Tuesday, March 29, 2016
AA & II Birthday Blast
Friday, September 4, 2015
Potty Train AA
Thursday, September 3, 2015
IIUM Educare Sports Day 2015
Thursday, August 27, 2015
AA will be going to kindy!
Ok. Melawak saja. Chill lah.
Sawang banyak sangat nih.
Friday, March 13, 2015
Kakak is Turning 3 Tomorrow!
Pity my baby.
Thursday, March 5, 2015
Bila Kakak Berbicara . . .
(Sambil tunjuk video Upin Ipin)
Ibu : Ye, nanti kakak besar, kita beli. Ok?
Kakak : Hmmm. (Sambil angguk-angguk paham)
Kakak : Ibu, Kakak nak school sini. Sama macam Upin Ipin. Kakak nak teacher ni.
(Sambil tunjuk video tu lagi. Masa tu scene depan tadika Upin Ipin)
Ibu : . . . . (diam).
Kakak : Ibu.. Ibu.. Kakak nak school ni, teacher ni. Sama dengan Upin Ipin.
Ibu : Ye kakak. Nanti dah besar kita cari school tu ye.
Kakak : Hmmm. (angguk dan sambung tengok video).
Wednesday, August 13, 2014
Iman was trying to stand on her knee and cruise by her own.
Sumpah aku rasa jantung macam nak jatuh kejap pagi tadi.
When I was in the toilet, mandikan Alya, Iman was in front of the TV.
Memang aku tak bajet dia akan move around. Sebabnya, normally dia akan focus pada TV.
Tapi tadi, mungkin sebab dia dengar suara kakak terjerit-jerit kat toilet.
Nasib baik by the time aku dah siap mandikan Alya, Iman tengah adjust kepala dia yang sangkut sikit kat coffee table.
Kalau tidak, adeh la.... Tak tau nak cakap apa.
It was good, anak.
Tapi, pakai socks kot. Takut licin.
She was on her knee. Trying to adjust her head so that she can stand up.
Pantas Iman, pantas.
Alya dulu, by 10 months old pun masih gayat-gayat.
You're brave Iman. Yes, you are.
Mungkin, sebab dia adapt apa yang ibu terpaksa hadap masa lahir kan dia dulu.
Ibu terpaksa jadi berani, untuk insan-insan yang tersayang.
Good job Iman.
And hari ni, kakak ada rehearsal untuk sport's day.
Nah, lanjer gambo satu.
Kikiki.
Monday, August 11, 2014
Update Anak-Anak
Bosan sungguh pepagi ni.
Mood ke laut. Kepala berdenyut.
Niat dihati nak baca semuka dua.
Tapi macam tak daya je.
Jadinya, moh le kite berbelog sekejap.
Rasa macam dah lama sangat tak update pasal anak-anak.
Anak dah dua.
Tapi kisah Iman, rasanya baru berapa kerat ada dalam ni.
Nak buat cemana.. Iman ni low profile sikit. Bahaha. (Padahal ibu yang malas).
Alya.
- Dah 2 tahun 5 bulan.
- Alhamdulillah, kesihatan setakat ni adalah baik. Harap berpanjangan lah.
- Akal, makin panjang.
- Mulut, makin petah.
- Suara, makin besar, makin petir.
- Berkebolehan berborak macam dah beso sangat je.
- Menyembang tu, tak nak kalah.
- Berkebolehan menyanyi lagu-lagu kanak-kanak dan juga beberapa zikir..
- Tapi kadang-kadang kedengaran jugak 'bahasa jerman' dia dalam setiap lagu dia tu... Hahaha.
- Imitate orang, dialah juara.
- Pola tidur, masih sama.. Bukan jenis burung hantu atau musang. (Senang hati ibu.. huhu..)
- Boleh diharapkan untuk look after Iman kalau ibu nak mandi, solat, masak, etc. dengan syarat, mood dia pun ok. Kalau tidak, memang tak payah suruh. Bimbang nanti ada yang bagi adik makan kertas. -_-"
- Kalau Iman nangis, dia akan cakap.. "shhhh Iman. Kakak kan ada. Jangan nangis.." (Kakak sangat..)
- Dah 8 bulan 6 hari.
- Alhamdulillah, kesihatan pun setakat ni sangat baik. Even better dari kakak. Harap berpanjangan. Cuma sekarang ni Iman batuk sikit.
- Makin bijak.
- Mata semakin galak.
- Suara, ya Allah. Memang tak nak kalah dengan kakak. Kalau menangis, memang sama lah dengan kakak. High pitch.
- Sangat senang dijaga, Alhamdulillah.
- Mengensot dah laju yang amat.
- Pacak lutut posisi merangkak dah lama. Tapi bergeraknya belum. Mungkin dia lebih selesa mengensot. Lagi laju. Hahahaha.
- Alhamdulillah, masih fully BF. Yang ni, dah atasi rekod kakak. Daily stock bawak gi school 4 X 2oz. Sikit? Entah lah. Rasa macam dah banyak jugak tu. Itu pun kadang ada balance. Iman tak nak sangat minum thru botol.
- Pandai dah nak main dengan kakak. Dan.. the only person yang boleh buat dia gelak terkekek-kekek is her one and only kakak. Kalau orang lain, setakat senyum senget je. Dengan kakak, begegor rumah dia gelak. Hahahaha.
- Pola tidur, sepesen dengan kakak. Cuma kalau tertidur awal, malam sikit dia bangun for a while. Paling lama pun sejam. Untung la anak-anak ibu suka tidur ngikut ibu. Hahahaha.
- Ruam susu dia masih lagi on and off. Telinga aku dah kebal dengan semua pertanyaan orang. Macam-macam cara orang ajar aku dah buat. Tapi macam tu jugak. Yang aku masih amalkan sampai sekarang ialah, VCO.
Tuesday, February 11, 2014
They're growing
Wednesday, January 22, 2014
AA : Latest update
Assalamualaikum..
Cerita pasal cik alya.. Hmm.. Dah makin besar, makin bijak, kakak-kakak sangat sekarang..
September last year dia dah kena transfer ke kelas toddler. Since kat kelas baru, tidur siang dia hanya sekali. Sampai je rumah petang tu, lepas bagi dinner, terus pengsan. Kesian. Nak main pun tak sempat. Penat sangat agaknya.
Apa yang aku suka kat kelas baru tu, dia macam more to playschool. Toddlers ni diberi pendedahan tentang macam-macam. Jadual pun nampak tersusun je compared to kelas babies dulu. Ye la, dulu banyak tidur je. Sekarang, makan pun dah ada bilik khas, and suap sendiri.
Setiap Rabu, diorang akan ada aktiviti mandi kolam and main pasir pantai alternately. Dah beli swimming suit untuk cik alya. Hihi.
Padan la kat rumah sekarang kalau mandi, susah kemahen nak ajak keluar dari toilet. Nak main air kekdahnya. -_-"
Dah bole cakap? Hmmm.. Yang ni susah sikit. Dia memang bercakap. Tapi bahasa dia lah. Kalau kita bersembang, dia sibuk nak cakap jugak. But some words dia dah boleh sebut. Some animals pun dia dah pandai sebut. Tapi incomplete la. Cuma kita boleh tangkap apa yang dia cuba sampaikan. Nak mintak susu pun dah pandai. Kalau dah poo poo/ nak poo poo, normally dia akan bagitau 'ek..ek..' or 'yak' sambil pegang pampers and tarik kita ke toilet. Macam kat school dah di potty train je. Or mungkin dia tak selesa sebenarnya. Haha.
Paling kelakar, suka sangat immitate orang. Aku panggil ayah dia 'abang' , dia pun sebok lah 'abam' jugak. Kita heh kat dia, dia bole heh kita balik. Dah tak jadi aku nak marah. Main dengan colour pencils adalah hobi kegemaran instead of koyak buku dan tabur bedak. Hahaha. She's really made my day lah.
Dah nampak sifat-sifat 'kakak' tu bila dia jumpa cousin dia. Hahaha.. Protective la sangat kononnya. Pantang terlepas pandang sikit, dicuitnya si cousin tu. Alya..alya..
Ni kesian pulak dia berbulan tak pergi school. Alya tak miss kawan-kawan and teacher kat school ke?
Thursday, November 28, 2013
AA : Her first art work
Friday, October 18, 2013
Hytex Warehouse Sale!
Tapi lain kali aku up kan.
Yang ni macam lagi hot untuk gojes yang ternyata hot kat luar sana..
Kalau lalu Jalan Gombak area Greenwood tu memang banyak ah depa tampal kat tiang lampu.
Tuesday, May 28, 2013
Dusty sudaaaa..
Fuhh. After a looooooonnnnngggggg break. Bisu sekejap. Bukak blog tetiba eh kenapa jadi cenggini? Terus zass cari background lain. Baru la ada mood nak mentulis balik. Huhu.
Sedar tak sedar, dah hujung bulan April.
Sekejap je. Seriously rasa macam sekejap sangat. Anak dara pun dah banyak langkah. Berlari pun dah. Bercakap aje belum.
My last post was on early May.
Hagak-hagak dah sebulan lebih mak tak berbelog. Jangan pelik. Itu normal bila penyakit M datang. Semua orang pasti pernah alaminya.
Too many things happened in a month.
Semuanya ada. Gelak. Tawa. Tangis. Macam-macam dilalui. Tapi tak sempat nak diblogkan lagi.
Antara peristiwa yang terpahat dijiwa saya adalah pemergian seorang insan kecil bernama Aqil Hamzah menemui Sang Pencipta pada awal bulan May. Hati ibu ini merintih sayu mengenangkan kehilangan permata hati mama dan ayahnya. Semoga Erina dan suami tabah menghadapi segala cabaran ini. Cerita lanjut, boleh klik sini. Al-Fatihah untuk ahli syurga, Allahyarham Aqil Hamzah. Semoga tenang di Sana wahai anak kecil.
Bulan May, bulan kelahiran saya dan juga bulan PRU. Saya mengundi untuk kali pertama yaw.. Huhu. Saited koooo.. Pangkah jangan tak pangkah. Yang penting pangkah pemimpin yang berwibawa dan berakhlak mulia. Tettttt. Tutup cite PRU sebab results semua dah termaktub. Hihi.
Dan bulan May jugak, Alya Amani dah pandai berlari-lari. Mengah mak mengejo nye. Haihh.
Dia mula dapat kaki masa 12 bulan lebih. Dan sekarang adalah gigih berlari-lari meneroka rumah dan menyepahkan kotak mainannya. Selamat ayah rajin boleh tolong kemas. Tetttt. =P
Rekod paling membanggakan adalah, Alya Amani bebas dari demam selepas last dia demam on 12th March hari tu. Ya Allah. Syukur sangat. Harap-harap pilihan saya tepat, semoga Allah lindungi dia sentiasa. Ameen.
Nanti saya review and cite lebih panjang pasal Alya bebas dari wabak demam ye.
Ok. Cukuplah kot untuk posting lap habuk. Hihihi..
See u!
Tuesday, March 12, 2013
Alahai anak
12 March 2013
Assalamualaikum
Haih.. Geng mommies kat fesbuk duk share anak dorang demam. Alih-alih hari ni belom pukul 4, ticer Alya call cakap badan panas.
Fuhhh. Hati mula gundah.
Ambik dia tadi, ticer cakap nak dapat kaki kot.
Now dia memang da melangkah jauh. Tapi kena ada support la. Nak harap dia melangkah sendiri, memang tak lah kannn?? Huhu
Kesian betul laa.
Dah dua kali on ubat. Tapi still tak turun. Menggelabah ayam la maknye.
Lepas maghrib, dinner siap-siap, bawak gi klinik.
Kena surrender la jugak. Kesian kat anak. Then doc bagi sup. Nama penuh dia saya lupa. Tapi ubat masuj ikot montot.
Fuhhhh.. Biasanya memberi kesan positif la. Balik tu tak terus bagi. Susukan dulu.
Dia tertidur ngan maknye sekali. Haha.
Dalam pukul 130 pagi, bangun masukkan ubat tu. Alhamdulillah, dua jam lepas tu kebah.
Legaaaaaa sangat.
Nak dapat benda baru katanya.
Berjalan mungkin.
Atau bercakap mungkin.
Atau juga rindukan babysitter dia a.k.a pakcik dia. Huhu.
Wallahu'allam...
Doakan my baby girl sihat ye.
Tamo demam-demam.
Mak pak nya risau.
Tertido sambil tengok tivi dan pegang termometer. Hihi. Anak....
Friday, March 1, 2013
She is 11 months old
Diam tak diam anak daraku sudah hampir mengakhiri zaman baby nya. Kurang lagi sebulan dah masuk toddler phase pulak. Mak neves nakkkk....
So entri ni sebenarnya nak recap sejauh mana dah perkembangan dia so far.
Ok.
Nak mula dari mana ya? Hmmm.
Yang paling obvious dan mengkagumkan mak, semestinya gigi beliau. Hahaha.
Masuk je 10 bulan, gigi pertama mula keluar. Seminggu 1 gigi ok. So masuk 11 bulan, gigi dia dah 4 batang. Sedikit sebanyak dengan keberadaan giginya ditempat yang sepatutnya itu, wajah Alya sedikit berubah. Haha. Makin comel mungkin. Kebolehan menggigit juga adalah super saiya. Menjadikan saya fobia nak bagi dia df kalau dia hanya seperti nak main-main. Sakit tahu? Perit juga. Memang sama-sama menjerit la kami anak beranak. Unless kalau masa tu dia dah mengantuk sangat dan mamai. Suka la sangat mengetest segala benda dengan menggunakan gigi. Pernah bahu saya digigit ketika saya peluk dia. Hai anak.
Kemudian, kebolehan lain yang dia ada buat masa ni adalah immitate apa yang kita cakap. Tapi dalam bahasa dia. Get what i mean?
Bila kita cakap 'hello', dia cari henfon atau remote TV dan letak di telinga. Konon-konon cakap tepon le tu. Huhu.. Clever you.
Thursday, February 21, 2013
Hari ini 2002
Heeee. Hari ni 20022013, ulangtahun perkahwinan ahkak yang ke dua ye adik-adik.
Celebration?
Huhu. Nan hado..
Sebab?
Anak kecik ahkak tak sihat.
Alkisahnya hari senin badan dedar sikit. Ambik awal dari school. Malam tersebut suhu badan mencanak sampai 39 degree C tapi alhamdulillah tak lama. Dia pun tak meragam. Menyusu elok je. Tapi dah plan nak bawak jugak ke klinik.
Esok paginya(semalam/selasa,19 Feb) bawak la ke klinik. Demam memang tak de dah la. Yang menterkejutkan ahkak, dalam tekak dia penuh ulcers. Siap merah lagi. Tonsil pun bengkak. Fuhhhh. Kali ni memang mencabar kewibawaan ahkak sebagai ibu dik oiiiii...
Balik dari klinik, memang dia tak nak susu. Bukan tak nak, tapi dia takut sebab sakit. Memang melalak sakan la dia. Sakit kot. Kita yang tua ni pun tak tahan. Ye dak?
Pikir punya pikir, akhirnya terbit 1 idea. Mula-mula terpikir air dan minyak tak kan bercampur. So ahkak assume dengan bagi dia minum minyak kelapa dara dulu before bagi susu. Then bila dah buat, alhamdulillah dengan izin Allah, berhasil. Tengahari pulak bawak dia ke homopati. Proceed dengan ubat homopati. Ubat klinik? Heeeee.. Ahkak malu nak cakap. Haha. Ahkak simpan dalam kotak ubat. Ngehehe. Antibiotik ahkak bagi tong sampah.
Alhamdulillah dengan izin Allah ubat homopati tak pernah menghampakan kami. Hihi. Alya kembali sembuh. So pada 20.02.2013 ahkak sebok monitor anak, tak sempat nak buat kezutan ke hape. Maap ye abang...
