Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Wednesday, September 19, 2018

Tips: What to Put in Your Goodies Bag

Assalamualaikum..

Last blog post was somewhere in 2017. Hahaha. Why so bad la sis...
Ok now, let's live up the blog AGAIN.

Last weekend, sebenarnya ada family day GBSB. Kisahnya... Dah book semua, tup-tup last minute ada pulak 'event' lain yang sailang. On the same spot jugak, inciboss demam teruk. Makanya, tak dapat la attend. Tapinya, i ols dapat jugak goodies bag. Hihihi. Saja la tu kan... #doneriak

Normally kan, when we attended any events, tak kisahlah kenduri ke, birthday party ke, even ocassion apa-apa pun mesti dapat goodies bag kan?

So now, meh kita godek sesatu apa yang dalam goody bag hari tu.


Tuesday, January 26, 2016

Bila Hati Dah Tak Ada.....

... mula lah nak pandang pun dah tak lalu
...nak bercakap apa tah lagi
...hati cakap nak pergi jauh-jauh
...otak cakap, 'No! U must stay and keep strong.'
...hai lah hati
...susah jugak bila terkadang jadi fragile
...susah jugak bila terlalu kebal
...apa lagi nak buat tah
...just follow the flow
...untung-untung, perhentian terakhir nanti membawa kegembiraan
...harap hati dapat terus bertahan demi banyak perkara

Monday, April 20, 2015

Sejak Jadi Mak-Mak, Berapa Kali Korang Sakit?

Assalamualaikum.

Hari ni pun bukan nak cerita hal ilmiah.
Haha.

Alhamdulillah anak-anak dah sembuh.
Aku dah boleh start masuk lab balik.
Tapi pagi tadi, Iman macam suam-suam sikit badan dia.
Hopefully tak la melarat sampai demam.


Thursday, April 16, 2015

Terjebak Secara Parah Sangat!

Assalamualaikum

Hai. Lama tak membebel.. Kan?

Hari ni.. Bukan nak cerita benda ilmiah.
Hari ni nak cerita benda lagha sikit.

Boleh teruskan baca.. Atau boleh close window terus.
Heeee..

Thursday, February 26, 2015

Which Disney Mom Are You Most Like?

Assalamualaikum and... Good Morning.
Bright day today? Errmm.. Yes, I guess..

Did a test on the internet for "Which Disney Mom Are You Most Like?"

And, I got this. Haha.

Tuesday, November 4, 2014

Bila Ada Handphone, Kita Jadi Pelupa.

Betul ke tidak apa yang aku highlight dekat Post Title tu?

Eh. Assalamualaikum.

Suddenly, tengah blur-blur di petang hari, aku dapat idea pasal benda ni.
Sebab aku discover diri aku adalah seperti post title di atas.
Izinkan aku merepek ye.

Nak baca jurnal dah tak mampu.
Hari dah petang, kepala teringat anak-anak dah.
Hahahaha.

Ok. Berbalik kepada tajuk asal.
Setuju atau tidak aku cakap bila kita ada handphone, kita jadi pelupa?

Kalau tanya aku, 
aku jawab 'YA'.

Buktinya,
sekarang aku dah tak mampu nak hafal phone number sesiapa pun unless number yang aku dah pernah ingat 20 tahun lepas.
Ya, 20 tahun lepas, ketika usia aku 8 tahun, yakni darjah 2, aku mampu hafal banyak phone number.

Dulu masa sekolah rendah, kan ada public phone.
Semua phone number memang dalam 'memory stone' kat kepala ni.
Petik je nama siapa pun (bukan stangers la, of course), mesti dapat terus nombor.
Sekarang, phone number ummi pun kadang-kadang aku was-was nak sebut.
Takut salah.
Bahaha.

Hari tu, phone number sendiri pun aku gagap.
Tahap kritikal sangat dah ni aku rasa.

Lepas ni, just in case handphone aku out of battery, aku rasa Ummi la tempat aku cari untuk dapatkan phone number sesiapa sahaja yang aku perlukan saat dan tika itu.
Sebab phone number Ummi tu adalah phone number aku pernah guna masa mula-mula aku pakai handphone dulu.

Dan.. dengan adanya handphone jugak, aku rasa most of us jadi anti-social.
Keluar lunch dengan kawan-kawan, tapi handphone jugak kita hadap.

Balik rumah ada keluarga, suami, isteri, dan anak-anak, handphone jugak kita kepit.
Betul?
Not good at all.

Kalau lah boleh,
Can someone invent a system yang boleh set kan semua handphone (smartphone terutamanya) off/tak boleh guna bila kita berdepan dengan makhluk lain yang bernama manusia.

And yes, it's just another 'kalau' that I have in my mind.

:)
Selamat petang semua.
Santai-santai sudah la ye petang-petang ni.
Jangan stress sangat.


Wednesday, October 30, 2013

Short updates

Assalamualaikum

Ya Allah.. maaflah..
Tak sempat nak update each and every day.
Thesis semua dah siap bagi kat bos.
Tunggu corrections je.
Papers pun semua dah kasi bos.
Tunggu corrections jugak.

Tak ada apa yang nak di busy kan sangat pun sekarang sebenarnya.
Tapi tak sempat-sempat jugak nak update.

Ku suspect, badan dah tak berapa daya kot sekarang.
Asyik sakit sana sini.
Level kudrat dah sampai takat nyawa-nyawa ikan.
Nak jalan gi cafe pun macam lari 200m.

Bisnes Shaklee?
Alhamdulillah, bulan ni macam ada peningkatan sikit.
Ermm. Not bad la untuk aku katakan. Sebab aku tak buat full time pun.
Dah ada group sendiri pun.
Aku namakan group tu The Shaklee Millionaire Empire.
Mudah-mudahan ahli-ahli group tu menjadi Shaklee Millionaire soon. InsyaAllah.
Tolong doakan aku and team ye..

Alya Amani?
Alhamdulillah. Sudah mampu berbicara walaupun hanya basic words ye.
Haha. Makin comel anak aku sorang tuh. * Kasi can ye mak nak puji anak. Sape lagi nak puji anak sendiri kalau bukan mak. Ye tak? *
More updates pasal anak dara aku?
Tunggulah eh.
Nanti aku buat satu entri khas cite pasal dia je.

Ok. Nak solat, nak siap-siap gi appoinment pulak.
Later ku hapdet lagi ye.
Daaaa...

Friday, October 18, 2013

Hytex Warehouse Sale!

Assalamualaikum.. 
Lama hoi membisu.. 
 Raya kan... 
Hiiii.. Cobaan nak escape lettew.. >.<

Ada entri khas untuk random updates bersempena hibernasi yang hagak tak berapa nak lama tu.
Tapi lain kali aku up kan.

Yang ni macam lagi hot untuk gojes yang ternyata hot kat luar sana..

Hytex Warehouse Sale!!!!
Starting today until Ahad ini yakni 20 Oct ye u ols.
Serbu!!!

Ok. Ni festaim aku pegi.
Before ni pernah serbu Pureen Warehouse Sale..
Alhamdulillah, berbaloi..
Yang ini pun, alhamdulillah.
Berbaloi-baloi..

Ni ha poster dia.
Kalau lalu Jalan Gombak area Greenwood tu memang banyak ah depa tampal kat tiang lampu.

Disebabkan ini adalah festaim, memang ku gigihkan diri jugaklah even tak familiar langsung ngan jalan tuh.
Ermmm. Memang orang Gombak.
Tapi tak biasa ke arah sana.

Pagi tadi, nekad dah.
Lepas sarapan nak terus zass ke Dewan MPS Gombak.
Awal pun tak pe sebab nak kena cari tempat jugak kan..?
Memula Encik Asben tak kasi gi sorang.
Haishhh...
Bini dia nih mana boleh kannnn...
Mesti la nak pegi hari first pepagi buta.
Dia ajak aku gi esok pagi.
Memang tak lah kan...
Dengan Cik Alya lagi.
Lepas tu dengan weekend lagi.
Harus lah super sesak nanti.
Tamo lah aku.

Tapi, rezeki aku.
Breakfast dengan my senior, kebetulan beliau pun nak ke sana.
Kami gamble je lah.
Masing-masing tak tau jalan kan.
Dalam-dalam Encik Asben tak kasi tu, aku mintak jugak, mintak jugak.
Bagitau dah ada kawan nak pegi, barulah lepas..
Phew...

So lepas breakfast tu, terus keluar.
Sampai sana around 945 am kot.
Dewan masih gelap.
Orang pun takdek sangat lagi kecuali guard Hytex.
Kami tunggu depan pintu dewan okehhh...
Gigih takkk??

Lepas tu baru staff Hytex datang..
Then baru kami boleh masuk.

Feeling masa masuk dewan tu?
Perghhh.. Rasa nak balun je semua.
Santek semua..
Murah pulak tu.

Oi baju world of cartoons dapat less than RM20 ko.
Tak ke gile mata aku nengok nye..?
Ngan baju disney lagi..
Tenderly lagi...
Perghhhh..
Tentiba nak nyanyi lagi 'kalau aku kaya, hari-hari hari raya... lalalalala...'
Oit seriously aku rasa macam geram gile..

Masa kami serbu tu memang tak ramai orang.
Baju bajan pun mostly cantik berlipat lagi.
Ada yang masih berikat pun lagi.

Sonok weh nak pilih.
Cuma yang murah-murah tu ko kena pandai mix and match la sebab dia tak sekalikan.

Apa yang aku nampak, baju gegirl adalah sangat banyak sampai aku rasa tak tau dah nak beli yang mana.
Aim aku is baju bajan kecik je.
Pyjama Cik Alya and tshirts Cik Alya.

Lebih kurang baju bajan masa SOGO Sales.
Tapi yang ni lagi murah.
Kata harga clearance kilang..khennn?

Seronok wehh...
Aku zass sambar sana sini tak pandang orang dah.
Lepas dah rasa macam cukup dah, baru duduk diam sort balik mana yang ok and tak.
Dah sort tu, baru perasan aku ada yang aku terambik dua.
Haha.. Dasar tamak kann..

Ni lah antara baju bajan yang aku dah rembat tadi...
Selonggok jugak lah.
Lepas ni no sopping-sopping lagi dah.
Sep duet tuh haaa...
>.<


Ini baju bajan Cik Alya... Harap muat lah.. 


Ini gambar penuh..
Hoi best ah sopping rege macam gini.
Kalau normal price, mau melayang RM500-600 nih kot...

So, kesimpulan dia, total lost hari ini adalah RM302.
Termasuk 2 bath towels + mama bag...
Kikikikiki..

Aku rasa nak pegi lagi woiiii...
Tulunnnnnnnn.....

Friday, September 27, 2013

Randomness Friday

Assalamualaikum.

Hah tajuk tak menahan.
Dalam kereta tadi dah terfikir hari ni nak merepek apa.
Sebabnya, labwork Alhamdulillah 100% settled.
Tinggal nak touch up sikit-sikit last part of thesis.
InsyaAllah by end of nextweek dah boleh hand in ke SV.
(Confident aku nih. Semua orang tanya, aku jawab macam tuh. Hahaha.. Semoga Allah permudahkan. Aminn).

Ok, pertama-tama sekali, aku nak wish tahniah yang tertinggi-tinggi tahniah lah kepada wanita-wanita kat luar sana yang ternyata kental dan super gigih naik pangkat menjadi  isteri-isteri, ibu-ibu di usia undergrad. Ye, menjadi isteri dan ibu ketika masih belajar.
Aku super impressed.
Seriously.
And pada ibu-ibu yang sekarang ini masih kental dan gigih bekerja, belajar, dan menjadi ibu keluarga seperti Micha.
Tahniah untuk korang.

Kenapa aku super impressed?
Ok. Point no.1,
Jadi isteri sewaktu undergrad, mungkin orang kata senang.
Ye lah, jadi isteri je pun. Anak belom ada. Kan?
Tahukah korang, jadi isteri ni baaaaaaaaaaaaaaanyak benda nak kena fikir.
Most of the time, isteri adalah orang paling last dapat lelapkan mata dimalam hari. Betul tak?
Waktu undergrad, of course, semua benda pun nak kena baca.
Classes to be attend tu jangan cakap lah kan.
Dengan quizzes, exams, bla bla bla kan...
Kalau aku, awal-awal surrender kot.

Dan bila ada suami, makan pakai dia nak kena fikir la. Itu tanggungjawab dah.
Kalau duk hostel, maksud aku Perkahwinan Jarak Jauh a.k.a. PJJ, boleh la spend most of the time mengadap buku and all the study stuff. Kan?
Bole berlagak macam bujang.
Hanya weekend je spend time untuk uruskan suami.
Contoh basuh baju dia, gosok baju dia, masak untuk dia, kan?
Tapi cemana pulak dengan yang tak duk hostel..?
Maksudnya yang dah duduk sendiri...
Hmm... Time management memainkan peranan sangat penting.
Ko pandai handle and arrange time yang ko ada, Alhamdulillah, ko excellent.
Tapi jika tak, nahas yang ko cari. Study ke mana, family ke mana.
Sebab tu aku cakap, aku super impressed dengan some of my friends yang kawen masa undergrad, and they scored!
Superb sangat.

Point no.2,
Bila dah jadi isteri, of course la teringin nak jadi ibu kan?
Ini lagi 1 benda yang buat aku super duper impressed.
Mengandung waktu undergrad.
Ya Allah, besar ganjaran mereka. Usung perut boyot naik turun tangga attend classes.
Sumpah aku impressed gile.
Itu belom tambah dengan morning sickness pembawakan budak lagi.
Emmmm.. Jujur cakap, aku yang mengandung bukan masa undergrad ni pun tak daya nak melayan morning sickness time dah critical sangat tu. Longlai beb.

Heh, ingat mengandung ni senang ke?
Senang pada yang tengok tu mungkin lah.
Tapi tak berapa senang pada yang mengalami.
Bukan mengeluh. Tapi nak mengingatkan.
Kesian mak-mak kita mengandungkan kita dulu.
Hormatilah ibu masing-masing.

Point no.3,
Bila dah ada sorang anak, tambah lagi sorang anak dalam perut.
Yang ni, kalau ibu tu further study, sambil kerja pulak tu, memang aku gile impressed.

Contoh dia Micha lagi.
Maap la kak, entri ni banyak jual nama ko. 
Sebab ku impressed gile ngan kegigihan ko kak Cha. 
Dengan buat barang meniaga la malam-malam. 
Sampai nak tercabut . . . katanya..

Siang weekdays, masuk office.
Siang weekends, masuk kelas.
Ya Allah, Supermommy sangat nih.

Aku tak terbuat lagi kot setakat ni.
Ni buat master fulltime research pun aku rasa dah semput.
Padahal tak payah nak susah-payah attend kelas ke apa pun.
Melangut je kat lab tunggu experiment siap.
Lepas tu collect data.
Lepas tu buat thesis.
Lepas dah bosan, layan FB, layan blog, baca gossip.
Nampak macam rilex. Tapi penat otak tak siapa tahu.
Walaupun kadang-kadang nampak macam tak berfikir sangat pun.
Eh, ko kalau berfikir, ko nak bagitau orang ke? Tak kan?

Haa.. dah tu balik petang, nak bersilat kat dapo pulak.
Kena time anak meragam, haaaa.. bersilat dengan anak dulu, baru boleh masak.

Beli lauk siap?

Haaa.. boleh.. tapi tak semua tekak suami kita boleh telan kan?
Kadang, lauk beli, walaupun meriah macam kenduri, nasik 1 pot pun tak habis.
Cuba ko buat masa sayur air bening, goreng ikan sadin, sambal belacan..
2 pot pun licin. Haa.. Gitu kekdahnya kan.
Air tangan isteri katanya.. kan?
Jampi apa tah sampai 2 pot tak cukup. Muahaha..

Point no.4,
Ermmmm.. Blank dah pulok.
Acane..?
Kesimpulan terus, aci? Hahaha..

Kesimpulan dia kat sini, aku nak cakap,
Kepada suami-suami, jangan lah sesiakan isteri memasing.
Kekadang tu buat le seprais sikit ke deme ni macam suaminya Si Anez ni ha.
Flower-flower gittew on her birthday.
Heee..

Ehhh.. Suami i ols pun tau bagi munge jugak tau.
I ols je malas nak kecoh kat sini. 
Nanti dia marah, tak kasi munge teros dah kang. Haha.
Eh, jap. Ni kua topik nih.

Kepada isteri-isteri, ibu-ibu terutama yang beranak lebih dari 1, berkerjaya, sambung belajar pulak tu,
segunung tahniah aku ucapkan.
Korang memang gojes supermom!
Aku kagum.

Kepada anak-anak pulak,
terutamanya bukan anak tunggal, hargailah ibu anda.
Susah payah mereka ngandung kan ko dik.
Nak pulak ko ngan akak/abang ko jarak setahun je.
Kesian mak korang. Nak handle abang/akak korang lagi, ngan korang lagi dalam perot.
Yang tunggal pun tak kurang jugak.
Mak korang susah ngandungkan korang.
Nanti korang dah jadi mak-mak, tahu la macamana.
Ahkak ni pun dulu tak rasa oii..
Ni ha dah mengandung, beranak, mengandung lagi, baru reti bahasa..
Susah dik. Bukan nak mengeluh.
Cuma nak bagi korang tahu, betapa susahnya mak-mak korang nak besarkan anak-anak sejak dari dalam perot.
Hargai dan sayangi mak-mak korang ye.
Tak bagi adiah pun tak pe dik.
Hormat je pun cukup.
Kecik ati mak kalau ko kasar-kasar ngan dia.
Ahkak ni, walaupun anak kecik lagi, kalau dia buat hal meragam, ahkak menangis dik.
Haa.. ko jangan tak tau.
Ahkak ratu air mata sekarang.
Mudah sentap kalau anak meragam lebih sikit. Penat la tu kekdahnya... Harap paham.
Tapi cik Alya sometimes je la meragam out of control.
Sekarang aku dah pandai dah nak tackle kalau dia buat hal.
Alhamdulillah. She's big girl now. :)

Ok. Dah.
Sampai sini je lah rapuan aku hari ni.
Dah macam tazkirah Jumaat pun hado.
Tahniah la yang khatam sampai perenggan last ni.
Aku malas nak tepek gambo.
Harap Maklum.

Happy Weekend supermoms!

Tuesday, September 17, 2013

AA: Alya Amani, ke Aaron Aziz?

Haha.
Tajuk tak boleh blah.
Bukan apa, aku memang peminat tegar AA.
Err.. Aaron Aziz.
Alya Amani tu memang ah. Sokmo.
Sekarang kita cerita pasal Aaron Aziz.

Tak sedar since bila minat dia.
Errr. Mungkin masa fenomena Nora Elena suatu ketika dulu.
Dan mungkin juga sejak-sejak AA ada dalam cerita-cerita yang tak berapa nak glemer macam cerita dia sekarang. Ye la, maksud aku, cerita drama TV1, TV2 tu..

Tapi kemuncak dia adalah cerita Nora Elena.
Lepas tu Adam Hawa pulak.
Hoi memang kena ah watak tu.
Encik Harris dalam Ombak Rindu tu lagi lah.

And pada aku, bagi je kat dia semua watak hero dalam novel, memang jadi.
Andd.. memang dia sesuai sangat lah jadi hero dalam novel.
Ce buat cerita Hlovate tu buh dia jadi hero.
Sumpah aku rasa meletop.
Sebab apa?
Sebab jalan cerita Hlovate adalah superb.
Tambah dengan hero yang memang kena sangat.
Aku rasa aku melekat je kot depan TV.

Tapiiiii...
Ada 1 hal ni, aku tak tahu kenapa, dan apa punca dia..
Semenjak dua menjak nih.. errr.. 6,7 bulan kebelakangan ni la sebenarnya..
Aku rasa annoying weh ngan AA.
Tah kenapa.
Heran bin ajaib.
Venci oh kalau ngadap tv ada dia..
Kalau nak kata pasal isu IG dia hari tu, aku rasa tak.
Sebab tu cite baru.
Hal ni dah makan bulan dah..

Hmmmm..
Why? Why?
Harap-harap tahun depan aku tak dek dah perasaan venci nak ngadap cite yang ada AA.
Minat oh kat dia.

Ok. Itu je merapu hari ni.
Haha.
Maap dah bawak korang terjebak dalam omongan kosong guwe.. haha..

KBai...

Tepek gambo AA?
Ah tak payah lah.
Kan dah cakap annoyed gile ngan dia sekarang.
Lain tahun la ye.

:P

Friday, August 16, 2013

Randomness.

