Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Amaran: Ini adalah kisah benar.



Teruk aku dipaksa dan dikerah untuk bekerja petang itu, padahal kebanyakan tugasan yang tergendala bukanlah datangnya daripada aku. Malah rakan sekerja yang lain. Tapi atas dasar tanggungjawab, aku membantu juga, sesudah masing-masing terkena hamburan perit daripada aku yang masih tidak berpuas hati.

Sehinggalah jam tepat menunjukkan waktu 11.45 malam, aku tekad untuk terus pulang. Pulangnya aku ke rumah kedua orang tua ku itu hanya menaiki motorsikal yang dibeli setahun yang lalu. Hanya diselaputi baju tee nipis sendat yang menampakkan susuk tubuh yang tidak sasa, dan juga sepasang jaket kalis air bagi mengelakkan tubuh kerdil ini digigit dan dimamah sejuk malam yang mula menebal.

Jalan Lingkaran Tengah 2 dipilih bagi memintas perjalanan dari Damansara menuju ke arah Selayang. Itu tujuanku. Mahu mandi dengan cepat dan terus menghempas badan untuk tidur. Atau pun untuk berpura-pura tidur. Ah! Paling 'cikai' pun, kalau badan masih tak mahu tidur, apa susahnya? Lempiaskan nafsu berahi sendirian, nanti, penat lah juga diri.

Ajaib, sudah sampai! Dan sudah pun mandi. Celik tanpa sedar, aku sudah pun berada dalam persalinan kain pelekat dan singlet putih, terbaring di atas tilam yang semakin menipis, dek kerana serakan kekabu yang semakin tidak sekata. Lampu bilik juga sudah lama tertutup. Yang ada cuma lah kerdipan malam LED merah dari Blackberry Curve yang memberikan notifikasi akan pesanan seseorang dari laman Facebook.

Terlelap beberapa kali. Akhirnya tewas.


Pelik.  Panas.

Peluh. Tetapi tidak puas.

Ke kanan, tiada daya. Ke kiri juga, masih tak termampu. Sedang aku cuba meletakkan tubuh untuk posisi keselesaan, aku terkejut dengan sesuatu yang dirasakan bergerak. Jelas pergerakkannya terasa di tapak kaki ini.

Mengenangkan perihal aku yang tidak mempunyai katil; dan hanya berbaring di atas tilam yang dilapikkan di atas lantai, aku kaget dan gemuruh.

Tersentap adrenalin menerjah segenap kapilari, dan segala macam jenis pengangkutan darah ke dalam tubuh ini. Mata ku dibuka luas!

Ular!!! Ular!! Ular!!!!




Dan bila aku sebetulnya terjaga, semua itu hanyalah suatu mainan syaitan. Syaitan! Ular yang disangkakan berbahaya dan berbisa itu tadi hanyalah sebiji bantal. Bantal! Dan aku tidak berada dalam persalinan yang dinyatakan tadi. Aku tidak balik lewat daripada kerja. Dan aku juga tidak dimarahi oleh Pengarah Projek awal hari tadi.

Astaghfirullah al azim.

Untuk seketika aku terfikir yang aku hampir ditelan sang Ular.

Syaitan.


p/s: Aku pernah dengar seorang ustaz bercerita dalam rancangan TV; kalau kita bermimpi ular, bermakna itu petanda yang tidak baik. Wallahu'alam. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Dan aku mohon padaMu, ya Allah, agar Engkau menjauhkan aku, keluarga ku dan segala kenalan rapat ku yang lain dari sebarang mala petaka.

NUke




Sesekali aku menoleh ke arah jam dinding yang tidak berfungsi. Menunjukkan waktu 8.21 pagi. Sebentar, bagaimana aku mahu tahu sama ada itu adalah pagi atau malam? Tambahan pula jam itu memang ku sedari tidak berfungsi. Pening. Aku berpaling mengadap skrin komputer. Di penjuru kiri bahagian bawah, aku melihat dan mencari waktu yang persis. 2.45 pagi. Dan dek kerana penangan kopi pekat yang diminum selepas berbuka puasa sebentar tadi, aku nyata sekali terkesan dengan kafein. Tidak rasa mahu melelapkan mata walaupun letih sudah menyelubungi tubuh yang kerdil.

