Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Friday, January 1, 2016

Kumpulan Puisi Yang Menjadi Sufi


Kumpulan Puisi Yang Menjadi Sufi 
Penulis: H.B. Johar 
Terbitan: Pustaka Kanzun Mahfiyyan 
Harga: RM40.00 

 Maulana Jalaluddin Rumi dan Syeikh Hamzah Fansuri zahir kembali.... Kesinambungan puisi ketuhanan oleh H.B. Johar penyair tersohor dari Singapura. Alami dan rasailah sendiri rasa kerohanian dalam ketuhanan......

Wednesday, April 27, 2011

Al-Amin: Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah

Al-Amin: Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah
Penulis: A. Samad Said
Terbitan: PTS
Harga: RM48.00

Sebelum sampai ke cakerawala, sedang lena di masjid yang suci,
telah dijernihkan kalbunya, menunggang Buraq layang yang sakti,
dan jauh dari Hijir di mana tidur alam dan manusia, dan dalam mimpi, telah jauh ke angkasa seluruh diri dan batin Nabi, dan kini selepas meneguk susu,
menolak arak dan madu, menghadap ia keajaiban,
terlintas sebentar, melintas sebentar, amat haru;
pesanan yang kemerlap, dibaca dalam aneka tamsil,
mengembang di hadapannya, ditenung dan dihayati sebelum dipetik satu-satu.

Thursday, June 24, 2010

Cinta & Rona Kinanah

Cinta & Rona Kinanah
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM19.90

'Cinta & Rona Kinanah' menghimpunkan 16 buah cerpen dan 10 buah puisi Islamik yang dinukilkan oleh 15 orang penulis yang berlatarbelakangkan Pendidikan Islam dari Universiti Al-Azhar As-Syarif di Mesir dan Universiti Mu'tah serta Universiti Jordan di Jordan.

Antologi cerpen dan puisi ini adalah himpunan kisah perjuangan dalam menegakkan kebenaran, fahaman, prinsip dan ketegasan tanpa melupakan elemen kasih dan sayang yang sentiasa menjadi pelentur setiap ketegangan. Isu-isu harian seperti poligami, pergaulan di antara jantina dan sebagainya turut dikisahkan dengan baik dan berpaksi utuh pada syariat Islam.

"Karya mereka rata-rata intim dengan isu semasa dan antarabangsa, berlatarkan dalam dan luar negara, ketara terpelihara moralnya, sarat dengan dakwah menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan pastinya berdenyut selari dengan nafas islami. Antologi cerpen dan puisi ini adalah bukti kebangkitan para penulis berpendidikan Timur Tengah."