Assalamualaikum.
Heee.. Read a lots about mommies who bf their baby and having same problem with me. Masa tu, baru terasa macam "Owh, ramai rupanya yang senasib dengan aku. Ada yang lagi worst, and aku patut bersyukur dengan apa yang ada."
Kisah breastfeeding saya juga tidaklah semeriah sahabat-sahabat lain di KIM.
Cuma saya tanamkan dalam hati, "I still have milk for Alya Amani. Alhamdulillah and I have to work hard to increase the demand".
Sebenarnya, since pregnantkan Alya Amani saya dah pasang niat nak exclusively bf my baby.
Di hari kelahiran permata hati kami, saya segera feed dia 6 hours after the operation. Alhamdulillah, dia pandai latch. Latching technique dia memang betul. Masuk semua aerola dalam mulut comel dia. Seronok tengok anak dapat minum susu dari diri sendiri.
Hari kedua, baby menangis. MIL kata maybe baby lapar. Then saya terus feed baby tanpa jemu. Saya ingat pesan pakar laktasi PPUM pesan teruskan bf anak even orang kata susu kita tak ada. Kena ingat, kolostrum adalah pekat dan tak mungkin dia boleh memancut bila picit nipple. The whole day, baby banyak menangis. Mungkin sebab dia belum biasa dengan dunia baru dia. Saya tanam dalam kepala theory itu. People around me keep on telling me baby lapar sebab susu saya tak ada. Dang!!! Apa perasaan korang? Sedih tak? Obviously kata-kata itu buat hati saya terguris. Seriously. My only ummi was the one who really understand me. She comforts me. Masa tu saya rasa saya perlukan kata-kata semangat from orang-orang yang support breastfeeding, orang-orang yang otai dalam bidang breastfeeding. I really need that. Saya teringat pada sorang nurse PPUM and I called her. Mengadu nasib sampai bergenang jugaklah airmata. Nasib tak limpah je. I told her I dont have milk to feed my baby, my baby was crying, my breast do not show any milk when I do some massage on it. I told her everything.
Alhamdulillah, memang kalau mengadu pada yang faham, kita akan rasa lega. She kept of telling me that "Dont be panic, dont stop feeding your baby, she needs you, she needs your milk". Nurse tu pesan lagi, "Remember, colostrum will be easily express by massaging the breast. And, the most important thing, your baby dont have big stomach to store a lot of milk. Allah creates things for reasons. Banyak-banyak berselawat ye Aini. Susu awak ada. Dont worry. Baby cukup dengan susu awak."
Oh. Seriously sebak. Thank kak yati for all your words.
Orang suruh saya feed anak dengan FM, saya pekakkan telinga. Saya ada susu untuk anak saya. Saya yakin saya mampu. Bila dah balik rumah, anak pulak menangis-nangis tak tidur malam. Itu normal. Saya tahu itu normal. Tapi dek kerana kata-kata orang sekeliling, Alya Amani akhirnya minum juga susu formula. Hiba hati tengok dia teguk susu tu. Saya risau dia akan lupakan rasa susu saya bila dah minum susu formula. Saya risau dia dah tak mahukan susu saya bila dah kenal dengan susu formula. Macam-macam saya fikir.
Alhamdulillah, luckily bila balik kampung, saya berjaya sekat penggunaan FM tersebut. My only ummi understand me well. Thank you Allah for giving me the best mom ever.
For your info, sepanjang tempoh berpantang, stok saya tak dapat banyak pun. Bila berlaku sore nipple, saya terpaksa guna EBM tersebut. Seboleh-bolehnya saya elakkan FM. By the time habis pantang, stok tinggal 2 botol je. Itu pun 2oz. Sedih kan?
Alya Amani sangat kerap menyusu. Pendek kata, memang demand tinggi. Tapi saya hairan, kenapa baju saya tak pernah basah lencun dek susu yang keluar melimpah ruah. Sometimes ada la macam kesan basah setitik gitu pada baju kecik. Tapi memang tak pernah terjadi macam orang lain. Breastpad yang saya beli, akhirnya selamat tersimpan. Subhanallah, dugaan.
Dulu masa dalam pantang, bila ada kesempatan pumping, each session dapat la around 1 oz.. Paling banyak pun 2 oz. Itu pun sangat jarang. Tapi saya cuba dan cuba lagi. Bagi anak stimulate mind saya untuk terus keluarkan susu yang banyak. Alhamdulillah, bila dah start masuk lab, each pumping session saya boleh dapat 3 oz. Kebiasaannya la. Kalau nasib baik, dapat la lebih sikit. Tapi memang tak pernah la dapat berbelas-belas oz macam orang lain. Alhamdulillah, ini dah kira bagus la sebab dah lebih dari masa dalam pantang dulu.
Pernah sekali tu bidan datang urut sebab engorgement. Benda ni jadi selepas habis pantang anda baby dah 2 months plus. Tahu apa bidan tu cakap? "Kenapa besar lagi ni? Biasa macam ni dalam pantang je. Da habis pantang tak sepatutnya bengkak susu lagi." Ok. Fine makcik. I still have milk for my baby. Ada masalah ke?
Tapi saya tak ambik port sangat pun. Anggap sebagai hiburan saja sudahlah. Anggap dia belum ada awareness pasal BF.
Macam-macam dah saya usahakan. Supplements pun saya dah cuba. Minum banyak air sampai bladder pun dah tak tertanggung lagi dah. Tapi saya tetap bersyukur sebab bila di rumah, Alya Amani hanya DF je. Di nursery, bila bekal EBMnya habis, FM la menjadi santapan. Kesian anak ibu.
Apa pun, saya tetap bersyukur sebab masih ada susu untuk Alya Amani. Walaupun tak melimpah ruah macam orang lain, saya tetap akan usahakan agar anak saya dapat minum susu saya tanpa susu formula lagi. Hmmm. It's better than nothing. Kan?
Semoga Allah murahkan rezeki anak saya, banyakkan susu saya untuk anak saya sehingga dia berusia 2 tahun. Ameen.
Mommies yang mengalami nasib macam saya, sama-sama lah kita bertabah. Semoga susu kita terus ada sampai anak dah umur 2 tahun kelak. Ameen.