Showing posts with label memoirs. Show all posts
Showing posts with label memoirs. Show all posts

Wednesday, September 26, 2018

Must Visit : 99 Wonderland Park, Tasik Sri Murni

Assalamualaikum.. Sis kembali.. Disamping kerja hakiki membebel di kelas.. Sis jugak mempunyai hobi membebel di tempat lain (read: di blog dan socmed). Kengkawan memang dah tahu sangat dah. Kalau membebel memang payah nak stop. Dan hari ni, nak membebel pasal satu tempat best ni.

Weekend baru ni (Saturday) bawak the kids ke 99 wonderland park.
Plan nak pergi petang asalnya. Tapi dek kerana area sini asal petang je hujan, asal hujan je petang, siap pakej ribut petir, maka kami ubah plan. Siap-siap jam 10 lebih keluar rumah.
 

Wednesday, October 29, 2014

Damailah di Sana, Aboh


Assalamualaikum.
Tanggal 23 October 2014, kami sekeluarga diuji dengan satu lagi perkhabaran duka.
Aboh (atok belah umi, yakni ayah kepada umi) telah kembali ke Rahmatullah.

17 Oktober, kami adik beradik telah dikejutkan dengan berita yang mengatakan Aboh tenat.
Adik kedua aku bergegas turun ke Gombak dari Seri Iskandar..
Jam 4 pagi 18 Oktober kami bergegas pulang ke Besut.
Jam 8 pagi, kami tiba di Besut.
Keadaan Aboh ketika itu memang nampak tenat.

Setelah berbincang seisi keluarga, Ummi dan pakcik-pakcik aku sepakat untuk hantar Aboh ke hospital.
Alhamdulillah, setelah warded, Aboh nampak semakin pulih.
Badan Aboh dehydrated tahap kritikal.
Pada asalnya, Aboh hanya mengalami ulser biasa.
Sejak dari Ramadhan yang lepas.
Aidilfitri, keadaan Aboh masih nampak ok.

Selepas Aboh di drip, Alhamdulillah, badan Aboh nampak lebih segar.
Hari Ahad, 19 Oktober, aku tengok kesihatan Aboh nampak semakin baik walaupun Aboh masih terlantar.
Isnin, 20 Oktober, keadaan Aboh lebih baik dari sebelumnya dan kami adik beradik sepakat untuk kembali ke Gombak memandangkan adik lelaki aku dah ponteng kelas sebelum ni.
Kami dah sepakat nak balik tengok Aboh lagi pada hujung minggu nanti, iaitu 24 Oktober.

Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, tapi Allah lebih hebat merancang dan sesungguhnya rancangan Allah adalah yang paling elok tiada cacat cela.

*****************************************************************

Dua minggu sebelum Aidiladha, aku, suami dan anak-anak menghadiri majlis perkahwinan di Kuala Terengganu. Alang-alang dah menghala ke sana, kami lajak terus ke kampung.
Masa tu, terkejut sungguh tengok keadaan Aboh.
Pipi dan bibir Aboh bengkak.
Ulser Aboh makin teruk.
Makan dan minum memang kena paksa.
Badan Aboh susut.
Tapi Aboh masih boleh duduk, solat dan buat aktiviti harian yang ringan.
Masa tu, Aboh tanya, kami balik lagi tak Raya Haji nanti.
Dan aku jawab kami akan balik. Lagi dua minggu.
Aboh cakap, "Lagi dua minggu ke raya? Aboh dah tak tau hari dah Long."

Aidiladha, kami balik lagi.
Masa tu, bengkak pipi Aboh dah kurang.
Bibir pun dah tak bengkak macam kami tengok 2 minggu sebelum tu.
Alhamdulillah.

Seminggu selepas Aidiladha, Ummi datang ke Gombak untuk Majlis Konvo aku.
Masa tu, Ummi cakap keadaan Aboh OK.

**********************************************************

Pada hari Aboh meninggalkan kami semua, Aboh telah diberi kebenaran oleh pihak hospital untuk dibawa pulang.
Aboh tiba di rumahnya jam 10 pagi dihantar oleh ambulans.
Ketika itu keadaan Aboh dah nazak.
Kami adik beradik tiba saat Aboh menghembuskan nafas yang terakhir.
Alhamdulillah, Aboh pergi tenang.
Alhamdulillah, berakhir sudah sakit Aboh.

Wajah Aboh begitu tenang.
Kami diberi peluang untuk melihat Aboh untuk kali terakhir sebelum dikafankan.
Subhanallah, wajah Aboh sangat tenang.
Persis sedang tidur.
Dipakaikan serban.
Persis wajah Aboh ketika sihat dulu. Ketika Aboh masih punya kudrat berjemaah di masjid.
Sayunya hati.
Wajah Aboh langsung tak menampakkan yang Aboh sakit.
Bengkak di pipi dan bibir Aboh langung tak ada.
Jenazah Aboh cantik sangat.
Alhamdulillah, semoga Aboh disayangi oleh seluruh penduduk langit.
Semoga roh Aboh ditempatkan bersama para mu'min.
Semoga Allah pertemukan kita kembali di Syurga abadi, insya Allah. 

Damailah di Sana, Aboh.
Sesungguhnya, Aboh seorang insan mulia yang rajin berjemaah di masjid.
Aboh rajin mengaji.
Ketika kami (cucunya) nak menghadapi peperiksaan/temuduga, pasti kami akan call Aboh minta Aboh buatkan solat hajat.
Aboh rajin bangun solat malam.
Aboh sangat sayangkan kucing dan burung.
Semoga Aboh mendapat ganjaran istimewa dari Allah S.W.T.
Amin.


Friday, July 11, 2014

school time = amazing!!

hehe...school time..




ape yang korang terfikir bila sebut saja school girl?
for me..school time itu adalah satu zaman yang paling indah dan manis untuk di kenang..
asal terkenang saja..mesti akan tersenyum-sengih sendiri dan terheret ke mode memory lane..huhu....noraini ini..nampak saja macam tak buat masalah..padahalnya...zaman sekolah dulu dah penah jadi penjenayah yang paling dikehendaki oleh cikgu disiplin..haha....

masa primary school..

aku memang seorang librarian..tapi..aku jugaklah makhluk yang selalu seludup buku-buku library yang baru sampai...bawak balik rumah..baca..lepas tu esok pagi hantar...haha...
tapi sampai ke sudah tak de sape tahu...sekarang baru revealed..haha..
nasib baik UPSR menjadi salah seorang dalam list 15 murid cemerlang (haha..muntah sekarang..masuk mesin basuh,basuh sendiri namanya ni..) 
Sek.Keb.Kg.Raja..dapat 5A...haha...

masa secondary school pulak..

noraini ini pernah menyebabkan seorang warden itu dilucutkan jawatan dia..haha..
padan muka dia..dia yang pedajal aku dulu..rasakan la...ingat haku bodoh ke?? 
ade ke..warden celaka itu gertak nak gantung aku..sebabnya ade kontroversi..
ape tah masalah dia...dia ingat aku penakott...haaa...padan la muka dia...
aku tak pernah benci dekat cikgu...tapi dengan yang dia ni..serius la...
memang tahap dewa aku tak leh blah...

masa dekat MRSM...aku prefect..huhu..
tapi dekat MRSM dia tak panggil prefect la..
dia panggil mereka LDP..(Lembaga Disiplin Pelajar)...haha...
dan disitu la aku menjadi 'lembaga' disiplin pelajar...
'lembaga' ini lah yang suka ponteng solat jemaah dekat surau maktab..
'lembaga' ini jugak la yang suka ponteng prep petang dan malam..
'lembaga' ini jugak la yang ajak kawan-kawan buat solat jemaah dekat dorm kosong sebelah dorm kitorang..
sebab kitorang takmo g surau maktab..
so,pegi nyorok dekat dorm sebelah..
lepas tu solat dekat situ..haha..
sehingga lah kami kantoi dengan kakak ketua dorm..ngeeeeee.....
biasalah..budak-budak lagi masa tuh...:)
seronok tahu buat jenayah ni....walaupun jenayah biasa-biasa saja..

masa dekat KOPU pulak...

aku memang tak jadi prefect ke ape..huhu..
bertambah la pulak aura penjenayah dalam diri ni....
suka sangat ponteng prep...lepas balik sekolah..
rasa penat dan ngantok..
cari ubat-ubat..
letak dekat meja study...
lepas tu tido...huhu...
masa warden buat spotcheck..mesti la terlepas..sebab dia bajet aku demam..haha.....

and yang paling seronok..

jenayah paling besar masa dekat KOPU dulu...ialah...

aku and kawan-kawan..pegi pedajal budak-budak laki yang nak gi solat terawih dekat surau....
tau tak kami buat apa? eheeeee....
kami pakai topeng muka buruk gila tu..
lepas tu pakai telekung..terkejut wei dorang masa tu...
padahal dah tau masa tu bulan puasa..
agak-agak la kan nak takot pon...
bulan puasa beb...heeeee.....
lepas tu...kami main baling-baling mercun pulak ngan budak laki...ngeeeee.....

Indahnya zaman sekolah..
Dah sebelas tahun tinggalkan bangku sekolah.
Tapi memorinya, tetap segar diingatkan..

:)

To my dearest princesses, jangan naughty macam ibu.
Just be brilliant like me, itu tak apa. Hahahaha

Tuesday, February 11, 2014

They're growing

Alhamdulillah.. Praise be to Allah s.w.t., The creator of the universe..

Our girl, Alya is growing.. Yes, she is.
More independent..
Matured day by day..
Getting cleverer each and every minutes...
Talkative.. Very talkative indeed.. Just like ibu..

Oh my Alya, why are you growing up so fast...?
Do you know how I missed the moment of carrying you inside my womb in past 3 years?
No, you don't know until you understand what is the feeling of being a pregnant mom.
Being pregnant is the greatest feeling that I ever had.
It was even greater than the feeling of being a wife. 
Especially when you're moving actively inside.
Just so you know dear (if you finally found that your mom have a blog..hi hi), you are a very good baby, and I love you so much!

Our second girl, Iman is growing too.. So fast..
More chubby...
Can recognize people around her...
Getting clever just like her sister...
Yes, she's so friendly too.. Just like her sister, very talkative in her own language..

Oh my Iman, 
I really missed the moment of carrying you..
Having GDM for the first time in my life..
Gained almost 10kgs..
Loosing sooooo much blood (hihihihi)..
But I don't mind. Seriously I don't mind at all.
Do you know why?
Because you are my precious..my beloved..

Ibu loves both of you, my princesses..
No words can describe how much I love you.


Sayang, our daughters are growing so fast...
Yes, they are. 
And we are getting older.
If only I could freeze the time....
Being pregnant for how long i wanted it to be...
But, Allah is The Best.
La haula wa la quwwata illa billah..


My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015