,tp chik makan dengan nasi putih je.Hubby chik mi yg pestaim makan pun dah tergoda ,uiks sedapnya lain kali boleh buat lagilah ye.Gambar yg kelam kabut sebabnya pewut dah berkeroncong...alasan ....

Jom kita tengok resepinya.
Bahan - bahan
Paru*- direbus ,potong dadu dan digoreng
Hati*- direbus ,potong dadu dan dipotong
Udang - buang kulit & goreng sebentar
bahan-bahan blend
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Lengkuas
Belacan
Cili merah potong serong & digoreng
Bawang goreng-kalau nak sedap kena yg homemade
Pati santan - chik guna dlm 100ml tapi tak habis guna
Asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa - jika suka
Cara-cara
Paru & hati direbus,dipotong dadu dan digoreng,udang digoreng sebentar,kemudian goreng cili merah semua bahan digoreng berasingan dan di ketepikan.Tumis bahan yg diblend sehingga garing,masukkan asam keping dan sedikit pati santan masak sehingga pacah minyak,masukkan garam,gula ,kemudian masukkan bahan2 yg telah digoreng ,gaul sebati kemudian masukkan cili merah n bawang goreng.Sekiranya terlalu kering masukkan sedikit santan.Siap utk dihidang.

Saturday, January 2, 2010

Alam baru

Hari ni chik mi pergi register n orientasi kat sekolah along.Punya ler ramai parents n student yg nak masuk ke alam sekolah menengah.Kita orang smpi agak lewat dlm 7.45 disebab jem teruk jalan menghala ke sekolah.Ade yang parking dikiri kanan bahu jalan,sebenarnya banyak parking kat dalam,padang pun dijadikan tempat parking,bila sebuah keta parking so ramailah mengikut akibatnya jem ler kat belakang tu.Pihak sekolah pun terkejut sebabnya jangkaan hanya 500 parent + students tup2 terlebih la sudah,so kelam kabut prefects duk tambah kerusi,akhirnya Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.Terima kasih kepada tenaga pengajar dan jugak akak2 prefects semua yg bertungkus lumus menjayakan majlis.

Bapak sape lar tu yg duk cekak pinggang tu ye.hihihihi

Along ibu doakan yg terbaik buat Along,dihadapan semakin banyak rintangan dan onak duri yang perlu along hadapi.All the best along.Along belum dapat keputusan asrama,so at the mean time kenalah ayah ulang alik antar atau kena cari GBS.

Buat angah ibu juga doakan semoga angah juga dapat mengikuti jejak langkah along untuk ke sekolah ini.

Habis taklimat,beli buku semua,dah pukul 12.30 so kami singgah ke Tesco hajat di hati nak pos parcel,tup2 PO tutup ler pulak..so kita masuk tesco cari bahan yg cepat n senang masak,so layan tomyam je lah.Tak sempat dah nak makeup perut lapar dah duk menyanyi dondang sayang.