Pages

Showing posts with label Umrah Tanpa Agent. Show all posts
Showing posts with label Umrah Tanpa Agent. Show all posts

Friday, December 18, 2015

Travelog Umrah DIY



RM25

Travelog Umrah DIY : Merungkai Rindu.

Jeddah – Makkah – Ta’if – Madinah

Tempoh: 14 hari
Kos: RM2000++
Jarak hotel ke Masjidil Haram : 180m
Jarak hotel ke Masjid Nabawi: 50m

Subhanallah,  Alhamdulillah, Allahuakbar.

Terima kasih kepada pembaca-pembaca blog ini yang memberi inspirasi kepada penulisan buku ini. Akhirnya, buku ini berjaya dipasarkan. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal tetamu Allah.

Untuk tempahan:
Email: travelogumrahdiy@yahoo.com.
Tel: 04-5758911

Sinopsis:

Rindu bertamu.. Nekad untuk merungkai rindu berada di Baitullah dan Bumi Haramain, kurang setahun selepas umrah ziarah kali pertama, dengan izin Allah penulis berada di sini lagi. Tabarakallah.
Kali ini pergi menunaikan umrah secara DIY tanpa menggunakan agensi pelancongan. Berserah dan bertawakkal hanya padaNya.
Ikuti pengalaman penulis selama 14 hari dan tip-tip menunaikan umrah secara perancangan sendiri; dari tempahan tiket penerbangan, hotel, visa dan pengangkutan.

Dengan kos RM2000++ …


Jemput like Facebook page:
Travelog Umrah DIY

Friday, March 7, 2014

Umrah 2013/2014 - Madinah

Assalamua Alayka by Maher Zain aptly describes my feeling when visiting Madinah. Bila dengar lagu ni je mesti rasa syahdu je..




Kami bertolak dari Makkah ke Madinah selepas zohor pada hari Khamis 9 Jan. So, buat tawaf wida' lepas breakfast. Pihak hotel Nawazi Ajyad pun baikhati je bagi kami late check out untuk solat zohor kat bilik dulu.

Monyet- monyet ni boleh duduk kat tempat kering kontang ni antara Makkah - Madinah


Kali ni dapat driver yang boleh cakap english. So, tak de lah boring perjalanan kami. I noticed Arab drivers ni, tasbih sentiasa ditangan. Diorang juga sangat hormatkan bacaan alQuran. Bila tengah pasang CD bacaan alQuran, when they needed to eat or drink, they would pause the recitation. Lepas makan & minum, baru buka balik bacaan AlQuran. Subhanallah..AlQuran kan bahasa diorang. Kalaulah kita boleh faham alQuran tu, may be we would do exactly that & better..

Sampai di Madinah dah masuk maghrib. Kami check in kat Hotel Elaf Taiba. Sangat dekat dengan masjid Nabawi. Fast & efficient check in. Lepas membersihkan diri, kami ke masjid Nabawi untuk solat isyak.

Masjid Nabawi dari Elaf Taiba



Kami berada di Madinah selama 4 hari 3 malam. Sempat ziarah Madinah. Tempat-tempat yang biasa pegi i.e Masjid Quba' & Bukit Uhud. Kali ni Hubby & I panjat bukit pemanah. Masa pegi dulu mutawif kami tak bagi panjat. Takut lambat kut.

Masjid Quba'


Atas Bukit Pemanah



Perkuburan Para Syuhada Uhud



Sehari sebelum balik, Hubby & I pusing2 Masjid Nabawi. I don't know why we did't have time for that when we were in Madinah the last time. Kali ni kami ke perkuburan Baqi'. Lama jugak stay kat sini.




Kami ke Sokaifat Bani Saedah yang I teringin sangat nak pegi on the last day. Rupa-rupanya kat bawah hotel kami je. Cantik & nyaman je dalam ni. I nak ke sini sebab sejarah dia.




Kami meninggalkan bumi Madinah pada Ahad 12 Jan. Hati sangat sebak selepas ziarah widak pagi Ahad tu. I pegi raudhah sorang pagi tu. Kalau tunggu ikut group Malaysia / Indon memang lambatlah. So, I menyelit dengan first group yang masuk raudhah. Of course la group Arab kan..Alhamdulillah, walaupun bersesak, yang penting dapat mengucapkan selamat tinggal di Makam kekasih Allah & dapat solat di raudhah..

Ya Allah, berikanlah kami ruang & peluang menjadi tetamuMu lagi..Aameen..

Dapatkan buku Travelog Umrah DIY

Wednesday, February 19, 2014

Umrah 2013 / 2014 - Taif

Taif sebenarnya tiada dalam itinerary kami untuk umrah kali ni. Idea ke Taif datang semasa kami dalam perjalanan untuk miqat di Taneim menaiki teksi. Kebetulan driver teksi dari Pakistan tu boleh cakap english. Saja survey harga ke Taif. Dia kata dia boleh ke Taif. Kami rasa rate ke Taif sangat reasonable.

Hajat hati juga nak menunaikan hasrat Mak ke Taif. Mak pergi umrah kali ni pun sebab dijanjikan Travel Agent yang dia ikut untuk ke Taif. Bila sampai di Makkah tengok2 tak de dalam itinerary mereka. By the way, Mak tak ikut kami untuk umrah diy ni sebab belum yakin dengan cara ni.hehe.. Now, she's convinced. Siap cakap nak ikut kami the next time kami pegi..;-)

Back to cerita Taif, selepas ziarah Makkah kami, kami tanya Sultan ( our driver ) boleh tak ke Taif & berapa rate. Tengok2 dia boleh bagi the same rate. Dia bawak innova. Teksi diver pakistan tu muat 4 orang je. So, memang better ambik Sultan ni. Lagi pun selalunya kat check points diorang tak kacau driver Arab ni.

Then, somebody told us that nak ke Taif tak boleh guna visa umrah. Visa umrah valid untuk ke Jeddah, Makkah & Madinah je. But when we asked Sultan about this, he said " la' musykil". No problemo la tu...:D

Taif tak de apa yang special sangat. Cuma sejukk je. Ala2 Cameron Highlands. Masa kami pegi hujan la pulak. So, we couldn't see much. Siap ada sessi belajar bahasa Arab dengan Sultan. Ada potential mutawif tu siap jotted down everything..hihi..

Sejukk



According to Sultan, Kalau tak hujan, dalam perjalanan ke Taif tu boleh nampak Makkah. Taif ni kan highlands. By the time we reached Taif & pusing2 pekan Taif yang kecik tu, kami dapat berita tak boleh turun dari Taif. Jalan ditutup sebab kabus tebal. Banyak accidents. Dah kami stranded kat Taif.

Ni le Sultan( berjubah putih ), our driver yang sangat best. Kereta dia kena langgar pun boleh senyum lagi..




Bila musim panas di Arab Saudi, ramai Arabs datang ke Taif untuk lari dari panas terik. Hari tu before kami pergi, pernah heboh turun salji kat Taif. Tapi bila kami sampai di situ dapatlah jugak tengok baby salji haha..Dah sejuk & berkabus sangat kan, habis bulu mata diselaputi kabus. Dah ala2 salji le pulak..



Dalam pukul 3pm jugaklah baru jalan keluar dari Taif dibuka. Sepanjang jalan balik tu banyak jumpa ladang unta & kebun sayur. Oh ye, kami pergi jalan lain, balik ikut jalan lain. Pergi sejam je. Balik jadi 2 jam.


Kami sempat jugak singgah pekena nasi unta. Rupa2 nya unta ni berlemak betul.. Setalam nasi unta SR40. Si Sultan ni malu dengan kami nak makan sorang2 setalam. Dia share dengan hubby..hehe..



Umrah 2013 /2014

Umrah kali ni memang ramai betul orang. Menurut sumber dari kedutaan Malaysia di Arab Saudi, baru sebulan visa umrah dibuka, lebih 30K rakyat Malaysia telah datang menunaikan umrah.

Masa ni tak ramai orang. Masa tengah tawaf macam boleh cium rukun yamani & sentuh hajar aswad. Sabar.. habis tawaf dah ramai orang..:-(


Tersangat padat dengan jemaah. Memang tak de chance nak solat sunat tawaf kat belakang Makam Ibrahim.


Since our hotel dekat dengan jambatan ke first floor masjidil haram, most of the time I prayed on the first floor. Sekali sekala ke basement.

First floor Masjidil Haram


Dulu lepas tawaf dapat solat di belakang Makam Ibrahim. Kali ni terpaksa solat nun di pinggir dataran tawaf menghala ke sai'e. At one time I terpaksa tawaf kat pinggir dataran tawaf kerana kesesakan jemaah. Kesian kat orang-orang tua yang ditolak dan dirempuh.

Alhamdulillah, dalam ramai jemaah, masih berpeluang masuk ke Hijir Ismail. Kali ni ada sekatan tali di tengah. Lelaki solat di sebelah kiri dan perempuan di sebelah kanan. InshaaAllah kalau berhajat masuk ke hateem, beratur je untuk masuk.

I tried once untuk kucup hajar aswad. Tapi kerana rempuhan manusia, terpaksa berundur. Sempat usap dengan tangan je. Balik je sakit badan kena tolak. Tu pun hubby kawal dari belakang. Waktu ni dah ada ulat2 indon yang ambil upah untuk kucup hajar aswad. Siap ada wanita lagi.. So, be careful. Jangan ikut diorang kecuali bersedia membayar upah SR beratus bahkan beribu. I ni bila diorang tanya nak kucup tak? I jawap le " free nak la.." haha..

Bila teringin nak tengok imam, kami tunggu dia kat bawah jambatan kat pintu bilal right after solat. Dia akan lalu situ. Then baru jenazah-jenazah diusung. Ada le a few times I tunggu kat situ..:-)

Imam-imam Masjidil Haram dikawal ketat..



Jemaah berebut-rebut mengusung jenazah


Sa'ie telah dibuka kat tingkat 1 & 2. Tapi I lagi suka kat bawah sekali sebab boleh duduk kat bukit marwah selepas habis sai'e. Kalau ikut hubby dia suka kat first floor. Nak tolak wheelchair kat sini lagi sesuai sebab tak perlu naik bukit.

Ke Bukit Safa


Marwah - Tempat I dok berdoa lepas sai'e


First Floor Sa'ie yang lengang


I cuma ikut hubby & MIL sekali je tawaf kat mataf. For me feel dia lain sebab tak dapat tenung kaabah. Terlindung dek tembuk berlubang. Lampu hijau je penanda penjuru hajar aswad. Kat mataf ni memang lengang sebab dihadkan untuk jemaah yang guna wheelchair. Memang selesa tawaf sini eventhough jauh sikit. Tapi kita datang bukan untuk bersenang- lenang. Walaupun sesak di dataran tawaf, I lagi suka kat situ. Tawaf sendirian.. mengadu & berdoa kepadaNya.

Kali ni kami ke Taneim naik teksi je. SR50 per taxi. Kalau nak murah boleh naik bas saptco. SR2 je. Van SR5. Tapi kat Ibrahim Al Khalil Road. Since kami duduk area ajyad, jauh le nak ke sana.

Masjid Tan'eim yang tak berubah


Menginap di hotel yang sama dengan kami. Cuba teka sape? :-)


In Makkah I gathered with my loved ones. Mak, Ayah & Pak Kechik yang berlepas pada 29 Dec 2013 & My sis Ila & family yang bertolak pada 28 Dec. Happy sangat dapat bersama-sama menjadi tetamuNya. 

My beloved Mak. 2x berturut2 dapat bersama-sama Mak ke rumah Allah ini. Syukur dengan perancanganNya..


3 Mak bersama2 anak menantu.We were the lucky ones. Alhamdulillah..



Rindu ke sini lagi..


Sunday, February 16, 2014

Pengalaman Umrah Tanpa Agent - Ziarah Makkah

Kami berenam dibawa ziarah sekitar Makkah. Ni untuk memberikan pengalaman untuk MIL & Syukur yang kali pertama menunaikan umrah.

Driver kami untuk ziarah Makkah adalah Sultan. Baik betul dia ni. Di jamrah, dia siap minta permission dari guard untuk kami masuk ke jamrah Kubra. Kat dalam jamrah ni hanya kami berenam je, tapi alunan al-quran kedengaran berkumandang kuat melalui loudspeaker.

Jamrah





Di Jabal Nour, kami dibawa ke kaki gunung. Tinggal nak panjat je..:p Tapi, tak panjat pun.. Puashati la jugak sebab the last time i was here, I could only see from afar. To be exact, across the road.

With my beloved sis, Ila



Di Jabal Rahmah, kami memanjat hingga ke puncak. Ada orang tu yang sakit lutut tu pun boleh pulak panjat. Jangan doa yang bukan-bukan dah lah..;-) The last time I panjat separuh je dengan my nephew Ismadi. Ni kes tersilap jalan sebab konon2nya tak nak berebut dengan orang.  Hubby langsung tak teringin nak panjat masa tu. This time dia panjat mungkin semangat sebab ada biras dia kut..haha.. Ibu2 mertua hanya tengok kami panjat dari dalam kereta je..

Beras kamceng..:p


Jabal Rahmah


Then, Syukur requested kat Sultan nak beli air zam zam. Tak sangka pulak dia nak bawak kami ke Zam Zam Distribution Centre. Murahnya.. Sebotol SR5 je.. Siap ada office untuk pos lagi. Tapi masa kami pegi tu tutup pulak office tu. Sultan dengan baikhatinya tolong kami belikan zam zam. Kalau tak, mungkin lambat le nak dapat. Pak2 Arab ni kan utamakan bangsa dia dulu..

Zam Zam Distribution Centre


Office untuk tujuan postage





Dah penat berjalan, lapar la pulak. Sebelum tu miqat dulu kat Tan'eim. On the way balik Sultan bawak kami singgah di restoran berdekatan Tan'eim. Nasi mendy & roasted chicken. Serious sedap. Air asam dia pun best. Murah lak tu.. Kami makan 3 talam nasi mendy ayam ( 1 utk Sultan, kami share setalam 3 org ), lamb curry, vege & drinks baru SR40. Tapi tak ingat nama restoran tu..

Nasi Mendy Ayam yang paling marvellous..teringat ingat..Roti tu free ye. Kami tak sentuh pun sebab dah kekenyangan..


Ziarah kami lama gak. Dari pagi sampai asar. Selalunya kalau dengan pakej, bertolak pagi dan akan balik sebelum zohor...