Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, January 11, 2016

Satay Baung. Sedap!!

Assalamualaikum..

Satay Ayam

Lamanya lah tak makan satay. Last makan masa raya itu hari. Tapi ehh ya ke ada makan? Rasanya macam takde. Huhu. Dulu-dulu kalau hari raya je memang akan terhidang punya satay kat atas meja, tapi zaman sekarang secucuk pun dah 80 sen (daging/ayam) takdenya orang nak hidang. 

Kebetulan kakak pun ada balik, boleh la beli makan ramai-ramai. Biasanya kalau kat Kelantan ni bila cerita satay je mesti famous satay Baung kat Pengkalan Chepa tu. Otw g amik kakak kat airport, singgah dulu beli satay. Kat tepi jalan je pun. Lepas pada jambatan tu ada stall depan rumah. Satay dia memang sedap. Nak je trus boleh pergi beli tak payah nak tempah-tempah. Tapi kalau nak sampai beratus-ratus tu kene lah booking dulu. 

Gambar insan google dr blog ni

Ayam bakar

Kakak plak ada bawa balik ayam bakar dari KL. Memang makan besar lah malam tu. Nyum3x. Sedap sangat. 

Tuesday, December 22, 2015

Kacang Pool Haji!

Assalamualaikum..

Kacang pool?? Johor?? Sangat serasi uolss. Kat JB je famous dengan kacang pool ni. Dan kat JB jugak 1st time aku makan kacang pool. Rasanya asalnya pun kat JB. Perbetulkan aku jika aku salah.

Pic kredit tu myselera

Sebelum g hantar sorang kawan naik bas kat Larkin g lah makan ABC kat medan sebelah bomba Larkin tu. Tak terfikir pun nak makan kacang pool sebab aku bukan lah pengemarnya. Tapi lama-lama tak makan teringin jugak. Sebelum balik tu aku g tapau makan kat bilik. Sebabnya pergi sana pun dah kenyang, hirup pulak ABC double kenyang kawan pun ada order tahu bakar (juga 1st time aku makan masa kat JB).

1 set RM5

Kawan aku cakap tak sedap makan sejuk-sejuk. Tapi aku belasah je bila makan waktu lapar. Hehe. Cara aku makan kacang pool ni, aku siat-siat dulu roti tu, campur sekali dengan kacang tu, gaul rata baru masuk mulut. Best!

p/s ~ Last makan kacang pool bila entah.

Wednesday, November 4, 2015

Fruity Nutella Cheese Tart

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Mengenangkan kawan yang beria2 nak makan cheese tart, aku yang gila baking ni gigih lah buat crust size 9cm. Tak pernah2 aku buat crust size besar tu tau. Dengan tak tahu sukatan yang betul memang main campak je berapa yang aku rasa nak campak. Hehe.

Nasib baik lah menjadi juga crustnya walaupun adunan tu xcukup utk cover ketinggian acuan tu. Lepas tu pulak nak buat cheese tart, cheesenya tak cari lagi. Gigih pulak aku skali lagi g teman cari cream cheese (cc) dalam hujan lebat. Park kereta pun kat OKU. Nasib lah hujang lebat sangat2. Haha. Sampai pulak kat pasaraya tu boleh plak cc takde. Menapak pulak cari kat pasarraya lain. Nasib baik kat 2nd pasar tu ada cc. Tu pun the ONE and ONLY. Memang grab cepat2. 

Maka malam tu walaupun esoknya bukan lah weekend gigih lagi baking. Kuat betul penangan cheese tart ni. Dan nasib baik aku yang g KL untuk IV ni rajin nak melayan kan. Kalau ikutkan malas memang takdenya cheese tart tu. Haha.

overall proses the making of 


Dah masak tu dalam panas2, tak sabar terus potong tau. Meleleh isi dia. Sebabnya cheese tart ni kene makan sejuk2. Baru terbaikk. Tapi sebab takde sifat sabar panas2 pun potong lah. Dan dalam masa satu hari je (esoknya) dah selamat 9cm cheese tart ni masuk perut. Haha. Jarang2 skali buat bila dapat makan tu memang terus habis lah. 

Three layer cheese tart

Ni pulak hasil baking kawan this week. Gigih lah dia buat dari crust sampai filling sndiri. Aku dah pun selamat kat KB minggu ni. Semoga ada rezeki aku utuk dpt kerja kat KL jadi leh lah merialisasikan hasrat aku dan member utk projek baking yang dirancang. 


Monday, November 2, 2015

Ber'Dip N Dip' @ IOI City Mall

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alkisahnya kakak aku (long) nak makan Dip N Dip. Kebetulan masa g KL untuk IV baru ni sempat dengan dia gaji. Makanya suka lah aku kan hehe. Sebab nak jugak merasa Dip N Dip walaupun sekali. Selalu dok tengok orang je up gambar kan. So terima kasih long sebab belanja. Nak harapkan aku memang tak dapat la. Tapi In sya Allah kalau aku dah kerja kita g makan lagi aku belanja ya. ;)


Kita belanja sekeping pic long 


Long ni kata je dok KL dah 2 tahun tapinya jarang beno nak keluar dari sarang dia kalau adik beradik tak datang KL. Nak g IOI City Mall ni sesat kau. Memang ikut waze tapi salah setting tempat. Aku tanya IOI mana dia kata IOI Mall. Maka ke Puchong lah kita. Bila dah sampai tu dia kata ehh bukan IOI ni. Jadi ber huhu lah kat situ. Rupa2nya IOI City Mall nama tempat yg nak dituju. Hari kejadian tu puasa 9 Muharram. Keluar lepas asar dah. Sampai Puchong pun dah jam 6 waktu tu. Bila search balik IOI yang nak dituju tu lagi 30 minit. Tak campur dengan gagapnya baca waze campur lagi dengan sokmo gps xdetect. Long putus asa dah, tapi aku nak jugak pergi kan. Finally we r menage to reach there. Punya lah excited kan sebab berjaya.



Dah sampai tu cari tempat lepak dulu utk bukak puasa sebabnya aku ada bawak bekal nasi goreng. Long pun ada beli roti masa singgah kat econsave. Jadi berbukalah dengan bekalan yang dibawa tu. Dip N Dip tu dessert nanti ya.

Strawberry Milkshake RM16

Brownies Crepe rm28.50

Tu je yang kami order. Share berdua. Kenyang makan nasi goreng ngan roti xhilang pun lagi. Secara keseluruhanya service terbaik. Makanan pun not bad. Yang aku dok perati orang g situ ramai yang amik satu je lepas tu share. Ada yang amik air mineral. Kami tak order lah air mineral sebab mana2 aku pergi memang aku bawa air mineral. 


Diabetis saya makan awak tau!!

Aku pilih utk duduk kat luar. Nampak tak aircond dalam gambar atas tu. Hah itu pekerja dia pasangkan. Pusing betul2 ngadap aku. Sebab tu aku kata service dia terbaik. Muhaha. 

p/s ~ setakat nak g cuba rasa boleh la. Kalau nak suruh kenyang dengan makanannya memang tak lah. Baik makan nasi or western food. 

Tuesday, August 25, 2015

Ayam Madu

Assalamualaikum..

Terpengaruh dengan sticky caramel chicken wing Mama Tisya (MT) punya, aku apa lagi cap cap cus di dapur lah buat ayam tu. Bahan utama iaitu ayam pun ada kan. Bahaya betul kan kalau dah terpengaruh ni. Tapi ok lagi lah berbanding dengan dengki mendengki tu. 

MT pakai ayam bahagian wing je, aku bantai je mana-mana bahagian ayam sebab beli sekor kan. Sonok tengok ayam MT berkilat-kilat. Ayam aku

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


HITAM LEGAM!!

Rasanya mungkin sedap. Kenapa aku cakap mungkin? Sebab aku tak makan, hanyalah tukang masak. Tak makan sebab taruk madu, kicap dan sos, aku sekarang dalam proses mendietkan diri. Sebab ayam ni letak madu aku namakan menu ni Ayam Madu.

p/s ~ nak resepi? klik je kat link atas tu

Thursday, August 13, 2015

Congo bar hangit

Bismillahirahmanirahim dan Asalamualikum..

Punya lah excited nak buat congo bar sampai up status kat twitter kan. Ye lah sbb lepas raya tak start baking lagi tu yang excited. Alih2 bila dah siap, rupa congo bar yang sepatutnya gebu gebas menjadi seperti awang hitam. Tapi sebabkan yang membuat congo bar ni perempuan jadi aku namakan dia congo bar awek hitam. :)


Dah la rupa hitam, tak masak pulak kat dalam. Hangin je satu badan rasa. Ni semua sebab salah setting oven. Ingatkan setting dia sama dengan yang sebelum2 ni, jadi takde lah nak tengok settingnya. Rupa2nya setting dah bertukar tu pasal lah jadi cam gini. Last2 kikis buang yang hangit tu, aku gaul balik sebab yang kat tengah tu tak masak, aku bakar lagi sekali. Jadi rupanya yang terbaru 

v
v
v
v
v

v
v

v
v

v
v
v

v
v
v

v
v

 


Gitu aje lah rupanya. Tapi mama kata sedap, sebabnya dia garing jadi makan tu akan bunyi kruk krak. Apa ajelah. Asalkan boleh makan takde lah kata dah hangit tu terus buang je. Zaman-zaman mata wang dah empat rata untuk 1USD ni xleh nak membazir sangat. 

P/S ~ simpan sikit untuk bawak ke pulau.. :)

Wednesday, December 17, 2014

Resepi : Mee Sup

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum

Kelate kembali dengan musim hujan. Bila dah hujan ni perut otomatik lapar je sokmo. Biar sebelum tu dah makan nasi pun. Dasyat kan. Ni semua sebab tak leh g kemana. Kalau boleh pergi, ofkos tak ingat makan dah. 

Bila sejuk-sejuk ni kita masak masakan panas lah. Maka terciptalah mee sup, iolls punya style. Bahan dan cara buat tak susah pun. Ada mee ada sayur boleh la buat. Ni iolss share cara iolss masak.

Bahan-bahannya:
1 paket mee kuning
5 ulas bawang putih - tumbuk
cili blend
udang 
sayur - kobis, sawi, carrot, tomato
sos cili, tomato, tiram
telur - 4biji
garam/gula

Cara-cara
1. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan satu senduk cili blend. Masak hingga naik minyak.
2. Masukkan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan udang dan telur. Biarkan bahan-bahan tu masak.
4. Masukkan garam/gula dan sos secukup rasa.
5. Masuukan sayur dan mee kuning.
6. Biarkan mendidih untuk seketika.
7. Sedia untuk dimakan.


Jadi ni lah rupa mee sup style iolss. Panas dari dapur. Baru lepas masak ni. Nyum3x. Sapa yang ingin mencuba sila-silakan. Iolss masak simple je.

Kamsahamnida *_*

Wednesday, December 3, 2014

Kuih Piring

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum

Kuih Piring

Uolss pernah makan tak kuih piring ni? Ioss xpernah tau pun kewujudan makanan nama kuih piring ni apatah lagi nak makan kan. Dapat kuih piring ni pun dari nenek angkat sebab dia baru balik dari Singapura. Iolss ingatkan ni makanan orang Singapura. Sekali tengok alamat, Melaka daa. Tapi yang peliknya bila pergi Melaka takde nampak pula makanan ni.  Berhenti kat RnR pun tak pernah jumpa. Ke jual kat mana je?

Bila try makan sekali kuih piring ni, perasaan dia 'Eh boleh tahan sedap juga'. Hehe. Dia ala-ala cair dalam mulut gitu. Takdelah manis sangat pun. Tapi satu yang tak gemar ialah bersepah bila makan. Habuk-habuk dia berterbangan uolss. 

Untuk pengalaman makan kuih piring ni lah kan, bila makan satu nak lagi. Aiyokk mana nak cari kalau habis nanti. Nenek angkat pagi dua peket je. Kat Kelate iolss tak pernah jumpa lagi ini kuih piring. Putu piring @ putu halba adalah jumpanya.

Kamsahamnida *_*

Sunday, November 23, 2014

Makan scone bajet orang Scotland

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Iolss masih lagi dengan entry makanan. Maaf lah kalau bosan sangat entry iolss ni. Sebabnya iolss tak g mana-mana pun. Maklumlah menganggur ni takde duit nak p sana p sini. Yang mampu hanyalah masak-masak je. Riang kan hati dengan makan. Iolsss suka!!!

Kali ni entry makanan iolss  ala-ala barat. Tengok tajuk pun mungkin dah tau kan. Makanan ni nama dye scone. Iolss idak lah tahu pasal makanan ni sebenarnya tapi sebabkan dkt IG berlambak yang iolss follow adalah bakers haruslah waktu scroll up n down tu trjumpa kan. Lepas tu iolss pun guggle lah makanan apa yang nama dia scone ni. Sebabnya iolss xpernah dengar. Guggle punya guggle ada orang kata scone ni makanan barat berasal dari Scotland [sini]. Jadi iolss nk lah cuba buat makanan barat ni. Apokah sodap sangat ke?Kalau nk g makan kat negara Barat sana iolss xmampu. Sob3x. =(


Jadi berbekalkan pada resepi yang kat sini iolss cubalah buat. Dapatlah 6 biji cam pic kat atas tu. Resepi tu takde lah iolss tiru sebijik sebijan cam yang kat iolss rejuk tu. Macam biasalah iolss suka derhaka dengan resepi. Ngeh3x. Kalau dalam resepi iolss rujuk tu dye letak date aka kurma, iolss pulak letak kismis dengan coklat chip. Sebab iolss xletak date sbb iolss malas nk potong kecik-kecik. Kalau kismin dengan coklat chip tu terus letak n gaul skali je. Hehe. =) 


Dan ini lah scone iolss. Iolss letak jem strawberry kat tengah-tengah dye. Kalau nk makan cam tu pun sodap jugak. Tapi kering sikit lah. Sapa nak cuba buat silakan. Senang aje. Scone ni makan musim-musim hujan ni menyelerakan juga. Buat untuk minum petang minum ngan teh pun sedap juga. Boleh kata makanan ni makan je bila-bila memang sedap lah. Hehe.

Kamsahamida *_*

Friday, February 21, 2014

Pisang goreng topping cheese meleleh

Bismillahirahmnirahim dan Assalamualaikum..

Bereksperimen? Ya itu lah hobi penulis sebenarnya. Kali ni penulis jadikan pisang goreng beli kat kedai sebagai bahan eksperimen. Dah lama teringin nak buat eksperimen ni tapi tak dapat arahan dari mama suruh p beli goreng pisang. Bila dah dapat arahan beli goreng pisang secara automatik jeng jeng dapat rialisasikan impian nak bereksperimen. Hehe entah apa apa kan.

So eksperimen yang penulis dah jalankan ialah pisang goreng topping cheese meleleh. Yabedabedu. Semenjak dua tiga menjak ni penulis perasaan diri ini bagaikan fall in love with cheese. Korang suka cheese tak? Okay back to my experiment. Nak jalankan eksperimen ni takde susah mana pun. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah pisang goreng dan cheese parut mozarella. Cara nak buat pun senang. Tabur cheese parut mozarella atas pisang goreng dengan secukupnya dan masukkan dalam microwave. Let it in the microwave for about 5 minutes with 400 Watt. Lepas tu dah siap boleh d makan. I guess when added something like chocolate it will more bombasticcc. 


p/s ~ cheese lover can try this

Thursday, February 6, 2014

Meroyan bila semuanya macam cantik, macam sedap je

Bismillahirahmanirahim dan Assalmualaikum..

Macam mana penulis tak meroyan nak baking hari-hari kalau tengok kat insta gambar-gambar super duper macam cantik dan macam sedap je nie. Allah sahaja yang tahu yang penulis meronta-ronta nak baking tapi sebabkan kat rumah takde orang nak makan sangat, jadi penulis terpaksa meronta-ronta dengan like semua gambar cantik-cantik ni.








I'm sure korang pun mastinya meronta-ronta nak kan. Wahhh.. Diorang boleh la nak baking hari-hari sebabnya diorang ni berniaga. Macam penulis ni nak berniaga tak boleh lah sebabnya sapa lah yang nak order ngan penulis ni. Apatah skill pun takde. Habukk aje. 

So sapa-sapa yang berminat dengan mana-mana makanan kat atas tu leh lah follow insta mereka. Pastinya korang tak akan menyesal order ngan mereka. 

p/s ~ Nekad. After convo or after my tesis's correction accepted i will bake!!

Tuesday, February 4, 2014

Cheese cake melelehhhhh!!!

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Melelelehhhh!! I likee. Penulis penah rasa yang kawan beli tapi penulis tak puas makan sebabnya penulis jenis makan banyak. Hehe. Jadi untuk dapat makan banyak penulis sendiri yang buat cheese cake meleleh nie. Aloha bukan susah sangat pun. Sonang aje.. Petik jari ia datang. Eh tipu sangat. Sapa lah nak bagi kan. 

Kawan penulis beli cheese cake satu bekas 4segi yang kecik saiznya tu RM15 engkau. Mahal macam bedil (org kelate biasa guna ayat tu bila harga yang diletak tu tak berpatutan). Dengan harga tu kalau beli yang RM5/sebekas boleh dapat 3 bekas dah. Orang nak kaya cepat, letak harga pun tak berbaloi dengan jumlah makanan. Macam mana nak dapat keberkatan dalam berniaga. Tak fikir ke keberkatan tu penting. Untung berganda-ganda tau kalau dapat keberkatan. Tak nanti jual mahal baru dapat untung. hurmm

Bahan-bahan nak buat dan cara nak buat kek coklat kat atas tu punya lah barang simple n senang. Boleh rujuk entry resepi kek doklat kukus. Yang cheese kat atas tu pula hanya 2 bahan yang digunakan iaitu cheese nama tartura sebanyak 250g dan setengah tin susu pekat. Dua bahan tu pukul bersama hingga takde yang berketul. Dah tu boleh lah curah atas kek yang dah masak. Senang bukan? Tak percaya boleh try. Lepas ni tak payah beli lagi. :)

Sunday, February 2, 2014

Ngaku goreng & sambal

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Disebabkan nak CNY, haritu muncul balik la ngaku aka arrow head ni. Penulis tak sempat nak beli awal-awal ngaku aritu sebab kene pergi JB untuk kes viva. Lagipula masa awal-awal harganya masih lagi mahal. Bila nak dekat CNY baru murah. Apa yang penulis perasaan la.

Penulis sempatlah beli sekilo setengah ngaku ni sebabnya kat Kelate takde sangat kat pasar raya. Ni pun beli kat KB Mall sebabnya penulis sedia maklum mesti orang Cina ramai shopping kat Pasific. Penulis ada tengok ngaku ni dijual di Mydin masa awal bulan satu. Tapi jumlahnya tersangat lah sedikit. Penulis tengok pun macam takde selera nak beli. Lagipula orang Melayu kita ni kalau tak di beritahu tak ramai yang tahu. Macam penulis sendiri baru tahun lepas tahu pasal ngaku ni sebabnya baca kat blog. Rasanya kalau tak membaca di blog penulis sendiri hingga ke hari ni tak tahu pun pasal ngaku ni enak dibuat kerepek. Yang pasti sebelum penulis tahu pasal boleh buat kerepek ni penulis sendiri naik heran, buah apalah yang orang Cina dok beli sampaikan 4,5 plastik penuh seorang. Hehe


Dari sekilo setengah tu dapatlah hasilkan kerepek ngaku satu bekas sederhana besar bulat dan tinggi. Punyalah orang kat rumah ni suka mengunyah, 3,4 ari lepas tu bekas tu tinggal tisu buat lapik minyak je. Adik yang balik cuti CNY dari JB tak sempat nak makan. Nak cakap enaknya kerepek ngaku. 


Dari sekilo setengah tu, simpanlah 5 biji buat kakak guna masak sambal. Asalnya dia tengok mak saudara buat ngaku sambal, tu yang dia nak try buat kat rumah plak. Hasilnya memang terbaik la. Cara masaknya sama macam buat sambal ubi taruk dengan tempe tu. Yelah ngaku ni pun sebenarnya sejenis ubi kan. Sambal ngaku boleh juga dimakan dengan nasi. Marvelous. Nak dapatkan ngaku lagi kene tunggu CNY tahun depan pula lah.

Thursday, January 30, 2014

Roti Sosej Meleleh

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Bila kat rumah dan semua orang ada, mood nak memasak itu ini sangat lah tinggi. Hinggakan azam tahun ini hilang entah kemana. MasyaAllah.. Kene kuatkan hati teguhkan iman ni. hehe. 

Mood nak memasak tu ada bila kita tahu akan ada orang yang akan makan. Sebabnya sebelum ni kat rumah hanyalah ada penulis, parents n adik sorang. Bila kakak n adik lelaki nak balik mulalah tangan nie gatal-gatal nak masak. So menu baru kali ini sesuai sangat untuk dibuat breakfast dan minum petang. Tersangatlah mudah cara nak membuatnya disamping bila kita buat makanan ni, ianya boleh disimpan sejuk beku dan bila nak makan boleh terus goreng. Penuli rujuk bahan dan cara membuat Roti Sosej Meleleh nie kat blog Puan Ana. Untuk bahan-bahannya ialah pertama harus ada roti.


Roti ni penulis guna roti gardenia dan sebabkan penulis malas, tepi roti tidak dibuang. Lagi pula penulis fikir kalau buang nanti nak buat apa. Macam membazir pula kan. So penulis amik pilihan guna semua. Roti itu haruslah dicanai supaya senang untuk proses mengulung nanti.


Bahan kedua haruslah ada sosej. Nama lagi Roti Sosej wajib ler ada sosej. Kalau takde sosej or xguna sosej jangan taruk nama sosej ya. Sosej nie hendaklah dicelur dahulu. 


Untuk dapatkan hasil yang meleleh, penggunaan chesse juga wajib. Tapi cheese nie lebih kepada sampingan aje sebenarnya. Kalau ada guna. Kalau takde xpayah nak susah-susah p beli. =)


Kemudian telur. Asingkan warna telur. Bahagian kuning diguna untuk melekatkan bahagian hujung gulungan. Dah habis gulung campur bersama kuning dan putih untuk diguna sebelum proses golek-golek atas bread crumbs. 


Bread crumbs yang penulis guna. Beli di Mydin harga RM8.50. Sama jenis yang macam kat blog Puan Ana. 


Cara susunan bahan-bahan sebelum digulung. Roti yang dicanai, kemudian dihampar dengan cheese diatasnya sebelum sosej diletak. Dah ada tiga bahan tu boleh lah mengulung. Dah gulung celup dalam telur barulah golek-golek atas bread crumps. Dah siap golek-golek bolehlah digoreng.


Taraaa. Inilah hasilnya selepas dipotong dua. Yumilicious..

Wednesday, January 15, 2014

Makanan Arab

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat walafiat. Takde demam-demam ya. Maklumlah sekarang nie macam musim denggi je. Ramai yang penulis tengok kat FB demam denggi. Hope korang semua tidak lah. Banyakkan minum air ya. Sekarang pun cuaca tak menentu. Kat negeri kelahiran penulis pun dah banjir semula. Jaga diri kerana malang tak berbau. 

Penulis nak share hari nie penulis makan makanan Arab. First time penulis rasa. Sebelum nie penulis takde pernah masuk restoran makanan Arab pun. Makan makanan arab hari ni pun bukan masuk restoran Arab tapi dimasak oleh orang Arab yang berasal dari Iraq. Beliau belajar kat Malaysia. Pelajar bawah bimbingan supervisor penulis. 


Ha ni lah juadah yang dimasak oleh Maimunah. Ada tiga jenis semuanya. Yang hujung kiri tu nasi beriani. Yang tengah tu jarjiq, dan last sekali tu dolmah. Nama makanan punyalah penulis susah nak ingat. Hehe. Asyik dok ulang tanya kawan apa dah nama makanan tu. Buat malu je. Last-last kaitkan nama makanan tu dengan sesuatu baru ingat betul-betul. Contohnya makanan jarjiq. Penulis kene ingat yang Jarjit dalam cerita Upin Ipin. Macam Dolmah plak penulis kaitkan dengan Mak Mah. Hehe gasakkan aje asalkan senang nak ingat. Malu dok ulang tanya tak ingat-ingat. :)

Review penulis pasal makanan Arab yang dimasak oleh Maimunah nie ada best ada yang tak boleh diterima oleh tekak. Yang best tu nasi beriani. Dia masak pakai herb yang memang dibawa oleh beliau dari negara beliau. Nasi beriani dia tak berminyak dan tak kering sangat. Memang lain dari yang pernah penulis makanan. Jarjit plak adalah sejenis arca sebenarnya. Ia dibuat dari campuran timun, garlic dan yogurt. Penulis boleh makan. Dolmah plak adalah nasi yang dimasak bersama jus lemon. Kemudian disumbat dalam bawang, capsicum, tomato, terong dan dibalut dengan sawi. Lepas tu kukus pula. Kat Iraq makanan ni dipanggil "Lady of the Table". Sebabkan diberi gelaran macam tu, orang perempuan yang kene habiskan dan orang lelaki tak boleh balik selagi Dolmah tak habis dimakan. Dolmah nie tersangatlah masam. Penulis makan hujung sudu je. Dah tak boleh terima oleh tekak. Owh ya Dolmah juga adalah makanan yang paling pedas bagi orang Iraq. Sedangkan bagi kita rakyat Malaysia tak rasa pun kepedasan itu. Tahap kepedasan diorang tak sama dengan tahap kepedasan kita dan mereka suka makanan yang masam-masam. Dalam masakan memang mereka suka taruk lemon.

Korang pernah makan makanan Arab yang penulis sebutkan tu tak? Kalau pernah korang boleh makan ke? Hehe.. Lepas nia Kamal, pelajar asal dari Nigeria plak nak bawa makanan dari negara beliau tapi kene tunggu wife dia datang Malaysia dulu untuk masak sebabnya si Kamal tak pandai masak. :)

Wednesday, January 8, 2014

Chicken ball dari DM

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Diam tak diam hari nie dah masuk hari ke-8 untuk tahun 2014M. Sekojap je rasa kan. Haishh masa berlalu memang tak pernah nak ucap selamat jalan. Kita yang menggunakan masa nie kena lah sentiasa sedar ya. Pesanan buat penulis juga.

Kali nie penulis nak bercerita sal chicken ball yang didatangkan khas dari DM bukan dari IKEA ya. IKEA ada meatball je. Apa itu DM? Haa DM tu ialah 'Dapur Mama'. Bukan penulis yang Mama kat situ tapi Mak penulis yang Mama kat situ. Hehe. Kesemua bahan-bahan nak buat chicken ball nie pun Mak penulis yang punya. Tapi resepi penulis yang punya.


Rupenya nak buat chicken ball nie takde lah susah sangat pun. Cuma malas ngan rajin je yang membezakan. Hehe. Kalau chicken ball senang nak buat meatball pun mesti senang nak buat kan. Udah-udah lah g makan kat IKEA tu. Kalau tak cukup sepinggan tak nak balik kan? 

Bahan-bahan nak buat chicken ball nie apa yang penting nak kene ada ayam. Takde ayam memang tak jadi chicken ball. Dah ada ayam kene ada papan pemotong sebab ayam-ayam tu hendaklah dicincang secara yang paling halus. Dah cincang seberapa banyak yang nak, taruk blackpaper sesedap hati dan garam secukup rasa. Lepas tu taruk sebiji telur kuning dan kacau hingga sebati. Telur putih jangan dibuang. Kegunaan telur putih ialah untuk mencelup ayam yang dijadikan bebola sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Bila warna dah bertukar keperangan dah boles tos dan sedia untuk dihidang. SIAP!!

Itulah dia respi chicken ball dari Dapur Mama. Selamat mencuba!!

Sunday, December 8, 2013

Bubur asyura di bulan Safar

 Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum. .

Walaupun bulan Muharram dah 5 hari berlalu tapi masih ada lagi yang buat bubur asyura. Alhamdullilah secara tak langsung ianya menjadi rezeki buat kami sekeluarga. Sementelah tahun nie kat kampung penulis takde orang buat pun. Malah kat masjid pun takde buat. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu.


Kebetulan dah ada orang buat nie, secara tak langsung ianya telah tercipta satu pengalaman baru buat penulis iaitu menjadi salah seorang pengacau bubur asyura. Walahh sakit kepala bahu penulis walaupun takde lah lama sangat mengacau pun. Yelah bila dah nak masak tu kan, bubur asyura jadi makin likat jadi makin berat lah nak kacau. But it's ok. Dapatlah penulis bina muscle. Hehe. Dapat otot yang berketak-ketak. 

We are family. Kak long je takde dalam pic sbb dye kat KL. 

P/s  - being with family always make me happy. 


Friday, November 22, 2013

Popia Crab Stick

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari tu masa balik rumah berpeluang lah nak buat popia sendiri. Sebelum nie, masa balik rumah juga memang ada nak buat popia nie tapi sebab ahli keluarga tak cukup lengkap jadi malas nak buat. Maklumlah bila ramai-ramai bari syok nak masak n makan bersama.

Belajar buat popia crab stick nie pun dari lab assistance. Memang best lah makan sambil cicah sos. Tu yang teringin nak persembahkan kat Mama plak. Lab assistance lelaki tapi pandai masak. Tapi agak cerewek sikit la. Kalau tak kene ngan selera dye memang dye cakap je tak sedap. Aku penah sentap dengan dia. Tapi lantakkan je. Sedap ke tak sedap, nak, makan juga kan. 


Bahan-bahan nak buat popia crab stick nie simpel je. Kalau rasa nak letak-letak tak nak letak pun boleh. Tapi kalau dah nama popia crab stick xde kulit popia ngan crab stick tak jadi ya. Hehe. Bahan-bahan lain macam daun bawang, carrot, sengkuang dan mayonis.


Cara buat pula. Mula-mula crab stick tu cam biasa rebus dulu lepas tu potong kecik2. Pakai gunting lagi senang. Yang lain-lain basuh sehingga cuci n potong ikut suka. Kulit popia pula pakai yang besar tu. Sebabnya untuk senang gulung. Owh dah potong semua bahan-bahan tu, gaul sekali dengan mayonis. Nak letak garam, gula pun boleh. Tak nak letak pun boleh. Dah siap gaul leh la mula gulung. Senang je.


Nak buat besar, letak inti banyak sikit. Kalau nak dapat popia banyak boleh letak inti sikit,. Aku buat semua size-size aku sebabnya bukan nak jual pun. Nak makan bersama keluarga. So better yang besar2 la. Takdelah masa nak mengulung tu lama. Hehe. Padehal pemalas sebenarnya. 


Dapat pula makan popia bersama keluarga dengan menyaksikan alam ciptaan Allah SWT memang terbaik ah. Tenang je rasa. Bukan sokmo dapat kumpul satu keluarga sejak kakak kerja kat KL. huhu


Monday, September 23, 2013

Jemput bawang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

This!! one of my 'teringin' food. haha. So simple aku kan. Makanan yang teringin tu nasib baik bukan yang mahal-mahal. Tapi kalau teringin yang mahal-mahal buat masa sekarang tak dapat lah nak penuhi. Maklumlah pelajar macam aku nie mana nak ada duit makan sesedap. Kalau orang tak belanja seperti yang kat OTWC nie takde maknanya bagi aku nak masuk. 



Nak buat jejemput nie pun xde lah nk kene kuar duit sampai berpuluh-puluh. Cukuplah dengan adanya gandum, bawang dan secukup rasa dah boleh buat. Berapa ringgit sangat lah tu. Owh aku xpakai gula tau. Langkah awal sebab aku dah tahu gula akan naik harga. Haha. Please percaya aku kelentong korang..;D


Dapat makan jemput cicoh pulak dengan sos memang terbaik. Jejemput aku nie versi sedikit penyet sebab aku masak dalam multicooker + pakai minyak sikit. Sebab tuang minyak sikit kerana pakai minyak olive. Mahal woo minyak tu. Aku asal beli minyak tu sbb nk buat spageti oglio .

p/s ~ apa lg yang aku mengidam ya? tengah fikir.. Haha



Saturday, September 21, 2013

Seekor je!!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari nie dapat makan nasi lemak orang belanja. Alhamdullilah murah rezeki sehari dua nie. Semalam pun dah ada orang belanja. Semoga Allah murahkan rezeki mereka semua.


Kisah yang 'seekor je!!' ni ialah pasal ikan bilis dalam nasi lemak yang aku makan tadi. Cari punya cari dalam sambal nasi lemak tu alih-alih ternampak lah ada ekor ikan bilis tu. Belek punya belek weii 'seekor je!!'.  Nampak tak ikan bilis dalam bulatan tu. Kah3x.. 

Takpelah seekor pun seekor la. Ada juga dari takde langsung. Aku pun dah lama teringin nak makan nasi lemak. Memang dah macam orang mengandung weii. Haha. Baru nie teringin nak makan lempeng cicah gula. Ada lagi makanan yang aku teringin. Nanti aku update lagi ya.. =)

P/S ~ 9 days to go!!! gambateeee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails