Showing posts with label kasih. Show all posts
Showing posts with label kasih. Show all posts
"Hello, may I speak to Munif?"
"Munif is not in the office today. May I know who's speaking?"
"Oh, it's okay. Just tell him that Sofia from Zaccine Sdn Bhd is looking for him."
"Okay Ms. Sofia. Is it possible for me to know what is it regarding?"
"Hmm... Well, this is more into Biotech Seeds projects that we're working on. Appreciate if you can ask him to return my call immediately, ya!"
"Sure thing! May I get your number then?"
"Nahh, he got my number already."
"Okay. I'll pass the message to him once he got into the office tomorrow morning!"
"Thank you. Bye."
"You're welcome. Bye."
Balqis yang duduk bersebelahan dengan Sofia itu cuma mampu termangu mendengar perbualan telefon rakan sekerjanya itu. Hari ini hari Isnin. Hari ini, sekolah masih bercuti. Jalan raya begitu lengang dek kerana tidak banyak kenderaan di atas jalan. Namun, itu semua tidak mampu menceriakan hatinya. Dia gelisah. Terlalu jelas keresahannya itu sehingga terpalit di wajah putih gebunya itu.
Dan itu menarik perhatian Sofia yang selesai mengemaskini status perbualannya di dalam laporan hariannya di komputer riba miliknya.
"Hey, Qis! Dari tadi I tengok you ni monyok je. What happened?"
Mencebik bibir. Mukanya berpaling. Matanya kini tertumpu menghadap skrin komputer yang menayangkan laman sesawang Harian Metro On-line.
Berbisik perlahan, seorang lagi kenalan, Syahira mula menyampuk, "...gaduh dengan Azirul lah tu."
Balqis cuma mampu menoleh dengan pandangan yang sinis. Wajahnya seolah-olah memberi amaran keras kepada Syahira. Seolah-olah membalas 'kau jangan menyibuk boleh tak?'.
Simpati. Masing-masing tidak tahu apa permasalahan yang dihadapi Balqis. Namun, mereka cuma hanya mampu bersimpati. Kerna, masing-masing mempunyai masalah yang tersendiri.
Projek Biotech Seeds itu diperolehi mereka dengan konsep cantas-mencantas serta rasuah.
Seseorang telah melanggar lari seorang penunggang motorsikal sedangkan jalan tidaklah begitu sesak pagi tadi.
Dan tindakan menyampuk perbualan itu cuma mahu menggembirakan hati yang sudahpun luluh dek kerana notis 72 jam yang diterima; gara-gara gemar menyebarkan gosip yang menyebabkan CEO syarikat dibuang kerja.
Notakaki: Berpura-pura mengambil berat adalah antara tindakan yang diambil, untuk melegakan hati yang resah, takut, dan malu. Ia juga cara halus untuk menceriakan diri. merendahkan orang lain. Meninggikan diri sendiri.
*Nama-nama watak dan juga nama syarikat yang dinyatakan dalam kisah ini cumalah rekaan semata-mata.
NUke
And if I were the parents, I will definitely ashamed; embarrassed; with what had happened.
...with what will happen, next.
NUke
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.