
dalam topik : ku ampunkan cintamu, ku ampunkan cintamu 2, ku ampunkan cintamu 3, novel
"Err. Kejap.. Nanti aku cerita..."
"Yeah. Kau patut cerita semuanya pada aku sekarang, Xyryll."
Asyraf sedaya-upaya menahan emosinya. Gelora nafsunya yang seketika tadi memuncak, kini turun terduduk setelah mengetahui Alya' kini berpacaran dengan rakannya itu. Geram, sakit hati, tertipu. Itu yang dirasai Asyraf. Dalam kekalutan Xyryll yang cuba memberi penjelasan, Asyraf menggeleng-gelengkan kepalanya... Duduk dan tunduk menghadap lantai dengan dua tangannya digenggam kuat.
"Alya' memang dari dulu dan dah lama minat kat kau Asyraf. Korang pernah berjumpa waktu di kem BTN dulu...", Xyryll memulakan bicara. "Bila aku dapat tahu yang dia pun minat pada kau... aku pun geram. Dan bila kau pun kata yang Alya' tu agak attractive.. aku bengang."
Tercengang dalam dendam. Asyraf masih cuba mengawal emosi marahnya itu. Satu persatu butiran kata penjelasan yang diluahkan Xyryll diamatinya.
"Tak mungkin dan takkan mudah bagi aku nak give up macam tu saja Asyraf. Aku memang suka kau. Ingat tak malam yang aku nearly cium kau kat dewan kuliah tu? Ya.. aku memang sengaja plan macam tu; sebab aku nak kan kau. Dan kalau kau nak tahu, aku jugalah yang menyebabkan Alya' tak mahu layan kau lagi, Asyraf."
"Aku ada buat salah pada kau ke Ryll? Sampai macam ni sekali kau buat aku? Selama ni aku ingat kau best friend aku Xyryll..."
"Cuma best friend saja kan? Tak lebih dari tu?"
"Then, how come kau dengan Alya' boleh ber-sayang-sayang pulak?"
"Hah! Sebab aku dengan Alya' dah lama ber-couple... dah tiga tahun."
"Sial! Kenapa kau tak pernah bagitahu aku selama ni Xyryll? Kau.. Kau just biarkan aku macam ni... Kau.. kau.. ah! Sial lah kau!"
"I can't help it if I like boys too, Asyraf... I am sorry..."
Terdiam. Masing-masing diam. Seorang merenung lantai, dan seorang lagi berdiri merenung luar tingkap. Menyaksikan malam yang semakin pekat. Sunyi. Asyraf yang masih terduduk itu sesekali berdengus. Seperti tidak percaya akan apa yang baru saja diketahuinya.
"Xyryll. Kau memang teruk. Aku tak pernah sangka yang kau actually berjaya buat aku suka pada kau. But now, aku tak sure Xyryll. Aku tak sure apa yang patut aku respon sekarang ni Ryll...", Asyraf memulakan bicara semula. Kali ini emosinya kembali pulih. Nafas dendam yang kencang kini bertukar perlahan. Tenang. Cuba memikirkan apa yang telah berlaku, akan berlaku, dan apa yang harus dilakukannya.
Melangkah perlahan menuju ke arah Asyraf, Xyryll membongkok kemudian, betul-betul di hadapan Asyraf. Kedua-dua tangan Asyraf dicapai dan digenggam lembut oleh Xyryll. Kepalanya didongak, mata bertentang mata.
"Asyraf, first, aku minta maaf! Betul-betul minta maaf. Aku tau apa yang aku buat ni salah. Kita tak sepatutnya macam ni. Aku harap kau boleh ampunkan cinta terlarang aku pada kau tu..."
Perlahan, Xyryll melonggarkan genggaman tangannya itu dan ingin kembali berdiri dan menuju ke arah katilnya. Namun, satu persoalan yang tidak pernah disangka akhirnya terpacul keluar daripada mulut Asyraf yang kacak paras rupanya itu...
"Xyryll... Kita couple nak?"
Ringkasan: Xyryll, seorg jejaka bisexual merupakan sahabat baik Asyraf, (a straight-turn-out-to-be-a-gay) sejak di sekolah rendah lagi. Kedua-dua mereka ini merupakan pelajar tahun akhir degree dalam jurusan Fizik di Kolej Maju Cemerlang (KMC). Setelah terpukau akan kejelitaan Alya', Asyraf memasang niat utk bkenalan rapat dengannya dan Xyryll telah membantu Asyraf dalam merealisasikan impiannya itu. Bantuan yang dihulurkan Xyryll itu sebenarnya mahu melonggarkan ikatan 'straight'nya antara dirinya dgn Alya', supaya dia boleh menikmati kehidupan 'the-other-side'nya yang meminati lelaki. Dalam diam juga, Xyryll meminati Asyraf dan berjaya mengubah orientasi seksual sahabatnya itu. Dalam pada menikmati dan 'meraikan' kejayaannya itu, semuanya terbongkar apabila Asyraf mengesahkan ada perkaitan antara Alya' dan Xyryll yang sudah pun bercinta selama 3 thn. Mungkinkah Xyryll menerima lamaran Asyraf untuk bersama?
Isu : Kita mudah dan boleh terpengaruh dgn kawan beb! Boleh jadi someone tu turn out to be a homosexual due to frustration dgn cinta, pengaruh sekitaran.. dan juga ikutan dan kawalan emosi. So, aku harap korg ade gak la dpt somethg drpd series aku nih.
p/s: Terima kasih kepada mereka yg support siri 'Ku Ampunkan Cintamu' ni. Macam yg aku pernah mention sebelum ni, aku menulis series ni atas dasar suka-suka. Dan ketahuilah, yang cerita ini tidak berdasarkan mana-mana kisah benar ataupun pengalaman. Kalau ada plot2 cerita ni yg sama dgn khidupan korang, aku rasa kebetulan je kot. Biasalah, ada org suka dgn crita2 mcm ni.. ada org tak suka. Aku terima segala feedback korg. Aku rasional. Thx.
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
"Eh Arief! Sorry, aku tak perasan pulak kau ada dalam bilik ni...", Xyryll cuba bertindak seperti biasa. Segera bahu Arief dipegang dan diurut-urut perlahan. Sementara itu, Asyraf masih lagi kaku berdiri, mungkin malu dengan Arief akan kelakuannya mencium Xyryll sebentar tadi.
"Nasib baik aku yang nampak... Kalau Fadhiri tadi, silap-silap dah dihebohkannya pada semua orang. Kau pun sama... nak projek ke.."
Sambil Arief masih membebel dan mengemas meja tulisnya, Asyraf segera duduk di katil. Kepalanya digosok. Mukanya juga digosok. Dia masih terkejut dan tidak percaya akan nekad kelakuannya menyambar bibir Xyryll yang nipis itu. Untuk seketika, Asyraf tersenyum sambil merenung lantai.
"Sorry eh Arief, kau jangan bagitahu Fadhiri lak!", Xyryll beria-ia memujuk Arief untuk tidak mengendahkan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Sebagai balasan, Xyryll berjanji untuk membelanja Arief makan tengahari esok hari. Pelawaan yang barangkali lebih berunsurkan rasuah. Selepas menolak pelawaan Xyryll itu, Arief tersengih dan tertawa kecil, sambil meminta kebenaran untuk keluar bilik seketika. Ada perbincangan tugasan katanya.
Lega. Selepas seketika, Xyryll mendapatkan Asyraf yang masih tidak berganjak dari labuh punggungnya di atas katil. Duduk. Menemukan peha kanan Xyryll dengan peha kiri Asyraf. Segera tangan Xyryll memaut leher Asyraf. Masing-masing tersenyum dan berdengus lega.
"Lain kali jangan buat macam tu lagi ya!", kata Xyryll kepada Asyraf. Namun peringatan yang dilemparkan Xyryll itu cuma bertahan untuk seketika. Kali ini, dia pula yang merapati hidung Asyraf, sebelum bibirnya bertemu dengan bibir Asyraf. Adegan permulaan yang panas sekali lagi berulang di antara dua sahabat ini. Duduk, sambil tangan mendakap pipi masing-masing, sebelum turun mencari baju untuk ditanggalkan dari badan.
Bersandar; kini terbaring pula. Dengan tiada baju menutup tubuh; dengan peluh bergelut cium; pergelutan nafsu dua lelaki itu kadang-kala dihiasi dengan dengusan nafas yang gersang, mencari penyelesaian yang salah. Xyryll yang ditindih Asyraf sesekali terkejut dengan perilaku agresif Asyraf yang bagaikan sudah biasa melakukannya. Sedikit bergetar tangannya apabila cuba menolak perlahan dada sahabatnya itu, dalam masa yang sama cuba meleraikan tautan bibir yang semakin erat.
