Hari Isnin minggu lepas Selangor cuti besday Sultan. Taska pun cuti. Masa nak anta papa gi LRT boleh plak anak debab manja papa melalak nak ikut.. papa pun memang dh berat hati nak gi keje so papa gi keje lambat sket. Dalam kol 10 gitu papa angkut anak beranak dia gi KLCC skali.
Lepas lunch papa gi ofis, mama la senget2 jaga 3 kenets ni. Memula Yaya nak tgk buku.. ok la..lepak Kinokuniya jap. Nasib baik la Khayla dh ngantuk sgt nak tido dh masa tu. Ada la dlm sejam derang dok kt tempat buku kanak2 tu boleh lak nampak KLCC park dr tingkap. Dah menggeletis 2 beradik nk swim.. ingat senang mama nak menapak sebelah dukung Hana yg xmo berjalan, sebelah lagi sorong Khayla dlm stroller yg kejap ke kiri kejap ke kanan.. Rasa selebet sgt masa tu huhuhu.. ingat dekat ke KLCC dengan park tu? Alhamdulillah.. sampai gak la kt public pool tu. Maka dapat la the kakaks mandi dekat sejam gak..
Masa the kakaks mandi, baby terbangun.. dekat 2 jam gak baby tido. Bila dia bangun terus menggedik nak masuk pool gak! Saya lepas je bagi dia merangkak tapi makin lama makin ke dalam plak nak mengikut kakak. Sangat mencabar nak handle budak bertiga ni sorang2. Tambah lagi bila nak salin baju derang.. dh mcm lipas kudung gayanya. Baby lak terjerit2 sbb kena strap. Terus rasa cam Super Woman.. ok, give a very big pat on the back!
Lepas mandi boleh plak nak main kt playground. Adoii la.. jam baru kol 4. Papa balik kol 5.30.. toloooong!! Sejam lebih lagik nak hadap. Lantak korang la nk berkubang kt playground tu.. dengan baby2 skali mama biarkan merangkak merayap merata. Suka dia!
Memang la hari yg memenatkan.. lenguh badan ngan tangan dukung Khayla yg x reti diam pastu tolak Hana dalam stroller adoii la.. Hancur la harapan mama nak beli Garret, shopping bagai bila dh terlalu occupied dgn mek2 ni. Papa hutang mama tau! Apapun, mama bley bangga dengan diri sendiri sbb mampu uruskan anak2 3 beradik tu sendiri sepanjang hari tanpa bantuan. Ramai jugak yg tegur “Awak sorang bawak diorang bertiga ni ke? Xde maid?” Senyum.. hebatkan saya? Hakhak!!
2 say what?:
pergh!!! mmg hebat.... saya nak jaga Ariq seorg pun macam bibik meroyan dah gayanye.. huhuhu.. Anak2 May baik2 budi... :)
X la baik sepanjang masa..kalo akak ada dekat2 situ mesti dgr la kelepap kelepuk bebudak tu kena kalo buat perangai sket. Agak meroyan gak la nk melayan peel sorang2 hahahah!!
Post a Comment