Thursday, March 7, 2013

Dah 7 March, apa nak jadi dengan aku nih?

Hmmm.. (awal-awal lagi da mengeluh) -_-

Cepat sangat masa meninggalkan kita.. err.. saya je kot. Tiba-tiba dah March.
Minggu depan, dah masuk mid March. End of March dah mid term break dah.
Ada lagi half semester untuk dikerjakan.
Masalahnya mood ke laut. Kerja melambak.
Chapters seciput pun tak start lagi, not even a word pon.
Apa nak jadi dengan aku nih.

Results yang ada, nampak macam banyak.
Tapi bila aku tenung lama-lama, rasa macam tah hape-hape pun ada.
Minggu depannya, repeat lagi experiment. Lepas tu compare lagi results. Fuh. Lap peluh di dahi yang tak berpeluh lah jawabnya.
Macam ni nak further sampai Phd? Sape la nak layan. -_-

Yang satu tu pulak, bila mood datang, barang tak ada.
Kalau barang ada, bila buat, tak jadi. Terus spoil.
Bila dah spoil, mula lah mood ke laut tah bila nak mendarat balik.
Tapi yang paling best, bila jumpa bos, terus mood ada. Secara tiba-tiba.
Bos itu ibarat vitamin C untuk kami semua.. Err.. ke aku je rasa macam tu?

Sekarang, buku langsung tak bawak balik rumah dah.
Memang harapan la kalau bawak balik pun.
Buat penat usung dari kereta masuk rumah, dari rumah masuk kereta.
Buang tenaga. Seriously.

So, sebelum rasa macam kerja melambak-lambak yang melampau, mari buat list apa yang nak kena buat... (ajak diri sendiri).
1. Cek barang semua cukup ke tak nak proceed sample preparation untuk Tafel.
2. Start la writing sikit sikit mak cik oiiii. Takkan nak tunggu semua siap baru kau nak terkedek-kedek buat. Nanti lambat grad kau jangan nak salahkan orang.
3. Kumpul semua data yang ada, rungkaikan segala persoalan, bawak mengadap bos. Mana perlu tambah, sila tambah. Ikut cakap bos.
4. Sila la siapkan yang data correction dalam excel tu. Lama bebenor dah rasanya terperap. -_-
5. Sila jugak cek status bendalah serbuk yang nak cek compositions tu. Pikir-pikir la cara yang sesuai. Takkan nak biar je benda tu rosak cenggitu. Bukan senang nak buat tu oi.

Ok. Bila dah list, nampak macam secoet la pulak.
Dah tu kenapa kepala macam berat je. Macam banyak sangat benda terbeban. Huh.

Hmmm..
Dah. Jangan mengeluh wahai diri sendiri.
Mari kumpul semangat untuk buat keje.
Esok adalah hari berjumpa bos. Maka, persiapkan diri ye.
Kompom yang point no 4 tu dia akan tanya statusnya.

Maap ye semua.
Monolog diri sendiri yang rasa teramat serabut.

Doakan semua berjalan lancar, mood tidak sentiasa ke laut sangat.
Ai is nak abes cepat-cepat.

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015