"Kejap!"
Spontan dengan itu, Asyraf membuka matanya, perlahan meleraikai rangkulannya pada tubuh Xyryll yang tegap itu. Xyryll menyeluk poket seluarnya yang sudah tidak berbutang itu, dicapainya telefon bimbit dan mesej yang baru saja diterimanya dibaca.
"Siapa pulak lah yang kacau ni?", soal Asyraf yang sedikit geram dengan gangguan yang tidak dijangka itu. Belum sempat Xyryll memegang kemas dan erat telefon bimbitnya itu, Asyraf terlebih dahulu merentap dari genggaman Xyryll...
"Eh! Nanti. Nanti...!"
Terlambat bagi Xyryll untuk menghentikan Asyraf daripada merampas telefon bimbitnya itu. Peluh gemuruh dapat dilihat dari dahinya.
Sayang, kjap lagi blh x Ya call syg? Rndu la nk dgr suare syg.
Berkerut dahi Asyraf setelah mengetahui mesej itu datangnya daripada seseorang yang pernah diminatinya satu ketika dulu... Alya'.
--Bersambung...
p/s: Mungkinkah ini episod akhir? Mungkin ya! Mungkin tidak...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
Malam yang dingin itu sedikit tidak berupaya mempengaruhi Asyraf untuk belenging di luar bilik. Dengan hanya memakai seluar Bermuda putihnya itu, dia setia menanti Xyryll yang masih belum pulang dari kafeteria. Sesekali, Asyraf disapa oleh rakan-rakannya yang turut menghuni blok kediaman yang sama.
"Mana lak si Xyryll ni?", rungut Asyraf yang semakin penat menunggu. Sekali pun Xyryll tidak pernah menyuruhnya untuk menunggu. Asyraf sendiri yang merelakan diri; membatu berdiri memerhatikan setiap kelibat lelaki yang menghampiri dirinya itu.
"Wei! Kau tunggu siapa ni?"
Akhirnya Xyryll muncul juga, turut dijinjing satu bungkusan plastik yang berisi beberapa keping roti bakar yang saja dibeli untuk Asyraf. Bungkusan itu dihulurkan. Asyraf pantas mengambilnya daripada Xyryll. Sambil berdiri, sekeping roti dikunyah perlahan sambil matanya merenung tepat ke arah Xyryll. Diam.
Segera tangan kiri Xyryll dicapai dan digenggam Asyraf. Kaget. Terkejut. Xyryll tersenyum cuma. Itu saja yang mampu dibalasnya. Genggaman itu sedikit dilonggarkan sambil kedua-dua lelaki itu menuju ke arah bilik mereka. Dan ketika itu, mereka masih diam seribu bahasa.
--
Pintu segera dikunci. Asyraf menarik Xyryll ke arahnya. Rapat sekali; menuju ke arah katil kayu yang sememangnya sempit dan muat untuk sebatang tubuh sahaja. Pelik dengan tindakan Asyraf itu, Xyryll segera menampar pelahan pipi kanan sahabatnya itu. Sekali. Dua kali. Sedikit kuat kali ini.
"Kau sure ke kau okay malam ni?"
". . ."
"Gersang? Sangap?"
". . ."
"Asyraf! Are you okay? I'm aski...."
Bibirnya disambar tepat oleh Asyraf. Bertaut rapat. Menemukan kumis nipis masing-masing. Terpejam mata si Asyraf yang mana kelakuannya malam itu sedari serba tak kena di mata Xyryll. Tolak. Kuat tolakan yang dipadukan Xyryll ke dada Asyraf yang baru saja menciumnya. Kaku dan cuak dimukanya tak dapat disembunyikan. Asyraf juga begitu. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang telah dilakukannya terhadap rakan sebiliknya itu.
"Kau memang sial lah Asyraf!"
Rakus kedua-dua tapak tangan Xyryll menekap pipi Asyraf. Sambil matanya direnung tepat ke arah bola mata Asyraf, Xyryll sekali lagi mengulangi apa yang diunngkapkannya kepada Asyraf. "Kau memang sial!". Seolah-olah mengerti dengan kata-kata Xyryll, Asyraf sekali lagi mencium Xyryll. Dan nyatanya kali ini perlakuan antara mereka dituruti dengan hilai tawa masing-masing. Bagaikan tidak menolak perlakuan nakal masing-masing; hanya merelakan perlakuan yang sedari tadi diperhatikan oleh Arief...
"Korang ni apahal?", teriak Arief yang sememangnya dari tadi ada di dalam bilik dan memerhatikan cumbuan dua sahabat lelakinya itu.
--Bersambung...
p/s: Cerita ni dah nak sampai penghujungnya.
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
--
"Alya' mesej kau ke tadi?", sapa Xyryll yang sama-sama berjalan dengan Asyraf menuju ke blok kediaman. Terperasan olehnya riak wajah Asyraf yang sedikit berubah selepas dia diajukan dengan soalan itu. Segera Asyraf menyeluk poket seluarnya dan memberikan telefon bimbitnya kepada Xyryll. Ya, Asyraf memang tidak kisah dan memberi kebenaran kepada sahabatnya itu untuk membaca 'inbox' mesej-mesejnya.
"Apahal pulak minah ni..? Tiba-tiba je!"
Ya, memang itulah respon, reaksi, dan paculan kata-kata yang diungkapkan oleh Xyryll selepas dia membaca berulang-ulang kali mesej yang dikirimkan oleh Alya'. Sambil mengeluh dan berbincang sesama sendiri, kedua-dua jejaka itu melajukan langkah sementelah mendapati waktu maghrib semakin hampir.
--
Xyryll terkial-kial menyiapkan tutorial Bahasa Inggeris-nya. Dia yang sememangnya 'terkenal' dengan penguasaan yang mantap dalam subjek itu, dengan mudah saja menyiapkan karangan 13 mukasurat yang diminta oleh pensyarahnya, Puan Hamidah.
"That's it! Siap dah! Yeeha!"
Sambil belenging tidak berbaju, dipaling tengkuknya ke arah meja belajar Asyraf. Tiada apa. Asyraf terbaring di katil, merenung siling yang putihnya semakin pudar dek usia bangunan barangkali. Langsung saja Xyryll datang menghampiri temannya itu dan duduk di hujung katil. Tangannya menepuk betis kiri Asyraf.
"We'll figure it out, okay?!"
"Jap lagi aku nak beli roti bakar kat kafe, kau ada apa-apa nak kirim tak?"
Masih sepi. Xyryll berdiri untuk kembali ke ruang mejanya, ingin mengambil dompet sebelum ingin keluar ke kafeteria. Belum sempat disarungkan singlet hitamnya itu, Asyraf memanggilnya. Segera langkah diatur ke arah Asyraf yang sudahpun kelihatan duduk di atas katil. Belakang kepala Asyraf disentuh lembut, rambutnya sedikit diusap.
"Later, okay! Later..."
--Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
Setelah sekian lama Asyraf tidak berhubung dengan Alya', akhirnya dia mengambil keputusan untuk memulakan langkah semula. Ya, langkah-langkah perkenalan yang sebelum ini terhenti seketika dek gangguan dan ketidakstabilan emosi antara dirinya dan Xyryll. Namun, apa yang diperolehinya hanyalah kekecewaan, setelah sms yang dikirimkannya kepada Alya' itu tidak berbalas.
"Kau kenapa ni, bro?", sapa Xyryll, sambil menghulurkan secawan kopi panas kepada Asyraf. Hubungan persahabatan yang sedikit tercalar tempoh hari, semakin menunjukkan tanda-tanda untuk kembali pulih.
Sambil menyambut gelas yang dihulurkan, Asyraf menjelaskan kekecewaan yang dirasainya terhadap Alya'. Entah mengapa, setiap kiriman sms yang dihantarnya tidak dibalas Alya'. Marah kah? Mungkin merajuk barangkali? Atau sibuk dengan persediaan peperiksaan?
Atau mungkin nafsu dan minatnya untuk membina persahabatan bersama Asyraf tidak lagi wujud. Hilang sama sekali? Hanya empunya diri yang tahu. Ya, hanya Alya' yang ada jawapan kepada semua persoalan itu. Xyryll yang sedari tadi mendengar, kini menyandar pada dinding sambil cuba mengalihkan perhatian Asyraf.
"Sudah-sudah lah tu. Bagilah dia masa ke apa... Mungkin busy dengan assignments kot."
"Entahlah Ryll.. aku ingat..."
"Dah! Aku nak main skuasy. Dengan Khairul. Kau nak join tak?"
"Duh! Aku mana reti main lah. Pegang raket squash pun tak pernah..."
"Aku leh ajar. Khairul pun boleh ajarkan."
"..."
"Nak join tak? Pukul 5 nanti aku nak pergi kompleks skuasy."
"Layan je lah."
---
Petang itu, Asyraf mempelajari cara bermain skuasy; dengan bantuan Xyryll dan Khairul. Sungguhpun baru belajar, tapi ternyata Asyraf cekap dan mahir menguasai teknik permainan dengan cepat. Seronok pula rasa dirinya mencuba permainan memukul bola getah ke arah dinding.
Sementara Khairul mengajar Asyraf teknik-teknik membuat pukulan, Xyryll mengambil peluang untuk duduk dan berehat sebentar di luar gelanggang. Peluh di badannya deras mengalir. Dicapainya tuala kecil untuk mengelap dahinya yang basah. Sesekali, dia menyeluk beg kasutnya untuk mencapai telefon bimbit. Manalah tahu kalau-kalau ada orang menghantar sms.
Tiada apa.
Diseluk pula beg kasut Asyraf, lalu diambil telefon bimbitnya. Satu mesej diterima. Menyedari akan hal itu, segera dipanggil Asyraf yang sedari tadi ghairah mencuba teknik-teknik bermain yang diajar Khairul.
"Wei! Ada mesej!"
"Siapa?"
"Entah. Kejap..."
"Alya'!"
Segera Asyraf keluar meninggalkan Khairul di dalam gelanggang. Dicapainya telefon bimbit daripada tangan kanan Xyryll. Tidak sabar dirinya untuk mengetahui isi kandungan mesej itu.
'Sorry. Mungkin ini sms terakhir drpd sy. Kalau blh, lpas ni jgn sms apa2 lg pd sy.'
Terdiam. Dahinya berkerut.
"Apahal pula si Alya' ni?"
--Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
--
Pagi.
Kelibat Xyryll masih tidak kelihatan walaupun kuliah Matematik hampir bermula. Jason yang sedari tadi bersembang dengan Kimi, tiba-tiba menyapa Asyraf yang duduk berselahannya.
"Mana roomate kau, Asyraf? Kelas dah nak mula ni... Tak nampak-nampak pun lagi... Ponteng ke?"
"Entah. Pedulikan lah dia!"
Daripada intonasi itu, Jason seolah-olah mengerti untuk tidak bertanya lagi. Terus disambung perbualannya bersama Kimi yang sedari tadi mahukan teman bersembang.
Fikiran Asyraf melayang. Sedikit pun tidak terfokus kepada pengisian kuliah yang disampaikan oleh Dr. Samad. Segala huraian dan penjelasan oleh pensyarah itu seolah-olah bising cengkerik yang didengarinya pada malam kelmarin. Ya! Serentak dengan itu, Asyraf terkenang akan peristiwa yang berlaku antara dirinya dengan Xyryll. Senyum.
--
Hai awak! Lama s dgr kaba. Sht ke?
Hi. sht saja. awk? sori la. lately agak bz dgn assgnmnts. Ni pun byk x siap lg ni.
Oh! Kwn awk mana? Lama jga x dgr crita dr dia.
Mesej yang dihantar Alya' itu sedikit sebanyak mengganggu fikiran Asyraf. Terus dimatikan telefon bimbitnya sambil melangkah perlahan menuju ke bilik; setelah selesai menikmati makanan tengahari di kafeteria. Pintu dikuak; kasut ditanggalkan; baju kemeja putihnya dilucutkan dari tubuh yang sedikit berpeluh.
"Aku minta maaf...", tegur Xyryll yang dilihat berdiri di hadapan katilnya. Tanpa mempedulikan Asyraf yang terus-menerus tidak mengendahkannya, Xyryll berkali-kali memohon maaf sambil cuba menjelaskan situasi dirinya yang kononnya tidak stabil pada malam kejadian lepas. Asyraf hanya meneruskan rutinnya yakni mengunyah biskut sambil menghadap soalan-soalan tutorial.
2 minit.
"Dah sudah?"
Persoalan yan diajukan Asyraf mematikan butiran kata yang belum sempat terluah oleh Xyryll. Segera mulutnya dikatup. Asyraf bangun dan merapati tubuh Xyryll yang berdiri tinggi itu. Apa yang hanya mampu dilakukan oleh Xyryll hanyalah berdiri kaku tatkala menyedari dirinya dipeluk erat oleh Asyraf. Kuat pelukannya. Erat.
"Aku maafkan kau..."
"...tapi tak bermakna aku cintakan kau..."
--Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