Dan bila ku menoleh ke bawah, aku masih bertuala biru turquoise yang semakin pudar serinya. Masih tidak lagi membersihkan tubuh yang keletihan. Aku masih tidak mandi.

Lalu ku biarkan keadaan itu berlalu; dengan berlatarbelakangkan lagu Rocketeer nyanyian Far East Movement ft. Ryan Tedder.

Entah mengapa, dunia malam ku selama ini seakan-akan mengkhianati. Malam 17 Ramadhan selalunya tidak seperti ini. Jika aku tidak terus tidur, selalunya aku akan berjaga malam dan malam itu akan dipenuhi dengan perkara lalai dan lagha menikmati informasi dunia maya.

Ya Allah! Malam Nuzul Quran.

Seketika sahaja ia terlintas di fikiran. Dan apakah yang berlaku selepas itu?

Ya. Tiada apa.

Terduduk jauh di dasar hati, ada rasa ingin berubah mencari jalan pulang semula. Menyelongkar nur hidayah yang dulu terang menyuluh jiwa; membimbing nurani mendekati Yang Esa. Yang sebelum ini tak tersentuh oleh noda hitam yang memenuhi dunia remaja, dewasa, dan hari-hari mendatang.

Dari situ, aku cuba mengamati akan perilaku sejak dahulu. Okay, terlalu banyak yang semakin terlupa. Lalu, aku percepatkan memori sehingga awal Ramadhan tempoh hari. Apa yang telah aku lakukan semenjak hari itu? Semenjak 1 Ramadhan itu? Sepenuhnyakah aku memanfaatkan 10 hari rahmat, 10 hari keampunan yang sedang berlangsung, dan 10 hari pembebasan dari azab yang akan datang?

Bagaimana aku memanfaatkan semua itu? Dengan khusyu’ solat, takbir, terawikh, dan zikir?

Atau dengan lirik-lirik lagu, bait-bait dialog drama tempatan dan luar, atau dengan kesibukan memilih dan menikmati juadah berbuka sekaligus melengahkan waktu sujud kepadaMu?

Tepuk dada, tanya selera. Ya. Itu ketika mahu berbuka puasa.

Tepuk hati, mana nuranimu? Mana pula imanmu? Keliru. Tak tahu bila persoalan itu harus ditanya.

Kepada diriku. Aku tahu aku banyak terpesong daripada tujuan terciptanya kamu. Aku seharusnya menjadi khalifah kepada diri sendiri dahulu, sebelum mengemudi bahtera iman keluarga, kenalan, dan saudara seagamaku.

Persiapkanlah diriku dengan segala macam ilmu yang diberkati, iman yang teguh, jalan dan ucap ikrar taat dan patuh kepada Sang Pencipta yang satu – Allah swt.

Andai ini adalah 17 Ramadhan terakhirku,
Ampunkan aku Ya Allah.


NUke




Do I sound so naive?
When I don't hold J's hand when we're out; dating.

Do I sound so naive?
When I don't drink. Far away from getting drunk.


Do I sound...

No, sayang.
Nobody's judging you except yourself, now.

Do I sound naive now?


Konklusi: I have a lot of friends. Some are so religious, but some are not. I don't judge them. As long as they're good to me, I'm good. Kita dah dewasa. Kalau tak pandai nak tegah orang lain; tegahlah diri sendiri.

Aku pun kadang-kala terlupa.


NUke


Di kesempatan ini, aku; NUke Rude ingin sekali memohon maaf atas segala salah silap jika berlaku kekasaran idea sepanjang aku menulis di laman ini. Adatlah, ade sesetengah perkara itu mmg disukai, ada juga yang dibenci. Segalanya aku terima, walaupun adea ketika memang pahit dan jenuh untuk ditelan.

Moga-moga kita semua menghadapi bulan penuh mulia dan keberkatan ini dengan hati yang tenang, dan istiqamah dalam melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t.

Andai kata ini Ramadhan terakhir aku, aku harap kalian dapat menyebarkan mana2 nukilan ilmu yang ada dalam blog ini kepada rakan muslim yang lain. Dan jika ada perilaku dan memo hitam yang perlu dijauhi, maka tak perlulah kalian turuti.

Semoga Ramadhan kita diberkati, dan insya'Allah, kalau diizinkan-Nya, berjumpa lagi lain hari.

Selamat Menyambut Ramadhan al - Mubarak

NUke


Hm, tak tahulah. Aku rasa dulu2, kerajaan dah wartakan kawasan ibadah ni sebagai kawasan larangan merokok. Tapi daripada pemerhatian aku baru-baru ni, macam ya tak ya saja. Aku tengok ramai jugak orang smoking kat kawasan masjid. Tambah2 lak bila hari Jumaat. Maklumla, pergi sembahyang jumaat (setakat sembahyang je la, khutbah entah ke mana...), jumpa la ramai geng kat masjid. sambil2 manunggu azan Zohor masuk, sembang2 la kejap.

Dah sembang2 sambil makan pisang percuma, keluarkan lah rokok and lighter. Terus sja menghisap rokok. Lpas tu, rasa segan dekat member, offer la sebatang rokok kat dia. Yang member tu pulak memang da sangap rokok, ape lagi, terus la sambar. Daripada sorang saja merokok, dah jadi dua.

Datang pulak budak ofis sebelah, join sembang2. Salam2 tangan, bertanya khabar, lepas tu mintak sebatang rokok. Berasap lagi sorang...

Agak-agak la weh. Nak berasap pun, tgk2 la masa dan tempat. Masjid tu bro!

p/s: Original image courtesy of Google

NUke


Okaylah. Memang dah kecoh pasal kes bakar gereja. But now, not just in KL, tapi dah merebak sampai ke Seremban pula. Well, ketika aku menulis ni, ianya masih tidak disahkan. Kena tunggu berita jam 8 malam nanti la. Aku dpt tau pun sebab one of my colleague yg bgtau. Dia ad dapat emel & sms pasal kes bakar gereja di N9.

Benar atau tipu, wallahualam.

Kes bantahan penggunaan kalimah 'Allah' ni memang menarik minat semua pihak; baik yang berniat baik atau buruk. Memandangkan ini isu sensitif dan boleh mencetuskan huru hara pada negara, so banyak la kesah diputar belitkan dan ada juga yg sengaja meng'api-api'kan sesetngah pihak utk bertindak lebih xtreme.

Siapa yg salah? Bagi aku.. semua org bersalah.

Masyarakat Kristian yg tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam (aku kata Islam, bukan MELAYU) di Malaysia. Tolong jangan samakan masyarakat Islam di Malaysia dgn Indonesia ya! Di Indonesia, kahwin campur tanpa bertukar agama pun diorg tak kesah tapi di Malaysia, isu berkaitan agama, memang sensitif. Apa lagi dgn penggunaan kalimah Allah.

Begitu juga dengan mereka yg bertindak mengikut perasaan. Apa nak jadi ni? Sampai bakar2 n baling2 bom petrol kat tempat keagamaan? Walaupun ketika perang, tidak sepatutnya seseorg Muslim (kalau yg melakukan serangan ke atas gereja itu seorg Muslim) menyerang dan merosakkan rumah2 agama. Sebab Islam mengajar kita menghormati agama lain. Begitu juga dengan penganutnya. Hormati hak mereka untuk beragama. Cara kita ialah dengan berdakwah.

Apa yg kau mahu cerita kan bila semua kawan2 non-muslim kamu mula memandang serong tentang agama ISLAM? Walaupun mereka tahu ada juga kemungkinan ianya berlaku bukan disebabkan oleh perilaku komuniti Muslim, tapi sikit tak banyak serongnya pandangan mereka terhadap agama yg aku anuti ini tetap ada...

Ya, siapalah aku nak berbicara ttg agama. Tapi sekurg2nya aku masih lagi menghormati masyarakat bukan Islam yg lain. Sebab apa? kau tahu sebab apa?

Sebab aku masih sedar dan ingat akan imej dan personaliti seorang MUSLIM yang aku bawa.

Dan aku masih menghormati hak dan kebebasan mereka untuk beragama.

NUke_Rude Blog menentang serangan ke atas rumah2 ibadat.

Respect people.. RESPECT!

NUke

Ramadhan 17 pun tiba lagi. Tapi, kita hanya meraikannya dengan cuti. Tu pun di sesetengah negeri sahaja. Sikit pun kita tak mengerti Ramadhan 17 itu. Sikit pun kita tak menghayati mukjizat yang diturunkan olehNya kepada Baginda. Dan dalam masa yang sama adakah kita menghayati dan mengikuti semua ajaran Tuhan yang terkandung di dalamnya?


Ramadhan 17,
Nuzul Quran.
:)


NUke



Salam.

Seronok apabila mengenangkan segala kenangan yang dah kita lalui kan? Ade yang gembira, menyeronokkan, sedih, tawar, duka... Entahlah. Semua tu permainan emosi dan perasaan. Acapkali kalian membaca entry2 di blog ni... namun pernahkah kalian terfikir akan hati seorang penulis / blogger ni? Mungkin ya. Mungkin tidak. Tak perlu kisah pun. Apa yang penting adalah diri kita sendiri kan?


Sedar kah aku? Sedarkah kamu? Aku berusaha dan melakukan pelbagai ikhtiar untuk berada di kemuncak dunia. Mengecapi segala nikmat milikNya. Aku seringkali mahu menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik pernah aku saksikan. Kamu? Pun sedikit sebanyak pasti berperasaan sebegitu kan? Mungkin sudah tiba masanya untuk penulisan yang matang; dan menjengah kelemahan seorang hamba Nya.

Kenapa aku menagungkan hiburan? aku sering melayan lagu-lagu yang mengalpakan. Satu hiburan yang menjanjikan ketenangan sementara. Sebut saja... Linkin Park, Good Charlotte, Simple Plan.. malah artis-artis tempatan yang tak kurang hebatnya.. Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir... semua aku layan. Yang menakjubkan, hampir kesemua lagunya aku hafal.. dan ingat; menjadi siulan tatkala berjalan berseorangan di kaki lima. Namun, sedarkah aku akan azan yang sayup berkumandang di hujung telinga? Ya, aku dengar. Dan aku hanya mendengar... bukan menghayati. Keji nya aku sebagai seorang hamba-Nya, aku sekadar menghormati azan dengan memberhentikan sebentar alunan muzik syaitan itu. Namun, tetap melengahkan solat yang kadang kala masanya telah pun luput. Aku sedar akan jijiknya aku sebagai seorang hambaMu. Ya Allah...

Aku membaca khusyuk setiap butiran kata yang terdapat dalam majalah. Namun ini tak bermakna aku tak menelaah buku-buku ilmiah. Setiap helaian nota aku jamah dengan mata dan pemikiran. Dalam usaha untuk berjaya dalam peperiksaan setiap semester. Dalam pada aku menelaah, aku tegar menatap laman maya yang tiada berfaedah. Membangkitkan nafsu yang sementara. Nafsu yang minta diisikan.. dengan kelakuan keji, yang mengundang diri ke kencah neraka. Apa aku tak belajar akan dosa dan pahala, walhal aku pernah berada di menara gading? Apakah ilmu agama hanya setakat Tingkatan 5? Bebekalkan gred A2 yang aku peroleh, segalanya difikirkan sudah cukup? Oh tidak. Kejinya aku sebagai seorang hambaNya. Masa kan aku boleh membaca beratus-ratus naskah majalah dan buku ilmiah, akan tetapi tidak menyentuh pun sebuah naskah suci yakni Al-Quran...? Teruknya aku!!

Naskah suci yang dilupakan...


ke mana hilangnya zikir-zikir dari mulut ku? 

Masa ku diluangkan terbazir merenung siling. Sambil badan berbaring dan tangan menyilang di pangkal dahi. Mengharapkan segala yang ku tempuhi berjalan lancar. Dalam pada membuat dosa, aku masih meminta untuk cemerlang dlam segala yang aku lakukan. Tak tahu malu bukan? Sudahla tidak beramal.. meminta lebih-lebih pula. Termakbul kah akan doa ku ini? Aku malu, kadangkala rasa bersalah. Namun, itu lah manusia.. hanya mengetahui kewujudan perasaan itu, tapi tidak berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Sampai bila harus begini ya? Oh tuhan, aku akui banyak laranganMu aku lakukan, malah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan amalan ku ini. Mungkinkah aku dijamin syurga Firdaus? atau Neraka Jahannam yang sedang menanti ku?

Aku malu. Malu padaMu ya Allah...











NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.