RSS
Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Ramadhan kareem 2013

Alhamdulillah.. Allah masih bagi saya peluang bertemu ramadhan tahun ini sekali lagi. Terlalu banyak yg saya tempuhi untuk bertemu kembali bulan penuh keberkatan ini. Semoga keberkatan ramadhan kali ini boleh membawa segala yang tidak baik jauh dari saya, cinta, anak2 & seluruh keluarga. Allah sayangkan saya. Sentiasa INGATKAN saya bila saya nampak JAUH dari DIA. Alhamdulillah.. saya x di biarkan sebab dengan ujian demi ujian ini lah saya sedar siapa saya, saya ingat pencipta saya.. Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui. DIA paling tahu apa yang terbaik untuk saya. Allah.. jangan KAU jauhkan aku walau dalam sekelip mata dari hidayahMu. Semoga Allah terus berikan saya kekuatan, kesabaran & ketabahan untuk jalani hidup sebagai hambaNya.

IMG-20130522-00052_640x480

Semoga ramadhan kali ini menjadikan saya, cinta & anak2 hambaNya yang lebih bersyukur dan menghargai segala nikmat yang di pinjamkan. Doakan kebahagiaan rumahtangga kami hingga akhir hayat.. ke jannah hendaknya. Doakan yang terbaik untuk kami anak-beranak dunia akhirat. Sempena ramadhan, saya mohon ampun maaf atas segala kekhilafan yang pernah saya lakukan. Saya doakan yang baik2 untuk semua yang pernah singgah dalam hidup saya.. biarpun ada yang tingkahnya buatkan saya rasa teraniaya. Saya maafkan. Siapa saya untuk menghukum? Doa saya semoga Allah terbitkan rasa bersalah & keinsafan yg maha dalam dari hati kamu2. Semoga Allah berkati hidup kita semua dunia akhirat. InsyaAllah..

IMG_20130529_053102_360x480 

Rindu.. saya terlalu rindukan Kota Madinah & Makkah kala ini. Sayup2 azan di telinga mengingatkan saya sepanjang 2 minggu di sana dengan cinta. Semoga ada rezeki untuk kembali ke Tanah Haram. Semoga di panjangkan jodoh & usia kami untuk sama2 menyambut ramadhan di sana satu hari nanti. Marhaban bika ya ramadhan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New Routine

Starting this week.. semoga bertahan hehehe.. I noticed that I’m too occupied with the kids & house chores until there’s no time for me and I end up being stress!! Itu belum campur masalah2 dunia yang saya kena tanggung, workload yang makin bertambah x yah cakap la.. so I know that I desperately need to find some ME time.

IMG_20130422_145926

Bila saya ada masalah saya suka berlari.. biarpun masalah tu x kan hilang camtu je but the fact that I can run & cry at the same time really gives me a comfort. Jaga 4 orang anak dalam lingkungan 7 bulan-7 tahun memang sangat perlukan daya tahan.. be it dari kesabaran or fizikal. Kalo saya x sihat maka berterabur la anak2 saya..

IMG_20130422_144903

That’s why saya cari something yang boleh buatkan saya release at the same time boleh buatkan saya sihat. Dah lama saya lalu lalang depan gym ni so this week I finally make a move. SAYA KENA PERGI! Sebelum ni alasan xde masa but this time around I’ll try to squeeze in time for myself. I need my ME time.. away from the kids, the world, other peoples.. just ME alone..

IMG_20130422_145949

So setiap hari lepas anta Yaya gi KaFa kol 2.30 saya boleh terus gerak gi gym then ada masa sampai kol 5 sebelum fetch the kids kt nursery. Alhamdulillah.. di permudahkan. Sampai gym on threadmill.. just me & my musics. I don’t care about other people that time.. I run, I cry, I smile.. on my own..

IMG_20130422_163400

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahun ke-5 di Pendidikan Khas

Fuuuhh.. tiup sawang.. ahahahaah!! Almost a month x bercerita kat sini. Dah jangkit dgn IG makanya blog pun makin di abaikan. Mana nak berperang dengan 4 beradik tu lagi, x sempat la nak mengadap blog. Siang dh kalut dengan anak2, malam by 9 semua dh lalok ngadap bantal ahahahah!! Malam ni x ley tido sbb tadi gatal g minum Nescafe Gold kol 8.

Alhamdulillah, walopun hidup saya hectic dengan menguruskan anak2 sendirian tapi Allah sayang sgt kat saya. DIA beratkan saya dgn tanggungjawab tu tapi ringankan saya bab2 kerja.. x pernah lagi rasanya saya bawak balik rumah stress kt tempat kerja. Memang workload berlambak dengan RPT nya, RPI nya, RPH nya, PBS, KSSR, laporan Inklusif, dokumentasi, kertas kerja, yada..yada..yada.. and the list keeps going on. Cikgu2 sekarang lagi banyak buat paperwork kerja perkeranian dari core-business mengajar.. pffttt.. what to do? SYMP katanya kan? Redha la buat apa yg di suruh walopun mulut bebel2 protes tapi in the end keje tetap submit.. semoga di berkati lah gaji yang dapat tetiap bulan tu hendaknya hehehe..

2013, tahun ke-5 saya dalam Pendidikan Khas.. masa posting saya trus di tempatkan ke Bahagian Pendidikan Khas. Sedih gila masa dapat tau membe2 KPLI lain dapat mengajar opsyen English saya plak tercampak ke PPKI. Beware.. once you’re IN there’ll be NO WAY OUT!! Saya di tempatkan kt SK Sri Biram.. masa tu masih dalam denial state. Jumpa plak dgn Ayie budak ADHD yg kalo mengamuk nak menggigit. Tersirap darah masa 1st day lapor diri si Ayie ni terajang perut PPM Kak Ana yang masa tu tgh pregnant 7 bulan, bukan sebab marah tapi cuak!! Pastu masuk plak kelas ada budak DS nama Tasneem yg tetiap kali hingus meleleh di selet dgn tangan pastu bila kering berkertang kt pipi. Cikgu kat depan, dia ngadap tepi pastu sembang sorang2 dengan ‘kawan’ dia ahahahaha!! Sampaikan saya tanya kat PPM.. “Saya nak ajar apa kt derang ni kak Zam?” ahahahaah.. memang blank giler masa tu. Dalam kepala cuma pikir.. gelap la masa depan aku camni!

Lepas 2 tahun saya pindah skolah sekarang.. lagi teruk kejutan! Lagi kritikal masalah budak2 khas kt bandar ni. Mana yg melompat, yg hantuk kepala masa mengamuk, yg nk terjun bangunan, yg menjerit, yg meraung.. dah macam wad gila kekdahnya. Bukan diorang.. saya ahahahah!! Makin gelap la masa depan aku.. kata hati kecil..

The truth.. kat sekolah ni saya boleh nampak bonding antara budak khas dengan cikgu2 dia. Bila cakap pasal mana2 budak khas even yg dh pergi skolah menengah.. SETIAP sorang cikgu boleh cerita then relate experience diorang dgn budak tu. Selalunya yang lawak2 la.. series saya kagum, dari sini saya belajar tetiap hari g mengadap budak2 ni Lillahita’ala.

397515_2351582319518_1259763358_n

Selalunya bila orang tanya then bagitau “Saya cikgu Pendidikan Khas” mesti orang akan cakap “Sabarnya awak..” pastu jadi cam pelik. Alhamdulillah, kat skolah ni saya dapat kenal cikgu2 yang memang sempoi abis. Xde nak berkira “murid ko”-“murid aku”.. semuanya “murid kita”. Most of the time kami prefer guna “anak” contoh cam “Eh May.. ko tau anak ko di lempangnya anak aku tadi!” dalam nada bercerita la. ‘Anak ko’ sebab saya cikgu kelasnya ahahaha!! Selalunya kalo cerita xyah gitau nama pun cikgu2 dah dapat tangkap siapa sbb kami dah kenal karakter budaknya.

Kami cikgu Pendidikan Khas masih manusia biasa. Sabar? Sama level je dengan orang lain.. kalo time melampau memang kena marah jugak ‘anak2’ ni.. Macam mana garangnya saya dengan anak2 sendiri, macam tu jugak la garang saya dengan anak2 khas ni. Orang cakap banyak pahala tapi rasanya kami la paling kurang pahala sebab tetiap hari mengadap ‘anak2’ ni pastu bila derang start perangai cikgu pun start menyinga. Niat cikgu2 Lillahita’ala.. Cikgu Pendidikan Khas dapat elaun 250, kerja x susah pun dapat elaun.. itu yang some parents & cikgu normal bising2 kan sangat. Put yourself in our shoes.. cikgu2 Pendidikan Khas ni la yg kena berak, kencing, hingus, ludah, amukan budak2 khas ni. Ajar 18 kali hari ni agak2 paham.. esok dah x tau apa. Ahahaha.. that is our joy! We have no high expectation because we know their limitation.. there’s no such things as pushing the limits. Boleh bayang x macam kereta nak naik bukit dah abis press minyak dah tapi x leh nak gi? Itu lah anak2 khas kami.. kita rasa mende tu dah abis senang, WAR-war NA-na KAN-kan.. MAKANAN!! Dengan konfidennya ahahahaha!!

Yes.. we laugh AT them & WITH them! ..and u will always hear the teachers bebel2 “ Dah 30 juta kali cikgu bagitau awak kan?” sedangkan cikgu2nya tau je budak tu x paham pun ahahahah! Sebab tu saya cakap cikgu2 yg saya kenal kat sini x stress dengan anak2 yg agak kritikal masalahnya sebab bila budak lari kami kejar, budak mengamuk kami pujuk, budak nangis kami menyakat agagaga.. people u should come to OUR WORLD and try not to be judgemental. Pagi2 hari anak autisme saya g padang pakai goggle purple mengadap matahari.. bila saya gelak macam nak mati tanya “Awak buat apa Amri?” dia jawab “Kenapa hari ni matahari kaler lain?” KO ADA anak yang buatkan ko nak terbarai perut gelak di pagi hari? Such a good day starter for the teachers!

Please not the typical “X baik tau gelak kat budak ‘macam tu’.. berdosa.” What do u mean by ‘macam tu’? Autisme? Geli sgt ke nak sebut? Saya akan gelak bila ‘anak’ saya buat peel2 gini.. sbb when u’re in the moment memang lawak and u won’t find it anywhere else. But then can’t u see that he’s becoming more ALERT? Matahari x sama kaler mcm semalam.. itulah perkembangan dia. No such thing as hari ni x pandai baca, minggu depan dh boleh. We sees them as hari ni x pandai lari zig zag, TAHUN DEPAN boleh lari zigzag pass 2 kon as major improvement!

545354_3050580594038_433832856_n

Ada setengah orang yg pregnant takut nak dekat dgn budak2 khas. Kun fa ya kun.. 3 orang mek2 saya lahir masa saya jadi cikgu Pendidikan Khas. Kudos to all special child parents.. tinggi martabat anda2 di sisi Allah dengan kurniaan istimewa ni. Belum tentu saya MAMPU nak jaga kalo saya sendiri ada anak khas. Saya cuma cikgu anak2 khas tapi bila hari Isnin ada perhimpunan, anak khas saya pakai baju seragam yang keronyok di kibas2 amik dari dalam bakul baju, x di seterika, seluar senteng atas buku lali, stokin masam hari Jumaat minggu lepas x di basuh, kasut berkeladak lumpur.. jangan marahkan saya sibuk bertanya. Secara x langsung saya mengingatkan Encik & Puan di amanahkan menjaga anak2 syurga, janganlah di abaikan..

Ingat bila saya kata “ONCE YOU’RE IN THERE’LL BE NO WAY OUT”? Kebanyakan cikgu yang dah masuk Pendidikan Khas x kan nak dah mengajar kelas normal balik.. sebab bila dah masuk dunia anak2 khas ni korang akan jatuh sayang kat budak2 ni. Kalo x banyak pun ada walo seciput. Terima kasih Ya Allah atas nikmat kasih sayang yang KAU berikan peluang pada kami untuk rasa.. semoga tahun2 mendatang saya masih ada perasaan ini & ikhlas mengajar. Semoga setiap pekerjaan yang saya lakukan Lillahita’ala.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Day 5 at JB

Hari ni plannya adalah x keluar dari bilik..boleh? Series rasa nak terperap dalam bilik je. Badan rasa lemah longlai x bermaya sangat. Breakfast pun mintak room service je. Nasib baik lah ada sosej ngan fries bagai, kena la dgn selera mek2 cerewet ni. Tengok lah keadaan camne, kalo agak2 huru hara x bley dikawal sgt baru bawak derang ni berlari kat bawah. Budak2 tengah nak besar mana bley di halang derang nak lepas bebas..

578354_3489447605439_1541637842_n

Semalam pun dah de aura malas nak keluar bilik tapi bila lepas mandi derang dah segar pastu aktif lain macam x ley nak kontrol maka kena gak bawak keluar. Channelling their energy.. kalo x satu hotel tu bley bergegar dengar mama menjerit!! Nasib baik la ada extra tenaga so bawak derang gi Jusco sebelah. Itu pun separuh nyawa menjerit sebab Yaya ngan Hana macam anak kambing terlepas kandang bila dapat gi jalan. Adoii la.. tu belum si kenet yang pantang nampak apa sume nak pegang. Separuh nyawa gak la..

62576_3489448605464_1611095343_n

Yaya ngan Hana paham gak kalo mama marah cakap nak cubit, derang pause gak berlari tapi kalo si kenet ni menonong je dia gi ikut kaki. Marah pun xde efek huhuhu.. Yaya request nak makan aiskrim so bawak la makan kt booth McD. Layan la derang makan aiskrim 3 beradik pastu bawak gi kat tempat mainan bagi derang layan perasaan jap. Aman la kejap mama bila derang buas kat situ je.

Balik tu sume dah keletihan, senang je terbongkang tido. Dekat kol 4 petang baru suap derang soto yang tapau masa tengahari tadi. Maybe sebab dah lama sgt terperap kat bilik so Khayla de habit baru yang susah di kawal. Pantang de peluang je mesti dia nak belasah Hana.. dah jadi macam punching bag. Tambah lagi Hana ni sket2 nak nangis lagi la jadik kepuasan kat dia nak belasah Hana.. de respon! Belasah bukan cara sket2 plak tu. Dia panjat atas badan Hana pastu gedibuk sampai 5-6 kali. Adoii la.. apsal ganas sgt ko ni baby? Memberontak ke hape?

InsyaAllah kalo xde aral, esok dah nak check-out. Bahagia sgt rasa hati sebab bley balik umah sendiri. Kecik2 rumah pun xde la rasa terkongkong cam sekarang. Tapi bila dah nak balik rasa sedey la plak sebab yang pasti akan berjauhan balik dengan cinta hati. Adoii la.. berapa lama nak kena hadap long distance relationship camni? Berbelah bahagi rasa hati.. jiwa.. tolong la kuat. InsyaAllah ada hikmah segala apa yang Allah dah tentukan ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hujung-hujung

Xde la hujung sangat kan? Baru nak mencecah 35 minggu tapi saya rasa macam apsal la terlalu lambat sgt masa nak bergerak dari minggu ke minggu? Kadang2 tu nak je mintak biar la cepat2 beranak sebab x berdaya nak membawak perut dh. Berjalan pun dah termengah2 Last week baby dalam perut dh start buat perangai.. contraction kerap sampaikan mama kena tadah bontot amik dexa jab. Orang yg dh rasa tau la betapa tebalnya jab tu sampaikan rasa cam nak rebeh bontot sementara ubat pekat tu nak berjalan. Adoii la.. sibbaik x admitted. Masa2 ni la rasa sumpah lepas ni aku dah xnak beranak!

303662_3422447610481_1922957243_n

Maybe faktor anak2 yg sedia ada ni berderet dah tu rapat2 plak jaraknya buatkan saya rasa x mampu. Appointment last week gynae dah bagi surat approve saya cuti 2 minggu awal dari tarikh schedule caesar tapinya nak menunggu ke hari cuti tu pun saya dah rasa semput. Memang saya ni jenis lembik ke x tau la.. orang lain tunggu sampai 40 minggu relax je. Saya ni yg dah sah2 ada tarikh nak beranak pun lembik x bermaya di tambah dengan emosi yang x menentu buatkan saya makin xde semangat.

Lagi 3 minggu nak mencecah tempoh matang nak beranak.. aduhaii, cepat la masa berlalu. Saya dah x mampu nak menahan rasa.. Saya doa banyak sgt biarlah saya kuat hadapi segala dugaan. InsyaAllah, ada hikmah yang Allah dah tetapkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Welcoming Ramadhan

Alhamdulillah.. dah selamat 2 hari berpuasa. Lapar x sangat maybe sebab dah terbiasa ganti puasa 2-3 minggu sebelum ni. Harapnya dapat la puasa penuh tahun ni, bukan senang nak dapat peluang kan? Cumanya rasa letih tu melampau2.. semalam ngan hari ni terkelepet sakan. Pantang letak kepala konfem tido huhuhu.. Balik kampung sambut puasa ari Jumaat kol 12 tengah malam, sampai Sp dalam kol 4++ pagi gitu trus sahur pastu bantai tido. Bangun mayang subuh jap pastu sambung tido balik. Spend sehari je la kat kampung.. x puas langsung sebab hari ni lepas Subuh tadi terus gerak balik PJ. Rasa cam x nak balik je uwaaaaaaa.. Sampai umah lebih kurang kol 12 then sume bantai tido. Sume stok terkelepet huhuhu..

295358_3261443065468_1466358208_n

Selamat menyambut puasa dari kami sekeluarga. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum2nya. Semoga saya di berikan lebih kesabaran untuk menguruskan suami, anak2 dan membawak diri dengan perut yang makin besar huhuhu.. Selamat berpuasa!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordfull Friday

Approaching my 7 months of pregnancy.. rasa cam sekejap sgt. Even my colleagues yang berjumpa tetiap hari pun rasa kejap hakhak! Saya yang menanggung ni alahaii.. badan rasa makin x larat nak membawak perut. Apalagi bila balik rumah sume kena handle sendiri. Mana nak basuh baju, lipat baju, basuh botol2 susu, kemas segala reta meredak yang mek2 ni punggah abis satu rumah, jaga derang lagi.. Am I complaining? You bet I am! Haruslah weii mulut saya ni sama naik dengan tangan dok wat keje umah. Saya bley ignore rumah yang tunggang terbalik tapi saya x sampai hati bila cinta balik keje penat2 tengok2 rumah huru-hara. Biarlah rumah x besar mana pun at least bila dia balik rumah biarlah tenang sket. Lagipun bila rumah bersepah teramatlah hazardous untuk mek2 tu.. berlari pastu terpijak mende dah gedebuk..susahkan sape? Mama jugak..

Even kat skolah saya masih aktif berjalan ke sana ke mari sampaikan GPK saya pernah sound “Could u please walk slower May? My God..do u realize that u are heavily pregnant?” hahahaha! Pernah saya berlari kejar budak hyper yang menuju ke jalan besar sebab nampak mak dia kt seberang jalan, masa tu lupa dah saya tengah bawak perut. Bila dah dapat tangkap budak tu baru la termengah2 rasa cam dh abis udara dalam badan hahahaha!! Itu belum lagi turun naik tangga hantar budak balik kelas, budak saya bukan cam budak normal yang boleh dilepas gitu je. Kalo ada yang merayap x sampai2 kelas? Dah satu keje nak mencari plak. Itu pun masih ada orang yang ingat jadi cikgu Pendidikan Khas ni xde keje apa tetiap bulan dapat elaun. Tolong la.. x berbaloi pun elaun tu dengan nak menjaga 80 orang murid dengan macam2 peel. Tapi tu la.. biar la apa orang nak cakap, Allah tu Maha Kaya. Selama saya jadi cikgu kat anak2 Khas ni x pernah sekali pun saya rasa tertekan dengan derang. Orang yang xde kat tempat saya ni xley paham kot.. Allah dah bagi redha dalam hati. Allah bagi saya bekerja dengan kawan2 yang best. Nikmat tu kan?

Pregnant kali ni memang Allah bagi extra kekuatan kat saya. Kalo ikutkan time2 ni saya dah makin slow, makin lembik x bermaya. Cuma time ganti posa je terkelepet, time lain insyaAllah saya masih boleh uruskan diri ngan family sendiri. Masih drive sendiri gi skolah, hantar anak2 gi nursery, balik skolah setel keje2 rumah then amik anak kt nursery. Nasib baik sekarang cinta dah makin cekap handle anak2 so bila dia balik keje semua anak kerumun dia then saya ada masa nak rehat huhuhu.. nasib la kan, dia kan the only MAN in the house.

Dah nak masuk 7 bulan tapi everytime saya gi check up baby x pernah nak tunjukkan gender dia. Sampai gynae pun tension “Aiih dia ni, x nak tunjuk langsung! Bulan lepas meniarap, mengiring, ni dah dia kepit plak kaki.” Saya plak yang nak gelak dengar gynae ngomel sorang2. Member2 saya yang pregnant sume dah tau gender masa 5 bulan lagi. Masa pregnantkan the kakaks pun awal2 saya dah tau. Bohong la kalo saya cakap saya x teringin nak dapat baby boy.. saya teringin sangat nak dapat Ahmad ….. bin Mohd Syamsyir Smile tapi kalo Allah takdirkan saya dapat baby girl plak saya mohon Alllah bagi saya redha untuk terima seadanya. X nak nanti saya frust x dapat boy, merajuk plak baby saya nanti kata mama xnak dia.

Kagum bila baca status FB member skolah saya dulu yang suka sangat nak beranak ramai2. Xnak amik perancang sebab katanya selagi boleh beranak terima je. Yes, saya bley di kategorikan anak ramai untuk member2 sebaya saya tapi let’s call it a quit after this. X kira la kali ni Allah bagi boy ke girl.. hopefully saya bley fokus kat 4 orang ni nanti. Anak bagi in- laws jaga, family ada dekat keliling x susah rasanya nak menjaga anak ramai tapi kalo dah terkontang-kanting merantau kat tempat orang semua buat sendiri.. sangat letih fizikal & mental! Memang setiap anak ada rezekinya tapi bila duduk balik sorang2 then terkenang balik cane setiap anak demand for your attention but you cannot fulfill them all series rasa fail sebagai seorang mama. Big looser! Sedih sebab bukan salah derang but salah mak bapak sendiri yang x plan betul2 jarak anak. Cukup la anak kita 4 orang ye cinta?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakit mata..sakit jiwa

It started with Aulia few weeks back. Damn, I cursed those stupid parents yg xde rasa tanggungjawab anta anak2 yg sakit berjangkit gi nursery! For 3 weeks saya menjaga anak2 yg sakit mata berlarutan.. started with Aulia then jangkit kt Hana then Khayla. After 3 weeks standing still now I’m down with conjuntivitis.. tewas gak akhirnya. Alhamdulillah, walopun anak2 kena sakit mata cuma sebelah mata je yg cemey x teruk sgt mcm saya yg kena kt dedua belah mata. Dah macam ikan emas mata saya bengkak, bezanya ikan mas tu comel tp saya x huhuhu..

Photo1119

Hana tembam yg sepet

Photo1043

Si kenet pun sepet sampai skrg x baik2 lagi..

Series tertekan jiwa saya bila kena jaga mek2 ni masa gini. Dengan berperang nak makan ubatnya, nak titik ubat mata kena bertukar jadik resakse gorgon dulu.. jiwa saya terlalu letih! To make it worse, cinta kena naik laut almost a month. Lagi la saya stress.. selalu paling lama pun dia kena gi 2 minggu. Ok la, redha sbb memang keje dia tapi nih dh melarat sampai sebulan mula la saya nak emosi hamuk x tentu hala. Dah la kaco cuti skolah dekat seminggu plak tu.. nasib baik saya x booking mana2 untuk gi holiday cam selalu kalo x mau tsunamay gak la haku!

Bila sakit mata dh berjangkit kt saya, baru tau betapa hazabnya. Ingatkan lepas 3 minggu jaga mek2 ni antibodi saya kuat la kot x kena mcm masa saya jaga derang chicken pox dulu. Sekali hamik ko, hari kedua rombongan ke Terengganu saya dh start rasa gatal2,pedih2 mata pastu dh start merah. Dah dekat seminggu gak.. Nasib baik la cuti skolah, so dapat la balik kampung. Ada la mama ngan abah nak nengokkan mek2 bertiga ni.

eyes

Segala mende serba x kena. Nak tido x selesa sbb mata bertaik, bila nak bangun tido mata mcm di gam then air mata x berhenti meleleh. Kena cahaya sket pedihnya menusuk. Nak sujud masa solat rasa cam nak terjojol keluar bijik mata. Bengkak jangan ckp la.. hazabnya nak bukak mata bagi luas. Ni sekarang pun mata tgh kabur. Time nak amik air semayang, mata terkena air sket pun pedihnya menyucuk cam kena hiris.. adoii la..

Semalam plak masa pas mandi, bley plak berdarah menitik dari mata. Panik jap! Ajak abah gi hantar gi Pakar Mata Razak kt SP.. dekat 2 jam gak menunggu turn. Nasib baik la xde pepe, doc cakap mata luka sbb ubat sebelum ni x sesuai. Allah bagi ingatan suh jaga nikmat penglihatan yg Dia bagi the hard way. Alhamdulillah, semoga terhapus dosa2 kecil dgn adanya sakit ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Mama

Tahun ni tahun ke-6 saya jadi mama :) X sangka dalam tempoh tu saya dah jadi mama pada 3 orang anak, insyaAllah hujung tahun ni dah masuk 4 hehehe.. rezeki anak melimpah ruah. Alhamdulillah, Allah bagi saya merasa nikmat jadi ibu.

528550_2851793824493_1548943722_31897408_1739766410_n

Seperti tahun2 sebelumnya, cinta x pernah celebrate hari ibu bagi bunga bagai walopun sebelum keluar fakta dlm fb segala huhuhu.. Celebrate makan kt luar? Xyah nak tunggu pepe celebration, bebila je dia bawak gi makan kt tempat special.. upon request. Nak bunga? “Lepas tu bunga tu you nak buat apa?” Pang.. lempang sedas baru tau! Last saya dpt bunga dari cinta masa convo dulu. Itu tahun 2005.. ok, maybe dia tunggu wedding anniversary ke-10 baru dia nak bagi kot **sedapkan hati** muahahaha!!

Nak bagi hadiah dlm wishlist saya? Ini rangkap yang dia akan ulang sampai saya suruh berhenti sbb muak dengar dia menyanyi..

“ Jika engkau minta intan permata
  Tak mungkin ku mampu
  Tapi sayangkan ku capai bintang
  Dari langit untukmu..”

Xpun nanti dia nyanyi lagu Fantasia Bulan Madu xde tune uhuk..uhuk.. oke, tektik itu adalah sgt keji sayang!

Tahun ini hari ibu untuk saya di sambut dengan khabar cinta perlu ke offshore lagi.. sedangkan baru seminggu lepas dekat 2 minggu dia kt sana. Redha je la.. dh keje dia. Maka tinggal la saya menguruskan anak2 sendiri. Nasib baik la dh masuk 2nd trimester ni saya dh cergas sket. Mama & abah standby je kot2 kalo saya call mintak derang datang meneman tapi dh naik segan plak saya sbb tetiap kali cinta gi offshore pun derang datang. Biar la nanti masa saya betul2 x larat & perlukan bantuan baru saya call mintak rescue huhuhu.. Buat masa ni mampu lagi kot nak uruskan anak2 sendiri. Kalo kata degil sgt.. mama sebat je korang! ;p

Happy mama’s day to all the mothers out there.. terutama buat mama saya yg x pernah habis tugas menjaga saya dari kecik sampai dh beranak pinak ni. Buat kawan2 saya yg dh menjadi ibu & buat saya sendiri yang dh jadi mama anak 3.. Owh, xlupa ucapan terima kasih saya untuk suami saya yg hensem **dgn harapan dpt gadget idaman** kerana menjadikan saya ibu kepada anak2 dia ;p

SELAMAT HARI IBU!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Random babbles #1

Rindunya nak wat weekly entry kt blog. Rasanya banyak moments yg best x sempat nak wat special entry kt dlm ni. Especially development Khayla.. xpe la yang penting mama ingat. Nasib baik ada FB, walopun x sempat nak tulis panjang2 tapi ada gambar nak wat kenangan ;)

Saya x reti sebenarnya nak tulis entry pendek2 dlm blog.. mesti nak bercerita gak. So lepas ni kena belajar wat entry pendek dlm blog baru ley selalu update. Kalo x kang sementara nak menunggu blogging mojo mari mau bersawang la blog cam sekarang ni hehehe..

I’m in my 14 weeks of my pregnancy.. xtau la samada pembawakan budak atau badan saya dh kondem, pregnancy kali ni terlalu memenatkan. Kalo badan dh start letih rasa macam tenaga saya ni cam kain basah yg diperah2.. memang totally drain out! Rasanya faktor mek kenet bertiga tu sama yg tambahkan keletihan or maybe I’m too OLD for this hahahahaha!! Nasib baik la this time around cinta hati dh x kekok nak menguruskan anak2.

Photo0825 

Alhamdulillah, pagi2 saya masih bley aktif uruskan anak2, gi keje sendiri sume tp by 4pm lepas amik anak dr skool saya memang flat abis. Gagahkan diri uruskan anak2 sampai cinta hati balik keje then trus saya pass baton kt dia hakhak! Dia la yang akan mandikan, suapkan makan  then tidokan anak2. Segagah mungkin saya cuba kuatkan diri tapi kalo saya dh start terkelepet maka bye2 la huhuhu.. Sepanjang 14 minggu pregnancy ni saya x pernah tido lebih dr kol 9.30 malam. Itu paling lewat la.. kira baby dlm tummy mama ni mmg nak bagi mama rehat betul2 kali ni.

Ok.. baru je kata nak try wat short entry utk blog ni dh membebel panjang hehehe.. till then xoxo!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

01.01.2012

Mood blogging adalah ke laut. Nak amik gambar pun x de feel huhuhu.. Permulaan tahun baru yg kurang baik ni hehehe.. Demi mengenangkan hari ini hari pertama di tahun baru kena buat gak entry kenang2an..

Alhamdulillah atas segala kurniaan yg Allah berikan pada saya pada tahun 2011 terutamanya atas kelahiran baby petite saya Yasmeen Khayla.. kejap je masa berlalu dh 10 months++ dia sekarang. Dah makin cheeky & aktif si kenit ni sekarang.

Semoga tahun 2012 saya dapat menjadi seorang yg lebih baik dalam segala2nya. Anak yg taat pada kedua orang tua saya, menantu yg baik pada mertua saya, isteri yg solehah utk suami saya, mama yg punya kesabaran yg tinggi dan tabah utk anak2 saya, cikgu yg bertanggungjawab utk anak2 pendidikan khas saya, pekerja yg rajin pada organisasi saya ;) semoga.. semoga segala doa dan harapan saya untuk menjadi yg lebih baik pada tahun 2012 di makbulkan.. SELAMAT TAHUN BARU 2012!!

*Saya rasa badan dh bulat cam belon..so azam tahun baru saya adalah nk kuruskan badan. Saya nak slim! Oke..nangis tgk diri depan cermin sobbs..*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Outing with the girls

Hari Isnin minggu lepas Selangor cuti besday Sultan. Taska pun cuti. Masa nak anta papa gi LRT boleh plak anak debab manja papa melalak nak ikut.. papa pun memang dh berat hati nak gi keje so papa gi keje lambat sket. Dalam kol 10 gitu papa angkut anak beranak dia gi KLCC skali.


Photo0224


Photo0225


Lepas lunch papa gi ofis, mama la senget2 jaga 3 kenets ni. Memula Yaya nak tgk buku.. ok la..lepak Kinokuniya jap. Nasib baik la Khayla dh ngantuk sgt nak tido dh masa tu. Ada la dlm sejam derang dok kt tempat buku kanak2 tu boleh lak nampak KLCC park dr tingkap. Dah menggeletis 2 beradik nk swim.. ingat senang mama nak menapak sebelah dukung Hana yg xmo berjalan, sebelah lagi sorong Khayla dlm stroller yg kejap ke kiri kejap ke kanan.. Rasa selebet sgt masa tu huhuhu.. ingat dekat ke KLCC dengan park tu? Alhamdulillah.. sampai gak la kt public pool tu. Maka dapat la the kakaks mandi dekat sejam gak..


Photo0226


Masa the kakaks mandi, baby terbangun.. dekat 2 jam gak baby tido. Bila dia bangun terus menggedik nak masuk pool gak! Saya lepas je bagi dia merangkak tapi makin lama makin ke dalam plak nak mengikut kakak. Sangat mencabar nak handle budak bertiga ni sorang2. Tambah lagi bila nak salin baju derang.. dh mcm lipas kudung gayanya. Baby lak terjerit2 sbb kena strap. Terus rasa cam Super Woman.. ok, give a very big pat on the back!


Photo0234


Lepas mandi boleh plak nak main kt playground. Adoii la.. jam baru kol 4. Papa balik kol 5.30.. toloooong!! Sejam lebih lagik nak hadap. Lantak korang la nk berkubang kt playground tu.. dengan baby2 skali mama biarkan merangkak merayap merata. Suka dia!


Photo0236


Memang la hari yg memenatkan.. lenguh badan ngan tangan dukung Khayla yg x reti diam pastu tolak Hana dalam stroller adoii la.. Hancur la harapan mama nak beli Garret, shopping bagai bila dh terlalu occupied dgn mek2 ni. Papa hutang mama tau! Apapun, mama bley bangga dengan diri sendiri sbb mampu uruskan anak2 3 beradik tu sendiri sepanjang hari tanpa bantuan. Ramai jugak yg tegur “Awak sorang bawak diorang bertiga ni ke? Xde maid?” Senyum.. hebatkan saya? Hakhak!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Post not pre

I never thought there’s a post for PMS.. No wonder I’m behaving like pompuan gila merampus x tentu sebab, x kira masa huhuhu..

“ PMS used to mean Pre-Menstrual Syndrome, but more and more women complain about having the same symptoms AFTER the period. (Actually some even have pain in the middle of period).

Post-menstrual syndrome is one of the most discomforting things for a female. It’s quite true that she experiences some of the most dramatic mental and physical changes during this time. Almost one-third of women suffer from this problem in their child bearing years. But it does not happen once they reach menopause. Other irritable symptoms of PMS are loss of appetite or a huge appetite, an itching pain in the vagina felt during intercourse and a feeling of dizziness and vomiting. A painful feeling can also be felt in the chest because it is insensitive for a short time.

A woman shows erratic behavior during this time. Today, all over the world people are aware of the short-temperedness of females during this period. Some women may also exhibit aggressive behavior during this time. She can feel unreasonable mood swings which are often accompanied with terrible laughing or crying.

This physical behavior can include changes like weight gain owing to fluid absorption by her body and tiredness. Fluid retention by the body of a female can lead to a bloating of breasts, legs, arms and feet. She may even get cramps in her stomach, diarrhea, nausea and vomiting. In extreme cases, a female may also kick into depression. Such symptoms can be exhibited by her for a period of 2 weeks after her menstrual cycle. Generally, such symptoms occur after the end of the menstrual cycle, but they can also happen during the cycle or before it.

The reasons for the occurrence of this syndrome are not known very well. The physical reactions can be attributed to the physical changes that happen inside her body during ovulation, but there is no explanation for the psychological changes. The hormones get released during the periods and after it which triggers such emotional overhaul.

Women who suffer from some ailment are more likely to experience a post menstrual syndrome. An unhealthy lifestyle can be one of the major reasons, which accentuates the negative effects of the PMS. Such lifestyle consists of many factors like excessive smoking and drinking of coffee. Lack of any physical exertion also leads to such symptoms in post menstrual syndrome. Even women who are exposed to environments continuously laden with high pollution elements become a victim of such heavy psychological disturbances during PMS. Other factors that lead to irregularities in the menstrual cycle are insomnia and stress.”

Okeh.. mari kita pergi tempat yg ada less pollution. Should I start with a spa?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tudung cantik

Cantik je tengok trend bertudung sekarang kan? Saya pun sebenarnya teringin nak tudung berfesyen2 ni tapi dengan muka lebar cam pinggan ni bila pakai inner gitu dh sah2 la nampak penyek hahahahaha!!

472__900x600_maysaa-london_thumb 

Boleh je nak pakai tudung2 berfesyen gini tapinya kena cari yg betul2 sesuai dgn saya. Biar pakai tudung betul2 tutup dada. Itu syarat cinta hati masa baru kahwin dulu. Rasanya dia pun dh lupa pasal tu kot huhuhu.. Masa baru kahwin dulu saya pakai tudung bawal then silang je.. then satu hari lepas semayang maghrib, masa saya salam cinta hati cakap “Pakai la tudung betul2..tutup la dada xyah silang2. Lagi cantik apa..” saya x puas hati “Ala..mcm makcik2 la.” Masa tu kan baru kahwin so ala2 memberontak la sket. Pastu cinta hati bangun lipat sejadah then mcm merajuk cakap “X kesian ke kt saya nak tanggung dosa awak? Dosa saya lagi..” Alahaii.. saya kalah betul kalo cinta hati dh cakap camtu. Bab dosa pahala x leh kompromi.

So sampai sekarang kalo saya nak buat pepepun saya ingat yg tu.. termasuklah bab2 nak berpakaian bagai. Cinta hati jarang melarang saya sbb dia tau saya jenis yg makin dilarang makin dibuat huhuhu.. Saya pun susah nak pakai baju2 ketat atau jarang.. memang dull x stylo2 mcm orang lain. Maybe sbb badan gemuk so nak berfesyen pun x tau hahahahah.. kang pakai ketat2 dh jadi cam sarung nangka plak! Saya lagi selesa kalo keluar just pakai jeans ngan blouse then sarung tudung tutup dada. Lagi senang nak kepung anak2 yg tgh melasak masa keluar jalan2.

Selalunya lepas bersiap nk keluar kalo cinta hati tiba2 tegur, “Ketatnya?”,”Jarang la..”, “Tangan pendek?” konfem saya dh x selesa nak pakai apa yg saya pakai tu. Jarang sgt la dia nak tegur sbb rasanya selama ni apa yg saya pakai biasa2 je. Masih dalam piawaian dia kot.. So sekarang ni camni je la saya.. seadanya..

39__640x427 

Teringin nak pakai tudung fesyen tapi malas nak belajar cane nak lilit shawl bagai.. tunggulah sampai satu masa cinta hati cakap “Awak pakai la cam tu..” Macam orang lain, saya pun nak cantik & up to date tapi biar la saya nampak lebih cantik depan mata suami.. sedap mata dia memandang kan?

*image taken from google*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Super mom

NOTTTT!! Hahahaha.. lembik terkelepet ada la. Ini bukanlah 1st time saya jaga mek2 tu 24-7 sendiri tapi kali ni rasa badan aduhaii.. gagahkn je sampai derang tido malam baru la dapat rehat sikit.

work_4921040_3_sticker,375x360_super-tired-mom-v1

Maybe sbb sekarang ni peel the kakaks tu yg asyik nak bertekak berebut sume mende buatkan saya stress sgt. Kalo setakat cakap elok2 suh berenti gaduh mcm menyanyi2 je kt telinga derang.. last2 kena menjerit cam nk keluar anak tekak dulu baru la derang stop. X pun bila dh terlampau x daya nak menjerit keluarkan rotan je!

Derang start gaduh bila jejak je kaki kt rumah lepas balik skool. Adoyaii.. gaduh sape nk masuk rumah dulu, sape letak beg dulu, segalanya mende remeh la yg nk di gaduhkan. Adoyaii.. bingit telinga saya mendengar derang bertekak menjerit2. Penat balik keje pun belum abis dh stress mendengar derang bergaduh huhuhu..

Makin besar anak2 makin mencabar mental & emosi mamanya nak menjaga. Semoga saya terus di berikan kekuatan untuk membesar & mendidik anak2 saya sepanjang ketiadaan cinta hati keluar mencari rezki utk anak2 isteri tercinta. Amiiinn..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti dan anak-anak

Hari ni start cuti seminggu.. maka di rumah la saya dgn anak-anak. X semua skolah dpt cuti direct, ada yg dapat sehari je masa Deepavali nanti. Cadangnya nak anta mek2 ni ke taska cam biasa tapi malam tadi Hana dh start batuk2 teruk then demam. X sampai hati la pulak.. boleh je nak bekalkan ubat then pesan kt nanny tapi kalo hari keje sanggup amik cuti utk jaga anak sakit x kan la masa dh cuti ni nak biarkan anak yg x sihat dgn orang kan? Biarlah saya jaga sendiri then saya boleh monitor anak makan ubat ikut time.. semoga cepat sihat anak2 dalam jagaan saya.

Photo0832

Kalo dulu pening memikir cane la saya sorang nak jaga anak bertiga sekarang dh x kisah sbb dh terbiasa.. sambil jaga derang saya masih boleh buat keje2 rumah. Basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, iron baju, masak nasik utk derang.. cuma rajin ngan malas je huhuhu.. Kadang tuh saya lagi suka duduk baring bg Khayla panjat badan then biar the kakaks main sampai rumah berkelabung dh tahap tongkang pecah. Lepas dh puas derang buat sepah baru saya paksa kemas hahahaha..

IMAG0850

Baby Khayla sekarang pun dh pandai berebut mainan. Pantang nampak apa yg kakak pegang dia pun nak pegang. Siap menjerit kalo kakak tarik dr tangan.. baru 8 bulan ada hati nak gaduh dgn orang. Kadang x pasal2 kena sepak dgn Hana huhuhu.. Macam2 ragam anak bley tgk depan mata sendiri walopun hakikatnya agak huru hara bila derang dh start bergaduh berebut semua benda haiihh.. walopun rasa xde rehat langsung tp bersyukur lah saya ada anak-anak utk di jaga :)

IMAG0863

Pencapaian terbaik saya hari ni.. bleh tidokan 3 orang anak serentak muahahahah.. vangga.. vangga!! Tido kt bawah je.. tutup TV, tutup curtain sliding door bg gelap sume then buat2 tido. Bila masing2 dh mati kutu tido la, lama gak la dr kol 1 sampai 3 petang hehehe.. dengan saya skali hanyut hahahah..

X sabar menunggu kepulangan cinta hati.. sbb nak pas kt dia plak jaga anak muahahahaha.. keji! Have a happy week y’alls!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencari masa

Jeles la tengok orang bleh buat banyak2 entry dalam 1 hari. Teringin sangat nak update blog kerap, sbb rasa cam terabai je blog ni. Orang lain 3-4 entry sehari, saya plak dapat buat 1 entry dalam 3-4 minggu dh besar tuah. Memang saya keje separuh hari tapi kebanyakan masa sy di penuhi dgn aktiviti utk anak2. Semua buat sendiri, gini la hidup working mom yg xde pembantu. Bizi dgn hal skolah & keje2 rumah sampaikan rasa x cukup tanah nak berpijak, x cukup udara nak bernafas uhuk..uhuk..

Banyak sgt cerita yg nk share.. lepas balik trip ke Lost World of Tambun haritu ada sambutan Hari Kanak2 peringkat sekolah, esoknya gi Perkhemahan Tahunan kt Hulu Langat. Hari ni plak ada LaDaP dr kol 7.30 pagi sampai 3.00 petang. Bisa badan gi jungle tracking masa camping hari tu pun x abis lagi, di tambah plak penat badan x abis2. Esok cuti sehari pastu next week plak start exam budak2 PPKI. Kalo cikgu2 aliran perdana bleh relax masa budak2 exam, cikgu pendidikan khas makin tambah stress masa exam hakhak! Bukan senang oke nak bg budak2 khas ni buat kertas exam. Kena pegang tangan derang pastu tambah dgn mcm2 peel derang adoyaii.. bikin panas hati! Silap2 cikgu yg buat kertas soalan, cikgu gak yg jawab soklan peksa huhuhu.. stress gue!! Till then.. nanti kita cerita ceriti lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebelum puasa

Dah lama x update dgn entry panjang berjela, asyik la wordless Wednesday memanjang. Update sekadar letak gambar, xmo bagi lupa apa yg dh jadi sepanjang minggu tu.. Hari ni house chores dh settle so bley duduk dgn tenang mengupdate blog hehehe..

Minggu ni agak bz la sebab aktiviti sekolah semua pun nak buat sebelum bulan puasa. Haih.. macam la bulan puasa x boleh buat pepe aktiviti, zaman Rasulullah siap gi perang lagi. Last week balik Sp amik Aulia sbb dh 2 minggu dia ikut tokmama ngan babah balik kampung. Happy sgt Aulia sbb dapat jumpa abang Danial yg kebetulan balik kampung gak sbb nak anta ibu balik bersalin. Dapat la lepas rindu dendam nk berjumpa dari cuti sekolah aritu.. Derang ni memang x dapat di pisahkan kalo dh jumpa sbb dr kecik sama2.

nelya

Hari Isnin sekolah cam biasa, Selasa plak ada lawatan bawak budak2 PPKI gi Pusat Sains Negara. Rugi plak rasanya sbb x bawak Aulia sbb dia konfem suka dgn tempat2 gini. Tapi bila fikir nak kena jaga 3 budak PKI + tempat tersangatlah crowded.. ada bagusnya x bawak dia. Lagipun masa tgh kerja kan..

250270_1813608230502_1548943722_31389716_2780832_n

284030_1814104522909_1548943722_31390361_1234271_n 

Budak 3 orang yg slalu kena tengok, pantang lepa berdesup hilang!

Hari Rabu plak bawak budak gi terapi bowling. Balik pun dh dekat kol 4.. alahai penatnya la. Khamis gi terapi renang lagi.. balik masing2 dh lembik sbb penat sgt. Hari ni plak buat makan2 sempena nak menyambut puasa.. kiranya sambutan nak meraikan Ramadhan la..

Cadangnya esok nak balik Johor.. sambut puasa kt sana sbb Isnin minggu depan skolah amik cuti. Alahaii.. bila dh start posa ni mula la x tau menu apa untuk berbuka. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya :)

217511_1811351374082_1548943722_31386715_7787400_n

Owh.. Ramadhan nanti budak kecik comel mama ini genap 6 bulan! How time flies.. Sudah boleh makan, nanti boleh la kita sama2 makan masa berbuka. X dapat bayangkan betapa kalutnya nak berbuka tahun ni. Dengan Hananya yg sibuk bila nampak orang makan, Aulianya yg cerewet itu x kena-ini tak kena, dgn Khaylanya lagi.. waaahhh.. mencabar!

Rezeki nak Ramadhan utk saya & Khayla tahun ini.. FS saya sudah sampai!! Sgt happy & bersemangat nak bg Khayla BF selama yg boleh. Alhamdulillah.. cinta hati pun x tau saya beli sbb kali ni x mintak suh dia beli. Dah segan asyik mintak macam2, so kali ni saya beli sendiri. 3 kali installment baru la dapat apa yg di hajati..

283488_1816390180049_1548943722_31392852_226818_n

Berbaloi rasanya beli walopn mahal sbb saya tau FS ni portable & boleh guna lama. Sesuai utk saya yg selalu on the go. Sekarang ni masa pam, kejap2 Aulia dtg mintak susu, pastu Hana mintak itu ini.. sudahnya saya mengamuk sbb xde can nak pam susu dgn tenang. Output pun ala2 hidup-segan-mati-x mahu sbb terbantut pam kejap2 berenti. Hasilnya.. Khayla pun kuat menjerit bila mengamuk sbb minum susu yg diperah dlm keadaan marah. Jangan main2 oke.. menyusu dalam keadaan beremosi bley mempengaruhi emosi baby tu sendiri.

Dari masa menyusu Hana lagi dh nak sgt beli FS ni tapi nama nak kuar duit gedebuk sekaligus alahaii.. x daya la plak sbb dh ada spectra 7 ngan safety plus. Kali ni dh tekad, apa jadi pun nak kumpul gak duit. Jumpa plak seller yg bg buat installment. Memang la rezeki ko Khayla.. semoga dapatlah sempurna penyusuan 2 tahun.

Nak cerita apa lagi ek? Tadi macam banyak sgt nak cerita sekarang dah xde idea la pulak. Happy weekend everyone & selamat menyambut Ramadhan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ganti puasa

Rabu lepas hari ke 3 ganti posa hehehe.. tu la, lenkali ganti awal2 jgn bertangguh. Sepatutnya masa Syawal lepas dh ganti terus masa nk puasa 6 tapi dok bertangguh dr sehari ke sehari punya la liatnya nak mengganti. Sedangkan 6 hari je pun.. tinggal lagi 3 hari nak abiskan adoyaii.. liatnya! Pepepun alhamdulillah, dh habis ganti 3 hari.. ingatkan minggu ni nk puasa direct tp Khamis ada terapi renang, dh tentu2 la kena masuk pool kan? Jumaat plak de colleague wat majlis birthday utk anak, sah2 la nak makan hehehe.. lgpun nampak production susu ala2 merudum so kena la break puasa sehari dua pastu continue balik..

Memula nk start puasa mmg la tergoda macam2 makanan.. itu nak, ini nak.. tgk bebudak makan keropok pun dh nak menitik air liur. Tapi masuk hari ke 2-3, orang makan depan hidung pun xde nafsu sgt. Setakat tengok je.. yg paling best baru puasa 3 hari dh turun 2.8kg! Nampak sgt gemuk air huhuhu.. nak wat cane, kata BF kan? Tetiap hari je 2-3 liter telan air masak nak bg baby puas menyusu punya pasal. So anak2 mama ingat tau.. mama nih kena korban kurus semata2 nk BF kan korang. Ingat tau hakhak!

Isnin depan insyaAllah start balik abiskan posa ganti. Xley nak bertangguh dh sebabnya skrg ni period saya pun ala2 bengong. Xley nak budget. Tu la.. suka sgt buat keje last minute. Suka bertangguh, ini lah akibatnya. Orang lain tgh sedap menikmati makan sebelum nk posa, saya lak baru terhegeh2 nk ganti posa. Ok.. entry ini adalah utk mengingatkan, lepas abis Ramadhan kali ni cepat2 ganti puasa k.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu yang mandom

Tengok tajuk je dh bley agak cane perjalanan hidup minggu ni kan? Di mulakan dgn episod Yaya batuk x berhenti sampaikan dh macam nak semput. Sgt kesian tgk dia ter-kong-kiang-kong-kiang mcm org batuk kering. Dah la dia kurus, bila batuk nampak abis tulang timbul.. kesian.. Bila batuk ditambah dgn selsema, hidung tersumbat, melarat ke demam.. alahaii, penatnya nak melayan peel budak x sihat. Lepas bg ubat 2-3 kali, Alhamdulillah batuk ngan demam Yaya baik.

Ingatkan dh abis sampai situ, rupanya bersambung kt Hana plak. Mula ngan demam masa maghrib melarat bawak ke tengah malam. Mula lah episod x tido sbb Hana ni jarang sakit tapi kalo sekali dia sakit mmg mencabar la. Bila dh demam, mcm dijemput je selsema ngan batuk tu dtg join. Masa ni antibodi badan x kuat kan.. Paling x tahan masa ni, everytime Hana batuk atau melalak je konfem muntah. Adoii la.. cam nak bengong je tgh2 malam kena bangun basuh muntah bagai. Bau jgn cakap la kan, masam susu sume cukup. Bagus sebenarnya bila dia muntah tu, salah satu cara utk dia keluarkan kahak bg cepat baik batuk. Bila x kuar kahak then masuk ke paru2 yg sampai kena warded tu.. ada hikmahnya batuk2 tu walopun memenatkan sgt. Hari Selasa saya amik MC sbb dh miong2 sbb malam tu tido kejap2 terjaga. Nasib baik la cinta hati pun baik hati amik cuti sama2 bawak anak gi klinik & jaga anak2..

Ingatkan esoknya Hana dh ok bila makan ubat sume tapi batuk dia makin teruk. Sampaikan susah nak bernafas sbb asyik batuk, gatal tekak kot.. tapi saya rasa ubat yg doc bg tu mmg trigger batuk Hana sbb teruk sgt. Hana plak jenis yg suka makan, bila x sihat tu dia x sedap badan & pahit mulut makanya x lalu makan.. tapi perut lapar. Sudahnya merengek je sepanjang hari. Adoii la.. dh la saya sorang melayan dia kt rumah, hampir je hilang sabar. Dah la tido malam x sempurna, siangnya plak nak melayan dia merengek x tau punca.

2 hari x gi keje, hari ni saya kena hantar gak Hana gi skool. Badan dia masih dedar2 tp saya dh bekalkan ubat2 & pesan suh call kalo condition Hana teruk sgt. Dah la awal pagi td cinta hati dh gi offshore. Penat mental & emosi bila dia xde sbb saya sorang kena handle semua. Di tambah dgn mood mek2 ni yg unpredictable.. kejap mcm laut tenang, kejap cam ribut taufan. Haiisyy.. memang la minggu ini minggu yg mandom..

Sabtu ni plak ada larian 1 Malaysia.. saya sgt penat. 3 weekend berturut2 kena gi skolah. Minggu depan sukan plak & saya jadi penyelaras utk sukaneka PKI tahap tinggi. Cepat2 lah sihat anak2.. bila korang x sihat, mama pun penat. Semoga hari2 seterusnya bakal ada sesuatu yg boleh mereleasekan segala penat ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS