Showing posts with label Luahan hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

Moga dipermudahkan

Bismillahirahmanirahim dan AssalAmualikum.

Debaran kian terasa. Perasan gemuruh, gementar bergabung MELETUP!! Moga semuanya dipermudahkan urusan. Lagi 3hari untuk menghadap hari yang penentu segalanya. Actually penulis akan VIVA pada 20hb nie iaitu Isnin. Penulis harap reader semua doakan penulis ya. Risau plak penulis. Nak sembahyang hajat, ngaji Al-quran nak tenangkan diri tak dapat sebabnya penulis Allah Bagi Cuti. 

Ni ada doa-doa yang penulis amalkan semenjak penulis tahu yang penulis nak VIVA. 

Doa dipermudahkan pertuturan :

Doa untuk melembut hati para examiner penulis supaya dapat penerima pendapat dan cadangan penulis :

Saturday, August 3, 2013

Kalau Aku Kaya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kalau aku kaya aku tak akan susahkan orang. Semua benda aku mampu miliki dan mampu buat sendiri. Tapi itu hanyalah 'KALAU' kerana pada hakikat sebenar aku tak kaya. Kehidupan biasa-biasa. Apa yang aku nak bukan semua aku boleh dapat pada saat itu juga tapi dengan mangambil masa. 

Aku pun sama seperti orang lain teringin nak memiliki gajet-gajet canggih. Teringin nak bergaya dengan pakaian cantik-cantik. Walaupun aku sebenarnya ada duit untuk beli, tapi aku tak nak membazir untuk benda-benda macam tu. Banyak lagi perkara yang aku perlu lakukan dengan duit tersebut. Baik aku simpan. Manalah tahu tiba-tiba ada kecemasan. Kalau dengan takde duit mesti akan lagi susahkan.

Bercerita pasal duit kadang-kadang boleh buat aku emosi. Sebabnya aku belum kerja. Lepas tu sekarang tengah mengharapkan pinjaman pelajaran aku disambung kembali. Sementara menunggu untuk disambung tu aku TERPAKSA mintak duit dengan parents. Ingat aku suka sangat mintak duit ngan parents nie. Helloo pada usia sekarang dua puluh tiga nie aku yang sepatut bagi duit kat diorang bukan aku lagi pergi mintak dengan diorang. Aku pun xtahu lah kenapa orang tak faham kalau aku cakap tak nak menyusahkan parents.

Bebel panjang pasal duit kat cnie pun takde guna. Setakat untuk luahkan rasa hati boleh la. Kalau dengan harapan akan dapat duit sedebuk lepas post entry nie jangan mimpilah. Kecuali Allah SWT nak bagi rezeki. Dah kita layan dulu lagu nyayian Altimet ngan Awi Rafael ni. Diorang pun tak kaya. Sebab kalau diorang kaya mesti diorang dah buat apa yang diorang dok nyayikan nie. :)


p/s ~ kalau ada orang nak kasi pinjam duit dia pun masalah tak akan habis sampai situ sebab nanti nak kene bayar duit yang dipinjam tu. Haiyakk berhutang namanya. 

Thursday, August 1, 2013

60 hari sudah berakhir

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Masa aku post entry yang penuh semangat ada orang tanya apa yang 60 hari masa yang aku ada tu. So kat cnie aku nak buat penjelasan. 60 hari yang dimaksudkan adalah hari-hari untuk aku melengkapkan experiment aku dengan jayanya.

Hari ini secara rasminya aku dah berjaya habiskan segalanya seperti apa yang Dr nak setelah aku menerangkan apa yang dah buat dan result apa yang aku ada. Alhamdullilah Dr pun jenis yang nak suruh student dye habis cepat jadi seboleh-bolehnya dye akan minimumkan apa yang student dye perlu buat lagi. Bukan bermaksud dye menghalau student dye tapi untuk memastikan student dye GOT iaitu 'Grad On Time'. Bersyukur giler aku dapat supervisor macam Dr. 

Sebenarnya walaupun aku letak target 60 hari untuk siapkan kerja-kerja yang tergendala, dipertengahan itu aku pernah rasa 'down'. Aku jadi tak yakin yang aku dapat habiskan semua yang aku nak buat dengan instrument yang selalu rosak ditambah pula dengan 'que' yang berjela. Lagi pula keadaan reactor untuk buat reaction yang agak berserabut sebab telah di'upgrade' dan gas selalu leaking. 

sumber google

Tapi 60 hari itu hanya untuk melengkapkan kajian. Entah beberapa hari pulak untuk melengkapkan tesis. Tension.. Bukan semua reaction dan characterization dapat result cantik.. Kadang-kadang result yang dapat tak sama dengan apa yang sepatutnya. Stress!! Sometime i feel want to quit!

p/s ~ don't know how to bust it out

Monday, June 3, 2013

Penuh Semangat

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Aku hanya punyai masa selama 60 hari lagi. Harap dengan 60 hari yang dimiliki, aku menggunakan masa itu dengan sebaik2nya. Aku harus mempunyai 'goal' yang perlu aku capai supaya aku menjadi lebih tabah dan gigih bagi mendapatkan 'goal' tersebut. Sesungguhnya aku sudah tidak tahan dan mampu lagi berada di sini.

Walaupun dikelilingi sahabat2 yang best tapi berada di sisi keluarga adalah paling best. Aku sudah tidak sabar untuk berada di sisi mereka. Membantu keluarga aku mana yang mereka perlu, juga bagi meneruskan kehidupan aku dengan mereka. Jika diizinkan Allah SWT selepas nie aku hanya ingin kerja berdekatan dengan mereka. Nanti senanglah untuk aku menjaga mereka disamping aku leh balik rumah sentiasa, makan makanan Mama yang best2. Hehe


Semoga dengan 60 hari yang dimiliki aku berusaha dengan sebaik2nya. Tidak lalai dan lara dengan apa yang aku lakukan. Terus bersemangat untuk melakukan kerja yang belum siap. Ya Allah bantulah teguhkan hati hamba Mu ini. Penuhkan hati hamba Mu ini dengan semangat dan keazaman untuk menjadi lebih baik. Sesungguhnya hanya dengan pertolongan Mu akan menjadikan aku seorang yang tabah dan kerajinan. Amin..

p/s ~ Ya Allah. Jika aku lemah dan jatuh. Kau berilah aku keyakinan untuk terus bangkit dari kelemahan aku sendiri. Bantulah aku Ya Allah. Aamiin

Thursday, May 23, 2013

Sahabat

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

I was compelled to write this entry.. It is about friendship..


I don't think that i'm such a good friend. When my friend told me that i'm a good friend, i think they are lied to me. They just want me to feel relief when they say so or they just want to satirize because i did not be a good friend in fact.


If i'm a good friend, i will take care and grab some information about my friend. I will make sure that when my friend in bad condition i be polite and always ask about here. But i'm not.. I just let my friend lost direction and only have family to give support and everything. Such a bad friend right?


If i'm a good friend, i will always beside them and always lend a hand to help. I should not have  a selfish attitude. I must hang out with them. Does not have heart feeling when i being scolded because of my fault and ect.



Then too be  a good friend, you must listen to lyrics 'Sahabat' by Najwa Latif. I think you will be, but i'm not. Huhu

p/s ~ thanks for those that want to be friend with me eventhough i'm not good.

Sunday, March 10, 2013

Memberku HAWA

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Boleh dikatakan 99.9% memberku adalah HAWA dan lagi 0.1% adalah ADAM. Peratusan itu agak ketara perbezaanya kan. Tapi keselesaan dalam berkawan tak boleh menyangkal dari aku memilih HAWA sebagai memberku yang paling ramai.  


"Persahabatan membina keyakinan bila mana aku selesa bersama, setia bersama dan yang paling penting SENYUM bersama."


Mungkin ianye berbeza dengan orang lain, yang mana kaum HAWA tapi lebih selesa memilih ADAM sebagai member yang paling rapat. Itu bergantung kepada masing-masing  dalam memilih kawan.


HAWA pilihan aku sebab senang nak kongsi masalah. Aku rasa kaum HAWA pastinya mempunyai masalah yang sama dengan diri kita. Contohnya HAWA dengan boyfriendnya. HAWA sebagai anak perempuan dalam keluarga. HAWA dengan masalah 'penyakit'nya. Correct me If i'm wrong. It just about my opinion. 


Dan dalam berkawan aku tak pernah memilih siapa mereka. Orang yang tak kenal aku pasti kata aku sombong. Yehh i know that. Tapi aku bukan seperti itu. Kawan kepada kawan aku pun boleh jadi kawan aku bila kami bersama. Juga aku mengaku di sini yang aku memang garang tapi aku bukan senang2 nak marah orang macam tu aje, unless there is something that i dont like. Aku juga tahu ramai orang takut dan susah nak cakap sendiri dengan aku if there need my help. Pastinya my romate yang jadi pengantara antara kami. Sebenarnya aku terasa bila korang buat aku macam tu. Seperti aku nie buruk sangat perangainya. Hanya tahu marah orang sahaja. But its ok. Yang lepas biarkan berlalu. 

#akuyangcubaperbaikidiri


Thursday, February 28, 2013

Gemuk sihat : OK

Bismillahirahmanirahim dan Assalmualaikum..

Alhamdullilah. Peduli apa dengan orang cakap. Yang pasti tubuh badan sihat. Mulut manusia nie memang xleh nak tutup melainkan mulut tempayan. Satu lagi kalau nak mengata orang pun, plzz la tilik diri sendiri dulu. Jangan buncit pun dikatakan six pack. Kejadahnya. Buat malu tahu x..



p/s ~ biar x ramping asalkan bahagia.. Luv ur 'V'

Monday, October 29, 2012

Cekik Darah dan nak Mampus Cepat

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

TAK MUNASABAH!! itu sahaja yang mampu aku katakan.. Padanlah dengan tak banyak kenderaan pun parking bawah tu, rupanya mahal nauzubillah. Teruk2x. Ni nak kayo cepat ke nak mampus cepat? Takutnye nak mampus cepat je. Sebab bila dah mahal sangat, orang xkan parking dah kat c2 al kesimpulannya mampus laa nanti.


Aku dah try ejas nak kasi korang nampak juga apa yang tertulis dekat kertas tu. Tapi sebabkan cenonet je kertasnya, amik gambar plak pakai enset burok tu yang aku perjelaskan balik pe yang ditulis tu. Ko nampakkan parking untuk 18 minit dikenakan bayaran RM2.00. Tak berbaloi-baloi weii. Aku tak mengada2kan cerita tau, nie FAKTA not auta. 1st time aku parking kat c2 sebab nak tahu free ke bayar dan xnak dop pusing 2-3 kali semata-mata cari parking, nie balasan kat aku. Kalau kat Jusco kat JB xsampai sejam x bayar tau tak! Nie 18 minit woo 18 MINIT dan dikenakan bayaran RM2.

Sebabkan nak marah giler, aku xnak amik resit nak terus blah masa tu. Tapi dye suruh amik resit. Aku amik la tapi aku cakap "amik resit pun bukan leh claim kat mana2". Geram giler. Tapi xtahu laa bangla tu faham ke idok bahasa aku tu. Lantak mu la. Nie 1st time and last time aku parking kat c2. Lepas nie ko memang xkan nampak dah kereta dari family aku yang parking kat c2. So, kat korang orang kelate atau mana2 pelancong yang nak datang kelate aku syorkan xpayah la parking kat tempat nie

lokasi : bawah bangunan Parkson Kota Bharu yang berhadapan dengan Pasar Siti Khadijah

Aku yang 18 minit nie leh kene RM 2. Korang yang melancong berjam2 nak g pusing2 bandar tu entah berapa la korang kene. Semalam kete depan aku kene RM 3. Berapa lama dye parking x tahu plak aku. 

p/s ~ even aku orang kelate, aku sendiri terkena. sebab aku xpernah parking kat c2. 

Sunday, February 5, 2012

Sampai bila?

Assalamualaikum..

Sampai bila aku nak ada perasaan macam nie?
Perasaan benci, menyampah dan tak suka..

Sampai bila aku nak ada perasaan macam nie?
Perasaan yang buat aku macam bersalah jika aku teruskannya..

Sampai bila aku nak ada perasaan macam nie?
Apakah aku perlu jelaskan kepadanya?

Sampai bila aku nak ada perasaan macam nie?
Aku takut akan penerimaannya nanti..

Sampai bila aku nak ada perasaan macam nie?
Ianya akan terus memberi masalah kepada aku..

Sampai bila aku nak ada perasaan macam nie?
Mungkin sampai bila-bila..

p/s ~ Aku tak kuat untuk berterus terang... T_T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails