Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, June 13, 2015

Happy Birthday Papa.. Mama

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dua minggu dan satu minggu yang lalu.. Tanggal 1 Jun dan 6 Jun, Selamat ulang tahun kelahiran buat King dan Queen in the house, Hero dan Heroin in our heart (anak yang menyayangi Papa dan Mama). Tiada yang lebih bahagia melainkan dapat berada di sisi Papa dan Mama, melihat kebahagian yang diberikan oleh yang Maha Pencipta. Moga tiada sakit yang berpanjangan walaupun sekarang ni sudah mengambil ubat yang sepatutnya. Moga terus diberikan nyawa sehingga nafas anak mu yang terakhir. I don't think I can stand up without both of you. :(


Tiada hadiah yang istimewa yang dapat kami berikan melainkan kasih sayang. Namun dengan kasih sayang yang menggunung dalam diri kami belum cukup untuk membalas segala susah, derita, perit dan jerih dalam membesarkan kami. I know that Mum, Dad. Almost 25 years, but nothing i gave to you. Your effort, love, sacrifice was priceless. But i'm trying to make both of you happy with my  success in everything. 

Lots of LOVE. INFINITY 

Friday, December 5, 2014

Birthday Celebration si Bongsu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Adik, happy birthday to you.



Ololo so sweet lah celebrate birthday adik tahun ni. Sambut kat luar tu. And the bestnya Long balik dengan kejutan dan semata-mata nak sambut birthday Adik. No one yang tahu melainkan iolss je. Means that my parents pun tak tahu. Senyap-senyap je lepas plan g KB Mall iolss pergi amik Long kat airport. Adik yang follow sekali pun tak tahu. Bila Adik tanya, jawab "nok bowok adik g derak la, adik kae suko g derak". Haha

Hari kejadian [14/11/14], malam tu g KB Mall sebab long nak belanja KFC untuk sambut birthday adik. Before tu Long bawak g Baskin Robbin (BR) yang dalam KB Mall juga. Katanya nak beli aiskrim letak lilin bagi Adik tiup konon-konon ganti kek la [iolss adik buat kek nanti iolss buat tajuk entry lain ya]. And here without hesitate iolss tell uolss this is my first time merasa BR. Pity iolss kan. Almaklumlah aiskrim tu mahal sangat even one scoop pun. Iolss pernah janji dengan diri sendiri yang mana lepas dah dapat kerja baru nak merasa makan BR ni, tapi sebabkan birthday Adik, Long dah merialisasikan hasrat Iolss yang dah lama tertangguh ni. Hehe. Jadi bila dah dapat kerja nanti, kene cari makanan lain lah nak merasa beli dengan duit gaji sendiri. 

Weolss : one family without one member

Untuk Adik, 20 hari yang lepas genap sudah umur Adik 12 tahun. Walaupun umur Adik 20 tahun sekali pun, Adik tetap Adik. Tahniah untuk keputusan UPSR baru-baru ni. Berapa pun A's yang Adik dapat itu tak akan memberi kesan siapa adik 10 tahun akan datang. Mungkin. Usah bersedih dengan keputusan itu. Masih panjang lagi perjalanan yang Adik akan lalui andai Adik panjang umur. Ketika itu lakukan lah yang terbaik. Dunia hari ni tak akan sama dengan 10 tahun lagi. Tahun 2020 diramalkan sebagai tahun yang lagi mencabar dari sekarang. Lakukan yang terbaik untuk diri sendiri khasnya, masyarakat dan negara amnya. 

Untuk hidup di muka bumi ni satu percaturan yang kita sendiri pilih sewaktu kita ditanya di dalam rahim Ibu lagi. Jadi siapkan diri Adik untuk sesuatu yang terbaik. Allah SWT sentiasa ada untuk Adik dimana sahaja berada. Yakinkan diri denganNya. Dialah jua yang akan membantu diri Adik. 

Terima kasih Papa & Mama untuk Adik.

Kamsahamnida *_*

Thursday, February 6, 2014

Rindu RumahMu, Kasih akan KekasihMu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dari hari ke hari perasaan itu makin kuat. Apa kan daya wang belum begitu cukup untuk ke sana. Tambahan niat di hati nak bawa parents bersama. Sesungguhnya kalau sekarang ni memang wang dah cukup tanpa berlengah lagi terus cari pakej travel.

Gambar insan google

Perasaan untuk ke sana mula kuat dirasakan waktu awal tahun 2014. Ingin menjejakkan kaki kerumahMu satu impian dan hajat yang besar. Melawat kekasihMu juga satu perkara yang ingin aku lakukan. Ya Allah kau permudahkanlah jalan aku untuk melawat rumahMu, menjejaki kekasihMu. Sesungguhnya aku tersangatlah ingin kesana. Berikanlah rezeki kepada aku sekeluarga. Amin

Wednesday, February 5, 2014

Sibling Bonding

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

The happies time when all family was gathered.. Yehh..Giler engkau kalau tak gembira bila bersua keluarga. Mahu kene sumpah. Kalau jenis yang sorang dok sana sorang dok cnie, bila tatap batang hidung tu mahu melompat-lompat macam katak. Peluk ketat-ketat macam dah kene gam dengan gam gajah. Tapi tak tahulah kalau family penulis je yang macam tu.

Selepas lebih tujuh tahun penulis selalu on off dengan family, sekarang penulis lah orang yang banyak masa berada dirumah since hujung tahun 2013. Depa 3 orang iaitu kakak, adik lelaki n adik perempuan tak pernah dok jauh dengan family. Tapi start Feb 2013 kakak penulis dah mula dok jauh sebab dapat kerja kat KL. Adik lelaki pula baru Dis 2013 dok jauh sebab sambung belajar kat JB. Now only adik perempuan je belum merasa dok jauh dengan family. 


Bila ada cuti je, kami adik beradik dapat gathered semula. Tapi maklumlah cuti bukannya sebulan, dua bulan hanyalah tiga, empat hari, apa sangatlah yang boleh dilakukan bersama. Sob3x. Bila masing-masing berjauhan ni mula lah nak macam baik-baik antara satu sama lain. Kalau tak asyik ada je benda nak digaduhkan. Tapi "air dicincang tak akan putus". Malah ia makin mengeratkan lagi hubungan.

p/s ~ korang macam mana? Suka dok jauh dengan family?

Thursday, January 30, 2014

Roti Sosej Meleleh

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Bila kat rumah dan semua orang ada, mood nak memasak itu ini sangat lah tinggi. Hinggakan azam tahun ini hilang entah kemana. MasyaAllah.. Kene kuatkan hati teguhkan iman ni. hehe. 

Mood nak memasak tu ada bila kita tahu akan ada orang yang akan makan. Sebabnya sebelum ni kat rumah hanyalah ada penulis, parents n adik sorang. Bila kakak n adik lelaki nak balik mulalah tangan nie gatal-gatal nak masak. So menu baru kali ini sesuai sangat untuk dibuat breakfast dan minum petang. Tersangatlah mudah cara nak membuatnya disamping bila kita buat makanan ni, ianya boleh disimpan sejuk beku dan bila nak makan boleh terus goreng. Penuli rujuk bahan dan cara membuat Roti Sosej Meleleh nie kat blog Puan Ana. Untuk bahan-bahannya ialah pertama harus ada roti.


Roti ni penulis guna roti gardenia dan sebabkan penulis malas, tepi roti tidak dibuang. Lagi pula penulis fikir kalau buang nanti nak buat apa. Macam membazir pula kan. So penulis amik pilihan guna semua. Roti itu haruslah dicanai supaya senang untuk proses mengulung nanti.


Bahan kedua haruslah ada sosej. Nama lagi Roti Sosej wajib ler ada sosej. Kalau takde sosej or xguna sosej jangan taruk nama sosej ya. Sosej nie hendaklah dicelur dahulu. 


Untuk dapatkan hasil yang meleleh, penggunaan chesse juga wajib. Tapi cheese nie lebih kepada sampingan aje sebenarnya. Kalau ada guna. Kalau takde xpayah nak susah-susah p beli. =)


Kemudian telur. Asingkan warna telur. Bahagian kuning diguna untuk melekatkan bahagian hujung gulungan. Dah habis gulung campur bersama kuning dan putih untuk diguna sebelum proses golek-golek atas bread crumbs. 


Bread crumbs yang penulis guna. Beli di Mydin harga RM8.50. Sama jenis yang macam kat blog Puan Ana. 


Cara susunan bahan-bahan sebelum digulung. Roti yang dicanai, kemudian dihampar dengan cheese diatasnya sebelum sosej diletak. Dah ada tiga bahan tu boleh lah mengulung. Dah gulung celup dalam telur barulah golek-golek atas bread crumps. Dah siap golek-golek bolehlah digoreng.


Taraaa. Inilah hasilnya selepas dipotong dua. Yumilicious..

Friday, December 27, 2013

Menara Tinjau

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dah lama merantau dok tempat orang, balik negeri pun tak sempat nak menjelajah ke seluruh pelosok mahupun pusat bandar sendiri. Hehe. Kalau balik pun sekejap-kejap dan banyak masa berada kat rumah, masak-masak dan tengok tv. 

Rupenya kat Tambatan DiRaja yang kat pusat bandar Kota Bharu dah ada menara tinjau. Dulu kat kawasan nie kedai-kedai makan tapi sekarang semuanya dah lesap yang ada menara nie je. Tinggi juga menara nie woo, penulis dan adik penulis berkesempatan panjat menara nie. Huh nasib baik kami ni bukan pengayat orangnya. Berjaya sampai ke kemuncak. Alhamdullilah. Semput tu ada lah juga. Tapi bila turun tu yang paling best.


Banyak itu cantik pemandangan bandar Kota Bharu dari atas nie. Juga boleh nampak  itu Jambatan Sultan Ismail. Tapi dalam entry nie takde gambar jambatan la. Yang ada itu gambar ajo la. Bendera kebanggaan pun ada nampak berkibar-kibar. Hehe


Owh ya nak naik menara nie ada waktu yang ditetapkan dan ada cas yang dikenakan. Omo-omo jangan cuba nak panjat suka hati. Lagi pula pagar dia berkunci kalau bukan waktunya. Bayaran yang dikenakan takde lah mahal sangat berbanding dengan view yang kita akan dapat lihat dari atas tu. Tak salah berbelanja sikit untuk sesuatu yang boleh dikatakan menarik. Tak gitu? 



p/s ~ Sesiapa yang nak panjat leh la cabar diri. Ehh? Hehe

Sunday, December 8, 2013

Bubur asyura di bulan Safar

 Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum. .

Walaupun bulan Muharram dah 5 hari berlalu tapi masih ada lagi yang buat bubur asyura. Alhamdullilah secara tak langsung ianya menjadi rezeki buat kami sekeluarga. Sementelah tahun nie kat kampung penulis takde orang buat pun. Malah kat masjid pun takde buat. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu.


Kebetulan dah ada orang buat nie, secara tak langsung ianya telah tercipta satu pengalaman baru buat penulis iaitu menjadi salah seorang pengacau bubur asyura. Walahh sakit kepala bahu penulis walaupun takde lah lama sangat mengacau pun. Yelah bila dah nak masak tu kan, bubur asyura jadi makin likat jadi makin berat lah nak kacau. But it's ok. Dapatlah penulis bina muscle. Hehe. Dapat otot yang berketak-ketak. 

We are family. Kak long je takde dalam pic sbb dye kat KL. 

P/s  - being with family always make me happy. 


Friday, November 22, 2013

Popia Crab Stick

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari tu masa balik rumah berpeluang lah nak buat popia sendiri. Sebelum nie, masa balik rumah juga memang ada nak buat popia nie tapi sebab ahli keluarga tak cukup lengkap jadi malas nak buat. Maklumlah bila ramai-ramai bari syok nak masak n makan bersama.

Belajar buat popia crab stick nie pun dari lab assistance. Memang best lah makan sambil cicah sos. Tu yang teringin nak persembahkan kat Mama plak. Lab assistance lelaki tapi pandai masak. Tapi agak cerewek sikit la. Kalau tak kene ngan selera dye memang dye cakap je tak sedap. Aku penah sentap dengan dia. Tapi lantakkan je. Sedap ke tak sedap, nak, makan juga kan. 


Bahan-bahan nak buat popia crab stick nie simpel je. Kalau rasa nak letak-letak tak nak letak pun boleh. Tapi kalau dah nama popia crab stick xde kulit popia ngan crab stick tak jadi ya. Hehe. Bahan-bahan lain macam daun bawang, carrot, sengkuang dan mayonis.


Cara buat pula. Mula-mula crab stick tu cam biasa rebus dulu lepas tu potong kecik2. Pakai gunting lagi senang. Yang lain-lain basuh sehingga cuci n potong ikut suka. Kulit popia pula pakai yang besar tu. Sebabnya untuk senang gulung. Owh dah potong semua bahan-bahan tu, gaul sekali dengan mayonis. Nak letak garam, gula pun boleh. Tak nak letak pun boleh. Dah siap gaul leh la mula gulung. Senang je.


Nak buat besar, letak inti banyak sikit. Kalau nak dapat popia banyak boleh letak inti sikit,. Aku buat semua size-size aku sebabnya bukan nak jual pun. Nak makan bersama keluarga. So better yang besar2 la. Takdelah masa nak mengulung tu lama. Hehe. Padehal pemalas sebenarnya. 


Dapat pula makan popia bersama keluarga dengan menyaksikan alam ciptaan Allah SWT memang terbaik ah. Tenang je rasa. Bukan sokmo dapat kumpul satu keluarga sejak kakak kerja kat KL. huhu


Saturday, August 17, 2013

Contest: Family Potret Raya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



Saturday, August 3, 2013

Kalau Aku Kaya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kalau aku kaya aku tak akan susahkan orang. Semua benda aku mampu miliki dan mampu buat sendiri. Tapi itu hanyalah 'KALAU' kerana pada hakikat sebenar aku tak kaya. Kehidupan biasa-biasa. Apa yang aku nak bukan semua aku boleh dapat pada saat itu juga tapi dengan mangambil masa. 

Aku pun sama seperti orang lain teringin nak memiliki gajet-gajet canggih. Teringin nak bergaya dengan pakaian cantik-cantik. Walaupun aku sebenarnya ada duit untuk beli, tapi aku tak nak membazir untuk benda-benda macam tu. Banyak lagi perkara yang aku perlu lakukan dengan duit tersebut. Baik aku simpan. Manalah tahu tiba-tiba ada kecemasan. Kalau dengan takde duit mesti akan lagi susahkan.

Bercerita pasal duit kadang-kadang boleh buat aku emosi. Sebabnya aku belum kerja. Lepas tu sekarang tengah mengharapkan pinjaman pelajaran aku disambung kembali. Sementara menunggu untuk disambung tu aku TERPAKSA mintak duit dengan parents. Ingat aku suka sangat mintak duit ngan parents nie. Helloo pada usia sekarang dua puluh tiga nie aku yang sepatut bagi duit kat diorang bukan aku lagi pergi mintak dengan diorang. Aku pun xtahu lah kenapa orang tak faham kalau aku cakap tak nak menyusahkan parents.

Bebel panjang pasal duit kat cnie pun takde guna. Setakat untuk luahkan rasa hati boleh la. Kalau dengan harapan akan dapat duit sedebuk lepas post entry nie jangan mimpilah. Kecuali Allah SWT nak bagi rezeki. Dah kita layan dulu lagu nyayian Altimet ngan Awi Rafael ni. Diorang pun tak kaya. Sebab kalau diorang kaya mesti diorang dah buat apa yang diorang dok nyayikan nie. :)


p/s ~ kalau ada orang nak kasi pinjam duit dia pun masalah tak akan habis sampai situ sebab nanti nak kene bayar duit yang dipinjam tu. Haiyakk berhutang namanya. 

Tuesday, July 23, 2013

Berkumpul untuk berbuka bersama-sama

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hujung minggu baru nie aku cuba cari masa untuk balik ke kampung. Kebetulan pula kakak aku pun balik. Jadi disebabkan dia kene kerja dan akan balik malam raya, aku amik peluang untuk balik supaya dapatlah kami sekeluarga berbuka puasa bersama-sama. Kalau tak aku sepatut balik 1 ogos, tapi waktu tu memang takde kesempatan untuk berkumpul cukup ahli la.

Berbuka puasa dirumah sesungguhnya juadah tersangat lah banyak. Kuih muih campur yang buat dengan yang jiran tetangga bagi memang lah penuh meja. Itu tak masuk lauk pauk untuk makan ngan nasi lagi. MasyaAllah. Murah rezeki betul di bulan Ramadan nie. Alhamdullilah.


Tu tak termasuk dengan ayam golek lagi. Papa beli sempena meraikan berbuka puasa ramai-ramai. Terharu betul dengan apa yang Papa lakukan. Sebelum aku plan nak balik nie, Mama ada bagitahu sebabkan aku ngan kakak balik lain-lain, Papa ada cadang nak beli ayam golek sebanyak 2 kali. Iaitu waktu kakak aku balik dan waktu aku balik. Owh Papa Love You so muchhh la.


Dua hari berbuka dengan ahli keluarga yang cukup lengkap tersangatlah bermakna. Syukur Alhamdullilah. Kadang-kadang terfikir juga oleh aku macam mana mereka yang dah tak punyai ibu bapa menghadapi keadaan ini. Tak dapat aku bayangkan situasi itu andai terjadi kepada aku.

p/s ~ hargailah ahli keluarga sementara mereka masih ada.

Saturday, July 20, 2013

Restoran Mohd Chan, Kota Kemuning

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hujung bulan Jun baru nie, aku ada pergi rumah mak saudara yang kat Klang sana. Kebetulan tujuan g sana pun sebab nak g memborong kat Jalan Tar dan Soga. Shopping untuk raya katanya. Dan kebetulan tu juga, kakak aku dah masuk gaji dan nak belanja family mak saudara. 

Disebabkan tak berapa nak familiar sangat kat kawasan tempat tinggal mereka tu, so tempat makan tu kira diorang lah decide. Jadi Restoran Mohd Chan lah yang jadi pilihan. Rupanya Restoran Mohd Chan nie ada banyak cawangan. Yang kiteorang pergi tu kat Kota Kemuning. Restoran nie kepunyaan Cina Muslim. Nak tahu lebih lanjut leh buka web nie http://www.mohdchan.com.my/


Antara makanan pada malam itu. Makanan dia sedaplah juga. Patutlah hampir nak full house keadaan kat restoran tu. Tambahan harga makanan bagi aku ok la. Sepinggan udang butter harga RM 25 untuk 10 ekor. Harga siakap kukus tu pula RM35 kalau x silap. Dan semangkuk tomyam tu RM15. Itu pun kalau x silap. Hehe


Dan ini adalah air yang aku order. Yeh raibina laici.. Best woo.. First time minum air nie and jumpa dalam menu ada air raibina laici. Sapa nak try leh cuba buat kat rumah. 

p/s ~ bukan selalu dapat makan kat restoran nie. Kadang2 je.

Friday, July 12, 2013

Iklan Raya Samsung Malaysia

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Ini iklan raya 2013 yang pertama yang aku tengok. Dihasilkan oleh Samsung Malaysia. Dapat membuatkan air mata ini mengalir. Nasib aku baik kerana masih lagi belajar dan semestinya aku dapat pulang untuk menyambutnya bersama keluarga yang tersayang. Untuk kemudian hari tidak pula aku ketahui.

Mungkin pada ketika itu aku sudah bekerja dan tidak dapat cuti. Juga kemungkinan aku sudah berkahwin dan giliran beraya adalah rumah mak bapak sebelah sana. Huhu tidak dapat aku gambarkan bagaimana situasi itu. Mesti my parents pun akan sedih macam dalam iklan nie.

p/s ~ harapan dapat seorang 'suami' yang IC nya '03'.

Monday, June 3, 2013

Penuh Semangat

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Aku hanya punyai masa selama 60 hari lagi. Harap dengan 60 hari yang dimiliki, aku menggunakan masa itu dengan sebaik2nya. Aku harus mempunyai 'goal' yang perlu aku capai supaya aku menjadi lebih tabah dan gigih bagi mendapatkan 'goal' tersebut. Sesungguhnya aku sudah tidak tahan dan mampu lagi berada di sini.

Walaupun dikelilingi sahabat2 yang best tapi berada di sisi keluarga adalah paling best. Aku sudah tidak sabar untuk berada di sisi mereka. Membantu keluarga aku mana yang mereka perlu, juga bagi meneruskan kehidupan aku dengan mereka. Jika diizinkan Allah SWT selepas nie aku hanya ingin kerja berdekatan dengan mereka. Nanti senanglah untuk aku menjaga mereka disamping aku leh balik rumah sentiasa, makan makanan Mama yang best2. Hehe


Semoga dengan 60 hari yang dimiliki aku berusaha dengan sebaik2nya. Tidak lalai dan lara dengan apa yang aku lakukan. Terus bersemangat untuk melakukan kerja yang belum siap. Ya Allah bantulah teguhkan hati hamba Mu ini. Penuhkan hati hamba Mu ini dengan semangat dan keazaman untuk menjadi lebih baik. Sesungguhnya hanya dengan pertolongan Mu akan menjadikan aku seorang yang tabah dan kerajinan. Amin..

p/s ~ Ya Allah. Jika aku lemah dan jatuh. Kau berilah aku keyakinan untuk terus bangkit dari kelemahan aku sendiri. Bantulah aku Ya Allah. Aamiin

Saturday, March 9, 2013

Mudahkan Jangan Susahkan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hingga saat nie BB1M aku dah pun berjaya aku habiskan. Akhirnya. Tapi nilai rm250 tu tak memadai bagi aku pun. I need more. Huhu.. Banyak lagi buku2 yang aku nak tapi tak dapat beli. 


Dua biji buku dan satu pensil picit untuk mencukupkan baucer RM50. Yang nie aku beli dekat Popular. Buku lawak kampus tu bukan untuk aku, tapi adik lelaki aku yang tergedixx nak buku tu. Harganya tersangatlah mahal RM29.90. Tak de diskaun plak tu biarpun aku ada kat Popular. Buku "mudahkan jangan susahkan" tersangat lah best. Banyak kisah2 yang boleh dijadikan rujukan. So lepas nie aku memang tak akan susahkan dalam menyiapkan tesis aku. Tak nak stress dah. Nak siapkan reaction cepat-cepat. Lepas dah hantar aku nak balik rumah, tolong mama dan papa plak. Kesian mereka semenjak kakak aku berhijrah ke Kuala Lumpur nie banyak kerja@tugas sedikit tergendala.


p/s  ~ aku berjanji pada diri akan habiskan Master semester ini juga.

Monday, December 31, 2012

Bitter Sweet Twenty Twelve

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Permulaan tahun 2012 yang baik. Tiada cerita manis. Kalau ada pun mungkin xseberapa manis hingga semut nak hurung. Kalau pahit pun xseberapa pahit rasanya hingga ke deria rasa yang ke-5. 

Apa yang nak diceritakan yang pergi tak akan kembali. Yang datang silih berganti. Itulah cerita alam. Yang pergi semoga di tempatkan dikalangan para soleh dan solehah. Yang masih bernafas dan baru diberi nafas teruskan kehidupan untuk menjadi yang lebih baik. Pahit untuk dikenang kisah pemergian, tetapi rindu datang menerpa. Al-fatihah. Arwah nenek

Tahun dua puluh dua belas juga ramai kawan-kawan yang dah bernikah dan tak lupa juga yang telah mengikat tali pertunangan. Bagi yang dah mempunyai calon yang sesuai, terus jalinkan perhubungan yang lebih baik. Matlamat tidak menghalalkan cara. Please be more better than today. InsyALLAH. Gembira untuk mereka yang dah berbahagia hingga ke tarikh ini (hari ini).


Photo: Assalamualaikum ..............smoga hari ini lebih baik drp semalam..In Shaa Allah

p/s ~ miss my family..:)

Friday, December 21, 2012

Al-Fatihah :: Arwah Nenek

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita pergi. Yang dah pergi tentunya tidak akan lagi kembali. Hanya redha dan pasrah akan ketentuan ini..


 

Sedekahkan lah 'al-fatihah' buat arwah nenek ku. Hanya gambar yang menjadi tatapan aku kerana tidak berkesempatan untuk ketemu untuk kali terakhir. Last jumpa nenek masa Raya Haji lepas. Nenek pergi pada hari yang sepatutnya malam tu aku balik naik bas. Agak terkilan juga lah. Tapi Allah SWT lebih menyayanyi beliau. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. InsyAllah..

Sekarang aku dah takde nenek lagi dah. Atuk pun dah takde. Huhu sedeynya. 

p/s ~ nenek ku pergi dikala umurnya 66 tahun.

Monday, December 3, 2012

Pray For My Father Health. Aamin

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Please pray for my father. Hope everything gonna be okay. Amin.. Tomorrow or today (if u read on tuesday) is a day. My father would do endogram to know either their coronary artery blockage or not. 

Picture for today.. at hospital waiting for the treatment tomorrow 



An this picture. Last 2 month when my father rushed to the hospital after complaining of pain in the chest. At that time i was at Johor but it doesn't means i cannot going home. After my sis text me about my father's condition, i directly going to bought the bus ticket. But the trip is only at night from JB to KB. It means i must wait for many hours before departure. Oh it's to long on waiting.

p/s ~ My family is my everything. I did not have anybody else. Please pray for the safety and happiness of my family. TQ..

Saturday, November 3, 2012

crepe jagung manis

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Orang sekarang dop sibuk jangan CREPE DURIAN, aku pun nak menyibuk jugak. Tapi bukan dengan CREPE DURIAN tapi CREPE JAGUNG MANIS. Ngeh2x.. Crepe ni aku cipta berdasarkan ke'kreatif'an aku. Wahh kreatif laa sangat aku nie. Holaaa. Korang tak payah nak amik serius sangat dengan ke'kreatif'an aku tu. 

Aku terpaksa jadikan diri kreatif sebabnya musim sekarang susah nak cari durian. Lagi pun aku x berkesematan nak g pasar cari. Kalau cari kat pasar pastinya mahal harga. Jadi nak save budget juga nak cepat, aku bantai letak je apa yang ada. Dan ianya menjadi lah juga walaupun cara lipat tu tak kemas. Lagipun bukan aku nak jual, nak makan dengan keluarga je.



Leh laa tengok gambar beserta no tu.

No 1 : Adunan lempeng
No 2 : Lempeng tengah di masak
No 3 : Bahan yang diperlukan [whipping cream & jagung manis]
No 4 : Whipping cream yang dah dipukul sekuat hati. haha
No 5 : Lempeng bersama intinya
No 6 : Dah siap. Sedia untuk dimakan.

Kalau korang xtahu cam mana nak buat leh laa rujuk blog-blog ini.  Kat cnie memang detail di olah cara membuatnya. Cahaya Cintaku dan Masam Manis. Selamat membuat dan moga maju jaya.

p/s - akak aku request nak benda nie. 

Monday, October 29, 2012

Cekik Darah dan nak Mampus Cepat

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

TAK MUNASABAH!! itu sahaja yang mampu aku katakan.. Padanlah dengan tak banyak kenderaan pun parking bawah tu, rupanya mahal nauzubillah. Teruk2x. Ni nak kayo cepat ke nak mampus cepat? Takutnye nak mampus cepat je. Sebab bila dah mahal sangat, orang xkan parking dah kat c2 al kesimpulannya mampus laa nanti.


Aku dah try ejas nak kasi korang nampak juga apa yang tertulis dekat kertas tu. Tapi sebabkan cenonet je kertasnya, amik gambar plak pakai enset burok tu yang aku perjelaskan balik pe yang ditulis tu. Ko nampakkan parking untuk 18 minit dikenakan bayaran RM2.00. Tak berbaloi-baloi weii. Aku tak mengada2kan cerita tau, nie FAKTA not auta. 1st time aku parking kat c2 sebab nak tahu free ke bayar dan xnak dop pusing 2-3 kali semata-mata cari parking, nie balasan kat aku. Kalau kat Jusco kat JB xsampai sejam x bayar tau tak! Nie 18 minit woo 18 MINIT dan dikenakan bayaran RM2.

Sebabkan nak marah giler, aku xnak amik resit nak terus blah masa tu. Tapi dye suruh amik resit. Aku amik la tapi aku cakap "amik resit pun bukan leh claim kat mana2". Geram giler. Tapi xtahu laa bangla tu faham ke idok bahasa aku tu. Lantak mu la. Nie 1st time and last time aku parking kat c2. Lepas nie ko memang xkan nampak dah kereta dari family aku yang parking kat c2. So, kat korang orang kelate atau mana2 pelancong yang nak datang kelate aku syorkan xpayah la parking kat tempat nie

lokasi : bawah bangunan Parkson Kota Bharu yang berhadapan dengan Pasar Siti Khadijah

Aku yang 18 minit nie leh kene RM 2. Korang yang melancong berjam2 nak g pusing2 bandar tu entah berapa la korang kene. Semalam kete depan aku kene RM 3. Berapa lama dye parking x tahu plak aku. 

p/s ~ even aku orang kelate, aku sendiri terkena. sebab aku xpernah parking kat c2. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails