Umrah kali ni memang ramai betul orang. Menurut sumber dari kedutaan Malaysia di Arab Saudi, baru sebulan visa umrah dibuka, lebih 30K rakyat Malaysia telah datang menunaikan umrah.
Masa ni tak ramai orang. Masa tengah tawaf macam boleh cium rukun yamani & sentuh hajar aswad. Sabar.. habis tawaf dah ramai orang..:-(
Tersangat padat dengan jemaah. Memang tak de chance nak solat sunat tawaf kat belakang Makam Ibrahim.
Since our hotel dekat dengan jambatan ke first floor masjidil haram, most of the time I prayed on the first floor. Sekali sekala ke basement.
First floor Masjidil Haram
Dulu lepas tawaf dapat solat di belakang Makam Ibrahim. Kali ni terpaksa solat nun di pinggir dataran tawaf menghala ke sai'e. At one time I terpaksa tawaf kat pinggir dataran tawaf kerana kesesakan jemaah. Kesian kat orang-orang tua yang ditolak dan dirempuh.
Alhamdulillah, dalam ramai jemaah, masih berpeluang masuk ke Hijir Ismail. Kali ni ada sekatan tali di tengah. Lelaki solat di sebelah kiri dan perempuan di sebelah kanan. InshaaAllah kalau berhajat masuk ke hateem, beratur je untuk masuk.
I tried once untuk kucup hajar aswad. Tapi kerana rempuhan manusia, terpaksa berundur. Sempat usap dengan tangan je. Balik je sakit badan kena tolak. Tu pun hubby kawal dari belakang. Waktu ni dah ada ulat2 indon yang ambil upah untuk kucup hajar aswad. Siap ada wanita lagi.. So, be careful. Jangan ikut diorang kecuali bersedia membayar upah SR beratus bahkan beribu. I ni bila diorang tanya nak kucup tak? I jawap le " free nak la.." haha..
Bila teringin nak tengok imam, kami tunggu dia kat bawah jambatan kat pintu bilal right after solat. Dia akan lalu situ. Then baru jenazah-jenazah diusung. Ada le a few times I tunggu kat situ..:-)
Imam-imam Masjidil Haram dikawal ketat..
Jemaah berebut-rebut mengusung jenazah
Sa'ie telah dibuka kat tingkat 1 & 2. Tapi I lagi suka kat bawah sekali sebab boleh duduk kat bukit marwah selepas habis sai'e. Kalau ikut hubby dia suka kat first floor. Nak tolak wheelchair kat sini lagi sesuai sebab tak perlu naik bukit.
Ke Bukit Safa
Marwah - Tempat I dok berdoa lepas sai'e
First Floor Sa'ie yang lengang
I cuma ikut hubby & MIL sekali je tawaf kat mataf. For me feel dia lain sebab tak dapat tenung kaabah. Terlindung dek tembuk berlubang. Lampu hijau je penanda penjuru hajar aswad. Kat mataf ni memang lengang sebab dihadkan untuk jemaah yang guna wheelchair. Memang selesa tawaf sini eventhough jauh sikit. Tapi kita datang bukan untuk bersenang- lenang. Walaupun sesak di dataran tawaf, I lagi suka kat situ. Tawaf sendirian.. mengadu & berdoa kepadaNya.
Kali ni kami ke Taneim naik teksi je. SR50 per taxi. Kalau nak murah boleh naik bas saptco. SR2 je. Van SR5. Tapi kat Ibrahim Al Khalil Road. Since kami duduk area ajyad, jauh le nak ke sana.
Masjid Tan'eim yang tak berubah
Menginap di hotel yang sama dengan kami. Cuba teka sape? :-)
In Makkah I gathered with my loved ones. Mak, Ayah & Pak Kechik yang berlepas pada 29 Dec 2013 & My sis Ila & family yang bertolak pada 28 Dec. Happy sangat dapat bersama-sama menjadi tetamuNya.
My beloved Mak. 2x berturut2 dapat bersama-sama Mak ke rumah Allah ini. Syukur dengan perancanganNya..
3 Mak bersama2 anak menantu.We were the lucky ones. Alhamdulillah..
Rindu ke sini lagi..