Dah abes raya. Back to real world. Tak ada ketupat rendang bagai dah. 
Kuih raya je ada la sesikit buat kudap-kudap sambil nonton TV.
Open House? Rasa macam nak buat, tapi belum decide lagi. 
Kang kalau jadi, aku jemput kengkorang semua yeh.

Sekarang, mood blogging out siket. Eh?
Bukan. Macam banyak je.
Sebab?
Mungkin gangguan hormon. 
Yes. Hormone Imbalance. 
Boleh terima tak alasan ni? 
Haha.

Dalam kepala, ceruk mana pun aku pergi, ada thesis je.
Orang raya pun, aku fikir thesis.
Padahal bukan banyak sangat lagi pun tak siap.
Kalau betul-betul buat, duduk depan PC 2 hari pun boleh siap.
Masalahnya, Hormone Imbalance tu lah.
Dia yang macam distract aku dari fokus kat kerja.
Haha. See. Hormone jugak kena tuduhan melulu. Kesian.

Eh. Tapi kannnn..
Seriously rasa macam tak percaya dah nak habis.
Rasa macam tak percaya dah sampai ke tahap ini.
Rasa macam nak tepuk-tepuk belakang sendiri sambil cakap, "Syabbas betti!"

Bukan apa, sebab masa mula dulu, tak berapa nak ada kekuatan sangat.
Rasa macam, boleh ke aku ni?
Rasa macam, jadi ke?
Dengan masa tu alahan mengandungnya.
Dengan masa tu cuti nak bersalinnya. 
Dekat 1 semester jugak lah kot burn.
Lepas pantang je datang present progress. 
Progress lah sangat.. Kan?
Padahal duk umah beranak dan jaga anak.

Apa pun jadi, bulan Doblas nanti aku nak semua dah setel.
Azam tahun baru 2014, fokus kat PhD dan baby baru pulak. Eh?
Kalau ada rezeki, ada keizinan incik hubby, bole la aku merasa duk di perantauan 4 tahun. 
Cik Alya balik nanti speaking London i tell u. Hahaha.
Tah-tah adik-adik dia dah ada 2,3 masa tu. Eh?
Haha. Joking! 
Jangan amek port okeh.
Tak mengharap pun nak further abroad.
Dapat buat attachment untuk 6 months pun dah syukur sesangat.
Hihihi. 
Free kot. Sape tak nak? Kan?

Ok. Dah cukup rapuan untuk hari ini.
Esok lusa tak tau lagi ada cerita ke tidak.
Tunggu je lah sampai hormone dah ok balik ye.

Bye.
Eh. Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.

Thursday, July 25, 2013

Tukar angin boleh?

Salam 16 Ramadhan. Ecece...

Ini entry pendek je ye.
Sekadar makluman.
Hihi.

Tukar angin apa?
Ok. Macam ni.
Sebelum ni, penggunaan 'saya' sebagai kata ganti nama pertama adalah biasa dalam penulisan pemilik blog ini bukan?
Sekarang ini, setelah ditimbal balik, difikir-fikir, terasa lebih selesa jika kata ganti nama pertama tersebut ditukarkan kepada 'aku'.
Kasar?
Mungkin pada sesetengah orang.
Tapi pemilik blog merasakan penggunaan 'aku' adalah lebih menjadi diri sendiri berbanding dengan penggunaan 'saya'.

Bila menggunakan 'saya', ayat-ayat yang tersusun selepas itu dirasakan agak sedikit 'lain macam' (read: tak mesra sangat). Atau lebih tepat, plastik. Ye. Plastik lah. Sopan sesangat pulak rasanya. Muahahaha. Diri ini tidaklah sopan mana pun hakikatnya.

Jadinya, dengan rasminya, hari ini, penggunaan 'aku' sebagai kata ganti nama pemilik blog adalah berkuat kuasa. (Dah macam pengumuman nak bagi bonus raya pun ada ni ha...)

Maaf, bukan niat nak berkasar.
Cuma ingin terasa lebih santai dalam penulisan.

InsyaAllah, will keep updating soon.
Sorry sangat lama dah tak menulis.
Busy Bee lah katakannn..
Thesis lebih penting woiiiii....

Ok Bai!

Thursday, July 4, 2013

Hidup Lagi Ke..