Oh. Tapi ahkak ada sms wish dekat dia.
Ok. Itu sahaja. Ermmm. Ahkak pon dah konfius sebenarnya. Ini cerita enibeseri ahkak, cite Alya kena ulcers. Haha
Apa pun, happy anniversary abang! Terima kasih untuk semuanya.
Alya dah sihat. Yeay!
Klinik homopati yang kami pegi tu adalah best. Nanti review kat entri lain ye.
Monday, February 4, 2013
Alya's toothbrush
Thursday, January 31, 2013
Fever after taking jab
Hari ini saya ada something serious untuk diutarakan dan saya nak mintak u ols share experiences and also advises.
Begini ceritanya,
Pernah tak u ols perasan or alami or perhatikan, some of babies bila lepas jab/vaccinated je, mesti demam. Kalau tak teruk pun, mungkin akan ada slightly fever. True or not? And perasan tak the nurses pun akan bagi kita PCM syrup untuk kita bawa balik. Standby kot kot anak demam katanya.
Penah? Pernah?
Hmmm.. Persoalannya, why was that so eh?
Ada terfikir tak?
Memula dulu, I was thinking mungkin sebab babies terkejut tiba-tiba kena jab.
But then, I did some readings, I found pasal the effects of vaccines.
Tapi.. Tapi.. Tapi..
I was too late la sebab at that time my baby girl dah lepas her 6 mo jab and also 3rd dose of pneumococcal.
I do some discussions jugak dengan some friends yang juga merupakan emak-emak kepada babies ni kan. Some are taking vaccines, and some decided not to take vaccines.
Me? Masih ada around 2 months untuk decide betul-betul for the best untuk baby girl saya.
And currently, I feel like... hmmmm.. (biarlah rahsia dulu, nanti dah dapat petunjuk, saya reveal ok?)
My doter was suspected having bronchitis. I fed her with VCO (Virgin Coconut Oil) daily. Alhamdulillah, after few days, nampak perubahan. She's having cough like every month since her last jab since September 2012. Some are saying that it is because of the jab/vaccine.
Last week, I went to paed somewhere in Melawati and did a suction procedure. Alhamdulillah, she's getting better.
Tapi still, saya susah hati sebab mungkin perkara sama akan berulang lagi.
Hmmmm. Buntu mak, nak.
So now, the question is (after all the rumblings)
Fever after taking jab, why is that so?
Kenapakah ini terjadi?
Can somebody explain to me?
Medical people are most welcome...
Non-medical people pun saya nak tahu jugak if you guys have any idea..
I don't mind if u wanna use medical terms since I can google the translations.
Please.. I need somebody to clarify.
Mommies, please share your experiences.
Thank you so much.
Tuesday, January 29, 2013
3rd tooth
The short one.
Seriously sebab saya tengah banyak kerja. -_-
Alya Amani got her 3rd tooth! Yeay!
Now she got 3 teeth in less than 1 month. 1 tooth per week I guess.
She got 2 lower teeth and 1 upper tooth. The 3rd one is big. Just like mine. Hahha.
Pictures?
Later OK?
:)
She started to try what she can do with her new 'gadget' by biting my finger. Huhu.
Tapi tak kuat pun. Just nak test power kot.
But we'll see when those teeth come out bigger and bigger, what she'll do next.
Till we meet again.
See ya.
Saturday, January 19, 2013
2nd tooth
Haaa.. Very excited u ols. Gigi kedua Alya da mula kelihatan.. Padan la sakit-sakit manja je kalau dia gigit.
Haishhhh.. Dulu nak tunggu tumbuh, punya lama.
Ni bila da mula, macam cendawan tumbuh lepas hujan pulak. Hihi
Alya dan gigi adalah comel.
Hiiiii. Makan pun demanding dah sikit.
Pagi tadi cuba resepi nasi goreng cina versi baby. Alhamdulillah, dia suka. Hehe.
Cepat nya awak besar. Ibu belum puas cium bauan syurga dari awak tauuuuu....