Meraikan kemenangan rakyat Mesir dan mengucapkan tahniah atas penyingkiran presiden Hosni Mubarak, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, ulama tersohor dunia berasal negara Mesir mengungkapkan:
دولة الباطل ساعة ودولة الحق إلى يوم الساعة
“Kerajaan yang batil itu hanya beberapa ketika, namun kerajaan yang haq akan berdiri sehingga kiamat”.
Selama ini, rakyat Mesir dituduh sebagai rakyat yang lemah dan tidak pandai melawan penguasa. Dengan kebangkitan rakyat ini, ternyata rakyat Mesir telah membuktikan bahawa mereka adalah rakyat yang menyimpan khazanah tamadun berabad. Kebangkitan rakyat telah menjadi lautan dan ombak yang memalu kebatilan berlumut keluar dari negaranya.
Kata Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Medan Tahrir yang menjadi lokasi perhimpunan rakyat merupakan sebuah universiti yang mana rakyat belajar untuk mengenal kepentingan orang lain di atas kepentingan diri. Sesudah ini, kita semua akan berfikir bahawa tidak selamanya kebatilan dan penindasan ke atas rakyat berkekalan.
Hosni Mubarak bukan lagi dikenang sebagai bekas presiden mesir semata-mata, tetapi presiden yang disingkirkan rakyat. Dalam umurnya menjangkau 82 tahun, dia hanya mampu meratah sisa usianya dalam kehinaan dan penyesalan. Tunggulah saat nyawa direnggut malaikat maut dan baki umur yang ada tidak cukup untuk mensucikan dosa angkara murkanya buat rakyat selama berdekad. Kasihan…
0 comments:
Post a Comment