Haaaa... Hidup ni ha. Tapi blog macam hidup segan mati tak mahu aje. Hahaha
Sekarang senang, ada live update kat red carpet gojes. Jadinya, blog pun menjadi slow macam siput. Tambah pulak dengan kesibukan yang terlampau sekarang. 
Eh. Sibuk ke? Haha

Sibuk la sangat. 
Hari-hari buat keje, mesti nak selit jenguk red carpet gojes kejap. 
Kalau tak pon, jalan-jalan mencemar dulu ke blog gojes lain. 
Blog sendiri nak hapdet? 
Nan Hado!

Eh, sibuk sebenarnya. 
Sebab kalau ikut plan asal, by Ramadhan ni dah nak buat keje lain. 
Tapi.. Tapi.. Tapi.. macam tak boleh je. 
Keje yang ini pun tak siap lagi. 
Stress mak!

Current passion?
Haaaa.. Ngadap thesis sampai lebam. 
Misi nak siapkan sampai chapter 3 by mid of July. 
Mampu? 
Haaa.. Mampu ke tidak, mid of July nanti kita tengok. 
Kalau hagak-hagak tak dan, kita pulun la siang malam ye.
Nasib baik present progress report postponed ke lepas raya
Kalau tidak, apa pun tak bole! 
Nak presen hape wooiiiii... 
Haaaa... Ni yang mula rasa nak garu kepala yang tak gatal ni.

Sekarang, chapter 1 completed
Masih terkedek-kedek kat chapter 2.
 Idea macam tak berapa nak ada. 
Acane? 
Skip aci? 

Tekanan mak oi!

Apa pun jadi, by October nak submit jugak. 
Tak dapat submit kat Centre pun, submit kat bos pun jadi lah. 
At least, ada la progress. 
By hook or by crook, November nak report duty dah. 
Bulan doblas nak rehat. 
Tak kira! Tak kira!

Jadinya, gigihlah ye diri sendiri...
Bertabahlah wahai hati.

Maap blog, kamu terabai sikit sekarang.
Harap paham la..
Da setel semua nanti, akanku update semua sampai tak larat sume orang nak baca. 
Haha. Jangan percaya. Propa je tuh. OK Bai!


Thursday, March 7, 2013

Dah 7 March, apa nak jadi dengan aku nih?

Hmmm.. (awal-awal lagi da mengeluh) -_-

Cepat sangat masa meninggalkan kita.. err.. saya je kot. Tiba-tiba dah March.
Minggu depan, dah masuk mid March. End of March dah mid term break dah.
Ada lagi half semester untuk dikerjakan.
Masalahnya mood ke laut. Kerja melambak.
Chapters seciput pun tak start lagi, not even a word pon.
Apa nak jadi dengan aku nih.

Results yang ada, nampak macam banyak.
Tapi bila aku tenung lama-lama, rasa macam tah hape-hape pun ada.
Minggu depannya, repeat lagi experiment. Lepas tu compare lagi results. Fuh. Lap peluh di dahi yang tak berpeluh lah jawabnya.
Macam ni nak further sampai Phd? Sape la nak layan. -_-

Yang satu tu pulak, bila mood datang, barang tak ada.
Kalau barang ada, bila buat, tak jadi. Terus spoil.
Bila dah spoil, mula lah mood ke laut tah bila nak mendarat balik.
Tapi yang paling best, bila jumpa bos, terus mood ada. Secara tiba-tiba.
Bos itu ibarat vitamin C untuk kami semua.. Err.. ke aku je rasa macam tu?

Sekarang, buku langsung tak bawak balik rumah dah.
Memang harapan la kalau bawak balik pun.
Buat penat usung dari kereta masuk rumah, dari rumah masuk kereta.
Buang tenaga. Seriously.

So, sebelum rasa macam kerja melambak-lambak yang melampau, mari buat list apa yang nak kena buat... (ajak diri sendiri).
1. Cek barang semua cukup ke tak nak proceed sample preparation untuk Tafel.
2. Start la writing sikit sikit mak cik oiiii. Takkan nak tunggu semua siap baru kau nak terkedek-kedek buat. Nanti lambat grad kau jangan nak salahkan orang.
3. Kumpul semua data yang ada, rungkaikan segala persoalan, bawak mengadap bos. Mana perlu tambah, sila tambah. Ikut cakap bos.
4. Sila la siapkan yang data correction dalam excel tu. Lama bebenor dah rasanya terperap. -_-
5. Sila jugak cek status bendalah serbuk yang nak cek compositions tu. Pikir-pikir la cara yang sesuai. Takkan nak biar je benda tu rosak cenggitu. Bukan senang nak buat tu oi.

Ok. Bila dah list, nampak macam secoet la pulak.
Dah tu kenapa kepala macam berat je. Macam banyak sangat benda terbeban. Huh.

Hmmm..
Dah. Jangan mengeluh wahai diri sendiri.
Mari kumpul semangat untuk buat keje.
Esok adalah hari berjumpa bos. Maka, persiapkan diri ye.
Kompom yang point no 4 tu dia akan tanya statusnya.

Maap ye semua.
Monolog diri sendiri yang rasa teramat serabut.

Doakan semua berjalan lancar, mood tidak sentiasa ke laut sangat.
Ai is nak abes cepat-cepat.

Wednesday, March 6, 2013

Semoga Allah Murahkan Rezeki

Assalamualaikum.

Hai u ols.
Sorry sebok sikit lately.
Sebok ngan keje lab, sebok jugak ngan kedai baru. Hihi. Not exactly a kedai pun sebenarnya.
Small-small biz aje. Nak mencuba nasib kat bidang baru la katakan. :)

Jom la terjah sambil-sambil cuci mata cari supplements untuk kesihatan badan.

www.heltilivingstail.blogspot.com

Tengah ada promo sekarang ni.
Promo bulanan dan juga promo sempena pembukaan 'kedai'.

Jom terjah.

Terima kasih kerana membaca.

:)

Thursday, February 7, 2013

Terharu Sendiri. Maaf, Copy Paste Dari FB je.

Isteri ni,bila dah dekat dengan due date,jalan sikit pun termengah-mengah,berdiri lama pun dh semput,tidur pun tak selesa...TAPI KAN...


  •  Makanan untuk anak-anak dan suami tetap disediakan,walaupun kaki terketar-ketar menahan lenguh 
  •  Pinggan mangkuk tetap dibasuh waluapun perut dah melekat di sinki 
  •  Kain baju tetap dibasuh,dijemur,dan tersusun rapi walaupun termengah dan terhencot-hencot nak jalan. 
  • Rumah tetap dikemas walaupun geraknya perlahan dan tersekat-sekat. 
  • Persiapan anak-anak sekolah tetap diuruskan walaupun penat dan tak berdaya 


Dan...memang YA...Isteri anda seorang yang kuat,kalau tidak,masakan dia boleh bertarung nyawa melawan kesakitan melahirkan zuriatmu...

TAPI...pastinya isteri anda akan tersenyum lebar..
BILA dia lihat

  • Makanan telah siap terhidang untuk suami dan anak-anak 
  • Pingan mangkuk siap dibasuh tanpa disuruh
  • Kain baju tersusun rapi sedia dipakai oleh keluarga
  • Rumah siap berkemas & bersih 
  • Perihal anak-anak ditanggung beres
  •  Dan yg paling menyentuh perasaan bila suami mengucapkan terima kasih dan menawarkan khidmat untuk mengurut isteri ^_^ 

AT LEAST...walaupun anda tidak merasai beban yang dipikul, tetapi cukuplah dengan menghargai pengorbanan si isteri melalui sokongan moral mahupun emosi..
SEBAB...anda juga yang bertanggungjawab menjadikannya begitu,kan? =)

 HARGAI DAN SAYANGILAH ISTERI ANDA KERANA PENGORBANAN YANG TIADA BATASAN ^_^

Tuesday, January 1, 2013

2013

Happy New Year 2013
Semoga kita terus dirahmati dan diberkati Allah. Ameen.
Sama-sama kita perbanyakkan amal untuk jadi bekal di sana kelak. InsyaAllah.
Resolution(s) saya?
InsyaAllah, ingin menjadi yang lebih baik di sisi suami, anak, keluarga dan yang utama, Allah SWT.
Doakan study-research saya terus cemerlang hingga ke titik yang terakhir, ada rezeki, boleh upgrade, InsyaAllah.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015