Showing posts with label Gembira. Wordless. Show all posts
Showing posts with label Gembira. Wordless. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

Sibling Bonding

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

The happies time when all family was gathered.. Yehh..Giler engkau kalau tak gembira bila bersua keluarga. Mahu kene sumpah. Kalau jenis yang sorang dok sana sorang dok cnie, bila tatap batang hidung tu mahu melompat-lompat macam katak. Peluk ketat-ketat macam dah kene gam dengan gam gajah. Tapi tak tahulah kalau family penulis je yang macam tu.

Selepas lebih tujuh tahun penulis selalu on off dengan family, sekarang penulis lah orang yang banyak masa berada dirumah since hujung tahun 2013. Depa 3 orang iaitu kakak, adik lelaki n adik perempuan tak pernah dok jauh dengan family. Tapi start Feb 2013 kakak penulis dah mula dok jauh sebab dapat kerja kat KL. Adik lelaki pula baru Dis 2013 dok jauh sebab sambung belajar kat JB. Now only adik perempuan je belum merasa dok jauh dengan family. 


Bila ada cuti je, kami adik beradik dapat gathered semula. Tapi maklumlah cuti bukannya sebulan, dua bulan hanyalah tiga, empat hari, apa sangatlah yang boleh dilakukan bersama. Sob3x. Bila masing-masing berjauhan ni mula lah nak macam baik-baik antara satu sama lain. Kalau tak asyik ada je benda nak digaduhkan. Tapi "air dicincang tak akan putus". Malah ia makin mengeratkan lagi hubungan.

p/s ~ korang macam mana? Suka dok jauh dengan family?

Saturday, September 21, 2013

Seekor je!!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari nie dapat makan nasi lemak orang belanja. Alhamdullilah murah rezeki sehari dua nie. Semalam pun dah ada orang belanja. Semoga Allah murahkan rezeki mereka semua.


Kisah yang 'seekor je!!' ni ialah pasal ikan bilis dalam nasi lemak yang aku makan tadi. Cari punya cari dalam sambal nasi lemak tu alih-alih ternampak lah ada ekor ikan bilis tu. Belek punya belek weii 'seekor je!!'.  Nampak tak ikan bilis dalam bulatan tu. Kah3x.. 

Takpelah seekor pun seekor la. Ada juga dari takde langsung. Aku pun dah lama teringin nak makan nasi lemak. Memang dah macam orang mengandung weii. Haha. Baru nie teringin nak makan lempeng cicah gula. Ada lagi makanan yang aku teringin. Nanti aku update lagi ya.. =)

P/S ~ 9 days to go!!! gambateeee

Wednesday, August 28, 2013

Sambutan Hari Lahir

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Terima kasih.. terima kasih. Tahun nie, inilah kek untuk hari kelahiran aku. Alhamdullilah kecik ke besar tak kisah sekurang-kurangnya ada yang nak meraikan. Memang berbunga-bunga je rasa hati. Tak sangka ada juga keknya untuk diambil gambar bersama. 


Sebelum nie, masa raya aku ngan kakak ada lah plan nak buat kek sendiri untuk sambut birthday semua orang sementelah mama ngan papa bulan 6, kakak ngan adik lelaki plak bulan 7 dan aku bulan 8 yang kami tak dapat nak raikan bersama. Hanya dapat bagi ucapan je. Nak peluk cium pun tak dapat sebab masing-masing jauh antara satu sama lain. Tapi yelah semua tu kan perancangan kita tapi perancangan Allah adalah lagi HEBAT. Kami tak sempat nak buat kek. Jadi takdelah kek untuk tahun nie. 


Dan menu untuk makan-makan sempena sambut burthday yang dah lepas nie ialah mee bandung. Pakai pes mee bandung muar ko.. Hehe sedap betul. Lebihan kuahnya plak aku yang bawak balik memang terbaik ah. Lagi-lagi pula mee bandung nie feveret aku. 

kad ucapan dari lab rat's

So buat lab rat's korang adalah terbaik.. Aku sayang korang ketat-ketat. We are happy family. Bravo!!!!!!


Tuesday, July 23, 2013

Berkumpul untuk berbuka bersama-sama

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hujung minggu baru nie aku cuba cari masa untuk balik ke kampung. Kebetulan pula kakak aku pun balik. Jadi disebabkan dia kene kerja dan akan balik malam raya, aku amik peluang untuk balik supaya dapatlah kami sekeluarga berbuka puasa bersama-sama. Kalau tak aku sepatut balik 1 ogos, tapi waktu tu memang takde kesempatan untuk berkumpul cukup ahli la.

Berbuka puasa dirumah sesungguhnya juadah tersangat lah banyak. Kuih muih campur yang buat dengan yang jiran tetangga bagi memang lah penuh meja. Itu tak masuk lauk pauk untuk makan ngan nasi lagi. MasyaAllah. Murah rezeki betul di bulan Ramadan nie. Alhamdullilah.


Tu tak termasuk dengan ayam golek lagi. Papa beli sempena meraikan berbuka puasa ramai-ramai. Terharu betul dengan apa yang Papa lakukan. Sebelum aku plan nak balik nie, Mama ada bagitahu sebabkan aku ngan kakak balik lain-lain, Papa ada cadang nak beli ayam golek sebanyak 2 kali. Iaitu waktu kakak aku balik dan waktu aku balik. Owh Papa Love You so muchhh la.


Dua hari berbuka dengan ahli keluarga yang cukup lengkap tersangatlah bermakna. Syukur Alhamdullilah. Kadang-kadang terfikir juga oleh aku macam mana mereka yang dah tak punyai ibu bapa menghadapi keadaan ini. Tak dapat aku bayangkan situasi itu andai terjadi kepada aku.

p/s ~ hargailah ahli keluarga sementara mereka masih ada.

Friday, July 12, 2013

Iklan Raya Samsung Malaysia

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Ini iklan raya 2013 yang pertama yang aku tengok. Dihasilkan oleh Samsung Malaysia. Dapat membuatkan air mata ini mengalir. Nasib aku baik kerana masih lagi belajar dan semestinya aku dapat pulang untuk menyambutnya bersama keluarga yang tersayang. Untuk kemudian hari tidak pula aku ketahui.

Mungkin pada ketika itu aku sudah bekerja dan tidak dapat cuti. Juga kemungkinan aku sudah berkahwin dan giliran beraya adalah rumah mak bapak sebelah sana. Huhu tidak dapat aku gambarkan bagaimana situasi itu. Mesti my parents pun akan sedih macam dalam iklan nie.

p/s ~ harapan dapat seorang 'suami' yang IC nya '03'.

Friday, May 24, 2013

Jalan - jalan Sabah Complete

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kat Kota Kinabalu kami x banyak menjalankan aktiviti pun. Tambahan pula macam xbanyak tempat yang boleh dilawati kat Kota Kinabalu nie melainkan membeli belah aje la. Then i want to summarise the place that u can visit when u was there.. Seen like i'm live there but i'm not. Haha

So for a day stay at Kota Kinabalu, we just escape to Pulau Mamutik and shopping mopping at Pasar Filipina. Aku rasa masih ada banyak lagi tempat yang menarik kat main town of Sabah nie, tapi kami tak berkesempatan untuk menjejakinya. So pity we.. Kah2x..

Then now it almost 3 month about this Sabah. I want to go there again. I want to capture the highest peak of Mount Kinabalu. Hoho..


Wednesday, May 1, 2013

Kos ke Pulau Mamutik

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Apa pasal lah aku liat sangat nak menulis kat blog sejak kebelakangan nie ha? Cerita Sabah yang 2 bulan lepas belum abis2 lagi. Sedih betul lah kan. Memang xleh nak jadi wartawan aku nie. Nanti banyak berita yang penting2 terlepas macam tu aje. Huhuhu. Membebel panjang pun xguna juga. Baik aku teruskan dengan cerita aku. 

Bila dah pergi Jesselton Point nie, xlain xbukan mesti nak pergi pulau punya. Hewhew.. Sebelum tu kene lah beli ticket dulu hokay. Bukan free nak ke sana.

Tengok punya banyak agensi yang sediakan perkhidmatan ke pulau

Tapi TARIE TRAVELS & TOURS menjadi pilihan


Dan ini adalah senarai harga untuk ke pulau-pulau yang boleh dikunjungi. Kamu membuat pilihan untuk pergi satu pulau sahaja iaitu Pulau Mamutik. Dan tujuannya untuk snorkeling. Wehuu. Total untuk ke pulau per person ialah RM46.50.

Boat rate : RM23 (1 island)
Terminal fee : RM3.50 (student)
Sewa snorkel+mask+life jacket = RM15
Bayaran masuk kat jeti pulau mamutik : RM3/person.

Waktu kami pergi ke sana jam 9 pagi then kami decide tuk balik jam 3 petang. Mak aii nak pergi snorkeling sampai 6 jam. Gilorr ke apa. Macam xnak pergi tempat lain dah amik pilihan snorkeling sampai 6 jam. Haha. 

P/S ~ nak snorkeling lagi!

Wednesday, April 3, 2013

Hashtag

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

#Birthday #friend #celebrate #created #myself #hope #like


p/s ~ Happy wednesday

Thursday, March 7, 2013

Sepilok, Sandakan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Setelah edisi singgah menyinggah kat Rumah Terbalik,Tamparuli, Ranau, dan Taman Kinabalu, Kundasang akhirnya jam 8 lebih kami dah selamat tiba kat Sandakan.  Malam ya bukan siang. Alhamdullilah. Kat Sandakan nie, kami tinggal menyewa. Iaitu menyewa bilik. Kami berempat sewa  satu bilik kat hotel tengah-tengah bandar Sandakan yang harganya RM80. Ada katil queen 1 dan katil bertingkat 1. Memadai laa untuk tido semalaman sahaja. Pagi2 dah kuar sebab banyak tempat nak g buat lawatan nie.

Pepagi tu, semestinya breakfast dulu. Breakfast tu kan wajib. Pagi tu kami breakfast cakoi yang semalam punya.  Makan dulu kat bilik, before angkut semua barang kuar. Kiranye kami terus check out pagi2 tu. Dah makan, tapi belum lagi minum. Pagi tu kami rancang nak ke Sepilok. Yuhuuu nak tengok sedara weii. On da way ke Sepilok sempat la singgah kedai pekene air panas dulu.


Nak masuk Sepilok nie kene bayar RM5/pax. Kalau nak bawak kamera pun kene bayar juga. RM10/kamera. Owh ya nak masuk dalam tu, beg nak kene tinggal kat luar. Tak dibenarkan sama sekali bawa beg. Makanan/minuman pun x dibenarkan. Nanti kat luar tu akan ada loker tuk simpan semua2 barang tu. Bayar atau tidak, tidak pula aku ketahui sebabnya kami tinggal dalam kereta beg kami. Just bawa purse, masuk dalam poket seluar aje. 


Kebetulan masa kami tiba kat sana lagi 30 minit orang2 utan nie nak makan. So berkesempatan lah kami nak negok orang utan nie. Kalau bukan masa makan, korang masuk kat dalam tu nasib baik dapat jumpa, tak nasib baik x dapat lah jumpa. Kat dalam nie bukan sahaja orang utan yang ada, monyet,beruk or babun pun ada. Aku tak pasti plak spesis mana. Hehe. Bilangan orang utan yang keluar makan tak lebih dari 10 ekor pun. Tak diketahui juga oleh aku, adakah memang tak banyak orang utan yang menghuni kawasan tu. Atau pun yang ada selebihnya memang tak nak keluar makan. Kalau nak p tengok orang utan makan, pergilah before jam 10.00 pagi kerana orang utan akan diberi makan jam 10.00 pagi.


p/s ~ Kelakar dengan kerenah orang utan masa makan. Buat semua yang pergi tengok ketawa. 

Saturday, September 29, 2012

Terbaikkk

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Tak tahu belajar. Kurang pandai usaha. Tak fasih baca sentiasa. InsyAllah. Tiada yang mudah di dunia nie. Semuanya terserlah kepada diri sendiri mahu atau tidak. Jangan jadikan setiap kesusahan yang datang itu sebagai satu alasan. Orang yang sentiasa mencipta alasan nie adalah seorang yang malas, yang tak nak berusaha, yang tak nak maju. Sedangkan jalan luas terbuka depan mata.


Rugi kalau x pandai baca al-Quran. Walaupun xberapa tahu atau memang xtahu langsung bahasa arab membuatkan kita tidak tahu maksud ayat, tapi sekurang2nye kita dapat pahala membacanya. InsyAllah. 

p/s ~ Renungan bersama. 

Saturday, September 15, 2012

Renungan dan selamat beramal

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


p/s ~ InsyAllah.. *_*

Tuesday, May 29, 2012

Smile (^_^)V

Assalamualaikum..


p/s ~ xsabar menanti hari utuk present biarpun pada hakikat sebenar masih belum sedia..

Sunday, January 8, 2012

Bakal berlalu pergi meninggalkan..

Assalamualaikum..

Bila tibanye hari Jumaat semua dah ternanti-nanti hari sabtu. Kenapa? Hari minggu datang lagi. Sebab hari sabtu leh berjimba-jimba, leh main-main. Hari minggu kan xkan nak study, wat kerja macam hari-hari lain. Kena lah rest otak juga sebab hari-hari lain dah macam-macam kerja kene buat. 

Tapi bila hari sabtu dah berlalu, takpe masih ada hari Ahad. Leh layan tv plak tengok drama, cite apa yang ditayangkan. Tak pun layan Ombak rindu or anything else yang menghiburkan. Bila aje bulan memancarkan cahayanya, matahari pula menghilangkan sinarnya baru terasa ehhh esok dah hari Isnin laa. Banyak keje aku tak buat lagi nie. Macam mana nie? Nak buat yang mana satu? Hah sudah, sempat siap tak nie? Alamak nanti bos marah. Aarghh tension!!

Korang ada x macam tu? Jangan tipu, jangan tipu. Kalau ada yang tak macam tu jarang sangat laa wei. Sebelum tiba hari minggu yang next minggu tu pun korang dah tentu dah plan macam -macam kan? Nak g situ, sini kan? Alaa sama lah cam aku juga. Hehe. 



p/s ~ hari nie dah ahad, esok Isnin yaa. Jangan lupa..Ada keje? Wat cepat!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails