RSS

365: Repeat the year?

Hye chuols.. Okeh baru de mood nk sambung cite psl kdrama yg sy dh khatam few days back. Sinopsis dia baca situ. Cite best, plot twist ujung2 as always la kdrama kan.. tau2 je 24 episod gone. 

Yakkk..  "sempat ko eh siap tgk kdrama smpai 3-4 cite khatam?" sabar chuols yg anak2 tgh nak besar. Sy dulu mcm korg gak. Segalanya rasa kalut je nk buat x cukup tgn, x cukup masa kekdahnya. Tggu anak2 korg besar dah pandai bawak diri mcm anak2 dara sy, insyaAllah byk je masa. Bukan nk review psl cite tu cuma nak relate jalan cite. What if you had the chance to repeat the year? Kalo mcm sy bleh turn back time balik tahun 2020? Bleh balik jumpa arwah abah tapi kena lalui jalan cerita kehilangan yang sama. Would you?
 
Ni memories kt fb timeline arini. Bulan 11/12 would be bulan yang sedih/perit/sakit untuk sy hadap utk tahun2 mendatang. Paling sedih sy buat surat mati arwah abah on the day of my birthday last year. Hadiah 38th birthday sy- surat mati arwah abah. It took me almost a year to open up about hari2 terakhir abah. Maybe on 26/12/2021, I would finally have the courage utk bercerita ttg hari abah meninggal. 

Back to the question. Kalau lah sy diberi peluang balik ke tahun 2020, dpt jumpa, peluk abah yg masih hidup tp perlu lalui segala apa yg sy lalui thn lepas. Jawapan sy? TAK NAK. Kenapa? Sbb org yg nk turn back time ni selalunya ada mende yg dia regret x buat. Tp dpt jumpa abah. Ye..tp Allah dh tetapkan ajal abah xkn cepat/ lambat walau sesaat pun. Untuk lalui masa2 abah sakit sekali lagi, sy xmampu. Bila kau terpaksa kuatkn diri tengok org yg kau sayang dalam kesakitan tp kau x mampu nk buat apa. Lepas doktor pakar panggil personally nk bgtau organ dalaman abah semua dh rosak, kuman dr hati dah merebak, sy duduk kt hallway wad xtau apa perasaan masa tu. 

Sy tau abah sakit tp bila doktor bgtau mcm tu rasa mcm lembik kaki nk berdiri. Nak menangis tp airmata x leh keluar. Nk meraung tp suara tersekat kt kerongkong x boleh bernafas. Nak call share dgn org lain tp x mampu nk cerita. Dkt stgh jam dok kt hallway tu termenung kosong, tembus dinding. Lama sikit air mata start menitik, lepas tu start sebak x boleh stop nangis. Tgk jam dh time bg abah minum susu ikut tiub tp air mata makin laju. Allah.. masuk surau solat sunat mintak tolong la bg airmata ni berenti. Seingat sy sepanjang sy jaga abah x pernah sekali pun sy menangis depan abah. Sampai masa2 last abah kt rumah pun abah masih pesan "adik jangan sedih2 na kalo abah dah xdak". Sebab selama hari ni kalo apa2 jd dlm life sy abah akan ckp "dah, jangan sedih2.. abah kan ada". 

Biarlah sy kenang abah yg tersenyum mcm ni. Semoga abah tenang di sana. Al-fatihah untuk abah. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: