Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Ikan Susu Bakar Dengan Air Asam Kerisek

Assalammualaikum,hari ni dah masuk 9 ramadhan insyaAllah ,chik mi baru nak masukkan menu iftar minggu lepas heheeh tak pe kan ,bulan ramadhan ni ikan memang tak laku ,selain dari ikan bakar dengan air asam.Pernah makan ikan susu?chik mi baru kali kedua beli ghupanya SEDAP ,selalu tengok ikan ni tak pernah nak ambil ,hari tu ikan tak ada so chik mi try beli kemidian bakar,hohohoh isinya seakan-akan ikan terubuk ,tulang temulangnya pun macam ikan terubuk jugak,mungkin ikan yg chik mi ambil tu besar ikan tu sangat lemak ,berbaloikan kita bakar ikan seekor tu :)

Ikan Susu Bakar dengan Air Asam Kerisek
Sumber: Chik Mimi
Perencah ikan bakar
Cili merah ~ kalau nak pedas tambah cili api
Bawang Besar
Serai
Kunyit hidup
Air Asam
garam secukup rasa
Blend halus semua bahan diatas n dimasak diatas api biar sampai pekat.

Air Asam Kerisek
Cili merah
Belacan
Garam n sedikit gula
Air Asam jawa
Blend macam sambal belacan
Tomato ~ dipotong dadu
Bawang besar ~ didadu
sedikit kerisek
campur semua bahan diatas perasan masam dengan manisnya

Friday, April 27, 2012

Kerabu Ikan Tongkol

Assalamualaikum,rajinnya mengupdate blog sekarang ni ,seminggu sekali bila la nak ada kerajinan macam dulu-dulu sapa yang rajin tu meh la tiupkan angin R tu kat sini:(.Menu weekend yang lepas,bila singgah pasar malam nampak ikan tongkol isi putih ni terus beli sebab DH memang peminat tegar ikan ni,agak susah nak dapat selalunya yang isi hitam tu memang sentiasa ada.
Dah lama simpan ni,masa blogger-blogger tengah mengamuk dengan menu ni kita diam aje sebab takut ahli majlis tak dapat terima,Alhamdulillah semua boleh terima ,terima kasih kak watie kongsi resepi dah jugak Ijah yang buat versi ada sayur dan ulaman ,chik mi ikut ijah
KERABU IKAN TONGKOL
Resepi Asal : KAK WATIERMAN MyR

Bahan-bahan ( Untuk 3-4 orang satu hidangan )

  • 1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
  • 2 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
  • sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
  • secubit garam ikut selera anda
  • air perahan limau kasturi/ limau nipis
Bahan2 tambahan >> Yg ni kita tambah
  • Sedikit Kacang panjang/kacang botor, dipotong pendek2
  • Setgh biji Tomato di potong wedges ~ chik mi tak letak
  • Sedikit Sos Ikan sedikit 

Cara-cara

  1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
  2. lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
  3. Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
  4. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawangbesar, cili merah dan cili api
  5. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
  6. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
  7. gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi (boleh masukkan sos ikan sekali dlm proses ni juga)....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

Friday, May 27, 2011

Ikan Lengat

Assalamualaikum,pernah makan ikan lengat?Kalau kat utara ni kami panggil ikan lengat kat tempat lain tu dipanggil ikan kukus atau rebus,sekarang ni musim ikan temenung aka ikan kembung tersangatlah murahnya,kat market baru kalau yang hijau-hijau tu still berlendir lagi last week baru rm4/kg,yang kecik sikit rm3/kg,tapi haritu duk sembang dengan kak ton dia kata kat Shah Alam rm9/kg,maksudnya still mahal ye.Husband chik mi peminat ikan lengat ni tapi ramai yang kata tak elok beli yang kat market tu sebabnya dia ada campur dengan bahan kimia lagi pulak selalunya yang jual tu tak buang insang dan isi perut tu yang macam tak best aje nak makankan.Haritu chik mi google dapat jugak ler cara-caranya nak buatnya pun mudah aje,memang rasanya tak ler 100% macam yang belikan tapi bila kita buat sendiri ni terjamin dari segi kebersihannyakan..
 Chik mi buat 2kg ikan,so pack untuk sekali masak senang nak defrost,kalau ada cara lain kongsikan ye
jom kita tengok macamana nak membuatnya..
Ikan lengat aka Ikan rebus
Sumber:Chik mimi
Ikan Kembung aka  Temenung 
Garam~agaran 1sb untuk ikan 10 ekor tapi chik tak sukat terus aje lumur garam ke ikan
Sedikit cuka ~dimasukkan kedalam air rebusan
 Cara-cara
Lumurkan ikan dengan garam kemudian masukkan ke dalam freezer,biarkan semalaman,keesokkan harinya defrost ikan ,kemuadian disusun ke dalam periuk pengukus,masuukkan sedikit cuka ke dalam air kemudian bolehlah dikukus selama 1/2 jam,.

Saturday, February 12, 2011

Ikan Bunga Air Celup Tepung

Assalamualaikum,wah dah hari sabtu sekejap aje ,minggu depan dah pertengahan bulan Februari cepat sungguh masa berlalu,sebelum ni duk tunggu nak cuti panjang CNY pun dah habis kejap je kan.macamana hari jumaat hari tu boleh tido lena tak?chik mi usah cakap ler kiri kanan sepanjang jalan rumah ni bunyi mercun yang amat kuat,ni nest week chap goh meh pulak waduh2 bikin penasaran,nak buat camanakan layan je lah....ok lah stop jom kita makan ikan bunga air celup tepung ni sedap tau makan panas-panas cuma awas ye tulang halusnya kang tercekik pulak macam kak ummi aritu....
Ade jugak yang panggil cincang rebung ,mak chik mi selalu buat cucur ikan.ikan ni kecil2 je warna putih.
Ikan Celup Tepung
Sumber:qasehmu-abadi
Bahan -bahan
Ikan ~boleh diganti dengan sotong
Serbuk kari
1 Biji Telur 
Tepung ubi secukupnya
Garam secukup rasa
Caranya
ikan dibasuh bersih kemudian ditoskan,masukkan telur ,serbuk kari ,tepung ubi serta garam,kacau sebati.Panaskan minyak goreng sehingga garing..sedap dimakan panas2


Monday, February 7, 2011

Butter Fish Fillet

Assalamualaikum,lamanya rasa tak jengah blog ni,cuti raya cina baru ni chik mi balik ke Teluk intan ,pastu day trip ke KL sebab temankn hubby jumpa kawanya,so memang penat sangat,bila dah balik kampung tenguk MIL pulak kurang sihat so kena ambil tugasan kat dapo ler(selalunya pun masuk dapo jugakkan,chik mi tak paham bila jumpa dengan orang yang bila kat rumah sendiri dikabarkan rajin tapi bila kat rumah mak @ rumah orang lain huhuhu jadi 'mem besar')alamak dah jadi sessi luahan perasan ler pulak kut2 ade yang intai kat sini tak pe ade kita kisah???????kita tak kisah sebabnya memang kisah benar hahahah ya ampun chik mi dah melalut ke simpang mana ntah.Ya ampunnn sebenarnya lauk ni dah acap kali chik mi buat selalu tak sempat nak ambik gambar,yg ni pun dah tinggal sikit je,favourite hubby dengan anak-anak,setiap kali kalau beli ikan siakap mmg ade request untuk lauk ni .Thanks to AlongRos kongsikan resepi yang sangat sedappppp ni.cayangggg along
 
Recipe Owner: Roz@HomeKreation
Serves: 5-6 persons
INGREDIENTS:
300-500g Fish Fillet - cut into small size ~chik mi guna ikan siakap debone then potong kiub
1 tbsp Curry Powder*
1/2 cup Flour* (* mixed) ~chik mi guna tepung ubi
2 Egg Whites
2 Eggs**
2 Marie Biscuit Crumbs** (** mixed) ~chik mi guna readymade breadcrumb
2 tbsp Butter
4 cloves Garlic - chopped 
Some Chili Padi - chopped 
3-4 sprigs Curry Leaves
3 tbsp Oyster Sauce

METHOD:
1. Rub fish fillet with salt.
Dip fish in flour & curry powder mixture, egg white & flour mixture again.
Deep fry until cooked & golden color.

2. Heat up a cup of oil & fry egg & crumb mixture until crispy.
Dish out.

3. Heat up butter & stir fry chili, garlic & curry leaves.
Add in oyster sauce & stir for 1 min.
Add in fish & crumbs.
Serve immediately.

Wednesday, December 15, 2010

Asam Pedas Tumis

Assalamualaikum,lauk yang jarang-jarang ,kadang-kadang ade kat rumah chik mi,selalunya chik mi masak asam pedas rebus ,tapi memandangkan ada isi ikan kaum keluarga ikan mayong,yang ni kalau kat penang dipanggil 'otek'.Ikan ni sedap di buat kari,chik mi beli seekor tp simpan sikit isinya utk masak asam pedas.
Selalunya asam pedas melaka camginikan,anak-anak tanya kenapa asam pedas ibu tak macam selalu?Jawapannya saja nak kelainan

Saturday, November 6, 2010

Siakap Bakar Berempah Woku

Salam,baru sempat nak N3 menu tengahari tadi,dah lamaaaaa duk kiv resepi ni ,bila ade siakap je asyik buat FnC je,ari ni awal-awal lagi dah booked cik siakap ni nak buat stail gini,sedap wangi je ,ni kalau jadi menu kat main table ok tak?

Resepi ni chik mi CnP dari dapo Knor.Terima kasih buat Kak ummi dan Knor .Chik mi buat ikut knor bakar ikan dlm foil pastu siram ngan sambalnya.

SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU
sumber: Ummi Kuantan

Bahan:- (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar ~ k.nor guna ikan pari
2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan - hiris halus ~ k.nor gantikan dgn daun ketumbar
2 helai daun kunyit - hiris halus ~ tak letak lupa nak beli 
3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai selasih - diambil daunnya 
2 biji tomato merah - potong dadu
250 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang - dipotong-potong 
3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-
12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
5 biji buah keras - bakar kejap
3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
2 cm halia

Bahan Pelengkap:-
Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek) ~ k.nor tak letak
1 biji timun - dipotong serong
4 tangkai selasih
6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap. (K.Nor masak dlm 2 - 3 min jer)
Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.

* K.Nor panggang atas dapur gas jer setelah balut ikan dgn foil. Bila dah siap bakar baru tuang rempah atas ikan bila nak hidangkan. Rempah tu K.Nor masakkan hingga agak pekat.

Monday, September 27, 2010

Gulai Ikan Tongkol




Salam,kejap je dah hari isnin ,so sekali lagi bermulanya rutin seperti biasa,nak bangaun pagi pun alahai malasnya nak bangun,tp kena jugak ler kan nak buat camne makan gaji,Ya Allah melalut kemana la pulak Chik mi ni,menu last week ,biasa ler cik hubby kalau tgk ikan tongkol isi putih ni mmg tak miss punya mesti nak beli,so kite ni asyik duk pusing2 je la menu tu.still guna resepi kak CM ,dah terjatuh chenta dengan resepi ni so layannnnnn.Kali ni gulainya ade ikut resepi asal ade timun ,dengan cili api yg gedabak tu..

Seperti biasa chik mi CNP kat sini ye.Thanks kak berkongsi resepi yng mabeles ni
Gulai Ikan Tongkol a.k.a Ikan Aya~Kak CM 
Bahan-bahan untuk lauknya:

4 keping ikan tenggiri-potong seperti gambar diatas.
(sepatutnya guna ikan tongkol )
1 1/2 cawan santan pekat
4 tangkai cili kering
1 biji timun -potong ikut selera masing-masing
6 biji cili api
1 inci lengkuas
1 keping asam gelugur
7 ulas bawang merah
5 biji telur rebus.
1 inci kunyit hidup
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
minyak untuk menumis

Cara-caranya:
Blend cili kering,kunyit,lengkuas dan bawang merah hingga sebati.
Campurkan dengan 1/2 paket rempah kari ikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik baunya.
Masukkan 2 cawan air dan bila mendidih baru masukkan santan pekat.
Kemudian masukkan ikan dan timun serta garam dan gula+asam keping.
Biarkan mendidih hingga ikan masak baru taburkan cili api.
Last sekali letakkan 5 biji telur rebus.masak sekejap dan padamkan api.Siap:)
#Chik mi guna ikan tongkol ,chik mi rebus menggunakan pressure cooker malam sebelumnya dan biarkan semalaman.

Thursday, August 26, 2010

Ikan Pari Bakar

 Salam,menu minggu lepas ye puan puan,puas hati bila dapat memanggang sendirikan.permulaan puasa hari tu hubby chik mi ade jugak beli sepotong ikan pari bakar ni,hampir separuh tak dimakan akhirnya cik tong yang makan,bila tanya kat along n angah jawapnya sambal tak kick ler ibu ayeq asam pun huhuhuhuh memang tak boleh p la,sian anak2 ibu.Bila pergi market nampak pari fresh terus je chik mi ambil sebelah yang sedang,sekali hadap je masa berbuka tu ,masa nak buat air asam tu angah dah cakap bu macam selalu ye tak mo resepi lain nnti tak best!
Gandingan Maut Pari Bakar Dengan Air Asam,pat yang hitam-hitam tu biasa ler kan kat umah ni.hitam hitam sitampuk manggis walaupun hitam ku pandang manissss ...

Jom kita tengok camne chik mi buat sambal.
Sambal
Cili Blend
Serai
Lengkuas 
Bawang Merah
Belacan
Air Asam ~pekat
Sedikit minyak untuk menumis
Garam
Caranya
Blend ke semua bahan diatas,tumis sehingga garing kemudian sejukkan sebentar,selalunya chik mi sapukan sambal keatas kedua-dua belah ikan kemudian perap,dekat nak berbuka balut dengan daun pisang bolehlah dipanggang atas bara api.

Air Asam(chik mi selalu gunakan resepi shima colek daging panggang),resepi asalnya boleh tengok kat sini
Untuk Air Asam
  • cili padi secukupnyer - dikisar (i bubuh 5-6 biji)
  • 1-2 biji cili masak - dikisar
  • 1 inchi belacan (dibakar) - dikisar
  • sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek)
  • 1 biji tomato - dicincang
  • 1 labu bwg besar dicincang
  • daun coriander/ketumbar - dicincang
  • lemon juice secukup rasa (buleh jgak nak gantikan ngan air asam jawa pekat)
  • 2 sudu besar nampla/minyak ikan
  • garam & gula secukup rasa
  • extra air masak (tuk kuah colek)

Saturday, August 7, 2010

Ikan Tongkol Masak Kicap Pedas

 Salam,lamanya kita chik mi tak bersiaran,masak macam biasa tapi bila dah kepenatan tu kemalasan mengatasi segalanya,ni pun menu minggu lepas ntah macam tak de mood je sekarang ni.Selalunya kat ke market tu bila nampak ikan tongkol isi putih ni,hubby mesti beli,chik mi lar fening tak tahu nak masak apa,pusing2 masak tu jugak sbbnya kalau masak lain dari selalu nnti anak2 tak nak makan.
 Resepi asalnya ikut resepi makyong kat MYR tu tapi bila dah penat tu campak jelah apa yang ada,kebetulan stok daun limau purut banyak(dari neighbour sebelah dia akan kutip pucuknya yg muda bagi ke chik mi)so chik mi taruk jugak,bila rasa tu ada rasa ala-ala tomyam.

Wednesday, July 28, 2010

Ikan Goreng Bersambal Istimewa

 
Salam,menu malam tadi ,samapi rumah dah dekat pukul 6.30 ptg,dalam kepala tak dak menu yg nak masak utk berbuka,sebelum tu dah call big boss suruh belikan telur masin,ingat nak rebus je nak kawankan dengan serunding ikan,buka tdung tengok ikan goreng pagi tadi elok je duk berbaris ,anak2 tak makan ler tu,terus on pc zaman jepun tu,nak tunggu loading punyala lama.Dalam kepala otak ni nak buat sambal ikan yg knor buat aritu ,tapi mmg tak ingat namanya cuma ingat Knor ambil dari umah Along itu je.tunggu nak loading punya ler lama ,akhirnya pukul 7.00 baru start masak,so lauk berbuka malam tadi jadilah sambal ni,sedapppp akan ada ulangan lagi ye.Thanks to Along n Knor,chik mi cnp dari rumah Knor ye.

malam tadi nampak lieza pun masak lauk ni,menu yg samakan liezakan.minta izin nak share kat sini ye kekandaku berdua.
IKAN GORENG BERSAMBAL ISTIMEWA by AlongRoz
3 ekor ikan
garam
serbuk kunyit
utk sambal:
4 bj cili hijau
1 bj cili merah
beberapa bj cili padi
1 btg serai
1/2 kuntum bunga kantan ~ k.nor ganti dgn daun limau purut~chik mi pun letak  daun limau purut
5 bj bawah merah
4 ulas bawang putih
daun ketumbar ~ dihiris halusgaram
tambahan oleh k.nor:
2 sudu besar sos ikan
sedikit gula
1 sudu besar perahan limau nipis ~Chik mi guna lemon

1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng.

Thursday, July 8, 2010

Gulai Sardin Berkentang

Salam ,menu dinner dua malam yg lepas kut ,sooooo udah pinish ye,hehehehe,bila musim berangin ni ikan kat market tu duk pakai eyeshadow ,konpem ler tak beli,pusing satu market pun sama je so last resort kena guna ikan kurung ler jawapnya.Ikan sardin ni arwah ayah chik mi panggei ikan sardin,gulai sardin kalau tingat mesti menitis airmata sebabnya lauk terakhir yg arwah minta sebelum pergi meninggalkan kami ,nasik lemak dengan gulai sardin ,tp sebenarnya arwah tak makan sardin tp haritu arwah cakap ke mak sedapkan kalau makan nasik lemak dengan gulai sardin,kenangan arwah bersama kami sentiasa segar dlm ingatan sebabnya arwah mmg rapat dengan chik mi(yelakan anak perempuannya yg kecik sekali dr 10 org anak).Alamak teremo la pulak.Chik mi ikut arwah kutkalau dengan sardin ni kurang sikit .selalunya ambik kuahnya aje.Selalu buat masak asam je ntah malam tu tetiba pulak nak buat gulai.
Chik mi buat macam gulai ikan biasa cuma tak gunakan sos sardin tu dan tambah kentang je.

PERHATIAN UNTUK YANG NAKKAN KUALI N APOM PANS TU ,CHIK MI TAK SEMPAT NAK SURVEY LAGI YE ,INSYAALLAH WEEKENDS NI KALAU SEMPAT CHIK MI PERGI YE,LITTLE INDIA TU SUSAH PARKING N JALANNYA SEMPIT ,SO KENA PERGI DENGAN BIG BOSS LER.Sapa yang nak tolong konpem kat chik mi melalui email ye senang chik mi nak kira kuantitinya.Email chik mi:-  mimiazie@yahoo.com

Tuesday, July 6, 2010

Siakap Masam Manis

 Salam,siakap masam manis ni menu ari sabtu ,so konpem dah pinish ye,aritu masa buat Siakap 3 Rasa, Chemp mention dia suka letak epal sekali,since dah ade green epal chik mi parut letak sekali,so Ahli Majlis Tertinggi dah approve so next time boleh buat lagi nak tuko ngan nenas pulak.
 Nak ajak makan pun dah habis so kita intai resepinya ye .Resepi sama dengan siakap 3 Rasa cuma tambahkan epal hijau yg diparut je.Chik mi CnP kat sini balik ye.

Bahan-bahan
Ikan Siakap
Tepung ubi
Lada sulah
Secubit garam
Daun Limau Purut
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Halia*
*Dihiris halus
Epal Hijau Chik mi parut
Sos cili thai ~ brand Mae pranom
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram

Cara-caranya
Ikan dilumur tepung ubi,lada sulah & secubit garam,perapkan sebentar kemudian digoreng secara terendam bersama minyak yg banyak,ketepikan.Tumiskan bawang & halia sehingga wangi,masukkan ketiga- jenis sos sos bersama dengan sedikit air masak sehingga pekat, masukkan epal parut kemudian tutup api masukkan daun limau purut biarkan sebentar.kemudian curahkan keatas ikan ,taraaaaa dah siap senangkan .

Friday, June 25, 2010

Ikan Pari Masak Hijau

Salam,aritu nampak kat rumah Along dah pikir nak cuba tp terlupa ,lepas tu nampak kat umah kak sifu buat dan siap rekomen lagi tu yg bila nampak ikan pari fresh kat market terus je ambil.Resepi dari umah Kandaku Cayang.Sebenarnya dari awal minggu lagi nak buat ,bila sampai umah tengok ikan lain yg dah defrost,so tertangguh sampai ke arini baru berkesempatan nak masak lauk ni.Semalam dah taip separuh jalan nak N3 ,si minah tecik yg manyak songeh tu pulak mengamuk ajak tido so ngan ibu sekalilah belayaq.Sedap dan lazat heehhe tp chik mi buat terkering sikit.Buat kandaku cayang izinkan dinda cNp kat sini ye senang nnti menantumu nak masak .muahhhahahah.Thanks ye kanda,

Ingredients:-
2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya

Method:-
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.
Sources:-From a cooking programme in suria channel
#Chik mi gun ikan pariyg sederhana besar.

Saturday, June 19, 2010

Gulai Ikan Tongkol

Salam,hari ni chik mi nak upload gulai ikan tongkol a.k.a gulai ikan aya yang chik mi buat bersama dengan nasi dagang hari tu.Bila dah malam baru teringat nak ambil gambar,semua bahan rencahnya pun dah habis.Timun dengan cili api tak dapat ler berposing bersama-sama dengan cik ikanku ini.Resepinya chik mi ambil dari rumah Kak cm,mmg sedap ,selepas ni mmg akan ikut resepi ni ler selalu.Thanks kak mintak izin untuk CnP kat sini yer untuk rujukan nnti senang.








Thanks kak sudi kongsi yang mabeles ni.

Bahan-bahan untuk lauknya:

4 keping ikan tenggiri-potong seperti gambar diatas.
(sepatutnya guna ikan tongkol )
1 1/2 cawan santan pekat
4 tangkai cili kering
1 biji timun -potong ikut selera masing-masing
6 biji cili api
1 inci lengkuas
1 keping asam gelugur
7 ulas bawang merah
5 biji telur rebus.
1 inci kunyit hidup
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
minyak untuk menumis

Cara-caranya:
Blend cili kering,kunyit,lengkuas dan bawang merah hingga sebati.
Campurkan dengan 1/2 paket rempah kari ikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik baunya.
Masukkan 2 cawan air dan bila mendidih baru masukkan santan pekat.
Kemudian masukkan ikan dan timun serta garam dan gula+asam keping.
Biarkan mendidih hingga ikan masak baru taburkan cili api.
Last sekali letakkan 5 biji telur rebus.masak sekejap dan padamkan api.Siap:)
#Chik mi guna ikan tongkol ,chik mi rebus menggunakan pressure cooker malam sebelumnya dan biarkan semalaman.
# Chik mi tak letak telur rebus.

Wednesday, June 9, 2010

Serunding Ikan

Seperti yang dijanjikan chik mi postkan N3 serunding ikan yang chik mi buat untuk dimakan dengan nasi kerabu.Wow silau u gambar tu terlebih cahaya ler pulak.Ni pun hasil carian pokcik google,tapi chik mi combine sini sana resepinya.Banyak jugak dapat serundingnya tu chik mi simpan dalam peti sejuk.

Jom kita tengok cara chik mi buat serunding ikan.
Serunding ikan
Bahan-bahannya
Ikan sardin
Asam keping
Rebus ikan bersama dengan asam keping,air agak paras ikan aje ,setelah diasingkan isi dengan tulang di blend bersama dengan air rebusan ikan tadi ketepikan

Bahan Blend.
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia
Lada hitam
                                                                             Serai

(chik mi blend menggunakan blender kering tp masukkan sedikit air agar mesinnya boleh berputar )

Segengam kelapa putih 
Garam 
Gula 
Cara-caranya
Masakkan isi ikan yang telah diblend bersama-sama bahan bahan blend sehingga separuh kering kemudian masukkan kelapa putih sangai lagi sehingga betul-betul kering.Sangai menggunakan api sederhana dan sentiasa dikacau sehingga isi ikannya menjadi seperti serbuk.

Thursday, May 13, 2010

Ikan Tongkol Masak Kuali

Salam, dah lama tak tayang gambar masakan,sampai merajuk kakasma tu sebab tak hidangkan makanan hihihi,ok lah sebenarnya ni menu yg dah lama tak sempat nak masukkan n3 sebabnya sibuk sikit sekarang ni samapi ke next week,weekends pun kena pulak kursus ,huhhuuh kena kerja 7 hari huwaaaa beh tahan.Oh tidak panjangnya mukaddimahnya,resepi asal Kembung Masak Kuali by Che Iza,tapi Chik mi tukar guna ikan tongkol,memang sedapppp,pestaim buat ni semua suka ,pastu bila tak de idea nak masak apa memang masak ni le,suke sebab penggunaan halba memberikan bau yang sangat wangiii.

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
  • 4 sudu besar lada boh / cili giling
  • * 3 biji bwg merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 btg serai
  • 1 sk halba
  • 1/3 cwn santan pekat
  • 2 sb air asam jawa
  • garam, gula and perasa

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
  2. Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
  4. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.
Source: Che iza Myr

Monday, April 12, 2010

Sup Ikan Merah

















 















Dah lama chik mi tak makan sup ikan,dedulu mak selalu buat,sebenarnya nak pancing budak yg picky eater kat umah tu suruh makan nasi,alhamdulillah bila di suap tu makan ler jugak.tp mulutnya tu mengomel ler macam2.susah betul dia nak makan.Big boss pulak komen sesekali makan camgini sedap jugak,tp kena buat sambal kicap.iskkk tak lepas ngan sambal kicap.

Tuesday, April 6, 2010

Siakap 3 Rasa

Salam,wah siap ade spider web yer kat umah ni,sibuk ngan apa ntah,kalau weekens tu biasenya sibuk ler ngan rutin mingguan,siakap 3 rase ni request dr my laling nak makan.Dah tanya pakcik goole,tengok mcm rcp ade,ade yg letak nenas,timun ,ade yg letak lada benggala,bila tanya big boss ,nak yg selalu kita order kat Bangkok Tomyam,oh senang kerja chik mi ,kalau yg kat bangkoktomyam tu.Alhamdulillah memenuhi piawaian kat umah ni.




































Jom kita tengok resepi yg senang banget ni,Chik mi letak resepinya untuk rujukan anak2 dimasa akan datang.
Bahan-bahan
Ikan Siakap
Tepung ubi
Lada sulah
Secubit garam
Daun Limau Purut
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Halia*
*Dihiris halus
Sos cili thai ~ brand Mae pranom
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram

Cara-caranya
Ikan dilumur tepung ubi,lada sulah & secubit garam,perapkan sebentar kemudian digoreng secara terendam bersama minyak yg banyak,ketepikan.Tumiskan bawang & halia sehingga wangi,masukkan ketiga- jenis sos sos bersama dengan sedikit air masak sehingga pekat.kemudian tutup api masukkan daun limau purut biarkan sebentar.kemudian curahkan keatas ikan ,taraaaaa dah siap senangkan .

Saturday, February 20, 2010

Stik Ikan Kayu a.k.a Tongkol

Hari ni jom kita makan makanan diet lagi menyihatkan,tergoda tengok kat dapur zaiy malam tadi,masa p market pagi tadi nampak banyak ikan tongkol isi putih,my laling kalau jumpa ikan tongkol ni mmg tak pandang kiri kanan dah suruh ambik yg paling besar pulak tu.Betul kata zaiy senang dan yg penting sedapppp.Chikpun makan dengan nasi putih pastu chik letak lada banyak2 biar berasap tinge:>>>


Resepi asal dari Kak Hanieliza,zaiy CnP dr umah kakRinn ,chik pulak cNp kat sini,thanks semua .
Stik Tenggiri
Sumber : Senangnya Memasak...Ikan (Chef Hanieliza)

BAHAN A:
2 bahagian ikan tenggiri (400gm)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar sos lada hitam (Rinn tambah yang ini...)-saya xletak
saya tambah 2sb minyak zaitun

BAHAN B (SAYUR-SAYURAN IKUT SELERA):
Brokoli
lobak merah
tomato

Sos lada hitam -saya omit


CARA-CARA :
1. Bersihkan ikan dan toskan hingga kering.
2. Perapkan ikan dengan semua bahan selama 30 minit.
3. Bakar dengan pemanggang atau masukkan dalam oven hingga garing dan masak.
4. Hidangkan bersama sayur-sayuran dan sos lada hitam.