Showing posts with label Kitab Pondok. Show all posts
Showing posts with label Kitab Pondok. Show all posts

Monday, December 4, 2017

Kitab Matla' Al-Badrain Wa Majma' Al-Bahrain (Rumi)


Kitab Matla' Al-Badrain Wa Majma' Al-Bahrain (Rumi) 
 Penulis: Abdul Faqir Al-Faani Muhammad Bin Ismail Daud Fathani 
Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM29.90

Monday, August 1, 2016

Ta'alim Al-Muta’allim Thariqa At-Ta’allum (versi jawi)


Ta'alim Al-Muta’allim Thariqa At-Ta’allum - Panduan Belajar Menurut Kaedah Islam (versi jawi) 
Karya: Syeikh Burhanuddin Az-Zarnuji 
 Penterjemah: Abdul Ghani Jabal Maraqy 
 Penerbit: Jabal Maraqy 
 Harga: RM10.00 

 Kitab Ta’lim al-Muta’allim, merupakan sebuah kitab panduan pembelajaran (belajar dan mengajar) terutama bagi para murid, berisi muqaddimah dan mempunyai 13 fasal (bagian). Dalam muqaddimahnya, Az-Zarnuji mengatakan bahawa pada zamannya, banyak sekali para penuntut ilmu (thalibu al-ilmi) atau murid yang tekun belajar akan tetapi tidak mampu untuk memetik manfaat dari ilmu tersebut (mengamalkan dan menyebarkannya). Menurutnya hal ini terjadi kerana peserta didik sudah meninggalkan persyaratan yang harus dipenuhi oleh setiap penuntut ilmu. Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Ta'alim Al-Muta’allim Thariqa At-Ta’allum (versi rumi)


Ta'alim Al-Muta’allim Thariqa At-Ta’allum - Panduan Belajar Menurut Kaedah Islam (versi rumi) 
Karya: Syeikh Burhanuddin Az-Zarnuji 
 Penterjemah: Abdul Ghani Jabal Maraqy 
 Penerbit: Jabal Maraqy 
 Harga: RM10.00 

 Kitab Ta’lim al-Muta’allim, merupakan sebuah kitab panduan pembelajaran (belajar dan mengajar) terutama bagi para murid, berisi muqaddimah dan mempunyai 13 fasal (bagian). Dalam muqaddimahnya, Az-Zarnuji mengatakan bahawa pada zamannya, banyak sekali para penuntut ilmu (thalibu al-ilmi) atau murid yang tekun belajar akan tetapi tidak mampu untuk memetik manfaat dari ilmu tersebut (mengamalkan dan menyebarkannya). Menurutnya hal ini terjadi kerana peserta didik sudah meninggalkan persyaratan yang harus dipenuhi oleh setiap penuntut ilmu.

Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain


Kitab Matla' Al-Badrain 
Penulis: Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad 
Penerbit: Darul Ma'arif 
Harga: RM9.00  

Merupakan antara kitab fiqih yang paling terkenal di Tanah Melayu. Ditulis oleh al-'Alim al-'Allamah Syaikh Wan Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Wan Tih bin Syaikh Wan Senik al-Karisiqi al-Fathani. Atau dikenali juga dengan nama Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani atau Muhammad Shaghir al-Fathani (di kalangan orang Arab) atau Syaikh Nik Mat Kecik al-Fathani di kalangan orang Melayu di Mekah. Beliau adalah cucu saudara kepada al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani.

Friday, July 22, 2016

Bidayatul Hidayah (Panduan Amalan Harian)


Bidayatul Hidayah (Panduan Amalan Harian) 
 Penulis: Imam Al-Ghazali 
 Terbitan: Khazanah Banjariah 
 Harga: RM15.00

Monday, April 25, 2016

Kitab Bustanul Arifin


Kitab Bustanul Arifin  
Penulis: Imam An-Nawawi 
Penterjemah: Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam 
 Terbitan: Khazanah Banjariah 
 Harga: RM15.00 

 Kitab "Bustanul 'Arifin" karangan Imam An-Nawawi Rahimahullahu Taala ini telah mendapat perhatian dan sambutan dari kalangan para ulama, kerana kandungannya sesuai dengan namanya, iaitu "Bustanul 'Arifin" yang bermakna "Taman Orang-orang Yang 'Arif Dengan Allah Taala". Ia sangat banyak mengandungi nasihat dan pelajaran yang berharga, terutama bagi mereka yang berusaha menuju ke arah ma'rifatullah yang sebenar. 

 Apa yang diharapkan, semoga terjemahan ini dapat memudahkan sahabat-sahabat kita dalam mengambil faedah daripada kandungannya yang sangat berharga itu, untuk menerangi jalan yang mereka tempuh ke arah ma'rifatullah, yang sangat memerlukan kepada ilmu, mujahadah dan kesabaran, dan semoga Allah Taala memberikan pahala kepada penterjemahnya. Amin.

Tuesday, April 12, 2016

Hidayatus Salikin (Jawi)


Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin (Jawi) 
Penulis: Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani 
Terbitan: Khazanah Banjariah 
Harga: RM40.00

Tuesday, March 15, 2016

Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh


Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh 
 Penulis: Usman Alkhaibawi 
 Terbitan: Victory Agencie 
 Harga: RM45.00 

 Buku ini mengandungi berbagai petunjuk dan garis panduan dalam berbagai aspek meliputi hukum hakam Islam yang perlu dipelajari setiap Muslim. Pengarang menghurai dengan penuh teliti dalam sesuatu bidang hukum dengan bahasa yang mudah difahami. Durratun Nasihin mengandungi tujuh puluh lima bab, bermula dari awal pengajian Al-Quran sehinggalah kepada bab hari kiamat dan sebagainya. 

 Buku ini amat sesuai untuk penuntut-penuntut pengajian tinggi dan juga rujukan masyarakat umum. Mudah-mudahan ia dapat menjurus kita ke arah sistem hidup Muslim yang berilmu dan mendapat keredhaan Allah, InsyaAllah.

Tuesday, February 9, 2016

Anak Kunci Syurga


Anak Kunci Syurga 
 Penulis: Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib al-Indunisi Al-Mandili 
Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM11.00 

Ini adalah sebuah kitab kecil yang membahaskan secara ringkas mengenai "Aqa'id Al-Iman dan hukum-hukum yang bersangkut-paut dengan fiqah seperti bersuci, sembahyang, sujud sahwi, sujud tilawah dan sujud syukur, puasa, iktikaf dan zakat fitrah. Kitab ini turut membahaskan berkaitan dengan sifat-sifat yang dicela dan dipuji pada akhir pembahasannya.

Monday, February 1, 2016

Bulugul Maram


Bulugul Maram 
 Penulis: Al-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi Al-Azhari 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM60.00 

 Sebuah kitab yang pada asalnya ditulis dalam tulisan Jawi oleh seorang ulama nusantara terkenal Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi. Kitab ini begitu popular sekali disyarahkan dalam pengajian di sekolah-sekolah pondok dan juga di masjid atau madrasah. Bicara utama yang dibahaskan di dalam kitab ini adalah sekitar persoalan fikah dan hukum syarak yang didasarkan kepada hadits-hadits Rasulullah S.A.W. Dalil-dalil hukum syarak dikumpulkan dan dikategorikan mengikut bab-bab perbincangan. 

 Buku ini asalnya yang ditulis dalam tulisan Jawi telah dialihkan tulisannya kepada tulisan Rumi tanpa mengubah susun kata ataupun perkataannya. Ini adalah bagi memudahkan generasi sekarang untuk mengikuti kelas atau pengajian syarah kitab ini yang masih menggunakan naskhah kitab asal. Selain itu juga ia boleh dijadikan rujukan bagi mereka yang menggunakan kitab Jawi untuk mengetahui perkataan-perkataan yang kurang pasti dari segi sebutan dan maksudnya. 

Usaha mencerahkan semula hasil tulisan ulama dan ilmuan berpengaruh nusantara ini adalah untuk menyuburkan dan menyebar luaskan khazanah ilmu yang telah diwariskan oleh para ulama nusantara terdahulu yang begitu besar sekali sumbangan mereka dalam memartabatkan agama dan bangsa. Semoga dengan adanya buku seumpama ini sebaran cahaya ilmu ini akan terus menerangi generasi-generasi sekarang dan akan datang.

Sunday, December 27, 2015

Al-Durr Al-Nafis - Mutiara Yang Indah


Al-Durr Al-Nafis - Mutiara Yang Indah 
 Penulis: Maulana Al-Allamah Al-Fahhamah Ak-Mursyid 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM14.00 

 Naskhah Al-Durr Al-Nafis ini meruupkan sebuah kitab yang membahaskan tentang ilmu tauhid. Kitab ini sering disyarahkan di sekolah-sekolah pondok, masjid, surau atau madrasah. Dalam usaha menghidupkan dan menyuburkan ilmu-ilmu agama yang telah ditulis oleh ulama terdahulu, kitab ini telah ditulis semula dengan tulisan rumi tanpa membuat pindaan terhadap teks asalnya. Ini bagi memberikan peluang dan ruang untuk mereka yang ingin mengikuti majlis pengajian ilmu ini tetapi kurang mahir dalam tulisan jawi, lebih-lebih lagi tulisan Jawi lama.

Monday, December 7, 2015

Kifayah Al-Muhtadi: Bekalan Bagi Orang Yang Mendapat Petunjuk


Kifayah Al-Muhtadi: Bekalan Bagi Orang Yang Mendapat Petunjuk 
 Penulis: Al-Alim Al-Amil Wa Al-Allamah Al-Kamil Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani 
Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM34.00 

 Kifayah al-Muhtadi adalah merupakan sebuah kitab, kuning karangan Muhammad Nur bin Muhammad bin Isma'il al-Fathani. Kitab ini juga merupakan syarah bagi kitab Sullam al-Mubtadi pada membicarakan Ilmu Tauhid atas jalan al-Salaf al-Soleh dan ilmu Fiqh atas mazhab Imam Syafi'i yang rajih dan pada akhir kitab ini terdapat beberapa nasihat dari Syeikh Daud bin Abdullah. al-Fathani. 

 Kitab ini amat sinonim dan masyhur di kalangan para pelajar pondok di mana kita ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular clan telah ramai melahirkan para ilmuan dalam bidang agama dan. juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan yang besar kepada bangsa dan agama. 

 Kitab ini pada asalnya adalah ditulis dalam tulisan. Jawi. Bagi memudahkan para pembaca, maka buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi tanpa mengubah perkataan. asalnya. Amat digalakkan agar para pembaca dapat mempelajari kitab ini melalui para guru yang berpengalaman dalam bidang pengajian pondok. Semoga kitab, ini mendatangkan manfaat buat para pembaca dan penuntut ilmu yang minat mendalami ilmu melalui kitab-kitab seperti ini.

Tuesday, December 1, 2015

Kitab Pati Rahsia


Kitab Pati Rahsia 
 Penulis: Haji Nik Mahmud bin Wan Ismail (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja) 
 Harga: RM8.00 

 Kitab Pati Rahsia ini dihiasi di dalamnya nama-nama Allah yang Maha Besar lagi Maha Tinggi, kelebihan Bismillahi Rahmani Rahim, surah al-Fatihah, ayat-ayat, hizib-hizib dan lain-lainnya.

Monday, November 30, 2015

Kitab Senjata Tok Haji dan Tok Lebai


Kitab Senjata Tok Haji dan Tok Lebai 
 Harga: RM8.00

Tuesday, August 25, 2015

Syarah Safinatun Naja


Syarah Safinatun Naja 
 Penulis: Syeikh Salim Sumair al-Hadrami asy-Syafi'i 
 Penyusun: Ustaz Muhadir Haji Joll 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM40.00 

 Kitab turats feqah Mazhab Syafi'i berbahasa Arab yang terkenal karya Syeikh Salim Sumair al-Hadrami asy-Syafi'i ini diterjemah dan disyarahkan semula dengan bahasa yang lebih moden tanpa menghilangkan keaslian maksud asal kitab. 
* Bersuci 
* Solat 
* Pengurusan Jenazah 
* Puasa 
* Zakat 
* Haji dan Umrah 
* Sembelihan

Sunday, June 21, 2015

Al-Yawaaqit Wa Al-Jawahir Fi 'Uquubat Ahli Al-Kabaair (Pada Membicarakan Dosa-Dosa Besar)


Al-Yawaaqit Wa Al-Jawahir Fi 'Uquubat Ahli Al-Kabaair (Pada Membicarakan Dosa-Dosa Besar) 
Karya: Al-Syeikh Abdul Wahab al-Sya'rani 
 Penterjemah: Abdul Ghani Jabal Maraqy 
 Penerbit: Jabal Maraqy 
 Harga: RM14.00 

 Kitab ini pada asalnya ditulis dalam tulisan jawi dan telah digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok di mana kita ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan para ilmuan dalam bidang agama, dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama. 

 Di antara isi kandungan kitab ini adalah menyatakan tentang betapa seksanya orang yang melakukan dosa besar dan akan berhadapan dengan kesusahan dan kesakitan pada hari kiamat kelak serta bagaimana gambaran syurga dan sekalian orang yang berada di dalamnya.

Friday, June 12, 2015

Kitab Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah


Kitab Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah 
Karya: Sheikh Daud Abdullah Al-Fathoni 
Penterjemah: Abdul Ghani Jabal Maraqy 
Penerbit: Jabal Maraqy 
Harga: RM14.00 

 Kitab Munyatul Musolli begitu popular di kalangan penuntut pusat-pusat pengajian pondok, madrasah dan surau di utara Semenanjung Malaysia dan juga di selatan Thailand sejak kira-kira hampir dua ratus tahun yang lalu. Kini, nama kitab ini masih segar dalam ingatan masyarakat dan ia masih amat baik untuk dipelajari dan ditatapi oleh para pelajar dan orang awam, terutama mereka yang baru hendak mengenali hal-hal yang berkaitan dengan sembahyang. 

Ia mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan sembahyang, rupa bentuk sembahyang, persediaan sebelum sembahyang, syarat sah sembahyang, rukun sembahyang, perkara sunat dalam sembahyang, amalan sunat sesudah sembahyang, makruh dalam sembahyang, sembahyang sunat, doa mujarab, wirid, kelebihan sembahyang berjama'ah, sembahyang Juma'at, hukum meninggalkan sembahyang, kewajipan raja atau pihak berkuasa terhadap orang di bawah tanggungannya dan di bahagian akhir kitab ini pula dihidangkan hal-hal yang berkaitan dengan masalah muafiq dan masbuq. 

Versi ini diharap dapat memudahkan para pelajar dan orang awam memahami kandungannya dengan baik, cepat dan berkesan serta mudah menatapinya ketika bersendirian.

Monday, November 10, 2014

Membimbing Hamba Allah Menuju Jalan Hidayah


Membimbing Hamba Allah Menuju Jalan Hidayah 
Penulis: Irsyad Al-Ila Sabil Sabil Al-Rasyad 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM8.00 

 Ini adalah suatu risalah pada menyatakan Iqtiqad bagi Ahli Al-Sunnah wa Al-Jama'ah yakni ahli yang mengikut akan jalan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dan Khulafa' Al-Rasyidin yang kemudian daripada Nabi.

Petunjuk Bagi Sekalian Orang Jawi Kepada Jalan Ulama-ulama Yang Beramal


Petunjuk Bagi Sekalian Orang Jawi Kepada Jalan Ulama-ulama Yang Beramal 
 Penulis: Haji Abdul Qadir Bin Haji Wangsah Bin Abdul Larif Bin Uthman 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM9.00 

 Kitab ini adalah di antara karangan beliau yang membicarakan tentang beberapa : 
• Jagaan yang pertama: Untuk kita memikir hal dunia yang kita duduk hari ini hingga kematian kita masing-masing. 
• Jagaan yang kedua: Bagaimana kelakuan kita selama duduk di alas dunia yang sebentar ini. 
• Jagaan yang ketiganya: Bolehkah kita minta berhenti daripada menjadi manusia kerana malas, susah payah serba-serbi. 
• Jagaan yang keempat: Adakah boleh kita duduk di alas dunia tanpa mengambil peduli apa-apa pun yang bersabit dengan amalan akhirat. 
• Jagaan yang kelima: Adakah boleh kita beramal amalan akhirat dengan semata-mata menurut nafsu dan contoh yang karut

Sunday, September 28, 2014

Memadai Bagi Orang Yang Berhajat


Memadai Bagi Orang Yang Berhajat 
Penulis: Al-Syeikh Daud bin Ibnu Abdullah Al-Fathani 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM9.00 

 Kitab ini adalah salah sebuah kitab turath yang sangat popular dalam kalangan pelajar yang mendalami ilmu agama khususnya di pondok-pondok, surau, masjid dan juga di dalam majlis pengajian ilmu di pejabat-pejabat. Teks asalnya adalah dalam tulisan Jawi, namun bagi mengimarahkan lagi yang disampaikan oleh para ulama terdahulu, ia telah dialih tulisan kepada Rumi. Usaha ini adalah bagi memudahkan pencinta ilmu yang kurang mahir dalam tulisan jawi dapat mengikuti pengajian ilmu berkenaan. Pengalihan tulisannya dilakukan tanpa membuat sebarang pindaan daripada teks asalnya. 

 Kitab ini membicarakan persoalan berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam. Terkandung banyak pengajaran daripada peristiwa di dalam lsrak dan Mikraj yang dapat kita ikhtibar dan teladan daripadanya.