Showing posts with label juara lagu. Show all posts
Showing posts with label juara lagu. Show all posts

First off, maaf sebab lama tak update pasal muzik Malaysia. Sungguhpun lama kita tak membincangkan pasal arena muzik Malaysia, saya masih mengikuti perkembangan muzik tanahair dari semasa ke semasa ya. Cewah.

Secondly, tahniah kepada TV3 kerana akan menganjurkan Anugerah Juara Lagu edisi ke-30. Sedar tak sedar, dah nak masuk 30 tahun dah AJL ni kan? Kalau, ikut usia manusia, averagenya, umur 30 tahun ni, dah ada anak dua. Aku? masih tak kahwin lagi. Macam mana?



Back to #AJL30, saya personally merasakan yang pentas AJL kali ini bukan boleh dibawa main. Generally, juri-juri yang menilai lagu-lagu untuk dilayakkan ke pentas akhir, ter-amat-sangat-lah brilliant! Syabas. Sebab apa saya cakap cenggitu? Sebabnya, for this edition, kita macam susah sikit nak predict lagu mana yang bakal diangkat sebagai Juara Lagu. This... has somehow reminds me pada AJL21 (yang mana ketika itu, lagu 'Terlalu Istimewa' diangkat sebagai Juara Lagu). Remember in that year, calon2 akhir utk kategori balada, semuanya tip top. But this time around (besides the absence of those categories), persaingan lebih terfokus kepada 2 jenis muzik. Nope, bukan melancholy ballad vs indie; tapi

Mainstream Music vs Underrated Music. I purposely sort these finalist mengikut yang paling mainstream kepada yang paling underrated. Senang cakap, yang paling underdog lah. But again, this is just my personal opinion saja ya. ;)

#1 : Potret | Akim & The Majistret
Good enough, dengan aura dan pengaruh Akim & The Majistret yang tengah memuncak since 'Mewangi' sampai lah sekarang... lagu 'Potret' ni memang paling mainstream dan dapat heavy rotation kat stesen2 radio (even from myself). So, berbekalkan aura itu, lagu Potret ni memang highly likely akan diangkat sebagai Juara Lagu 30. Or at least, mesti ada placing. Kalau tak, ia akan jadi macam... awkward. For me, aura Akim & The Majistret tu sendiri yang akan menjadi main factor kemenangan mereka (kalo dorg menang lah ya), sebabnya... kalau nak dinilai pada lagu, 'Potret' ni kalau Faizal Tahir, or maybe Estranged nyanyi pun, definitely akan layak ke AJL30. Cuma, bila ia dinyanyikan oleh Akim & The Majistret, aura dia lain macam sikit. Lebih penjiwaan.

#2 : Assalamualaikum | Faizal Tahir
Even though dah banyak kali masuk bertanding, dan selalunya berakhir dengan kemenangan salah satu placing, karya nyanyian FT masih belum pernah diangkat sebagai pemenang Juara Lagu. Bila FT released 'Assalamualaikum' tahun lepas, semua orang macam dah boleh jangka yang lagu ni definitely akan ke AJL30. It is definitely a new kind of music and sound; with a heavy message on world peace and respecting each other. Something yang maybe kita boleh dengar dalam karya2 M. Nasir atau Loloq. The recent example is 'Awan Nano'. Plus point for this song is that lagu ni sudah pun diangkat sebagai 'Lagu Terbaik APM2015' tempoh hari. (Recap:... 'Awan Nano' juga adalah Lagu Terbaik APM2011). So, adakah juri akan turut mengangkat 'Assalamualaikum' sama seperti di APM haritu? Mungkin ya. :)

#3 : Knock Knock | Elizabeth Tan
Honestly, aku tak faham kenapa orang pertikaikan pasal lagu ni. Sama macam #2, lagu 'Knock Knock' ni definitely 'the crowd puller' untuk AJL30; sama macam 'Cinta Muka Buku' oleh Najwa Latif dulu; cuma 'Knock Knock' ni lebih matang dalam penghasilan melodinya. Lagu ni pun sama macam 'Potret', dapat heavy rotation kat radio2 sejak akhir 2014. And for me, Elizabeth Tan is the perfect singer untuk lagu ini; especially part 'jangan abaikanku' yang annoyingly catchy. Not to say it is some sort like a masterpiece, but, it is definitely going to be her signature song for a long time.

#4 : Sampai Mati | Hazama
Another pesaing sengit untuk Akim & The Majistret, FT dan Black. Lebih kurang macam 'Potret', lagu 'Sampai Mati' ni boleh je dinyanyikan oleh other mainstream artists, tetapi vokal Hazama yang membuatkan lagu ni ada 'tarikan' tersendiri. To be honest, lagu ni mungkin tak tersenarai dalam Top 3, tetapi, akan bagi tentangan yang sangat hebat di pentas AJL30.

#5 : Mana Mungkin | Black
Personally, vokal Black dalam lagu ini yang menjadi faktor utama penentu kejayaan lagu ni di AJL30. Berbeza dengan lagu 'Sampai Mati', lagu ini memang rasanya dicipta dan serasi dengan vokal Black.

#6 : Not For Sale | Stacy
A good example of mainstream music; but not as much as the first three. Stacy is another 'AJL crowd puller'. Tak kisah lah kalau dia nyanyi lagi dance, pop atau balada (macam 'Pelangi Senja'), penonton akan tertanya2 dan tertunggu2 konsep persembahan Stacy. Kalau nak compare dengan 'Knock Knock', kekuatan lagu ni terletak pada lirik dan rap verse oleh Altimet; berbanding 'Knock Knock' yang ada elegennya tersendiri. And considering penerimaan peminat dan juri terhadap genre hip hop, tak mustahil lagu ni akan dapat placing Top 3 AJL30 nanti.

#7 : Tak Pernah Menyerah | Dayang Nurfaizah
Dayang sesungguhnya dalam bahaya untuk AJL30 sebab bayang-bayang 'Di Pintu Syurga' masih jelas dan penonton sudah pasti akan membandingkan karya itu dengan 'Tak Pernah Menyerah'. But, knowing Dayang, dia cool jer... Dan setelah menyaksikan sendiri her live performance semasa AJL29 tahun lepas; no doubt that she has a very good vocal. Placing dalam Top3, mungkin tidak, but I think, Dayang dah bersedia untuk kekalkan takhta Vokal Terbaik sekali lagi.


#8 : Malam Ini Kita Punya | Bunkface
Lagu ni paling neutral. Tak terlalu mainstream, tak terlalu underrated. Although karya Bunkface tak pernah diangkat sebagai pemenang mana2 placing di AJL, tapi 2 lagu mereka dah pernah diiktiraf di AIM. Lagu ni cukup baik untuk tersenarai sebagai finalis, tapi macam ada something yang missing. Not like 'Drama King' by Meet Uncle Hussein (ft. Black) yang mana liriknya strong. 'Malam Ini Kita Punya' tak dinafikan satu muzik rock yang segar tapi mungkin bukan dalam kalangan Top 3 kot.

#9 : Hanya NamaMu | Caliph Buskers
Selepas persembahan mereka di AJL29 menerusi 'Romancinta', mereka sendiri muncul dengan single 'Hanya NamaMu'. Lagu berunsur spiritual ni diakui memang susah untuk diangkat sebagai Juara Lagu; melainkan AJL30 buat kelainan. Kalau nak tengok pada recent history, lagu 'AdaMu' oleh Najwa Latif atau 'Jagalah Diri' oleh Jaclyn Victor adalah the perfect examples. These songs are not even made it to the final. Definitely an underrated song, with possible chance to be crowned as Juara Lagu.

#10 : Bukan Hal Aku | Kaka Azraff ft. Alyph (Sleeq)
Satu lagi lagu yang aku tak faham kenapa orang pertikaikan. For me, 'Bukan Hal Aku' ni sangat segar dari susunan muzik, melodi dan penyampaian. Boleh dikatakan the perfect continuation of 'Apa Khabar'-era. Kalau orang nak cemuh lagu ni sebab lirik yang berulang2; sama saja dengan 'Apa Khabar'; yang mana elemen itulah yang menjadi salah satu faktor ianya diangkat oleh juri sebagai Juara Lagu 29. Another plus point for 'Bukan Hal Aku' adalah konsepnya yang minimalis dan elemen electronic/synth yang tak ada dalam finalis lain. Jaranglah kalau nak tengok AJL mengangkat lagu yang similar sebagai Juara secara berturut2. Contoh terbaik mungkin 'Balqis' (2000) dan 'Mimpi Laila' (2001). We never know kot2 tahun ni muzik yang serupa akan diangkat sebagai Juara Lagu.

#11 : Angin Kencang | Noh Salleh
Lagu ni bijak. Dan underrated. Ia macam ada elemen country, etnik; or maybe we can simply say ada pengaruh Sudirman. Definitely the perfect song kalau AJL30 nak naikkan semula elemen Melayu/klasik dalam arena muzik semasa. 'Angin Kencang' ada vibe macam 'Terukir Di Bintang' (cuma lagu 'Terukir Di Bintang' tu boleh dikira sebagai mainstream lah). Bila dengar je, penonton dah boleh imagine suasana tepi pantai atau duduk seat belakang dalam kereta sambil tingkap terbuka; kena dengan lontaran vokal Noh. Kalau lagu ni jadi Juara Lagu, aku memang salute lah.

#12 : Biarkanlah | Drama Band
In my honest opinion, lagu ini paling underrated. Sebab muziknya yang seakan2 muzik Indonesia menyebabkan orang mungkin terlepas pandang. Tapi, good thing about the Indonesian influence is that ianya memberikan kelainan dan menunjukkan adaptasi semasa. 'Biarkanlah' sebenarnya berjaya menipu pendengar macam ni:
"Sedap lagu ni"
"Siapa nyanyi eh?"
"Drama Band"
"Band Indonesia ke?"
"Tak lah. Malaysia."
"Like, seriously??"

Sama macam lagu 'Hanya Aku' by Hyper Act dedulu, kan? Impaknya sama.
--

Overall, tahniah again kepada AJL30 dan semua finalis. Sememangnya anda memang layak untuk ke pentas akhir AJL30. Now, boleh fahamlah macamana punya pening juri2 nak buat keputusan semasa Semi Final MM30 haritu. Personally, lagu2 berikut adalah pilihan penulis untuk placing Top5 AJL30:-


  • Potret (Akim & The Majistret)
  • Assalamualaikum (Faizal Tahir)
  • Bukan Hal Aku (Kaka Azraff & Alyph)
  • Angin Kencang (Noh Salleh)
  • Hanya NamaMu (Caliph Buskers)



Tak puas hati? Komen lah!


pic credit: Hot.FM & rahmadgraphic

NUke




That's it! Juara Lagu ke-27 akhirnya milik Yunalis Zarai menerusi lagu ciptaan sepenuhnya berjudul Terukir Di Bintang. Seperti yang dijangka, lagu ni memang ada kelainannya tersendiri - mengingatkan kita kepada karyanya 'Dan Sebenarnya', yang pernah dinobatkan sebagai Naib Juara pada AJL24 yang lalu.

Sayangnya, Yuna tidak dapat menyanyikan sendiri lagunya itu namun, digantikan oleh 'team' Aizat & the Pahlawan; yang dirasa berjaya membawa lagu itu dengan baik (tanpa perlu berlebih-lebihan). Kekuatan Terukir Di Bintang sebenarnya terletak pada melodinya yang tersendiri (berbanding dengan karya-karya finalis lain) dan juga vokal. AJL27 kali ini telah betul-betul mengiktiraf karya yang terbaik sepanjang setahun yang lalu. Lagu ini adalah lagu klasik yang berdimensi baru.

Idola (Azlan & the Typewriter / Audi Mok / Azlan) pula memang dah dijangka berada dalam Top3 AJL27 sebab liriknya yang sangat bermakna, lantaran dan lanjutan lagu ini merupakan 'tribute' kepada seniman negara yang sudah pergi meninggalkan kita. Kalau nak dilihat kepada lagu-lagu rock yang bertanding malam tadi,, Idola is way better and in its own class.

Again, Hafiz membuktikan vokalnya adalah 'sesuatu' dengan kemenangan kali ketiga berturut-turut (selepas Nokhtah Cinta dan Awan Nano) menerusi lagu Ku Akui. Kemenangan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai ini juga mengingatkan kita kepada kemenangan tak dijangka Nokhtah Cinta pada AJL25 yang lalu - juga di tempat ketiga.

Persembahan Black dan RJ menerusi Teman Pengganti memang superb! Simply awesome! Grammy-standard! Aku tiada pertikaian dan bersetuju jika rakyat Malaysia mengundi lagu ini untuk memenangi persembahan terbaik! Sayangnya, lagu ini tidak tersenarai dalam Top3, kan?

Secara keseluruhan; AJL27 betul-betul menempatkan karya terbaik 2012 pada posisi yang betul. Dan apa yang dapat disimpulkan di sini, lagu yang pernah memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) tidak semestinya terbaik di pentas AJL.


Juara Lagu : Terukir Di Bintang (Aizat & the Pahlawan / Yuna / Yuna)
Naib Juara : Idola (Azlan & the Typewriter / Audi Mok / Azlan)
Ketiga : Ku Akui (Hafiz / Ajai / Ajai)
Vokal Terbaik : Ku Akui (Hafiz)
Persembahan Terbaik : Teman Pengganti (Black ft. RJ)



Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya karya Yuna diiktiraf sebagai Juara Lagu. Tahniah Yuna!

"Sayangku jangan kau persoalkan siapa Juara Lagu;
Terukir di bintang tak mungkin hilang trofi emas itu..."


NUke


12 lagu telah dipilih untuk ke pentas AJL27 (yang akan berlangsung 6 Januari 2013) setelah kesemua 30 lagu bertanding di medan separuh akhir. Dan daripada 12 lagu jangkaan aku (yang disenaraikan sebelum ini), tujuh buah lagu diramal TEPAT. Not bad lah kan? Hahaha.





Senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-27; seperti berikut:-

* - Jangkaan lagu yang layak ke AJL27 (yang aku ramalkan)

  1. Idola (Azlan & the Typewriter / Audi Mok / Azlan)
  2. Pelangi Senja (Stacy / Taja / Tun Teja)*
  3. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat / Jimmy Palikat / ONE & Jimmy Palikat)
  4. Terukir Di Bintang (Yuna / Yuna / Yuna)*
  5. Ombak Rindu (Hafiz & Adira / Zaidi / Zaidi)*
  6. Tanpamu (Amir Jahari / Amir Jahari / Amir Jahari)*
  7. Lagu (Bedroom Sanctuary / Bo Amir Iqram / Bo Amir Iqram)
  8. Teman Pengganti (Black & Malique / Malique / Malique)*
  9. Ku Akui (Hafiz / Ajai / Ajai)
  10. Simetri (Hazama & Amy Search / Audi Mok / Zel Firdaus Haduan)
  11. Andai Ku Bercinta Lagi (MOJO / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)*
  12. Patah Seribu (Shila Amzah / Shila Amzah / Shila Amzah)*

Pemerhatian aku:

Idola sememangnya dalam senarai "ya atau tidak" aku sebelum ini memandangkan ada persaingan daripada 'Tapi Bagaimana' oleh Spider dan 'Panik' oleh Bunkface. Tetapi, kemenangan Idola dalam kategori Lagu Rock Terbaik AIM19 tempoh hari membuktikan kekuatan lagu ini.

Pelangi Senja; seperti yang aku ramalkan sebelum ini. Stacy lebih menyerlah dalam lagu ini berbanding rentak seperti Kasanova yang sudah lama 'membayangi' dirinya. Manakala Anak Kampung pula diramalkan menjadi salah satu 'punca' rating AJL27 yang akan datang ini tinggi. Tak dinafikan yang lagu Anak Kampung tu sedap; kolaborasi Jimmy Palikat dgn One Nation Emcees ini dilihat sebagai 'pemula' kepada kemasukkan elemen-elemen hip hop dalam AJL.

Yuna is the new 'Siti Nurhaliza' now. AJL would be less 'uumph' kalau tiada Yuna. Bezanya, Siti Nurhaliza usually akan bawak pulang trofi dalam setiap penglibatannya dalam AJL. In addition, Terukir Di Bintang is simply awesome.

Ombak Rindu continues to remind us about the popularity of the movie; so as the song. Dah diramal layak. Meanwhile, it is not everyday in Malaysian music industry to find a new material like Amir Jahari's Tanpamu. The song is simply meaningful and convincing (to be listed among the finalists); so as the singer.

Lagu is no other ordinary-typical rock song in Malaysia. Wait, is it rock, or pop? Jazz? I don't really know. That's why it qualified to the final. Unique. It was in my "yes or no" list before. As for Teman Pengganti... (seperti yang dijangka) ... couldn't find any suitable words to describe the song.

Aku akui yang Ku Akui bukanlah di antara lagu yang aku ramal layak ke AJL walaupun aku tahu kekuatan lagu ini majoritinya terletak kepada liriknya. Simetri yang turut menampilkan Amy Search memang pernah disebut-sebutkan oleh aku sebelum ini...sebab ikon rock ini bakal membantu menaikkan rating AJL. It's either Amy Search or Ainan Tasneem... but Amy made it to the final...with Hazama.

Mojo dengan Andai Ku Bercinta Lagi boleh dikategorikan sebagai 'Song of the Year' lah. Lagu ini masih lagi berada dalam carta lagu di beberapa stesen radio. So, memang layak lah; due to its popularity and the melody itself.

Kesilapan paling besar AJL27 adalah sekiranya tidak memasukkan lagu Patah Seribu oleh Shila Amzah. Nasib baik lagu ini layak. After all, lagu ini telah pun menerima penganugerahan tertinggi sebagai Lagu Terbaik di AIM19 tempoh hari. Kalau tak layak, tak tahulah. Congrats Shila. Lagu ciptaan Shila ni menjadi pesaing TERBESAR dalam AJL27.


NUke



Muzik Muzik menjadi medan terbaik untuk penggiat muzik tempatan mempertaruhkan karya mereka, sebab pada penghujung tahun, lagu-lagu yang terbaik akan bertanding di dalam salah satu anugerah muzik berprestij kat Malaysia - Anugerah Juara Lagu.




Senarai 30 lagu yang layak telah ke separuh akhir sudah pun diumumkan; seperti berikut:-

* - Jangkaan lagu yang layak ke AJL27

  1. Kasanova (Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  2. Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq / ID Mifzal / Zie Syafruddin)
  3. Tanpamu (Amir Jahari / Amir Jahari / Amir Jahari)*
  4. Watak (Hafiz / Aidit Alfian / Ad Samad)
  5. Angkasa (Diandra Arjunaidi / Diandra Arjunaidi / Diandra Arjunaidi)*
  6. Ombak Rindu (Hafiz & Adira / Zaidi / Zaidi)*
  7. Patah Seribu (Shila Amzah / Shila Amzah / Shila Amzah)*
  8. Tapi Bagaimana (Spider / Tam / M. Nasir)*
  9. Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar / Ajai / Ahmad Farid Abdul Jalal)
  10. Lagu (Bedroom Sanctuary / Bo Amir Iqram / Bo Amir Iqram)
  11. Terlalu Mencintaimu (Suki / Ajai / Jeremy Chong)
  12. Pencinta Terbaik (Sofazr / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  13. Mesti Ada Cinta (Akim & Fiq / Kuncidemak / Kuncidemak)
  14. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat / Jimmy Palikat / ONE & Jimmy Palikat)
  15. Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  16. Aku Datang (Tomok / Tomok / Rafidah Abdullah)
  17. Jerrypah (Aizat / Aizat / Anas & Aizat)*
  18. Terukir Di Bintang (Yuna / Yuna / Yuna)*
  19. Simetri (Hazama & Amy Search / Audi Mok / Zel Firdaus Haduan)
  20. Andai Ku Bercinta Lagi (MOJO / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)*
  21. Cerita Dia (Drama Band / Ammar Habir / Aepul)
  22. Idola (Azlan & the Typewriter / Audi Mok / Azlan)
  23. Beginilah Caranya (Shaheizy Sam / Ajai / Ajai)
  24. Harapan (Hyper Act / Hyper Act / Frozen)*
  25. Pelangi Senja (Stacy / Taja / Tun Teja)*
  26. Panik (Bunkface / Sam / Sam)
  27. Ku Akui (Hafiz / Ajai / Ajai)
  28. Teman Pengganti (Black & Malique / Malique / Malique)*
  29. Aku Suka Dia (Ainan Tasneem / Ainan Tasneem / Ainan Tasneem)*
  30. Majnun (Hazama / Audi Mok / Audi Mok & Omar K)

# 12 lagu akan dipilih untuk ke AJL27.


Pemerhatian aku:

Diakui, tahun 2012 ni banyak sangat lagu yang bagus dihasilkan oleh karyawan Malaysia. Dan majoriti besarnya berjaya disampaikan dengan baik oleh si penyanyi. Aku tak berapa terkejut kalau ada beberapa lagu yang sepatutnya qualified tidak berjaya ke AJL27 sebab hampir semua yang disenarai pendek dlm semi final ni pun memang ada aura tersendiri... dan kebanyakkannya berada dalam par yang sama tinggi.

Walau apapun, kelayakan untuk lagu 'popular' pun perlu diambil kira sebab ini dijangka akan menaikkan rating AJL27 nanti. Dalam kes macam ni, aku meletakkan lagu Aku Suka Dia nyanyian Ainan Tasneem sebagai taruhan. Ataupun boleh jadi lagu Simetri yang menampilkan Amy Search yang akan menjadi punca ratings AJL27 tinggi.

Shila Amzah yang mencipta sejarah tersendiri perlu dimasukkan sebagai finalis AJL kerana karya Patah Seribu ciptaan sepenuhnya itu sememangnya akan memberikan saingan SENGIT kepada finalis yang lain. Begitu juga dengan lagu Harapan dan Teman Pengganti; yang diramal bakal menduduki kelompok lima teratas sekiranya kedua2nya layak ke AJL27 kelak.

Walaupun Stacy lebih terkenal dengan lagu-lagu pop dansa yang memaksa beliau menari di atas pentas, tetapi karya Pelangi Senja dirasakan dan diramalkan berjaya menandingi Kasanova.

Yuna (Terukir Di Bintang) masih dilihat relevan untuk layak ke AJL27 disebabkan dimensi baru muzik yang dibawanya; sama seperti Diandra Arjunaidi (Angkasa). Manakala karya juara AJL26, Dato' M. Nasir menerusi Tapi Bagaimana perlu juga diambil kira utk disenaraikan dlm finalis nanti, kan??



So, lagu apa pilihan korang yang dirasakan WAJIB ada dalam AJL27?



NUke



Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) pastinya merupakan satu kenangan manis buat Juara Akademi Fantasia musim ke-7, Hafiz yang berjaya mengekalkan gelaran 'Vokal Terbaik' dan juga membawa pulang gelaran yang paling dimahukan oleh karyawan tempatan lain - Juara Lagu. Dengan kemenangan-kemenangan itu, Hafiz telah berjaya mencatat sejarah tersendiri. Hafiz merupakan artis kedua (selepas Misha Omar) yang memenangi kategori Vokal Terbaik untuk 2 tahun berturut-turut. Beliau juga menjadi artis lelaki pertama yang mengekalkan kecemerlangan dalam kategori itu selama 2 edisi AJL.

Pun begitu, untuk kategori Vokal Terbaik, Hafiz dicabar hebat oleh gandingan trio 3 Suara (Jaclyn Victor / Ning Baizura / Shila Amzah) menerusi lagu Beribu Sesalan; laungan vokal Jaclyn Victor dalam Sedetik Lebih, Karma nyanyian Faizal Tahir, dan juga vokal penuh emosi Yuna yang menyampaikan lagu Penakut. Hafiz membawa pulang hadiah kemenangan RM 10,000 dan juga trofi.

Persembahan Terbaik pula dimiliki oleh Alyah menerusi persembahan unik dan sederhana oleh Alyah dengan lagunya Kisah Hati. Ternyata Alyah yang melakonkan figura patung dan juga kehadiran pelakon Remy Ishak yang membuat cameo di penghujung lagu berjaya menambat hati juri dan juga para penonton - justeru, melayakkan beliau meraih hadiah wang tunai RM 10,000 dan juga trofi.

Tempat ketiga dimiliki oleh rocker Malaysia yang mula tidak asing lagi namanya dalam pentas AJL; Faizal Tahir. Sungguhpun hanya mempertaruhkan satu lagu untuk edisi kali ini, ternyata 'what goes around comes around'. Beliau pernah memenangi Tempat Ketiga pada AJL 24 dahulu, dan sejarah itu berulang sekali lagi apabila karya Audi Mok dan dirinya sendiri diangkat sekali lagi untuk memenangi Tempat Ketiga AJL26. Faizal Tahir dan Audi Mok membawa pulang RM 12,000 dan juga trofi bagi lagu Karma.

Seperti yang diharapkan ramai pihak; trio 3 Suara (Jaclyn Victor / Ning Baizura / Shila Amzah) yang mempertaruhkan lagu Beribu Sesalan diangkat sebagai Naib Juara. Terima kasih kepada karya Kevin Chin dan Tinta, serta alunan mantap vokal 3 penyanyi wanita ini; lagu ini berjaya menusuk naluri para juri dan peminat AJL, seterusnya melayakkan mereka bergelar Naib Juara. Dengan kemenangan ini, kesemua mereka berkongsi  hadiah kemenangan RM 15,000 berserta trofi.

Ternyata, seperti yang dijangkakan, AJL kali ini berjaya mengiktiraf karya yang sememangnya terbaik di kalangan yang terbaik. Saingan untuk AJL kali ini diakui sengit dan masing-masing ada favourite tersendiri; baik penonton, artis yang bertanding sendiri dan juga para juri (saya pasti akan hal ini). Lagu ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Budi Hekayat menerusi Awan Nano nyanyian Hafiz diangkat sebagai lagu terbaik dan Juara Lagu Anugerah Juara Lagu ke-26. Membawa pulang wang RM 35,000 dan trofi, Awan Nano menafikan Wanita Seluruh Dunia, Sedetik Lebih, Kalau Berpacaran, Gadis Semasa, Kekanda Adinda, Cinta Muka Buku, Sungai Lui, Penakut dan Kisah Hati untuk meraih gelaran utama itu. Menariknya, Hafiz yang terkenal dengan rambut gerbangnya itu hanya mengenakan baju T biru dan juga seluar track hitam tanpa berkasut/bersepatu semasa melantunkan Awan Nano di pentas berprestij ini.

Yang pastinya, pemilihan Awan Nano ini dirasakan tepat dek kerana lagu itu telah pun diiktiraf oleh juri serantau (Malaysia, Singapura & Indonesia) ketika memenangi kategori Lagu Terbaik Anugerah Planet Muzik 2011 tahun lalu; menafikan karya-karya hebat dari tiga negara itu.

Juri AJL26 juga dirasakan sangat adil dan bijak apabila tidak memilih lagu-lagu yang terpalit kontroversi (Anugerah Industri Muzik 18) Sedetik Lebih dan Penakut sebagai juara.

Dengan kemenangan Awan Nano; maka berakhirlah sudah teka-teki 'siapa yang bakal bergelar Juara Lagu?' untuk tahun penganjuran yang ke-26 ini.

Syabas dan tahniah buat Hafiz, M. Nasir, Budi Hekayat, dan juga para pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26.



NUke



Saban tahun, selain pengiktirafan muzik menerusi AIM (Anugerah Industri Muzik), satu lagi acara tahunan muzik yang paling dinanti-nantikan ialah Anugerah Juara Lagu (AJL). Dianjurkan oleh TV3, AJL yang akan masuk edisi ke-26 ini sedikit sebanyak sudah mula terpalit dengan kontroversi dikalangan lagu-lagu yang layak ke peringkat akhir.


Tidak mahu pertikaian timbul setelah pemenang dinobatkan, pihak TV3 mengambil langkah menambah bilangan juri untuk menilai para finalis sebelum acara sebenar berlangsung.


Macam biasa, karyawan, penggiat dan pemerhati arena muzik tempatan sering kali membuat ramalan akan 'siapa yang bakal bergelar juara' di kalangan finalis-finalisnya. Aku tidak ketinggalan.

Apa yang bagusnya senarai finalis kali ini, ada beberapa lagu yang bertanding dirasakan hanya 'cukup-cukup syarat' dan dirasakan 'dilayakkan semata-mata untuk memenuhi dan memeriahkan acara'. Pun begitu, tidak lah semua lagu yang bakal bertanding itu tiada kualiti; baik dari segi komposisi, lirik, alunan vokal, dan juga susunan muzik.

Antara lagu-lagu yang dijangka 'boleh dan sepatutnya' layak untuk berada dalam kelompok 5 terbaik adalah:-

Awan Nano (M. Nasir / Budi Hekayat / Hafiz)
Lagu ni bukan saja popular sepanjang tahun 2011, malah merupakan lagu yang terbaik (setakat ini) pernah disampaikan oleh Hafiz; in terms of vocal wise. Lenggok, dan tinggi rendahnya sangat harmoni dan memberikan emosi kepada lagu ciptaan M. Nasir ini. Disulami dengan lirik indah dan penuh makna, there's no doubt that this is one of the best song yang Malaysia pernah ada for the past 5 years. Lagu ini juga diserikan lagi dengan instrumen strings yang moden dan klasik / orkes.

Plus point: Lagu ini dinobatkan sebagai Lagu Terbaik pada APM 2011; Awan Nano menewaskan calon-calon lain daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia. Diiktiraf oleh juri serantau.


Penakut (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai / Yuna)
Eksperimentasi Yuna menerusi Penakut memang menjadi. Tak hairanlah lagu ini mendapat pemilihan tertinggi oleh sebahagian juri bagi kategori Lagu Terbaik AIM tempoh hari (walaupun selepas itu trofi kemenangan terpaksa bertukar tangan akibat kesilapan juruaudit). Disebalik kontroversi yang melanda Penakut, kualiti dari segi vokal dan komposisi lagu tak patut dinafikan. Yuna membuktikan bahawa kemunculan 'korus' pada babak akhir lagu bukanlah satu kegagalan. Korus dalam Penakut adalah killer kepada lagu ini. Menyebabkan para pendengar akan tertunggu-tunggu akan klimaks yang turut dipenuhi dengan riff guitar; lapisan vokal merdu berhantu dan beremosi. Kalau perasan, lagu-lagunya yang diselitkan unsur piano selalu mendapat perhatian.

Plus point: Kontroversi Lagu Terbaik AIM18. Killer chorus yang appear hanya sekali - di penghujung lagu.


Sedetik Lebih (Edry Abdul Halim / Edry Abdul halim / Anuar Zain - Jaclyn Victor)
Keputusan memberikan kepercayaan kepada Jaclyn Victor untuk menyampaikan karya Edry ini memang tepat. Semasa semi-final, Jaclyn hit the nail. Hard! Dia berjaya membawa lagu ini seolah-olah lagu itu memang dihasilkan untuknya. Vocal ability Jaclyn adalah satu kelebihan. Menilai dari segi susnan muzik dan lirik; tiada apa yang mampu dinafikan kualitinya. Lagu ini sepatutnya berada dalam kelompok yang terbaik; sebab dah lama juga industri muzik kita tak dipenuhi dengan lagu lagu sebegini. Melankolik.

Plus point: Lagu Terbaik AIM18. Vocal.


Sungai Lui (Anas Amdan, Aizat Amdan / Anas Amdan, Aizat Amdan / Aizat)
Lirik kemanusiaan, kehijauan, kesegaran. Itu pembaharuan dalam karya tag team adik beradik ni. Apa yang sepatutnya membuatkan lagu ni antara yang terbaik adalah susunan muziknya dan juga lirik. It's just another epic song yang kualitinya terserlah dalam lambakan muzik sepanjang tahun lalu. Sungai Lui turut disenarai pendek dalam kategori Lagu Pop terbaik AIM lalu. Satu lagi bukti yang meyakinkan bahawa ianya layak berada di kalangan yang terbaik.

Plus point: Instrumentasi orkestra di penghujung lagu. Ianya seolah-olah hanyut dengan mesej yang disampaikan oleh penulis lirik.


Kisah Hati (Manusia Putih / Manusia Putih / Alyah)
Tema redha dan pasrah menjadi nadi dan kekuatan lagu ni. Kerelaan Alyah menunggu cintanya di 'atas' sana dapat dirasai dengan alunan suara yang disampaikan dalam lagu ciptaan Manusia Putih. Another part yang memberikan kuatan ialah perubahan key suara yang sedikit rendah dan tinggi  dalam bridge dan korus. Alyah memang penyanyi yang tepat untuk lagu-lagu balada sebegini.

Plus point: Lirik yang jujur dan tidak berselindung; disampaikan sempurna oleh alunan vokal.


It's just a year of ballad. Welcome back ballad. Malaysian ballad.

Tapi, apa-apa pun keputusan itu tetap di tangan juri-juri yang arif menilai dan bijaksana. Sekadar memerhati dan menghayati muzik, aku cuma memberikan gambaran dan pandangan aku saja. Aku masih menghargai muzik dan karya anak tempatan.

Siapa favourite kalian?


NUke



Berikut merupakan 12 buah lagu yang layak ke Final Anugerah Juara Lagu ke-26 (ditebalkan).

  1. Sungai Lui - Aizat (Aizat, Anas / Aizat, Anas)
  2. Janji - Akim (Akim / Akim)
  3. Awan Nano - Hafiz (M. Nasir / Budi Hekayat)
  4. Menyesal - 6ixth Sense (Gjie / 6ixth Sense)
  5. Maaf Dari Hati - Sofazr (Mohd Atlas / Mohd Atlas)
  6. Kisah Hati - Alyah (Manusia Putih / Manusia Putih)
  7. Bagaikan Bidadari - Tomok (Aubrey Suwito / Tomok)
  8. Babak Pertama - Drama (Ammar Habir / Aepul)
  9. Perpisahan Ini - 1st Edition ft. Aizat (Erol 1st Edition / Jijo 1st Edition)
  10. Ilusi - Adira (Audi Mok / Audi Mok)
  11. Pokok - Meet Uncle Hussain ft. Nubhan (Taja / Tun Teja)
  12. Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet (Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet)
  13. Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah (Kevin Chin / Tinta)
  14. Muda - Hujan (Noh Hujan / Noh Hujan)
  15. Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol (Boy Clifford / Boy Clifford)
  16. Kurnia - Mizz Nina ft. Noh Hujan (Noh Hujan / Noh Hujan)
  17. Luar Biasa - Shahir (Audi Mok / Zelfirdaus)
  18. Karma - Faizal Tahir (Audi Mok, Faizal Tahir / Audi Mok, Faizal Tahir)
  19. Mata Hati - Nubhan (Audi Mok / Audi Mok)
  20. Kekanda Adinda - Monoloque & Atilia (Monoloque / Monoloque)
  21. Gadis Semasa - Yuna (Yuna / Yuna)
  22. Cinta Matiku - 6ixth Sense (6ixth Sense / 6ixth Sense)
  23. Penakut - Yuna (Yuna / Yuna)
  24. Kisah Dongeng - Stacy (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  25. Aku Permata - Salma (Taja / Tun Teja)
  26. Sedetik Lebih - Anuar Zain (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  27. Di Penghujungnya - Iqa (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  28. Cinta Teragung - Hazama (Kuncidemak / Kuncidemak)
  29. Cinta Muka Buku - Najwa Latif (Najwa Latif / Ika Latif)
  30. Bila Bertemumu - Shiha (Ajai / Ajai)

KOmen aku:

#1: Tahniah Yuna sebab layak dengan 2 buah lagu. Mungkin kali ini 'Penakut' akan diiktiraf sebetul-betulnya? Siapa tahu?
#2: Lagu 'Awan Nano' nyanyian Hafiz adalah pencabar terdekat Yuna. Lagu ini diiktiraf sebagai Lagu Terbaik ketika Anugerah Planet Muzik 2011. Menewaskan lagu-lagu serantau lain.
#3: Dua trio layak ke AJL kali ini. Dua-dua kolaborasi ini sangat hebat.
#4: Elemen Etnik akhirnya kembali menghiasi AJL dengan layaknya lagu 'Kekanda Adinda'. Cayalah!
#5: Lagu 'Cinta Muka Buku' yang banyak dikontroversikan layak ke final; menafikan karya2 bermutu lain. Sila maklum bahawa AJL juga merupakan platform 'populariti'. Lagu CMB adalah perlu ketika AJL untuk menarik minat generasi muda yang gemar ber-muka buku.
#6: Jika susunan muzik diatur dengan sempurna, maka apa yang harus kita nanti2kan adalah persembahan 'Sungai Lui' dan 'Awan Nano'.


NUke

Well, saban tahun, peminat & pemerhati scene muzik tanahair akan menantikan penghujung rancangan  Muzik Muzik yang mula diterbitkan oleh TV3 sejak 26 tahun lalu. Sama situasinya pada kali ini, TV3 menyenaraikan 30 lagu yang layak ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu.



Tak pasti pula pada edisi ke-26 ni berapa banyak lagu yang akan dipilih ke peringkat akhir. Tapi kalau sama kuantitinya dengan tahun lepas, mungkin 14 lagu lah kot. Berikut merupakan lagu-lagu yang layak ke peringkat Separuh Akhir:-

  1. Sungai Lui - Aizat (Aizat, Anas / Aizat, Anas)
  2. Janji - Akim (Akim / Akim)
  3. Awan Nano - Hafiz (M. Nasir / Budi Hekayat)
  4. Menyesal - 6ixth Sense (Gjie / 6ixth Sense)
  5. Maaf Dari Hati - Sofazr (Mohd Atlas / Mohd Atlas)
  6. Kisah Hati - Alyah (Manusia Putih / Manusia Putih)
  7. Bagaikan Bidadari - Tomok (Aubrey Suwito / Tomok)
  8. Babak Pertama - Drama (Ammar Habir / Aepul)
  9. Perpisahan Ini - 1st Edition ft. Aizat (Erol 1st Edition / Jijo 1st Edition)
  10. Ilusi - Adira (Audi Mok / Audi Mok)
  11. Pokok - Meet Uncle Hussain ft. Nubhan (Taja / Tun Teja)
  12. Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet (Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet)
  13. Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah (Kevin Chin / Tinta)
  14. Muda - Hujan (Noh Hujan / Noh Hujan)
  15. Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol (Boy Clifford / Boy Clifford)
  16. Kurnia - Mizz Nina ft. Noh Hujan (Noh Hujan / Noh Hujan)
  17. Luar Biasa - Shahir (Audi Mok / Zelfirdaus)
  18. Karma - Faizal Tahir (Audi Mok, Faizal Tahir / Audi Mok, Faizal Tahir)
  19. Mata Hati - Nubhan (Audi Mok / Audi Mok)
  20. Kekanda Adinda - Monoloque & Atilia (Monoloque / Monoloque)
  21. Gadis Semasa - Yuna (Yuna / Yuna)
  22. Cinta Matiku - 6ixth Sense (6ixth Sense / 6ixth Sense)
  23. Penakut - Yuna (Yuna / Yuna)
  24. Kisah Dongeng - Stacy (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  25. Aku Permata - Salma (Taja / Tun Teja)
  26. Sedetik Lebih - Anuar Zain (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  27. Di Penghujungnya - Iqa (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  28. Cinta Teragung - Hazama (Kuncidemak / Kuncidemak)
  29. Cinta Muka Buku - Najwa Latif (Najwa Latif / Ika Latif)
  30. Bila Bertemumu - Shiha (Ajai / Ajai)

Kalau dilihat daripada dominasi penyanyi, yang mengungguli senarai adalah 6ixth Sense, Noh (Hujan) & Yuna, yang layak dengan 2 buah lagu.

Dari segi penggubah (komposer) dan penulis lirik... Audi Mok lebih menyerlah. 4 lagu ciptaannya (dan ciptaan bersama) layak ke peringkat Separuh Akhir kali ni.
Apa-apa pun, senarai semi finalis ni memang menggambarkan scene music tanah air sekarang ni. From love-song 'Cinta Muka Buku', to the fairy tale song 'Kisah Dongeng', lagu-lagu yang layak turut merangkumi genre rock yang 'heavy' dengan riff seperti 'Wanita Seluruh Dunia', 'Menyesal', 'Karma'; juga masih merangkumi lagu-lagu balada yang sinonim dengan Muzik Muzik; 'Sedetik Lebih', 'Beribu Sesalan', 'Kisah Hati'. Elemen Hip-Hop & Etnik juga kembali memeriahkan pentas semi final dengan lagu 'Kalau Berpacaran' dan 'Kekanda Adinda'; yang juga menampilkan lagu 'groove' 'Gadis Semasa'.

Pilihan aku? Heh. Adalah.


NUke

Tahniah kepada TV3 kerana berjaya menganjurkan Anugerah Juara Lagu yang sudah pun masuk edisi ke-25. Sememangnya harus diakui, dalam pada ramai pemerhati mengkritik hebat dengan senarai lagu yang layak ke pentas akhir, namun, masing-masing juga tertunggu-tunggu akan lagu mana yang bakal dijulang sebagai Juara Lagu; manisnya untuk edisi Jubli Perak ini - 25.



Persembahan pembukaan oleh bekas-bekas juara sememangnya mengimbau segala memori bersama AJL. Dimulakan dengan Francissca Peter yang mengalunkan lagu Sekadar Di Pinggiran, diikuti dengan Nash, Pada Syurga Di Wajahmu sebelum diakhiri dengan M. Nasir yang mendendangkan lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud dan Ghazal Untuk Rabiah. Menariknya pemilihan mereka ini sebagai pembuka tirai AJL25 mempunyai signifikan tersendiri.

Melihat kepada persembahan semua finalis yang bertanding; beberapa kesimpulan boleh dibuat. Pertama, hampir semua finalis mampu dan berjaya mengawal vokal dengan sangat baik; dan hampir sempurna. Awalnya, menjangkakan Yuna boleh mengungguli kategori itu, namun, pilihan seakan berubah-ubah kepada finalis yang seterusnya membuat persembahan. Vokal yang memang diperakui mantap dan 'most outstanding' pada malam persembahan AJL25 ialah Hafiz (Noktah Cinta), Black (Sofea Jane) dan Yuna (Cinta Sempurna). Jadi, tiada isu berbangkit apabila Hafiz dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik AJL25 memandangkan dia dengan selamba saja menyanyikan lagu itu dengan nada yang tinggi. Oh ya! Tanpa kerutan terlihat di wajahnya.

Mengenai persembahan, kita terpaksa memuji semua finalis kerana berjaya bertindak kreatif dalam penyampaian lagu. Persembahan daripada Yuna menyaksikan pentas AJL penuh dengan pokok-pokok yang tinggal ranting cuma; persembahan API dengan vokalis yang dipalit 'darah' dan juga berbalut tangan. Paling menarik adalah persembahan Hafiz yang nampak 'real' seolah-olah ditembak. Cara dia jatuh pun nampak real. Menjadikan suasana dewan sedetik cemas. Namun, kejutan yang dilakukan Hafiz kemudiannya dijamah perlahan oleh penonton yang kemudiannya khayal dengan Adira yang 'berterbangan'. Muncul pula Faizal Tahir yang diikat tangannya, dan pada pertengahan persembahan, penonton dikejutkan dengan FT yang jatuh ke dalam kolam air, semasa persembahan Hanyut. FT sebelum itu muncul bersama beberapa pelakon tanah air yang menjayakan persembahan Selamat Malam.

Keputusan tempat ketiga yang memihak kepada Noktah Cinta memang memberi sedikit kejutan kepada semua. Sebab rata-ratanya cuma dapat mengagak 2 lagu yang akan berada di kelompok teratas. Bila saja Noktah Cinta diumumkan sebagai pemenang Tempat Ketiga, masing-masing mulai berdebar. Drama King nyanyian Meet Uncle Hussain dan Black muncul sebagai Naib Juara, seperti yang diramal kebanyakkan peminat dan penonton. Lagu baik memang seharusnya berada di posisi kejayaan yang baik. Drama King sebelum ini pernah disenarai pendek dalam kategori Lagu Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-17, namun gagal.

Ramalan kini lebih tertumpu kepada Faizal Tahir atau Yuna yang diteka ramai mampu mengungguli Juara Lagu kali ini. Namun, bila saja Ally Iskandar mengatakan bahawa Juara Lagu milik seorang penyanyi yang juga penulis lirik dan komposer bagi lagu itu, maka pilihan kini hanya ada 2; sama ada Yuna, ataupun Ana Raffali.


And that's it. Ana Raffali menang! Menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku. Satu kejutan hebat buat penonton dan peminat Anugerah Juara Lagu!

Lagu dia serius sedap! Dan bila difikir-fikir semula, lagu ni memang berkualiti! What more can I say about this song?

Anugerah Juara Lagu ke-25

Vokal Terbaik: Hafiz (Noktah Cinta)
Persembahan Terbaik: Faizal Tahir (Hanyut)

Tempat Ketiga: Hafiz (Noktah Cinta)
Naib Juara: Drama King (Meet Uncle Hussain & Black)
Juara Lagu: Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku)



NUke

Mungkin sedikit terlambat untuk aku menyenaraikan lagu-lagu yang layak ke peringkat Akhir Muzik Muzik a.k.a Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25). Dalam sedar tak sedar, AJL dah nak masuk edisi ke-25. Kalau diikutkan usia, memang sudah cukup matang; baik dari segi pemilihan lagu yang layak bertanding, konsep yang akan diketengahkan, dan juga dari segi penerbitan. Itulah yang kita, peminat muzik tempatan mengharapkan dalam AJL25 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pun begitu, sebaik sahaja lagu-lagu yang layak ke AJL25 diumumkan, ada juga komen-komen daripada kalangan teman-teman yang mempertikaikan keputusan juri. Seperti biasa, bila ada saja lagu-lagu yang dijangkakan layak tetapi tidak tersenarai, maka akan ada lah rasa ketidakpuasan hati. Justeru, bibit-bibit bicara yang cuba menjejaskan AJL pun kedengaran. Saban tahun, memang isu ini tidak akan surut.

Back to the all finalist, I personally impressed with AJL yang cuba membawa kepelbagaian konsep menerusi finalis-finalis mereka. Itu sudah menjadi 'hidden trademark' AJL, yang setiap tahun memperkenalkan muka-muka baru dalam industri. Barangkali itu pengajaran yang diperoleh daripada edisi-edisi terdahulu. Masihkah anda ingat akan satu zaman di mana Dato' Siti Nurhaliza pasti akan membawa sekurang-kurangnya 2 trofi? Sehinggalah kedengaran komen-komen seperti "Asyik-asyik Siti (Nurhaliza) yang menang...". AJL memang tak pernah kering dengan kontroversi. Daripada isu pemilihan lagu 'Keliru' sebagai Juara Lagu, sehinggalah persoalan akan lagu 'Pergi' yang menafikan kualiti komposisi dan lirik 'Dan Sebenarnya'. Ke mana pula perginya Aizat untuk edisi ke 25 kali ini?

Mungkinkah Juara Lagu 25 milik Faizal Tahir?

Tahun ini, walaupun belum berlangsung lagi, AJL25 terus hangat dibincangkan. Ada yang menyatakan bahawa lagu-lagu yang layak tidak cukup 'uumph!' untuk menarik ramai penggemar muzik tempatan untuk menyaksikan AJL25. (Melainkan strategi pemasaran & pengiklanan untuk AJL kali ini betul-betul berkesan!).

Lagu-lagu yang layak ke AJL 25:-

  1. Hanyut - Faizal Tahir
  2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
  3. Noktah Cinta - Hafiz
  4. Drama King - Meet Uncle Hussain ft. Black
  5. Ku Ada Kamu - Adira
  6. Cinta Sempurna - Yuna
  7. Pelita - A.P.I
  8. Berlari - Tomok
  9. Sofea Jane - Black
  10. Mencari Konklusi - Hujan
  11. Selamat Malam - Faizal Tahir
  12. Ekstravaganza - Bunkface
  13. Jahat - Stacy
  14. Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali


Melihat sendiri senarai finalis, ada beberapa lagu yang boleh dijangka berpeluang untuk berada pada kedudukan 3 teratas. Bagi 2 kategori khas - Vokal & Persembahan Terbaik, tiada apa yang boleh dijangka memandangkan kedua-duanya bergantung sepenuhnya kepada persembahan artis pada malam pertandingan.

Perhatian pastinya tertumpu pada Faizal Tahir (sekali lagi) memandangkan 2 lagunya layak ke peringkat akhir. 'Selamat Malam' sememangnya memberikan tiket kepada FT untuk ke AJL25. Namun, dengan 'Hanyut' yang turut sama berjaya ke peringkat akhir, memberikan dan mencerahkan lagi peluang untuk FT berada di  posisi 3 teratas. Bagi penulis, 'Hanyut' memang salah satu lagu dan produk muzik tempata yang terbaik pernah dihasilkan. Tidak mudah dinyanyikan oleh sebarangan orang, lagu ini seolah-olah memberikan gambaran kepada semua bahawa 'lagu ini Faizal Tahir yang punya!', seakan-akan menjadikan signature atau trademark kepada FT.

Satu lagi lagu yang dirasakan tidak menjadikan AJL kali ini hambar ialah 'Tolong Ingatkan Aku' nyanyian Ana Raffali. Walaupun kemunculannya dalam industri muzik acapkali disamakan dengan Yuna, tetapi ternyata lagu Ana Raffali berada pada kelas tersendiri, sesuai dengan kemampuan vokalnya. Sangkanya lagunya yang lain akan layak, tetapi 'Tolong Ingatkan Aku' ini pula yang menjadi pilihan juri. Syabas! Sebab lagu ini memang layak untuk berada dalam kelompok 14 terbaik!

Jika mahu diperhatikan dari segi komposer / penulis lirik, maka individu yang paling tinggi peluangnya untuk merangkul Juara Lagu ialah Edry Abdul Halim. Daripada kesemua 14 lagu yang akan bertanding, 3 daripadanya adalah hasil ciptaan & ciptaan bersama nya. 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' oleh Shahir dirasakan perlu untuk AJL25 kerana lagu ini memang memberikan impak kepada industri muzik. Dan juga memberikan impak kepada titik permulaan seorang artis baru kelahiran Akademi Fantasia (AF). Kalau dilihat semula dalam perkembangan AF, hanya Mawi yang mampu memberikan impak dan kesan berganda pada industri muzik tempatan, dek kerana 'aura'nya dan lagu kemenangan. Perkara ini berulang kembali menerusi kemenangan Shahir. Secara peribadi, penulis menjangkakan lagu ini berada di tempat 5 teratas, dengan perasaan ragu untuk meletakkan lagu ini layak diangkat sebagai Juara Lagu. Jika betullah lagu ini diangkat sebagai Juara Lagu, macam-macam perkara juga boleh dipertikaikan; dari segi susunan muzik, struktur lagu dan lirik.

Kejayaan 'Cinta Sempurna' ke peringkat akhir melengkapkan lagi kisah gembira komposer-penulis-penyanyi Yunalis Zarai (Yuna) yang baru-baru ini dianugerahkan Ultimate Shout! Award oleh juri-juri Shout! Awards 2010. Pun begitu, peluang untuk lagu ini dinobatkan sebagai Juara Lagu mungkin tidak sebesar lagu-lagu lain memandangkan ciri dan konsepnya yang mirip 'Dan Sebenarnya' tahun lalu. Kekuatan lagu ini selain daripada struktur komposisi, adalah darisegi susunan muziknya. Kelainan lagu ini mungkin dibayangi lagu-lagu Yuna yang lain, yang sudahpun menembusi corong-corong radio mainstream, dan bukan lagi MySpace. Ya, memang kita semua senang untuk mengecam lagu-lagu ciptaan dan nyanyian Yuna, kerana vokalnya, penulisannya, dan juga komposisi lagu yang melankolik. Itulah yang menjadikan Yuna seorang penyanyi yang berbakat besar.

Perlu diingat ya, segala yang dicoretkan ini cumalah pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan pandangan semua peminat muzik tempatan terhadap AJL25.


- - Catatan daripada seorang peminat muzik tempatan.

NUke


Senarai pemenang AJL-24:-


Vokal Terbaik : Black - Aku Rindu Sayang Kamu

Persembahan Terbaik : Aizat - Kau Aku

Tempat ketiga : Faizal Tahir - Bencinta

Naib Juara : Yuna - Dan Sebenarnya

Juara Lagu ke-24 : Aizat - Pergi

--

Siapa sangka Aizat akan mengungguli AJL kali ini. Setelah dominasi selama 2 tahun berturut-turut oleh lagu indie, akhirnya kemenangan kembali berpihak kepada lagu 'balada' yg berentak slow. Pertama2nya, aku ingin sekali mngucapkan Tahniah kepada Aizat, Pete Teo & Amran Omar sbb berjaya mencatatkan kemenangan Pergi dlm AJL dan (skali lagi) memberikan impak kpd industri muzik tanah air. (Walaupun aku tau diorg takkan baca blog aku ni.. aku wish je la tahniah! Haha!!)

Apape pun, 2 drpd 3 ramalan aku tepat. Yuna memenangi tempat kedua dgn lagu bahasa Melayu pertamanya; Dan Sebenarnya. Faizal Tahir pula di tempat ketiga dengan kolaborasi hebat dirinya dengan Audi Mok yg menghasilkan lagu Bencinta.

Sebelum juara lagu diumumkan, Black terlebih dahulu menerima khabar gembira apabila lontaran vokalnya semasa menyampaikan lagu Aku Rindu Sayang Kamu diiktiraf oleh juri2 AJL24. Aizat sebelum itu juga turut memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kau Aku.

Nyatanya AJL 24 sememangnya satu acara yang paling bertuah bagi Aizat. Layak dengan 2 buah lagu; dan kedua-deuanya itu membawa tuah kepadanya. Syabas Aizat!

Dan apa yang nyatanya, kesemua finalis AJL kali ni memang hebat-hebat belaka. Bermula dengan persembahan memukau. Bagi aku, AJL edisi kali ni memang membuatkan para juri pening kepala utk decide artis mana yg layak mengungguli kategori Persembahan Terbaik. Mantap! Memang Mantap!!!

Tapi, sedikit masalah berlaku ketika kumpulan Hujan menyampaikan lagu mereka; Aku Scandal. Ade sikit tuning lari. Perasan jugak bila Noh pusing n jeling 'apsal bro?' kat gitaris lain lepas tu angkat bahu tanda 'entah'.

Faizal Tahir tampil menyanyi dengan bertongkat sebelum Shila membuat cameo di penghujung lagu...

Apa2 pun; semua lagu yg bertanding kali ni memang mantap dan hebat cumasedikit cacat disebabkan masalah2 teknikal. Dan oh! Aku rasa pengacara AJL kali ni macam serabut skit. Tak nampak ape yg dorg cuba sampaikan. Ke, aku sorg je yg rasa camtu?

But still, aku gembira sebab 2 lagu yg aku target menang, memang menang! HAhahahahaah! Takbur! Takbur! macam la aku juri!! Hhahaha..


NUke




Aku rasa ni iklan TV Malaysia yang paling best n kreatif pernah aku tengok. Ala2 iklan MTV VMA. Bagus gak la, advertisement kat Malaysia ni makin maju. Huhuhu. Ke aku sorg je rasa macam tu? Based on promotion yg TV3 buat tahun ni, aku rasa kita boleh expect somethg 'meletop' kot pada AJL kali ni. Kau rasa sapa menang?

Susah gak nak teka ni.

NUke

Sini aku senaraikan lagu2 yg layak ke final AJL24 mngikut turutan:-

1. Aku Skandal - Hujan
2. Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah
3. Aurora - Estranged
4. Bengang - Akim
5. Aku Rindu Sayang Kamu - Black
6. Dan Sebenarnya - Yuna
7. Rindu Terhenti - Tomok
8. Pakai Buang - Stacy
9. Kau Aku - Aizat
10. Pergi - Aizat
11. Situasi - Bunkface
12. Bencinta - Faizal Tahir (digantikan oleh Shila)
13. Cinta Adam & Hawa - Misha Omar
14. Masih Jelas - Hafiz

More update on AJL later.

NUke


Faizal Tahir menungguli kategori Vokal dan Persembahan Terbaik pada malam Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL 23) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi. Jeritan serta kegarauan suara Faizal telah menambat hati juri untuk memilihnya sebagai penerima Anugerah Vokal terbaik pada AJL kali ini. Persembahan unik, dengan adegan memotong rambut dan menukar baju turut menarik perhatian juri lalu turut mengungguli anugerah Persembahan Terbaik; menafikan persembahan rancak oleh Stacy (Aku Stacy), juga persembahan hebat daripada Farawahida (Persoalan Cinta) dan Aiman (Dusta Berkalang). Tahniah buat Faizal Tahir yang membawa pulang trofi dan wang berjumlah RM 10 000 bagi setiap anugerah yang dimenangi itu.

Juara kategori Etnik Kreatif milik Farawahida yang pertama kali menyertai AJL menerusi lagu ciptaan Julfekar, Ku Seman, dan Izza Rosley - Persoalan Cinta. Elemen muzik tradisi Cina yang diselitkan sememangnya berjaya mencuri tumpuan para juri dan juga penonton; disertai dengan persembahan menggunakan kipas lipat oleh para penari yang mengiringi lagu tersebut. Satu pencapaian yang membanggakan buat Farawahida dan juga komposer serta penulis lirik lagu Persoalan Cinta. Namun, kemenangan ini sememangnya tidak dijangka memandangkan kesemua lagu yang bertanding dalam kategori ini sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri.

Faizal Tahir sekali lagi menerima trofi AJL. Namun, kali ini beliau menerima anugerah Juara Kategori Balada, menerusi lagunya Sampai Syurga. Sampai Syurga merupakan lagu tulisannya sendiri, dan muzik oleh Audi Mok dan Ahmad Izham Omar, yang dimuatkan dalam album debutnya; Aku.Muzik.Kamu. kemenangan Faizal menepati jangkaan ramai dek kerana kekuatan lirik dan komposisi muziknya yang sempurna. Juara kategori menerima trofi dan juga wang sejumlah RM 12 000.

Kategori Pop/Rock sememangnya menjanjikan persaingan sihat yang sengit membabitkan 3 buah kumpulan dan 2 solo wanita. Persembahan Stacy yang mantap dan vokalnya yang hebat gagal mendapatkan perhatian yang arif. Begitu juga dengan lagu Kalis Rindu, nyanyian Elyana yang mana terdapat sedikit masalah pada mikrofon ketika persembahan berlangsung. Kemenangan berpihak kepada kumpulan indie Meet Uncle Hussain yang mempertaruhkan lagu ciptaan Taja, Tass, dan Lan iaitu Lagu Untuk Mu. Sama seperti Farawahida, kumpulan yang pertama kali menyertai AJL ini turut terperanjat dengan kemenangan mereka pada malam tadi.

Sungguhpun kategori Balada memperlihatkan penyertaan 6 buah lagu, namun, pemenang anugerah tertinggi AJL23 pada malam tadi adalah hasil ciptaan anak seni tempatan yang bertanding dalam kategori Pop/Rock. Sungguhpun mereka menjangkakan kemenangan berpihak kepada pemenang kategori Balada, namun, sebenarnya hasil ciptaan Taja, Tass, dan Lan diangkat sebagai Juara Lagu. AJL 23 yang berkonsepkan 'Iluminasi Muzik' sememangnya berjaya menampakkan kepelbagaian warna dalam seni muzik tempatan.

Kemenangan 2 tahun berturut-turut bagi kumpulan indie (AJL 22 - Estranged dan AJL 23 - Meet Uncle Hussain) ini menampakkan kematangan dan kesempurnaan hasil seni generasi muda masa kini dalam mencorak industri muzik tempatan.

AJL 23 sememangnya berjaya merampas gelaran 'AJL Terbaik' yang mana sebelum ini AJL 22 dirasakan AJL terbaik pernah dianjurkan. Biarpun tanpa persaingan nama-nama besar seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Jaclyn Victor, dan M. Nasir, namun AJL 23 sememangnya seimbang dengan penyertaan artis baru dan lama seperti Ziana Zain, Spider, Elyana, Stacy, Aiman, Faizal Tahir, Aizat, dan Meet Uncle Hussain.

Setelah menyaksikan persembahan semua peserta AJL 23, Penulis menjangkakan bahawa Vokal Terbaik dimenangi oleh Meet Uncle Hussain, dan Persembahan Terbaik oleh Stacy, namun sememangnya Faizal Tahir mempunyai aura dan kreativiti tersendiri dalam menyampaikan lagu hebatnya - Sampai Syurga yang merangkul 2 anugerah itu.

So,... apakah tajuk yang sesuai untuk artikel saya ni?

  • Super Faizal Hebat Membolot AJL23
  • Lagu Untuk Mu Sememangnya Lagu Meet Uncle Hussain
  • Indie Band Suatu Fenomena
  • AJL 23 - AJL Terbaik Dekad Ini

Hm..?


NUke





----------
:: All text written by En. Amier Mahmod ::
----------

salam.

tahun 2008 dah nak habis.. berbaki hanya 5 - 6 hari je lagi.. but entry kali ni bukan nak wrap the story yg berlaku dlm tahun ni, it just an expression that need to be expressed.

Result exam semester lpas dah pun kuar, and Alhamdulillah, aku bersyukur sgt2 pada Allah sbb memakbulkan doaku. Result aku meningkat semester baru2 ni. Okay, end of discussions.

Just now, aku bukak website Youthsays (youthsays.com), and read things related to d big event next year which is Youth'09. honestly, aku agak excited nak join event ni sebab banyak sangat xtvt.


YOUTH'09 - Malaysia's Largest Youth Lifestyle Festival


kalo nak tau lebih detail, klik la mana2 banner Youth09 yg ada kat blog aku ni okay.



Then, aku terbaca pasal muzik tempatan. One of local music fan mengeluh ttg kualiti muzik bahasa melayu yang makin kurang kualitinya sekarang ni (bak kata dia la), and somehow aku pun sedikit sebanyak setuju ngan pandangan dia.

bukan apa, aku masih ingat lagi zaman2 10 thn lpas, time aku skolah rendah, banyak lagu2 Malay yang aku leh kata jauh lagi bagus dr lagu2 skarang. cthnya lagu Aishah, Ziana Zain, lagu2 dr band2 lama mcm Headwinds, Search.. dan tak lupa gak dari M. Nasir. Bukan nak kata hasil seni diorg sekarang makin tak bagus... cuma, kureeng skit la dr segi pnggunaan bahasa tu. Maybe ni semua dsebabkan prubahan zaman..yes... and ade jugak lagu2 yg sangat berkualiti yg terhasil zaman2 skrg ni.. misalnya lagu2 beriramakan Pop dan Rock yang aku rasa rupa bentuknya mmg 360 degree punya pusing dari zaman2 dulu.

Lets compare these few songs:

Pada Syurga Di Wajahmu (Nash) & Itu Kamu (Estranged)

2 2 lagu ni pnh jadi Juara Lagu dlm AJL... basically, bagi aku la kan, lirik lagu Nash tu jauh lbh baik daripda lagu Estranged tu (no offence). But kalo dilihat dr segi muzik n guitars.. Estranged hebat jugak.. n muziknya lebih fresh. but both of them mmg rocks la..

And kalo nk dinilai dr kemampuan vokal pulak, aku leh katakan yg penyanyi time thn 80 - 90an dlu agak hebat.. zaman2 tu, sapa yg tak kenal kak Melah kita, Ramlah Ram... and aku yakin vokal Ziana Zain adalah antara vokal paling power. tak lupa gak pada Shima, Ella, Ning Baizura and Siti Nurhaliza. Most of songs zaman2 10 thn lpas byk mnguji vokal penyanyi... cthnya lagu Puncak Kasih, Purnama Merindu, Anggapanmu, and banyak lagi. But berbeza ngan zaman skarang, yang mana lagu2 baru skrng ni hanya memerlukan tahap vokal yg biasa2 je.. kot.. boleh dikatakan, lagu2 zaman skng ni, semua type suara leh nyanyi...

Then, kemunculan indie band yang sememangnya mmbawakan muzik yang lain drpd yg lain trus mewarnai industri muzik tnh air. BAnd like Meet Uncle Hussain, Hujan, and Bunk Face byk hasilkan lagu2 yg menarik n lebih segar...

most notable songs:

Pagi Yang Gelap & Dugaannya(Hujan)
Lagu Untukmu (MUH)
Silly Lily & Situasi (Bunk Face)

but still, org kita ni lebih minat kepada hasil seni muzik Indonesia.. maybe sebb komposisi muzik and word yg diorg guna dlm mnyampaikan lagu.. dengar je lah lagu2 drpd kump Ungu, Dewa... n artis mcm Ari Lasso, and Melly Goeslow.. Lirik yg diorg tulis.. peergh.. layan tu.. Siti Nurhaliza pun siap leh collaborate lagi ngan Melly utk lagunya (Pastikan). Rumors saying that Pastikan boleh diangkat sbg Lagu Terbaik waktu AIM dlu, but ia tak layak sbb ditulis n dihasilkan oleh artis indonesia. The same thing goes to Biarlah Rahsia, and recently, lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) pun terpaksa dinafikan kelayakannya menyertai Muzik2 sbb hasil dari seberang.

Tapi dalam2 diam, lagu tempatan pun dilihat makin matang. contoh terbaik yg aku leh bagi:

Sampai Syurga (Faizal Tahir)
Mantera Beradu (Malique & M.Nasir)
Sekian Lama (Siti Nurhaliza)
Kalis Rindu (Elyana)
Aurora (Estranged) <
lagu2 ni menampakkan kematangan dalam susunan muzik dan penulisan lirik. kalau ade masa, korg dgr2 la lagu2 ni.

Aku rasa itu je lah kot pendapat aku. Comments are much appreciated.


NUke

Bagi kategori Pop Rock pula, sebanyak 5 lagu layak ke peringkat akhir AJL 23 yang akan berlangsung pada 18 Januari 2009 akan datang.

LAgu2 yang layak ke peringkat akhir adalah :-

Kalis Rindu (Aidit Alfian/AD Samad/Elyana)
Lagu Untukmu (Taja & Tass/Taja, Tass & Lan/Meet Uncle Hussain)
Bukan Di Sini (Sofaz/Sofaz/Sofaz)
Yang Pernah (Estranged/Estranged/Estranged)
Aku Stacy (Intan Norul Azlin/Intan Norul Azlin & Laila Ismail/Stacy)

My Point of view:

Sememangnya saingan kategori ini sengit memandangkan 3 kumpulan bertanding dan disertai dengan dua solo wanita bagi merebut gelaran juara kategori. Dengan kehadiran indie bands, dan penyanyi yang lahir daripada program realiti, sudah pasti kesemua lagu dalam kategori ini bakal menjadi tumpuan semasa berlangsungnya pertandingan nanti.

