Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Nasi Ayam

Assalamualaikum,yuhuuuuuuuu ada orang ingat kat Cheq ke dak ni,alhamdulilllah hari ni dah 15 syawal ,sekejap ja kan di kesempatan ini Chik mi nak ucapkan Selamat menyambut Hari Raya AidilFitri maaf Zahir Batin.Lamanyanya tak merapu kat sini dah macam kaku nak tulis apa..Opsss ni gambar dalam folder tau bukan yang baru pun ye sekarang ni memang nak pegang kamera pun ketaqqqqq,gambaq jadi goyang gitu

~Nasi Ayam My Style~
Untuk Sup
Ayam
rempah sup-chik mi beli yg ready made dr Bamboo in Parit buntar since dah ade semua chik tak letak bawang lagi dlmnya.
Bawang Besar
Garam
Serbuk perasa- chik letak secukup rasa
*Semuanya direbus untuk mendapatkan stok utk nasi dan juga sup

Untuk Nasi
Beras dibasuh n rendam sebentar kemudian toskan
Butter / margerine & minyak masak
Bawang putih *cincang halus
Halia *cincang Halus
Garam
Daun Pandan
Serbuk kunyit ~ untuk bg nasi tak pucat
Tumis butter campurkan sedikit minyak masak ,masukkan bwg putih & halia serta serbuk kunyit tumis sehingga naik bau,kemudian masukkan beras.Kacau sehingga butter tadi melekat di beras.Alihkan ke dalam periuk nasi,masukkan stok ayam tadi bersama dengan garam.Kuantiti air kena lebihkan sedikit.Nasi ni akan jadi berderai(sebijik-sebijik).
Untuk Ayam
Ayam (selepas direbus keluarkan ayam)
Halia *
Bawang putih*
Lada hitam*
Sos tiram
Madu
Garam
Secukup rasa
*Ditumbuk halus
Semua bahan ditumbuk diperap bersama dengan ayam kemudian digoreng / grill

Untuk Sos Cili
Cili hidup
Bawang putih
Halia ~ sedikit saje
Gula ~ sedikit
cuka ~ sedikit
Sedikit sup di atas
semua bahan diatas di blend sehingga halus.
Sedia dihidangkan

Tuesday, September 11, 2012

Lontong Daun a.k.a Ketupat Nasi

Assalamualaikum,semoga anak-anak yang menghadapi peperiksaan UPSR dapat menjawap dengan tenang.Kali ni bereksperiment dengan lontong daun dengan menggunakan periuk pressure cooker,hari raya hari tu chik mi tak buat lontong daun sebabnya kalau kat rumah Chik Mi menunya mesti nak ketupat pulut jugak,heheheh DH memang nak nasi impit tapi sebab rumah MIL memang dah ada nasi impit.
 
Dulu dah pernah buat tapi tak jadi salah sendiri silap baca resepi ngeh ngeh ngeh. Anak-anak komen lebih suka lontong daun dari ketupat segera tu .
Request dari along sebab ibu dah lamaaaaa tak masak nasi impit,psstttt Chik Mi tak makan ketupat segera yang dalam plastik tu ,entah mengapa tekak  mengada-ngada ni tak boleh nak terima.
Resepi boleh rujuk kat  sini Thanks Che Iza akhirnya jadi jugak Chik Mi.Chik mi ikut sukatan yang Chik mi buat ya.
Lontong Daun 
Sumber : Chik mi
2 cawan beras biasa  ~dibasuh bersih dan ditoskan sehingga kering
Daun pisang ~ seeloknya gunakan daun pisang batu dilayukan untuk menggelakkan dr pecah masa proses membuat kelonsong
garam secubit rasa
caranya :
Daun pisang dilayukan ,kemudian  di buat bentuk selinder,stapler atau di ikat di bahagian bawahnya,untuk daun pisang batu ni kena guna stapler yang besar sebab daunnya tebal dan agak liat,kalau stapler biasa takut tak makan.
masukkan beras kedalam kelonsong daun pisang ,agak-agak separuh dari kelonsong kemudian boleh di stapler di bahagian atas yang satu lagi.
Rebus menggunakan pressure cooker,kalau pressure cooker Chik mi tunggu sehingga 5-6 kali desir dah boleh tutup.masukkan garam ke dalam air rebusan biar kelonsongnya tenggelam .


Sunday, April 29, 2012

Nasi Goreng Kerabu

Assalamualaikum,menu lepas kerabu ikan tongkol,nasi goreng kerabu la pulak,sebabnya hari tu p SP order nasi goreng kerabu ,salah chik mi jugak sebab tak check dalam menu ada ke dak dalam menu tu,bila nasi goreng ku sampai huhuhhuu tak memenuhi piawaian,nasi berminyak,ada 3 racik timun ,sedikit daging dan sedikit hirisan bunga kantan,rasa memang ler tiada langsung kerabunya,sedih la ,kalau dah tak boleh buat cuba cakap 'maaf kak kami tak buat nasi goreng kerabu' ,sedih sungguh .bila ada lebihan kacang kelisa @ kacang botoi teringat nak bereksperiment buat nasi goreng kerabu ,alhamdulillah semua suka.
Kalau kat gerai tomyam ,selalunya nasi goreng datang dengan pakej sambal belacan yang mengancam kan.Kalau kat Penang ,kalau area town restoran Su Ai Kenari ,sangat famous ,lagi pun tengahari pun dah beroperasi ,rasanya since chik mi start kerja tahun 93 restoran ni dah wujud kut,sambal belacannya memang best,kawan chik mi cakap sambalnya letak budu,hohohoho dengan gigihnya ku angkut budu kat pakcik Mydin sebab nak buat sambai belacan ala-ala su ai kenari:)
Food tester kat rumah bagi green light untuk nasi goreng kerabu dan sambal belacan budu ni ,jimat-jimat       
kalau selalu ke sana pun poket bocor jugak kan:)
Nasi Goreng Kerabu ~ My style
Sumber : Chik Mi  
Bahan-bahan 
Nasi putih 
bawang merah *
bawang putih*
sediikit cili api* 
ikan bilis *
sos tiram
serbuk lada sulah
sos ikan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
*diblend kering sedikit jangan terlalu halus
Ulaman 
chik mi guna 
kacang kelisa**
serai **
bunga kantan **
** dihiris nipis
caranya
Panaskan minyak tumiskan bahan blend sehingga naik bau ,masukkan sos tiram kacau sebati ,masukkan lada sulah,secukup rasa ,dan sos ikan dah sebati masukkan nasi putih tadi kacau sebentar,masukkan ulaman kacau sehingga sebati ,perasakan garam 
untuk sambal belacan budu
Buat sambal belacan biasa,cuma lebihkan asam biar cair sedikit masukkan budu kacau sebati 
senangkan

Thursday, April 5, 2012

Nasi Goreng Sardin

Assalamualaikum, nasi goreng sardin yang dah lama terperap dalam folder,hari ni baru berkesempatan nak upload:)
Bagi bukan pengemar sardin chik mi la tu,bila tengok sardin tak teringin pun nak ambil,kesiankan DH memang penggemar sardin ,bila dia bersuara baru teringat ,hahahah bagus sungguh chik mi,dah ada sardin selalunya buat masak asam je ,tetiba hari tu teringat nak buat pulak nasi goreng ,hoohooh sedap jugak rasanya ye,
Kalau nak masak nasi goreng suka kurangkan sedikit kuantiti airnya ,baru nasinya seroi aka peroi ,eh paham ke seroi tu apa?ala yang sebijik-sebijik gitu.
Nasi goreng sardin
Sardin ~ambil isinya saja
Bawang merah*
Bawang putih*
Cili api*
Mix vege~optional
Minyak untuk menumis 
Garam secukup rasa
Daun Bawang 
* dihiris
Caranya
Tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu,masukkan isi ikan sardin yang di pecahkan kasar-kasar,masukkan nasi ,kacau sehingga sebati ,perasakan dengan garam,sedia untuk dihidangkan
 

Monday, February 20, 2012

Nasi Daging Vs Air Asam Kerisek

 Asssalamualaikum,tenggelam timbul tuan  blog ni update blog ye,huhuhu nak buat camana ,kat ofc pc ni kadang-kadang mereng ,balik rumah terpaksa bagi laluan buat puteri-puteri guna untuk buat homework,opsss menu dah dah habis ye usahlah lah nak merayu lagi ,muahhhaha.
Kak Ayu,sekarang ni isirumah kita dah boleh terima nasi berperisa gini ,hik hik hik mungkin tuan punya badan yang semakin melebar ni dah pandai kut,uikssss sapalah tu yang  masuk lif tekan sendiri ye:)
Kawan chik mi cakap kat rempah nasi daging Pendang sedap,maka chik mi tak lena tidoq nak dapatkan rempah ni,kebetulan ofcmate chik mi ada beli lebih so chik mi dengan cik ros pun apa lagi blink- blink ler mata kat dia ,nak minta beli,pastu teringat dekat adik sorang ni duk kat Pendang message kat dia nak suruh beli ,memang jadi rezekiku ,dua-dua sekali sampai rempahnya ,suka-suka jangan cerita kat orang tau chik mi tambah 3kali makan nasi ni opsssss terlebih la sudah.Nasi daging ni kawan dia hanyalah air asam kerisek ,tapikan chik mi tambah lagi makan dengan acar buah tu yang terlajak perahu tu,no good no good.


Awat la hari ni melalut tak tentu pasai ni ,tu la dah lama tak membebel kat sini kut,sekarang ni ni chik mi masak nasi berperisa ni stail orang Arab masak Nasi Arab,orang Pakistan masak nasi Beriani,chik mi rebuskan beras bersama air yang banyak,setitis minyak dan secubit garam ,bila nasi dah 3/4 masak @ sehingga nampak berasnya timbul macam menari-nari ,chik mi buangkan airnya kemudian toskan air,pastu lapiskan dalam rice cooker.Jom tengok resepinya.
Maaf ye tak de sukatan yang tepat ,lagi pun dengan cara merebus beras ni kita tak perlu menyukat air ,so kebarangkalian nasi terlembik @ terkeras amat tipis.
Nasi Daging My Style(tak ada sukatan maaf ye sebab chik mi main campak-campak aje)
Source:Chik Mi
Daging ~ dihiris nipis 
Beras Basmathi ~ Chik mi guna beras siam Di basuh dan direndam sebentar ,toskan
Rempah Nasi Daging ~ Ada yang guna rempah kurma ,chik mi tak pernah cuba
Bawang merah ~ dimayang
Bawang Putih ~ dimayang
Halia~ di mayang
Daun Pandan
Tomato Soup
Tairu @ Yogurt
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis ~ boleh dicampur dengan minyak sapi
Daun Pudina/Daun sup / Daun ketumbar
Cara-caranya
Sediakan periuk rebus air bersama secubit garam dan setitis minyak,agak nak mendidih masukkan beras yang telah ditoskan tadi,masak sehingga berasnya 1/2 masak,chik mi selalu tengok bila beras tu dah timbul macam menari-nasi gitu terus chik mi toskan ke dalam penapis,ketepikan nasi yang telah 1/2 masak tersebut.
Sediakan periuk lain tumiskan minyak bersama bawang merah dan putih ,bersama daun pandan sehingga naik bau,kemudian masukkan rempah nasi daging yg telah dijadikan pes,tumis sehingga garing,masukkan tomato soup,bersama dendan yogurt,masak sehingga mendidih,masukkan sedikit air sebab terlalu pekat.Masukkan daging masak sehingga daging empuk,(chik mi guna pressure cooker)
Sediakan rice cooker,kemudian masukkan separuh nasi tadi ,kemudian masukkan separuh daging bersama dengan kuahnya,ulang proses sehingga nasi n daging serta kuahnya habis(terpulang nak lapis berapa layer)last sekali masukkan daun ,on kan periuk nasi,masak seperti biasa,bila rice cooker dah off jangan terus buka tudung periuk,biarkan selama 10 minit,kemudian baru di gembur perlahan-lahan dari bawah ke atas sehingga sekata.

Air Asam My style 
Source : Chik Mimi
                                                                 Cili merah
Cili padi 
belacan 
Air asam jawa
Tomato dihiris @ didadu
Bawang besar dihiris @ didadu
                                                               Sedikit kerisek
buat seperti sambal belacan biasa kemudian,masukkan tomato serta bawang,masukkan kerisek digaul rata,perasakan garam dan gula .


Friday, December 23, 2011

Moi Sup~ edited~

Assalamualaikum
Moi sup aka nasi air,kalau dulu-dulu chik mi hanya tau moi ni nasi lembik untuk baby tu,kenal moi sup ni pun lepas tumbuhnya kedai tomyam kat sini,moi sup ni beasal dari sana agaknya.Sekali sekala masak moi sup ni ha,memang mendapat sambutan esoknya siap tanya lagi bu moi ada lagi dak?selalunya kalau beli memang tak habis pun makan sebab banyak sangat 'pak aji' kat dalamnya tu,sekali buat 2 pot bila dah masak 3/4 periuk pressure cooker yang 10 ltr tu,alhamdulillah licin:) laku sungguh la Chik mi jual moi sup:)
Makan dengan sambal hitam pahang ,telur masin,ikan bilis goreng daun sup perghhh berpeluh-peluh:)opssss daging cakap jangan tinggal dakuuu!!!
Geng bas sekolah yang tertinggal telur masin
Jimatkan kalau kat Bangkok Tomyam dulu-dulu semangkuk rm3.50-4.00 kalau buat sendiri makan ulang-ulang sampai perot boncit:).Dah lamaaaa tak p Bangkok Tomyam :(
Tak sangka ramai yang berminat dengan moi sup ni

untuk Moi @ Nasi lembik
2 pot beras(guna pot rice cooker)~ basuh dan rendam sekejap
Air sukatan air lebih dari nasi biasa
1 tbsp minyak masak
secubit garam
Chik mi masak guna pressure cooker,masukkan semua bahan kedalam periuk kemudiaan masak seperti biasa ,Chik mi tunggu sehingga 2 kali desir tutup api,bila wap dah turun buka tutupnya kacau sehingga nasinya pecah.Masa ni adjust ,kalau nak nasinya pekat buka api perlahan-lahan sambil kacau supaya buburnya tak berkerak@ hangit.boleh juga masak menggunakan rice cooker .

Pelakun tambahan aka Bahan sampingan
Daging
rempah @ serbuk sup
Bilis Goreng
Telur  masin
Daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa

daging direbus bersama dengan serbuk sup sehingga empuk,kemudian keluarkan daging dan dihiris nipis-nipis ketepikan,sup tadi di renih semula dan ditambah air  untuk mendapatkan kuah sup yang banyak,tambahkan juga sedikit lagi serbuk sup (jika suka).

Moi ni lebih sedap jika dimakan bersama dengan sambal getuk atau sambai hitam pahang.
Untuk Lina dan Ct akak dah lamaaa tak p Bangkok Tomyam ,rasanya dah tak ada kut moi sup kat situ.

Monday, December 13, 2010

Nasi Goreng Je...

Dinner malam ni,memenuhi permintaan dak kecik yang picky eater tu,utk ibu yg suke pedas tu kena ler tambah cili jeruk,sesekali layan nasi goreng camgini sedap jugakkan:)))

 Cili jeruk ni untuk Kanda Ayu n Yat maria peminat tegar ngan cili jeruk :))))

Sunday, November 7, 2010

Nasi Beriani & The Gang

Jemput makan,plan asal nak buat nasi tomato,tapi big bos request nak nasi beriani dengan ayam masak ros, so tukar ke plan B la pulak.semua bahan dah ade so cepat je masak,pukul 12.00 dah siap untuk dimakan.

 ~Nasi beriani ~
3 cawan beras basmathi~di basuh bersih dan direndam 20 min
  31/4 cawan air
1cawan susu  cair
3 sb rempah beriani~dijadikan pes
2 sb jus sunquick
2sb minyak sapi
1sb butter
Sedikit minyak minyak
 4 ulas bwg merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Kulit kayu manis,Bg lawang ,Bg cengkih & Buah Pelaga(4 sekawan)
Sehelai daun pandan ~di simpul
Seketul kecil gula batu
Garam secukup rasa
2-3 titik pewarna kuning ~jika suka
Bahan hiasan
Bawang Goreng
Daun pudina
Kismis ~lupa nak letak
* dikisar halus
Caranya
Beras yang dah direndam di basuh bersih kemudian ditoskan.Tumiskan minyak sapi,butter dan minyak masak,masukkan rempah 4 sekawan tumis sehingga wangi,masukkan daun pandan serta bahan yg dikisar tadi,masukkan rempah beriani tumis sehingga garing.masukkan beras yang telah ditoskan tadi kacau sehingga beras serta rempahnya sebati.masukkan air serta susu tadi,masak sehingga semuanya sebati,masak sehingga airnya kering kemuan transfer ke dalam rice cooker.Bila dah keep warm jangan terus di buka tudung biarkan nasi terus masak sehingga 15-20 min,selepas tu baru digembur perlahan-lahan.
Ayamnya nnti chik mi upload later ye


Sunday, September 26, 2010

Nasi Daging Vs Air Asam Kerisek

 Salam,menu chik mi di hari ahad ni,tinggal kami 4 beranak je sebabnya hubby chik mi attend CPE course kat Royal hotel,semalam chik mi attend hari ni hubby pulak.Hari tu nampak TTM buat nasi daging teringat ke rempahnya yang chik mi pesan dengan cik liza beli kat seberang,Nasi daging ni famous kat mainland ,kalau time kenduri menu ni ler,tapi kat island ni chik mi tak pernah pulak  jumpa time kenduri,sebenarnya nak buatnya simple je cuma rebus daging ,masak nasi dijodohkan dengan air asam,cuma air asamnya ditaruk kerisek.sepatutnya nasinya kaler coklat gitu mungkin sebab rempahnya tu ade serbuk kunyit kut maka macam kekuningan sikit,chik mi tambah dengan rempah sup sikit (kalau tak dak rempahnya boleh guna campuran rempah sup + rempah kurma)


 Nasi Daging
4 cwn beras Basmathi ~chik mi guna beras biasa
4 cwn air rebusan daging
1 cwn susu cair
2 sb rempah nasi daging (boleh jugak guna campuran rempah kurma + rempah sup)
300 gm daging ~ direbus sehingga empuk
Garam
Rempah Tumis (K.K.M,buah pelaga,bunga lawang ,bunga cengkih)
 Daun pandan
2 sb minyak sapi 
Minyak masak untuk menumis

Bahan Blend
2 biji Bawang besar
3 ulas Bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya
Mula-mula rebus daging hingga empuk ketepikan,tumis rempah tumisan dengan minyak sapi dan minyak sehingga wangi,masukkan bahan yang telah diblend, rempah tumis sehingga wangi masukkan daun pandan,masukkan daging kemudian beras ,kacau sehingga beras dan rempah sertanya bersatu,masukkan air serta susu cair dan garam masak sehingga separuh masak(air dan beras bersatu),transfer ke dalam periuk nasik,masak sehingga keep warm jangan dibuka tudungnya sehingga15-20min biarkan sehingga nasi masak.

Air Asam Kerisek
5 biji cili merah
10 biji cili padi
Belacan
Garam
Air Asam jawa pekat
2biji tomato~dipotong dadu
1biji bawang besar ~dipotong dadu
2sb kerisek

 Caranya 
Tumbuk cili merah,cili padi dan belacan sehingga lumat,masukkan air asam jawa ,kemudian masukkan tomato serta bawang besar kacau sehingga sebati.masukkan kerisek kacau lagi sedia untuk dihidang

Tuesday, August 17, 2010

Nasi Ayam Ipoh

Salam,alhamdulillah sekejap aje dah seminggu umat islam berpuasa,nasi ayam ni menu berbuka hari ahad yang lepasi,alhamdulillah licin periuk nasi,anak2 memamg pebret dengan nasi ayam tp ayahnya pulak kurang.Dah ramai yang mencuba nasi ayam ni,tapi chik mi menderhaka sikit kat sup dengan ayam tu sebabnya anak2 tak suka clear sup so chik mi tambah rempah sup dalam sup.ayam pun chik mi tambah lada hitam.
 Sila abaikan meja yang berselerak tu ye.,kat umah ni kalau ayam selagi tak itam mmg tak laku nak pulak nasi ayam hainan mmg tak disentuh
 
Resepi Nasi Ayam Ipoh ~by Quinnie

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. 

Thursday, June 17, 2010

Nasi Dagang

Salam,arini ngan esok chik mi bercuti ,tapi tak jenjalan kemana pun saje nak habiskan masa dengan anak-anak je,hari tu nampak kak cm masak nasik dagang,teringat ade stok beras nasik dagang import dari Kelantan.Kak Cm masak versi tanak nasib baik chik mi tanya dulu ngan kak cm,ghupa2nya beras nasik dagang tu tak sesuai ditanak sebabnya keras,so chik mi rendam berasnya semalaman,pagi tadi chik mi mintak tolong ngan pakcik google cari sini sana so decide nak buat combination resepinya.Wahhhhh terranya chik mi masak nasik dagang menjadik ,rasa happy sebabnya memang kena dengan selera chik mi sekeluarga.Gulai ikan aya a.k.a tongkol pun chik mi guna resepi kak cm.SEDAP sangat,selalunya chik mi buat gulainya camlain sikit tapi tak kena ngan seleraku,tp cik hubby makan je,yang ni bila tanya sedap tak,ok ok gulainya sedapppp.Angah pun cakap gulai ni sedap ler ibu,wah makin kembanglah montot ibunya.Ada serunding ikan lebihan buat nasi kerabu haritu so chik mi gandingkan sekali.
Jom kita tengok macamana chik mi masak nasik dagang.
Bahan-bahan
Beras nasi dagang~500 grm
Santan cair(1/4 cwn santan pekat + 3/4 cwn air)
Santan pekat(3/4 cwn santan pekat + 1/4 cwn air)
3 ulas bawang merah ~ dimayang
2 ulas bawang putih ~ dimayang
1 inci halia ~ dimayang
1 Sk halba
Garam
Secubit gula
Cara-caranya
Bilas beras sehingga bersih kemudian direndam semalaman,panaskan kukusan,toskan beras kemudian kukus beras sehingga naik wap,tuang dalam bekas kemudian masukkan santan cair bersama halba kacau sebati kemudian kukuskan sekali lagi.sementara itu masak santan pekat bersama garam ,gula ,bawang putih ,halia sebentar(tujuannya supaya nasik tak cepat basi) sehingga garam dan gula pecah,kemudian keluarkan beras tadi sekali lagi,masukkan santan pekat yg telah dipanaskan sebentar tadi kacau sehingga sebati ,kemudian kukus sehingga masak.
Boleh di hidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar mentah.






Tuesday, June 8, 2010

Nasi Kerabu

Salam wow biru mata itamku,lepas warna pepel kita kasik warna biru pulak,ni bukan biru sebarang biru ,biru berasal dari bunga kekkeke,dah lama plan nak buat nasik kerabu ni mulanya dah beli pewarna biru pun tup2 baru2 ni ade jodoh terjumpa si bunga telang ni jual kat market apa lagi kurembat ler seplastik.cantik2 warnanya sekata je ,hah baru ler nasik kerabu made in kelantan tu kan,setelah ku google sana sini maka chik mi godek2 ler nasi ni.Chik mi sebelum ni tak makan tp tengok big boss tiap2 minggu beli kat pasar malam so di cakap try ler chik mi ghase ler sikit wahhhhh terus terjatuh chenta you .

Nak buat nasiknya senang je tapi nak buat serunding ikannya tu ler yg berchentaaaa sikit.Jom kita tengok macam mana chik mi buat nasiknya tu.
Nasi Kerabu
Masak nasi macam biasa masukkan air bunga telang (rendam bunganya ambil airnya sahaja) sukatan ikut macam kita masak nasik biasa masukkan daun limau purut dan sebatang serai(chik mi tak masukkan serai malas nak ambil pagi2 buta kat luar)

Ni ler ghupa bunga telang yang chik mi beli kat pasar tu.serunding ikan nnti chik mi uploadkan.

Untuk sambal cili apinya.
Cili api
sedikit garam
cuka
Air
Blend semua bahan diatas kemudian diperap.

untuk Budunya
Budu +perahan limau(chik mi guna lemon sbb itu je yg ade)

Tuesday, June 1, 2010

Nasi Jagung

Salam ,ni menu ari ahad kompem udah pinish ye,bangun je dari turu bukak peti doraemon tengok ade lagi 2 tongkol jagung ngan sedikit susu cair,pikir punya pikir nak buat apa,tinggggg mentol pun menyala yes kita buat nasi jagung,tapikan dalam freezer tadak ayam @ daging nak keluar p market malasssss,so tengok2 ade ikan bilis n timun yes boleh ku godek sambal bilis ngan kerabu timun tapi nenas yilek,ala guna je lah apa yg adekan.Bila big boss tengok ,ayat yg keluaq aik ingatkan sambal bilis makan nasik lemak,ala kita yang makan diakan heheheh tapi anak2 sukeee siap bertambah-tambah nasinya.  
Masa menumis nasi ni ghau ghau bau dier hahahaha memang wangi sangat,sampaikan angah datang tanya ibu masak apa bau wangi sangat ,dialah yang makan paling banyak sekali memang berbaloi .Setelah minta tulun ngan pakcik google maka terjatuh chenta ngan resepi kak liza.Terima kasih kak minta izin CnP kat sini ye.

NASI JAGUNG

Bahan

6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw jagung parut/jagung frozen
1 caw susu cair
8 caw air
2 s/b rempah kurma - Chik mi guna rempah beriani
2 biji buah tomato.....mesinkan - chik mi dadukan je
3 s/b minyak sapi
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan
garam
gula

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus
2 cm halia ]
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak sapi dlam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, tomato dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, jagung dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Bila telah masak bolih dihidangkan dengan lauk daging atau ayam serta acar.
Source Hanieliza Fp

Wednesday, April 21, 2010

Nasi Beriani Jus Oren

Gandingan dengan daging kandar,nasi beriani jus oren pulak.Sekarang ni my hubby dah ok sikit dengan nasi berperisa ni so chik mi pun seronok nak try sini sana.kali ni geledah dapur Hana pulak(tapi dah kemaskan balik tau dik).Nak ajak makan pun mmg dah pinish so layan mata je lah ye.
Hana minta izin CnP kat sini ye ,thanks
Nasi Beriani Jus Oren ~ Hana
Bahan-bahan
  • 3 cawan beras basmathi - rendam sebentar dan toskan
  • 3 cawan air + 1/2 cawan susu cair (hana lebihkan 1/2cwn cecair utk nasik yg lembut, sepatutnyer sama sukatan cecair dan beras) - dan susu cair tuh hana cume ltk 1/2 cwn shj. klu ikutkan nisbah 2:1 (2 air, 1 susu)
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • *3 biji bwg merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • rempah tumis
  • 2 sudu besar rempah beriani (hana gune faiza)-bancuh dengan sedikit air jadikan pes
  • 2 sudu besar jus oren@ 1 sudu makan sunquick
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 ketul kecil gula batu
  • daun pudina, daun ketumbar, daun pandan
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu kecil saffron - bleh ganti dengan pewarna kuning (bancuh ngan sket air panas)
  • kismis, gajus dan bawang goreng
  • garam
Cara-cara
  • Blend bhn yg bertanda *.Panaskan minyak sapi dalam kuali@periuk. Masukkan rempah tumis dan bawang besar hiris. Masukkan skali bhn blend.Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan pes rempah beriani dan kacau rata hingga pecah minyak.
  • Masukkan air, susu cair, kiub ayam, gula batu, jus oren, daun pandan, daun pudina dan daun ketumbar. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan beras basmathi yg telah ditoskan airnya. Kacau rata.
  • Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi dah kering, keluarkan daun2 yg ada. buat lubang dua tiga, gaul perlahan yer agar nasik tak mudah patah. masukkan saffron@pewarna dan masukkan skali kismis, gajus, bawang goreng dan lebihan daun ketumbar yg dihiris halus. Tanakkan hingga masak.
  • Jika suka bleh masukkan skali ayam@daging beriani yg sudah siap dimasak. bleh juga jika anda ingin melapis2kannya.
  • Hidangkan dengan acar, dan lauk beriani pilihan masing2.

Monday, March 15, 2010

Nasi Kebuli

Gandingan Daging Kismis tu ,chik mi masak nasi kebuli,walaupun hubby kurang suka ngan nasi perisa tp chik tgk ok je dia makan.(sori ye bang tak pe kan),kena buli ke tak ler kan,sedapkan nasi ni,terlebihlah sudah serbuk kunyitnya.hihihii,chik mi ambik rcp ni dari umah CMG.thanks semuanya suka walau pun berempah tp tak terlalu berat .


Resepinya chik mi kongsikan kat sini ye.Thanks again kat CMG

Nasi Kebuli~ CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit, toskan
1400 ml santan
5 cm halia, hiris
1 batang serai, diketuk
1 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, disimpul (resipi asal tak letak)
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*kisar halus)
2 camca teh serbuk kunyit (mat letak 1 camca teh)
Garam secukup rasa
2 biji telur, didadar, hiris halus
Kismis, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

Monday, February 22, 2010

Nasi Minyak Jus Oren

Menu lunch semalam,duk pikir nak masak apa dengan beras basmathi yang tinggal tak seberapa tu,Kat umah chik mi hubby tak suka nasi yang berperisa lebih kepada nasi putih tapi anak2 suka,kadang2 pening kepala nak memikirkan nak puaskan kehendak semua,Resepi nasi ni dah lama duk kat list tup2 nampak landing kat Japan umah Emi ,wah terus idea tu datang balik,tgk bahan2 mudah tak de berempah sangat so chik mi pun try, thanks kat emi jugak memang berbaloi sedap terima kasih banyak2 kat ros@jintanmanis yang mencipta resepi .Ros nasik ni akan ade ulangan kat umah akak sebabnya tak muak ,sedap ros,thanks again.Chik mi tak taruk gajus dengan kismis sebabnya nnti jadi munge2 kat tepi pinggan tu je,anak2 tak suke:((

Ros chik mi konsi kat sini ye senang nnti nak buat rujukan.Terima kasih ros

Nasi Minyak Jus Oren ~Ros@jintanmanis

Bahan-bahan ( untuk menumis)
2 sudu besar minyak masak klu guna minyak sapi lagi wangi~chik mi guna minyak sapi
2 sudu besar mentega atau marjerin

Bahan A

1/4 biji bawang besar

2ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm halia, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga


2 cawan air ( kalau tukar dengan susu sejat ideal lagi sedap)~Chik mi guna susu + air
1 cawan jus oren ( boleh diganti dengan bancuhan kordial sunkist)~ chik mi guna jus sunquick dibancuh dengan secawan air
3 cawan beras biasa atau beras jasmine atau beras basmathi, basuh dan tos kan.
1 ikat daun pandan
*Chik mi tambah sedikit pewarna kuning utk menaikkan seri
Cara-caranya.
1. Panaskan minyak dan mentega kemudian tumis bahan A hingga wangi, kemudian masukkan beras dang gaul sebati, kacau selalu dan biarkan sebentar.

2. Selepas itu curahkan beras tadi didalam periuk dan dan masukkan daun pandan dan kismis serta daun pandan, masak seperti biasa dan akhir sekali masukkan kacang gajus dan gaul rata.

3. Hias nasi minyak tadi dengan bawang goreng, dan sedia untuk dihidangkan bersama, lauk sampingan yang lain. Selamat Mencuba.

Tips##
Ros bukan nak memandai ye cuma chik nak buat notes utk diri sendiri dan utk rujukan anak2 nnti.
#Chik mi tumis bahan tumis dan bawang kat luar atas stove,pastu bila dah wangi chik mi masukkan air+susu+jus oren ,bila mendidih,kemudian masukkan beras biar sampai beras agak kering baru chik mi transfer kedlm periuk nasi.
#Chik mi suka cara gini sebabnya nasinya cantik berderai dan tak berkerak.
# Biarkan rice cooker keep warm dlm 15-20 min jgn bukak penutupnya,lepas tu baru digembur2 nasi.

Friday, February 19, 2010

~Keranamu Ijah~

Alahai ijah kes tengok nasik goreng sambal belacan kat umah ijah la ni,balik umah terus bukak peyok nasik tgk along dah masak nasik ke belum,kuang kuang kuang nasib baik dah masak sonang keja ibu lepas solat maghrib terus tumbuk bwg merah,cili merah ngan belacan .10 min je dah jadik cepatkan.Kat astaka dekat Padang kota ade jual nasi ni taruk sambal belacan ngan ayam goreng kalau lunch time nak makan kena beratur i tell u,kak watie pernah p makan dak?Dedulu time chik mi mula2 kerja kalau tak salah rm2-2.50 je,tapi sekarang ni rm4.00 sampaikan ofcmate chik mi boikot ngan makcik tu.


Kami dibesarkan dengan nasik goreng sambal belacan ni ler,kalau ade nasi semalam lebih esoknya kakak chik mi musti goreng buat bekpes,tapi tak jemu la pulak:>>>


Tuesday, January 26, 2010

Nasi Lemak

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba urutkan
Sambung sendiri lah hihihi menu yang dah abis la,menu hari ahad,since along balik kejap sebab nak guna komputer so ibu layan le pebret along,seperti biasa nasi lemak kukus since banyak kerja yang ibu nak bereskan so lauknya simple mimple je la kan.Sebenarnya lauk ni je yg anak2 suke hihihi sonang kerja ibukan.ok resepi ade kat sini ye.





Tuesday, January 19, 2010

Nasi Ayam

Menu hari ahad,since along ade kat umah & angah pun still tak sihat so buat nasi ayam je utk lunch,pebret anak beranak sbbnya kalau nasi putih masak sukatan biase tapi kalau nasi ayam kena lebihkan sukatan sbbnya anak2 suka makan berulang(bahaya bagi ibu hihiihi).kat umah ni kalau stail nasi ayam hainan tu confirm tak laku sbbnya anak2 suke ayam yg 'ireng' aka itam2 gitu.

Sila2 jamu mate ye confirm udah pinish.

Jom kita tgk rcpnya
~Nasi Ayam My Style~
Untuk Sup
Tulang ayam @ rangka
rempah sup-chik mi beli yg ready made dr Bamboo in Parit buntar since dah ade semua chik tak letak bawang lagi dlmnya.
Bawang Besar
Garam
Serbuk perasa- chik letak secukup rasa
*Semuanya direbus untuk mendapatkan stok utk nasi dan juga sup

Untuk Nasi
Beras dibasuh n rendam sebentar kemudian toskan
Butter / margerine & minyak masak
Bawang putih *cincang halus
Halia *cincang Halus
Garam
Serbuk kunyit ~ untuk bg nasi tak pucat
Tumis butter campurkan sedikit minyak masak ,masukkan bwg putih & halia serta serbuk kunyit tumis sehingga naik bau,kemudian masukkan beras.Kacau sehingga butter tadi melekat di beras.Alihkan ke dalam periuk nasi,masukkan stok ayam tadi bersama dengan garam.Kuantiti air kena lebihkan sedikit.Nasi ni akan jadi berderai(sebijik-sebijik).

Untuk Ayam
Ayam
Halia *
Bawang putih*
Lada hitam*
Sos tiram
Madu
Garam
Secukup rasa
*Ditumbuk halus
Semua bahan ditumbuk diperap bersama dengan ayam kemudian digoreng.

Untuk Sos Cili
Cili hidup
Bawang putih
Halia ~ sedikit saje
Gula ~ sedikit
cuka ~ sedikit
semua bahan diatas di blend sehingga halus.
Sedia dihidangkan

Wednesday, January 6, 2010

Pineapple Fried Rice

Salam ,terima kasih atas komen2 kenkawan kat sambal goreng pengantin ,chik dah bace cuma tak berkesempatan nak balas satu persatu je.Menu malam ni dah lama duk plan nak buat ni tapi asyik lupe je nak beli nenas,umah ni dr bapak hingga ke anak2 semua suke ngan nenas esp.nenas bali.Resepi asal ambik kat sini.Tapi chik ubah sikit ikut apa yang ade kat petiais je.Sedappppp sukeee sbbnya bila tergigit nenas yg masam2 manis tu walllaaaaaa nikmatnye.


Chik cnp resepinya kat sini ye.
Pineapple Fried Rice Recipe

Ingredients:

8 oz. leftover and overnight rice
2 cloves garlic (finely chopped)
4 oz. fresh pineapple (cut into small pieces)
4 oz. shrimp (shelled and deveined, leave whole or cut into small pieces)
2 tablespoons cashew nuts (optional) ~ Tak letak
1 teaspoon shrimp paste ~Tak letak
1 tablespoon fish sauce
1/2 tablespoon pineapple juice
1/4 teaspoon dark soy sauce (for coloring) ~ Chik guna sos tiram
1 fresh red chili (seeded and cut into small pieces)
2 tablespoons oil
Cilantro leaves for garnishing

Method:

Heat up a wok and add cooking oil. Stir-fry garlic, red chili, and shrimp paste until aromatic. Add shrimp and stir-fry until half-cooked. Add rice, pineapple pieces, pineapple juice, and do a few quick stirs. Add fish sauce and dark soy sauce to blend well with rice. Stir-fry for another minute or so, dish out and serve immediately.

Cook’s Note:

If you have cashew nuts, add them towards the end of the cooking process.