Showing posts with label Kemilau Publika. Show all posts
Showing posts with label Kemilau Publika. Show all posts

Wednesday, July 4, 2018

Sebuah Kemenangan Nyata: Kisah Hidup Nabi Serta Peperangan di Zamannya


Sebuah Kemenangan Nyata: Kisah Hidup Nabi Serta Peperangan di Zamannya 
Penulis: Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM42.00

Wednesday, July 5, 2017

Kias Pesan Murabbi Agung


Kias Pesan Murabbi Agung 
Penulis: Sailfulamri M. Hussain 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM15.00

Pepatah Cina ada disebutkan; Dengan kata-kata, orang yang pandai berbahasa boleh memanggil burung yang sedang terbang di langit, turun hinggap dan makan di tapak tangannya.” Demikian hebatnya bait kata yang dilafazkan oleh seseorang. Apatah lagi jika seseorang itu adalah seorang yang berpengaruh dan ramai pengikutnya. Pasti setiap bait kata yang terpantul dari ulas bibirnya akan memberikan kesan kepada orang yang mendengarnya. 

 Begitulah bait kata yang terpantul dari ulas bibir sosok bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ulama merangkap Bekas Menteri Besar Kelantan. Setiap bait katanya sering menjadi perhatian orang ramai. Bagi kawan dan penyokong, pantulan kata itu menjadi halwa telinga dan peringatan penting kerana beliau sering memastikan ada unsur ittaqullah dalam setiap bait katanya. Manakala bagi pihak lawan dan musuhnya, ia menjadi perhatian untuk disergap sisi makna yang boleh dijadikan bahan keliru orang ramai. Justeru, dalam buku ini dihimpunkan sekadar mampu lantunan bait-bait kata yang berbentuk analogi. 

 Kata-kata berbentuk analogi dipilih kerana ia bukan sekadar boleh menjadi halwa telinga lantas dikutip iktibar dari maknanya, akan tetapi ia mempunyai nilai bahasa yang cukup indah. Kiasan dan perbandingan itu menjadikan kata-kata tersebut cukup segar dan menarik sekali. Dalam masa yang sama, ia bukan sekadar kata-kata kosong melainkan tersuratnya pesan dan peringatan bagi mereka yang mampu menerimanya seikhlas mungkin.

Tuesday, July 4, 2017

Taqwa


Taqwa 
Penulis: Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM17.00

Monday, February 1, 2016

Asmaul Husna: Dengan Namamu Aku Hidup


Asmaul Husna: Dengan Namamu Aku Hidup 
Penulis: Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat 
Terbitan: Kemilau Publika 
Harga: RM18.00 

Asmaul Husna bukan sekadar sebuah irama. Malah, Asmaul Husna mengatasi lirik-lirik terindah sebuah nasyid walaupun. Ia adalah rumusan tentang akidah yang benar, dibina di atas Arasy nama-nama Allah. Asmaul Husna adalah himpunan nama-nama Allah yang mengenalkan sifat-sifat-Nya dalam 99 nama mulia. Setiap daripada satu nama mempunyai maksud yang tersendiri. 

 Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Allah SWT mempunyai 99 nama, kurang satu seratus. Sesiapa menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukainya (bilangan) yang ganjil.” (HR al-Bukhari: 6410)

Monday, February 16, 2015

2 Jalan Dunia


2 Jalan Dunia
 Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM15.00 

 ‘2 JALAN DUNIA' adalah kesinambungan daripada naskhah ‘Hentian Terakhir'. Merupakan cebisan kata-kata azimat dan pembakar semangat daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Himpunan kata-kata ibarat mutiara yang dipetik daripada kuliah beliau yang telah dimuatkan dalam buku ‘Bertemu Janji Allah'. 

 Setiap kata-kata beliau mampu mengubah sekeping hati daripada gelap menjadi cerah. Mampu menyinari hati-hati insan yang berusaha mencari asbab untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik. Semoga setiap ungkapan daripada beliau mampu memberi sinar kepada hati-hati yang berusaha mencari kebenaran, malah jalan kebahagiaan dalam kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.

Friday, January 23, 2015

Syoknya Nikah Muda


Syoknya Nikah Muda 
 Penulis: Mohd Sabri Jamaludin & Nurul Adilah Ahmad Kamal 
Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM15.00 

 Ini misi mencari calon zauj (suami) dan zaujah (isteri) yang terbaik. Misi ini bukan misi main-main, dan semberono sahaja. Ini misi untuk meraih keredhaan daripada Allah SWT. Lelaki bujang dan perempuan bujang pasti sedang menanti-nanti akan seruan datangnya panggilan jodoh masing-masing. Tidak ketinggalan ada juga yang sedang sibuk dan bertungkus lumus mencari siapakah dia gerangan calon untuk mereka. Jika sudah ada calon, pasti pilihan akan dibuat. Memilih hanya yang terbaik. 

 Fitrah berpasangan memang menjadi lumrah dalam hidup seorang manusia. Keajaiban tuhan menjadikan manusia itu secara berpasang-pasangan. Jika ada lelaki pasti ada perempuan yang melengkapi sesama kita yang telah menjadi aturan dan kehendak Allah. Inilah perjuangan hidup sebenar yang terpaksa dilalui oleh setiap lelaki dan perempuan yang masih bujang. 

 “Saya menadah tangan dan bermunajat kepada Allah agar penulisan ini mampu mengubah dan mengetuk hati para pembaca untuk berkahwin dengan segera jika berkemampuan. Saya juga memohon agar Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa para remaja dan dewasa yang telah terlanjur dalam hubungan yang haram dan terjerumus dalam kancah perzinaan yang dimurkai oleh Allah.

 Semoga dengan kehadiran buku ini, ianya mampu memberi sedikit gambaran kepada para pembaca untuk mencapai jalan pernikahan yang diredhai Allah SWT.” - Penulis

Wednesday, October 8, 2014

Wanita Bertanya Rasulullah Menjawab: Tip-Tip Permasalahan Wanita Untuk Wanita


Wanita Bertanya Rasulullah Menjawab: Tip-Tip Permasalahan Wanita Untuk Wanita 
 Penulis: Hamizul Abdul Hamid 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM22.00 

 Realiti kehidupan zaman Nabi saw menggambarkan Rasulullah saw sangat prihatin terhadap kehidupan wanita, terutamanya dalam bertafaqquh fid Din (pendidikan nilai-nilai agama). Rasulullah saw membentuk Halaqah (forum kajian) keagamaan yang khusus diperuntukkan bagi wanita. Serta menyediakan waktu-waktu khusus bagi wanita yang ingin belajar dan bertanya mengenai nilai-nilai agama, mahupun bercurah hati (perkongsian) perihal ragam permasalahan hidup yang mereka hadapi.  
Di dalam buku ini banyak ditampilkan pertanyaan-pertanyaan kaum wanita yang disampaikan kepada Rasulullah saw. Terutamanya berkaitan permasalahan suami isteri, kekeluargaan, sosial, muamalat, pendidikan anak-anak, taharah, ibadah dan pengurusan jenazah. Semoga naskah ini dapat memberikan sumbangan positif serta pengetahuan bagi para Muslimah agar menjalani kehidupan senafas dengan nilai-nilai agama.

Aku Budak Lenggong


Aku Budak Lenggong 
 Penulis: Hamizul Abdul Hamid 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM20.00 

 'Masa kecil' adalah 'masa lalu' semua orang. Aku Budak Lenggong (ABL) adalah catatan 'masa lalu' yang mewakili 'masa kecil' ramai orang yang mungkin tidak terungkap. Zaman ketika elektrik adalah asing, pelita minyak tanah dan kabaid menjadi sumber cahaya, TV adalah peti ajaib, sungai dan lata menjadi mainan, bendang dan kubang, bukit dan hutan, memasak dengan kayu api, mendaki bukit ke dusun, menangkap ikan dan udang di celahan batu sungai yang jernih, mengapuk di pokok petai dan jering, lastik dan senapang kayu, gasing, congkak dan batu seremban, serta banyak lagi.

Friday, May 30, 2014

Engkaulah Hassan al-Banna


Engkaulah Hassan al-Banna 
 Penulis: Zainudin Hashim 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM18.00 

 Buku ini adalah riwayat Hassan al-Banna dan Ikhwan Muslimin. Semoga naskhah ini bermanfaat dan meningkatkan semangat perjuangan seperti Hassan al-Banna.

Saturday, May 3, 2014

Islam, Songkok & Bahasa


Islam, Songkok & Bahasa 
 Penulis: Maarof Salleh 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM23.00 

 Buku Islam, Songkok dan Bahasa adalah gabungan rencana yang pernah ditulis oleh Maarof Salleh dalam Berita Harian Singapura. Ia juga adalah luahan umum masyarakat Islam Melayu di Singapura terhadap isu agama, negara dan bangsa. 3 isu ini tidak dipenjara dalam kotak masyarakat Singapura sahaja, bahkan penulis melintasi garisan sempadan Malaysia apabila beliau membuat analisis isu dengan mengaitkan dua negara ini secara serentak. 

 Penulis melontarkan kritikan terhadap idea politik Singapura, perkembangan politik Malaysia, pandangan kepada para pemimpin negara, cadangan untuk guru, ustaz dan ustazah, bagi membentuk masa depan yang lebih gemilang. Beliau sentiasa mahu menegaskan bahawa setiap rakyat merupakan agen perubahan buat agama, negara dan bangsa.

Dahsyatnya Energi Syukur, Istighfar, Muhasabah


Dahsyatnya Energi Syukur, Istighfar, Muhasabah 
 Penulis: Muhammad Azhar 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM15.00 

 Kita dituntut untuk bijak demi memperolehi kejayaan dan keuntungan. Adakah usaha kita selama ini kurang berhasil? Adakah kita bimbang kejayaan akan hilang? Bila kita sudah tahu jalan kejayaan dengan syukur, istighfar dan muhasabah, maka kita perlu risau dan cemas dengan ‘hantu kecemasan dan hantu kegagalan’. 

Syukur, istighfar dan muhasabah adalah 3 pintu kebijaksanaan yang membuka lorong-lorongnya dengan menggiurkan. Kala kita tidak mahu menuju 3 pintu itu, entahlah bencana apa yang akan terus menghantui. Maka, wajib kita mengusirnya sekarang juga hantu kegagalan itu.

Thursday, April 24, 2014

Rampasan Kuasa Mesir


Rampasan Kuasa Mesir 
 Penulis: Muhammad Kamal Sulaiman 
 Terbitan: kemilau Publika 
 Harga: RM25.00 

 Dr. Morsi ialah presiden yang terpilih secara demokrasi buat pertama kalinya dalam sejarah politik Mesir. Pada pilihan raya presiden 2012. Dr. Morsi menang dengan 52% suara, namun kenapa ia digulingkan? Siapa yang diuntungkan? Siapakah pula tokoh-tokoh dan kelompok yang telah berusaha merampas kuasa daripada tangan Morsi? Padahal setahun pemerintahannya banyak kegemilangan yang telah diraih. 

 Benarkah As-Sisi, menteri pertahanan yang telah mengangkat sumpah di bawah Morsi telah menggulingkan Morsi sebagai presiden yang sah, bukankah Mursi ialah merupakan ketua tertinggi tentera? Adakah sebenarnya terdapat konflik antara Mursi dengan tentera?. Atau rampasan kuasa ini memang telah dirancang oleh Mubarak yang sedang berada di dalam penjara? Apakah pula pandangan Al-Azhar di atas rampasan kuasa yang berlaku dan peranan Sheikhul Azhar Dr. Ahmad Thayyib? Kenapakah beliau berada bersama As-sisi sewaktu pengisytiharan rampasan kuasa? 

 Sepanjang pergolakan ini, ramai tokoh dan negara-negara yang turut mengecam tindakan rampasan kuasa. Apa pendapat mereka? Benarkah Amerika, Israel, Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu menjadi dalang dalam menyumbang dana untuk rampasan kuasa ini? Andai benar, apa untungnya buat mereka? akibat pergolakan ini, banyak nyawa telah terkorban dan jumlahnya semakin meningkat. 

 Peristiwa menembak jemaah solat subuh di Rabah Al-Adawiyyah membuatkan tokoh-tokoh Islam tidak berdiam diri. Sheikh Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwanya. Adly Mansour diangkat sebagai Presiden, ElBaradei tidak mahu sama sekali melibatkan Morsi dalam penyelesaian konflik Mesir. Siapakah ElBaradei? Buku ini akan menjawab semua persoalan di atas, dan segala persoalan di minda anda, sekali gus menambah pengetahuan anda tentang konflik yang melanda saudara kita di Mesir.

Tuesday, March 18, 2014

99 Rahmat Ditahan di Sisi-Nya


99 Rahmat Ditahan di Sisi-Nya 
 Penulis: Abu Marwan 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM17.00 

 Tidak ada seorang manusia pun yang tidak mendapat belas kasih daripada Allah. Banyak ayat-ayat al-Quran menghuraikan tentang rahmat dan kasih sayang Allah. Sama ada yang ditaburkan kepada umat manusia, mahupun untuk alam semesta. Al-Quran juga menjelaskan berbagai jalan yang perlu ditempuh untuk mencapai rahmat Allah dalam kehidupan di dunia ini. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kehidupan damai sejahtera di dunia dan keuntungan serta kebahagiaan abadi di akhirat. 

 Rahmat Allah meliput setiap gerak alam dan seluruh dimensi kehidupan insan. Apa sahaja yang terjadi dan dilakukan oleh manusia adalah kerana berkat dan rahmat Allah Azzawajalla. Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya sentiasa hidup selaras dengan syariat Allah dan sunnahnya supaya kita beroleh rahmat dan kasih sayang Allah. Nabi Muhammad menjelaskan bahawa sifat kasih sayang Allah melebihi sifat marah-Nya. Oleh itu Rasulullah sentiasa melarang umatnya daripada bersifat putus asa dengan rahmat Allah.

Wednesday, February 12, 2014

Ar-Ruh: Hidup Selepas Mati


Ar-Ruh: Hidup Selepas Mati 
 Penulis: Ibnu Qayyim al-Jauziah 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM28.00 

 Buku ini membahaskan mengenai hukum-hukum dan ciri-ciri roh, membincangkan berbagai-bagai pertanyaan dan persoalan serta mengemukakan pelbagai pendapat dalam setiap persoalan. Juga turut dikemukan pandangan bagi menguatkan atau mengukuhkan lagi sesuatu pendapat (tarjih) atau menganggap sesuatu pendapat (an-naqs) itu lemah bersandarkan pada manhaj salafnya yang terkenal dalam mengemukakan dalil-dalil daripada al-Quran mahupun as-Sunnah. 

 Allah telah memberikan taufik untuk meneliti kembali berbagai-bagai persoalan, mentakhrij hujah-hujahnya serta menjelaskan perkara-perkara yang masih samar supaya dapat dipersembahkan kepada para pembaca di seluruh dunia Islam dalam format yang lebih menarik.

Sunday, February 9, 2014

Hentian Terakhir


Hentian Terakhir 
 Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM12.00 

 Setiap zaman akan ada ulama yang memperbaharui urusan hidup manusia. Ulama zaman lampau telah berjasa serta memudahkan kita semua. Zaman ini yang penuh dengan segala macam tribulasi, lalu Allah I mendatangkan ulama yang mengajarkan urusan dunia dan akhirat kepada umat hari ini dengan kata dan perilakunya. 

 Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan anugerah kepada ummah. Pemimpin yang pernah memerintah wilayahnya. Pemimpin yang istiqamah dalam segala situasi. Seorang yang istimewa, juga sering kelihatan aneh oleh seterunya. Kata-katanya memukau, walau ada juga yang mencemuh. Cebisan kata beliau kami rakamkan dalam buku ini, agar menjadi azimat dalam hidup menuju Allah.

Saturday, January 4, 2014

Sirah Nabi: Perjalanan Hidup Insan Agung


Sirah Nabi: Perjalanan Hidup Insan Agung 
 Penulis: Syeikh Sofiyurahman Al-Mubarakfuri 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM68.00 

 Meneladani Rasulullah Saw merupakan salah satu faktor yang membuatkan hati manusia tergerak untuk mencintai baginda. Lantas, jika sudah mencintai baginda, hati akan terdorong untuk berusaha mencari faktor-faktor yang dapat mendekatkan diri dengan baginda. Maka, semenjak fajar Islam menyingsing, umat Islam sudah berlumba-lumba menonjolkan keindahan Islam dan menyebarkan sirah hidup Rasulullah Saw yang mengharumkan dunia. 

Sirah Rasulullah Saw adalah semua perkataan, perbuatan dan akhlak baginda yang mulia. Saidatina Aisyah, isteri baginda berkata, “Akhlak baginda ialah al-Quran.” 

 Mengingatkan bahawa al-Quran ialah Kitab Allah dan himpunan kalimat-kalimat-Nya yang sempurna, maka tubuh yang berakhlak al-Quran seperti ini tentu merupakan manusia paling baik dan paling sempurna akhlaknya serta paling berhak mendapatkan kecintaan seluruh makhluk. 

Buku yang ada di tangan anda sekarang adalah sebuah karya Sirah Nabi Saw yang telah memenangi tempat pertama pertandingan penulisan buku Sirah Rasulullah Saw anjuran Rabithah Alam Islami (Liga Dunia Islam), di Mekah al-Mukarramah.

Saturday, December 21, 2013

Mengetuk Pintu Langit (Semi Novel ‘Israk Mikraj')


Mengetuk Pintu Langit (Semi Novel ‘Israk Mikraj') 
 Penulis: Miftahul Asror Malik 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM12.00 

 Sesungguhnya perjalanan itu bukan hanya perjalanan untuk menghiburkan hati baginda setelah terperuk dalam liang kesedihan kerana pemergian bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya yang tercinta, Khadijah, yang menghadap Allah. Perjalanan itu ialah perjalanan mulia yang menjadi tonggak dasar kekuatan dakwah baginda dan sebagai syariat penting agama Islam. Sesungguhnya ini adalah salah satu perjalanan terpenting baginda dalam menyebarkan dakwah Islam di alam semesta. 

Model semi novelette ini ditulis agar pembaca dapat mengambil kisah perjalanan ini secara sempurna, tanpa perlu berpolemik dengan pelbagai pendapat pro-kontra. Perjalanan mulia baginda ini sudah pasti benar dan masuk akal. Sedangkan berkaitan siapakah yang melakukan perjalanan itu sama ada ruh atau jasad Nabi sahaja, atau mungkin kedua-duanya. Semua itu perlu kembali kepada Allah dan pastinya semua itu berlaku kerana sesungguhnya Dia Yang Berkuasa atas segala sesuatu. 

Anda wajib membaca buku ini, kerana inilah novel pertama yang menceritakan tentang perjalanan paling penting selama kehidupan baginda baginda.

Kurikulum Dari Langit


Kurikulum Dari Langit 
 Penulis: Dr. Hamdan Muhammad, Muhammad Najmuddin 'Ulwan 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM16.00 

 Dunia hari ini menghadapi pelbagai masalah yang belum dapat diselesaikan dengan berkesan. Semakin banyak teori yang dikemukakan untuk menyelesaikan masalah, semakin bertambah pula masalah baru. Di mana-mana sahaja kehidupan manusia terancam yang berpunca daripada tangan manusia sendiri. Sistem ciptaan manusia yang mencakupi politik, ekonomi, sosial, undang-undang dan sebagainya GAGAL menyelesaikan masalah manusia dengan berkesan. 

 Keruntuhan akhlak dan gejala sosial berlaku dengan parah. Penindasan, kemelaratan dan kemiskinan tidak pernah selesai. Permusuhan, perpecahan dan pertumpahan darah tidak putus-putus berlaku. Semuanya itu adalah gambaran kegagalan sistem ciptaan manusia.Ramai generasi muda Barat yang kecewa dengan kegagalan tersebut menolak ajaran Kristian dan mereka mencipta falsafah hidup baru yang berasaskan kebendaan. 

 Penyelesaian yang mereka cuba itu menemui kegagalan kerana mereka mengubah fitrah manusia. Orang Islam yang terpengaruh dengan penyelesaian Barat itu menjadi lebih teruk daripada mereka. Orang Islam itu bukan sahaja gagal mencapai hakikat kebendaan yang mereka buru, tetapi juga hilang jati diri. Maka, penyelesaian secara fitri merupakan kaedah penyelesaian yang berkesan kerana serasi dengan fitrah semula jadi manusia. Buku “Kurikulum Dari Langit” ini cuba membawa anda menyemak sistem fitrah yang sempurna.

Wednesday, November 27, 2013

Dosa-Dosa Besar Yang Tidak Ditakuti


Dosa-Dosa Besar Yang Tidak Ditakuti 
 Penulis: Ashraf Suarin al-Muqri 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM22.00 

 Pelbagai dosa besar yang tidak ditakuti masa kini sama ada dalam beribadah, keluarga, ekonomi dan sosial, semuanya akan dihuraikan secara komprehensif dalam karya ini sebagai sebuah ikhtiar memperbaiki diri supaya terhindar daripada perbuatan yang tidak senafas dengan nilai-nilai syariat. Perbuatan tersebut di mata manusia mungkin merupakan trend kehidupan, tradisi budaya, adat istiadat serta merupakan hal biasa padahal di mata Allah merupakan dosa besar.

Nikmat Taman Syurga (Mauizhah 2)


Nikmat Taman Syurga (Mauizhah 2) 
 Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM28.00 

 Buku ‘Nikmat Taman Syurga’ ini adalah kesinambungan buku ‘Mauizhah’. Ia lebih bersifat penjelasan kepada kitab ‘Maudzatul Mukminin’ karya Syeikh Jamaluddin al-Qasimi iaitu ringkasan daripada kitab agung ‘Ihya’ Ulumiddin’ karya Imam al-Ghazali yang diakui berkesan dalam membangun jiwa manusia melalui aspek akhlak sesama muslim melalui hubungan silaturrahim dan sebagainya. 

 Buku ini dipersembahkan kepada masyarakat hari ini memandangkan isu-isu yang berlaku dalam kalangan mereka berkisar mengenai akhlak yang tidak seimbang dunia dan akhirat. Mudah-mudahan ia menjadi sumber rujukan yang bersifat realiti buat umat Islam.