Tahun ini merupakan tahun kedua Elyana layak ke Anugerah Juara Lagu. Sebelum ini, Elyana telah pun menyertai AJL menerusi lagunya Tak Tercapai Akalmu. Namun, kali ini, lagu ciptaan AD Samad dan Aidit Alfian sekali lagi layak ke peringkat akhir menerusi lagu Kalis Rindu. Sejujurnya lagu yang unik sememangnya sinonim dengan Elyana, bermula dengan Diriku Tapak Sulaiman, sehinggalah lagunya yang terkini, Molek. Namun, tak dinafikan lagu Kalis Rindu ni merupakan antara lagu terbaik pernah dinyanyikan Elyana. Sememangnya lagu ni layak ke peringkat akhir lalu dinobatkan sebagai Juara kategori memandangkan kedudukannya di tangga teratas selama beberapa minggu hampir di semua carta2 lagu termasukla Muzik Muzik. KOmposisi muzik yang retro dan tulisan lirik yang baik menambahkan kecerahan peluang lagu ini untuk menjadi juara kategori.

Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussain juga adalah antara lagu terbaik tahun ini. Dengan memerluakan keupayaan vokal yang tinggi dan nyaring bermula dari awal lagu sehinggalah akhir, ternyata tidak mudah bagi seseorang itu untuk menyanyikannya. Namun, Syabas buat Meet Uncle Hussain yang telah menempah tiket ke AJL 23 menerusi lagu ciptaan Taja, Tass dan Lan. Ia juga dikatakan mampu memberikan saingan yang sangat sengit kepada finalis yang lain. Dan semestinya lagu ini mmg layak untuk dinobatkan sebagai Juara kategori.

Sofaz sekali lagi layak ke AJL menerusi lagu Bukan Di Sini. Susunan muzik dan lenggok yang bersahaja mampu memikat hati juri. Ditambah dengan penulisan lirik yang sempurna dengan memberikan makna yang mendalam, semestinya menjanjikan saingan kepada finalis yang lain. Ciptaan sepenuhnya oleh kumpulan ini, mereka telah berjaya membuktikan keupayaan bakat2 muda dalam industri muzik tanah air. Syabas!


Lagu Yang Pernah, ciptaan sepenuhnya dan nyanyian kumpulan Estranged dijangka bakal memenangi kategori Pop Rock. Kenapa? Sebab lagu ini sememangnya rock, ditambah dengan vokal Rich yang mantap dalam menyampaikan lagu ini. Elemen muzik rock yang sempurna, serta lirik yang baik. Tahun lepas menyaksikan Estranged merangkul anugerah Juara Lagu, sekaligus membuka mata semua ttg keupayaan bakat2 muda, dan juga menjadi "favourite contestant" AJL (maybe TV3 jugak). Sememangnya laluan mereka untuk merangkul anugerah juara kategori ini tidak mudah, kerana kesemua finalis yang bertanding mempunyai kekuatan masing2.

Mungkin ia merupakan satu kejutan apabila Stacy layak ke AJL23 menerusi lagu ciptaan Intan Norul Azlin & Laila Ismail; Aku Stacy. Mula2 aku dengar lagu ni, takde lah sesedap mana, namun aku harus akui yang lagu ini unik dan memerlukan stamina yang tinggi bagi seseorg itu untuk menyampaikannya. Ternyata Stacy adalah pilihan yang tepat dalam menyampaikan lagu ini. Syabas buat Stacy yang baru pertama kali menyertai AJL.


etc:
Kalau korg perasan, muka Mila ketika kesemua finalis diketahui (pd mlm separuh akhir MM) agak muram dan skit mcm tak puas hati. Mila mempertaruhkan 2 buah lagu pada malam tu iaitu Mila, Bila Cinta dan Aku Lebih Tahu, yang mana aku merasakan bahawa lagu Aku Lebih Tahu itu sepatutnya layak ke akhir.

Elyana berdiri tak sampai 1minit dengan kasut tumit tingginya tu sewaktu mempersembahkan lagu Kalis Rindu. Adakah beliau akan berkasut tumit tinggi sewaktu final AJL nanti? tgkla camane.



Pilihan Aku untuk kategori ini :
Kalis Rindu (Aidit Alfian/AD Samad/Elyana)


NUke

salam.

Kategori balada pulak. Sebanyak 6 lagu layak ke pringkat akhir AJL 23, yang mana kejutan dilakukan pada separuh akhir kategori Pop Rock di mana TV3 mengumumkan kelayakan 1 lagu lagu balada yang masuk ke peringkat akhir; Dingin - Ziana Zain.

Lagu-lagu yang layak adalah:-

Hanya Di Mercu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan/Ayu)
Sampai Syurga (Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir)
Bila Nak Saksi (Tam/Loloq/Spider)
Lagu Kita (Aizat/Aizat/Aizat)
Cuba (Audi Mok/faizal Tahir/Faizal Tahir)
Dingin(Azlan Abu Hassan/Azalea/Ziana Zain)

Sememangnya hangat dan sengit jika melihat kesemua lagu yang bertanding dalam kategori ini. Dengan penambahan 1 lagi lagu yang layak, menjadikan 6 lagu kesemuanya, ini sedikit sebanyak menjadi klu bahawa lagu yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu mungkin daripada kategori ini.

My Review:

Hanya Di Mercu sememangnya salah satu lagu yang hits tahun 2008, di mana Ayu menyanyikan lagu ini dengan penuh perasaan dan harmoni. Sememangnya Habsah Hassan bijak dalam penyusunan lirik. Begitu juga dengan Aubrey Suwito yang mmg dah x asing lagi dalam dunia muzik tanahair.

Sampai Syurga merupakan salah satu lagu terbaik Faizal Tahir. Tak mustahil lagu ni diangkat sebagai Juara Lagu, kerana kedudukannya di #1 carta Muzik-Muzik selama beberapa minggu. Lirik yang bersahaja dan penuh makna, ditambah dengan komposisi muzik yang bijak. Audi Mok sememangnya bakal menjadi satu nama besar dalam industri ini. Koloborasi Audi Mok dan Faizal Tahir menjadikan lagu ini... "almost perfect".

Spider juga layak ke peringkat akhir menerusi lagu ciptaan Tam dan Loloq; Bila Nak Saksi. Kumpulan yang penah menang Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Relaku Pujuk ni sekali lagi memberi saingan dalam Juara Lagu 23. Susunan muzik yang baik dan rilex menjadikan lagu ni lebih santai di samping mmpunyai lirik yang mendalam.

Lagu Kita ciptaan sepenuhnya oleh Aizat menjadi favourite ketika malam Separuh Akhir JL23. Tak ramai artis yg juga lyricist n komposer yang layak ke AJL. Nama2 besar yg pernah masuk ke AJL adlh Yassin dan M.Nasir (2 2 pnh menang JL). Jadi, jangan terkejutla sekiranya Lagu Kita diangkat sebagai lagu terbaik 2008... sebab kalo kita perasan la kan, trend muzik sekarang ni lebih kpd indipendent muzik. kemenangan Estranged tahun lepas skit sbyk membuka mata semua tentang kehebatan bakat2 muda, ok...

Cuba (Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir). Dari segi penulisan lirik, Faizal Tahir bukanlah seorg yang baru, dia sebelum ni penah menyertai kumpulan nasyid Mirwana and tahu akan hal2 industri ini. Jujur aku katakan lagu ni tak sebaik lagu2nya yang layak ke AJL sebelum ni (Mahakarya Cinta, Kasih Tercipta, Sampai Syurga). Jadi, aku tak meletakkan harapan yang tinggi untuk lagu ni menang. But still, muzik diatur dengan baik dalam lagu ni.

Dingin nyanyian Ziana Zain mungkin bakal menghantui kita semua dek keperluan vokalnya yang perrgh.. tinggi. Sinonim dengan Ziana Zain, lagu ni sememangnya layak ke AJL kerana lagu tu sendiri mmg sedap. di tambah pulak dengan keinginan penonton untuk melihat Ziana Zain kembali beraksi di AJL setelah sekian lama sepi. Notable performance by Ziana Zain waktu AJL adalah pd tahun 1998 yang mana lagu Puncak Kasih dinobatkan sebagai juara Kategori.



Pilihan aku untuk kategori ini:
Sampai Syurga (Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir)


NUke

Salam.

Seperti yang kita semua sedia maklum, semua lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 23 telah pun diketahui.

Entry kali ni difokuskan kepada kategori Etnik Kreatif. Sama macam tahun lalu, 3 lagu telah layak ke peringkat akhir; iaitu:

Doa Dalam Lagu (Ajai/Loloq/Mawi & Heliza)
Dusta Berkalang (Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya/Aiman)
Persoalan Cinta (Julfekar, Ku Seman/Izza Rosley/Farawahida)

Yakin aku katakan yang lagu Doa Dalam Lagu menjadi tumpuan dek kerana penyanyinya yang baru je melangsungkan perkahwinan, Mawi. But, pada aku, lagu nyanyian Aiman (Dusta Berkalang) seharusnya tak dipandang remeh (cewah) sebab lagu ni mmg ada 'tarikan'nya tersendiri. Nukilan Ahmad Fedtri Yahya, dan komposer Hafiz Hamidun ini sememangnya boloeh menambat para juri, seterusnya dinobatkan sebagai juara kategori.

Farawahida mendendangkan lagu ciptaan Jufekar, Ku Seman dan lirik olh Izza Rosley menerusi lagunya Persoalan Cinta. Tak kurang hebatnya lagu ni, semestinya membuatkan saingan bagi kategori ni lebih menarik. Bersedia untuk kejutan sekiranya lagu ini dinobatkan sebagai juara kategori okay...

Kategori Etnik Kreatif menyajikan kombinasi penyayi yang seimbang. 2 solo yang terdiri daripada lelaki dan wanita, dan juga sepasang duet, lelaki dan perempuan. Timbul persoalan, adakah Mawi dan Heliza mampu menyampaikan lagu ini dengan baik, langsung memenangi kategori Persembahan Terbaik - seperti yang dimenanginya menerusi Aduh Saliha, dan Angan Dan Sedar (yang menimbulkan kontroversi)...?



Pilihan aku utk kategori ni : Dusta Berkalang (Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya/Aiman)



NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.