Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Sunday, September 25, 2016

Negara Maslahah: Pemikiran Al-Ghazali dan Konteks Politik Malaysia


Negara Maslahah: Pemikiran Al-Ghazali dan Konteks Politik Malaysia 
 Penulis: Dr Alies Anor Abdul 
 Terbitan: Marjanku Enterprise 
 Harga: RM30.00 

 Al-Ghazali merupakan peletak asas kepada politik beradab dan bermoral. Menerusi peranan sebagai penasihat kerajaan Nizamal-Mulk, al-Ghazali telah memberikan landasan fundamental kepada praktik politik yang bersih daripada rasuah, penyalahgunaankuasa, politik adu domba dan nepotisme. Gagasan transformasi politik berlandaskan moral yang dilaungkan al-Ghazali ini memberi luhur, mulia dan berkesan dalam merubah sesebuah pemerintahan.

Sunday, November 1, 2015

Piagam Madinah - Konstitusi Tertulis Pertama Di Dunia


Piagam Madinah - Konstitusi Tertulis Pertama Di Dunia 
 Penulis: H.Zainal Abidin Ahmad 
 Terbitan: Pustaka Al-Kautsar 
 Harga: RM34.00 

 Lima belas abad yang lalu Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam telah mencontohkan prinsip konstitusionalisme dalam perjanjiannya dengan segenap warga Yatsrib (Madinah). Piagam Madinah inilah konstitusi tertulis pertama di dunia. Ia nyaris 6 abad mendahului Magna Charta, dan hampir 12 abad mendahului Konstitusi Amerika Serikat ataupun Prancis. Dalam buku ini, Pembaca bisa menengok langsung Piagam Madinah sebagai charter, undang-undang, perjanjian, sekaligus konstitusi negara yang lengkap. 

 Selain menyediakan teks asli Piagam Madinah berikut terjemahannya dalam bahasa Indonesia, Penulis juga memaparkan analisis, amendemen-amendemen, penilaian para cendekiawan Muslim dan nonmuslim terhadap piagam ini, serta keistimewaannya. Yang unik, Penulis juga mengutip berbagai terjemahannya oleh para orientalis dalam bahasa Inggris, Belanda, dan Prancis. Pembaca yang budiman dimanjakan pula dengan adanya lampiran daftar konstitusi negara-negara di dunia, serta lampiran indeks guna memudahkan pencarian nama-nama. Selamat membaca!

Thursday, October 30, 2014

The Wit & Wisdom of Dr Mahathir Mohamad


The Wit & Wisdom of Dr Mahathir Mohamad 
 Terbitan: Editions Didier Millet 
 Harga: RM49.90 

 Malaysia's longest-serving and most outspoken prime minister, Dr Mahathir Mohamad has been politically active for more than 60 years. As a young doctor, he agitated for independence from the British and promoted the rights of the Malays, and his long political career culminated in his 22-year term as prime minister during which Malaysia's rapid development, together with his forthright words and singular policies, thrust the country into the eyes of the world. Throughout his career, Dr Mahathir has spoken and written in a frank and uncompromising manner and he has continued to do so since returning from the premiership in 2003; he remains a controversial figure to this day. 

 The Wit & Wisdom of Dr Mahathir Mohamad is a collection of more than 500 quotations spanning his time in government and beyond. The quotations are arranged by topic, including those as varied as leadership, race relations, the media, economics and development, colonialism, international relations including Israel and Palestine, and Malaysia itself.

Tuesday, November 19, 2013

Berdialog Dengan Gereja, Sebuah Travelog Kedamaian


Berdialog Dengan Gereja, Sebuah Travelog Kedamaian 
 Penulis: Mujahid Yusof Rawa 
 Terbitan: ILHAM Centre 
 Harga: RM25.00

Saturday, September 28, 2013

Indahnya Kenegaraan Islam


Indahnya Kenegaraan Islam 
 Penulis: Mohammad Nidzam Abdul Kadir 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM22.00 

 Buku “INDAHNYA kenegaraan Islam” ini adalah berkenaan dengan hukum dan akhlak. Buku ini mengupas beberapa perkara berkaitan isu politik, pentadbiran dan sistem negara. Maka penulis cuba mengolah semula pendapat dan pemikiran ulama dalam buku ini. Buku ini menjadi kemestian kepada masyarakat untuk memilikinya kerana mengupas secara ilmiah berkaitan tunjang asas dalam sesebuah negara. Menyingkap pendekatan Islam dalam pemerintahan dan kenegaraan. Memberikan garis panduan kepada rakyat dan pemerintah dalam etika bernegara dan mengharmonikan sistem yang sedia ada agar selari dengan panduan Islam. Diharapkan dengan memiliki buku ini, masyarakat bijak berpolitik dengan matang tanpa meruntuhkan asas keharmonian, persaudaraan dan kenegaraan.

Saturday, March 30, 2013

Fikh Kenegaraan


Fikh Kenegaraan 
 Penulis: Mohammad Nidzam Abdul Kadir al-Jarumi 
 Terbitan: Pelima Media 
 Harga: RM20.00 

 Buku ini adalah sebuah tulisan politik dan negara dalam konteks Malaysia. Amat penting perbahasan yang dikemukakan oleh penulis dibaca dan ditelaah secara kritis, tidak hanya kepada khalayak umum, tetapi khususnya kepada golongan politikus dan kepimpinan negara. Perbahasan menarik dalam buku ini banyak menyentuh tentang pembinaan negara kontemporari yang berlandaskan siyasah syariah. Tajuk-tajuk yang dicernakan begitu signifikan dalam konteks realiti politik negara Malaysia.

Thursday, November 1, 2012

Indahnya Politik Cara Islam


Indahnya Politik Cara Islam
Penulis: Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM30.00

Kenapa dikatakan berpolitik cara Islam dalam sebuah negara demokrasi menjamin kesejahteraan dan kedamaian manusiawi dan ukhrawi? Adakah amalan berpolitik kini menepati apa yang digariskan dalam Islam? Adakah Islam menerima ideologi pemerintahan yang meletakkan penilaian keadilan, baik dan buruk kepada logik akal semata-mata? INDAHNYA POLITIK CARA ISLAM memberi persepsi yang jelas mengenai politik dan sistem pentadbiran dalam Islam. Kupasannya yang ilmiah berdasarkan usul fikah, perbahasan ulama, contoh sejarah dan sandaran dalil yang autentik, dipakejkan dengan gaya olahan yang mudah dan bersifat semasa. Sesuai untuk ahli politik, pemimpin, ahli agama, ahli korporat, pelajar dan masyarakat umum.

Sunday, September 30, 2012

Mens Sana In Corpore Sano

Mens Sana In Corpore Sano
Penulis: Subky Abdul Latif
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

 Semoga 29 sorotan rencana yang dimuatkan dalam ‘Kumpulan Kupasan Politik Yang Kejang’ ini dapat membawa pembaca melalui ruang lingkup liku-liku kebangkitan rakyat menuju ke Putrajaya. Sesungguhnya ia adalah jihad yang mesti dilalui dan ia tidak pula suatu yang senang tetapi ia tidak pula suatu yang sukar. Jalan ke Putrajaya itu sentiasa tertutup untuk perubahan. Pengalaman yang banyak dan panjang mengajar mengapa perjalanan itu suatu yang mustahil sebelum ini? Hanya hujung dasawarsa pertama dan awal dasawarsa kedua alaf baru ini ruang menuju perubahan politik dan sosial itu terbuka. Semua yang dimuatkan dalam buku ini adalah bagi membantu pembaca memahami apa yang sudah terjadi dan yang sedang terjadi.

Thursday, August 9, 2012

Hakikat Pemikiran Politik Hasan Al-Banna

Hakikat Pemikiran Politik Hasan Al-Banna
Penulis: Dr Aziz Jamaludin Mhd. Tahir
Harga: RM19.90

Melalui buku ini, penulis mengupas pemikiran Hasan Al-Banna tentang siyasah syar'iyah. Penulis cuba merungkai pemikiran politik Al-Banna yang selama ini dipersepsikan sebagai tokoh yang menganjur pelbagai cara termasuk revolusi untuk menegakkan negara Islam. Berdasarkan analisis dan kajian, pembaca akan mendapati bahawa Al-Banna merupakan seorang yang fleksibel dan menolak kekerasan.

Sunday, July 1, 2012

Belajar Seni Politik Daripada Nabi Yusuf

Belajar Seni Politik Daripada Nabi Yusuf
Penulis: Amru Khalid
Terbitan: Penerbit Syabab
Harga: RM25.00

Tuesday, June 26, 2012

Islam & Partai Politik - Membedah Sistem Politik & Demokrasi

Islam & Partai Politik - Membedah Sistem Politik & Demokrasi
Penulis: Syaikh Shafiyyur Rahman Al-Mubarakfury
Terbitan: Pustaka At-Tazkia
Harga: RM16.00

Tuesday, May 29, 2012

Melirik Langit Kota, Sketsa Travelog Bersih 3.0

Melirik Langit Kota, Sketsa Travelog Bersih 3.0
Editor: Ustaz Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Sunday, May 13, 2012

UMNO PAS PKR SEMUA TAK BETUL? SIAPA BETUL?

UMNO PAS PKR SEMUA TAK BETUL? SIAPA BETUL?
Penulis: Amalina Arshad
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM26.90

Masing-masing tuduh menuduh. Masing-masing tuding menuding. Sudahnya rakyat yang bertelingkah. Kuasa mengundi di tangan rakyat. Jadi rakyat juga ada hak meluahkan kekecewaan dan kekeliruan. Dari Pandangan Si Buta - Buta hanya di mata, bukan di hati.

Tuesday, May 1, 2012

Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik

Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik
Penulis: Shayuthy Abdul Manas
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00
 
Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik mendedahkan bagaimana wanita mengalami proses kebangkitan semula daripada golongan yang ditindas kepada golongan yang mampu mengubah politik dunia. Persepsi sesetengah golongan yang mahukan wanita hanya berkhidmat di rumah dengan alasan agama dan adat kini tidak relevan lagi. Hayati pendedahan Dr. Shayuthy Abdul Manas, Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengupas persepsi ini daripada sudut pandang kontemporari berdasarkan hujah al-Quran, sunnah dan teori- teori sarjana Islam yang diiktiraf. Beliau banyak menyumbangkan karya penulisan dalam bentuk artikel dan buku-buku ilmiah.

Friday, September 30, 2011

Tahaluf Siyasi: Hukum & Syarat

Tahaluf Siyasi: Hukum & Syarat
Penulis: Muhamad Ahmad Rasyid
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM6.00

Buku ini adalah berasal daripada petikan daripada salah satu bab dalam buku Usul al-Ifta’ wa al-Ijtihad al-Tatbiqi, jilid ke-4 yang merupakan buku ke-8 dari siri-siri tulisan Muhamad Ahmad al-Rasyid dalam siri buku2 beliau yg bertajuk Ihya’ Fiqh al-Dakwah.

Al-Rasyid dalam penulisan tentang tahaluf ini tidak menunjukkan kecenderungan kepada HARUS atau HARAM tahaluf itu secara mutlak, bahkan ia bergantung kepada beberapa syarat ketat yang mesti dipenuhi oleh gerakan Islam dengan penuh berhati-hati dan waspada.

Sunday, August 7, 2011

Fiqh Politik Hasan Al-Banna

Fiqh Politik Hasan Al-Banna
Penulis: Dr M Abdul Qadir Abu Faris
Terbitan: Mutiara Ilmu Selekta
Harga: RM17.00

Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Faris melalui bukunya ini yang menukilkan tentang Fiqh Politik Hasan Al Banna, merungkai dan menganalisa dengan sangat jelas tentang politik, reformasi, transformasi dan perubahan yang diinginkan sesuai dengan kehendak ajaran Islam, yang pasti berada dalam garis yang wajar, waras, dengan menggunakan pemikiran hujah dan ilmu yang tepat, membuka cakerawala berfikir dan pemahaman kita tentang politik, reformasi dan transformasi berada dalam faksi Islam sebagai rahmatan lil alamin.

Tuesday, August 2, 2011

Perspektif - Noor Azzam

Perspektif 1969-1979 Edisi Kedua
Penulis: Noor Azzam
Terbitan: DBP
Harga: RM35.00

Perspektif 2: Sosial-Politik Agama dan Pentadbiran
Penulis: Noor Azzam
Terbitan: DBP
Harga: RM32.00

Noor Azam, kolumnis yang tajam dan amat kritikal. Bicaranya terus terang dan straight to the point. Pelbagai isu sosial-politik yang dibincangkan dalam koleksi pilihan ini masih tetap jadi isu semasa yang panas, dibahaskan dalam pelbagai forum, media dan dalam setiap perhimpunan parti-parti politik. Koleksi ini mendedahkan pelbagai isu hubungan kaum yang sensitif dan mengundang perang perkauman. Beliau telah juga membuat komentar yang tajam mengenai kedudukan institusi istana seawal Januari 2002.

Wednesday, June 29, 2011

Islam, Demokrasi Dan Hak Asasi Manusia

Islam, Demokrasi Dan Hak Asasi Manusia
Penulis: Saari Sangib
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM18.00

Dalam Islam, penyempurnaan hak-hak Allah akan menjamin kesahteraan hak-hak seluruh manusia dan setiap makhluk ciptaan-Nya. Dasar hak asasi manusia dalam Islam adalah bertunjangkan kepada usaha menegakkan hak-hak kolektif melalui penyempurnaan tanggungjawab individu. Motif individu dalam menjalankan tanggungjawab pula didorong oleh perasaan taat, pasrah dan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Objektif perlindungan terhadap keselamatan jiwa hanya mempunyai erti yang hakiki jika ianya bertujuan untuk mencapai dan memenuhi suatu objektif yang lebih unggul dan mulia. Menurut syariat Islam, kehidupan di dunia ini tidak ada ertinya jika tidak dikaitkan dengan persediaan bagi kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Dengan itu objektif perlindungan jiwa mestilah berjalan seiring, bahkan mengukuhkan satu objektif lagi yang lebih mulia, iaitu perlindungan terhadap ad-Din. Pada masa yang sama, perlindungan terhadap keselamatan ad-Din ini pula merangkumi aqidah, ibadah, hukum-hakam dan syariah serta akhlak dan tingkah-laku.

Tuesday, June 21, 2011

Manhaj Haraki: Strategi Perjuangan dan Politik dalam Sirah Nabi SAW

Manhaj Haraki: Strategi Perjuangan dan Politik dalam Sirah Nabi SAW
Penulis: Syaikh Munir Muhammad al-Ghadhban
Penerbit: Robbani Pres
Harga: Jilid 1 - RM70.00, Jilid 2 - RM60.00

Perjuangan harakah Islam di masa sekarang, dengan berbagai karakter, masalah, dan solusinya, memiliki kemiripan dengan perjuangan Nabi SAW dahulu. Melalui buku ini, marhalah demi marhalah pergerakan nabi dikupas seraya dianalisis, kemudian diaplikasikan ke dalam perjuangan harakah Islam kontemporari.

Sunday, May 15, 2011

Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penulis: Mohd Aizat Mohd Salleh al-Hafiz
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

ISI KANDUNGAN

BAB 1: SEJARAH GERAKAN ISLAM MALAYSIA, SEBUAH SOROTAN RINGKAS
BAB 2: SEKITAR KEHIDUPAN TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
BAB 3: PERJUANGAN DAN JATUH BANGUN
BAB 4: PEMIKIRAN TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT DALAM ISU SEMASA DI MALAYSIA
SEJENAK MENGHAYATI PANTUN TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
PENUTUP
GALERI TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT