RSS
Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

Beraya di Hospital Pantai

Raya kedua x ke mana sebab bagi can papa rehat sebab malamnya nak drive Sp-Bp. Lagi pun nak bagi peluang mek2 ni main dengan sepupu diorang. Dah la jarang jumpa. Raya cam ni je la ada peluang nak main lama sket. Zulfa dah start demam dari raya pertama lagi. Just bagi pcm yg memang sentiasa bawak tapi dah petang pun demam x kebah. Asyik merengek je.. so gi klinik biasa, Cari paed semua tutup. Ye la.. baru raya kedua kot.

1001573_4940479400327_2113130714_n

Balik klinik dalam kol 5.30 trus bagi ubat then Zulfa tido je. Masa nak bagi 2nd dose ubat dalam kol 9.30 malam tu cam biasa la dia menggelupur melalak sampai muntah2. Tetiba mulut biru pastu kaki tangan semua biru! Oihh.. xley jadi ni. Terus gerak cinta yang masa tu tgh tido. Dia pun terpinga2. Shoot ke A&E Pantai. Cuak giler sebab masa tu Zulfa biru satu badan pastu lembik.

14491_4947786583002_2078651440_n

Masa kat A&E asyik menangis je sebab Zulfa dah pandai xmo kat orang yg dia x kenal. Sepanjang malam dengar dia melalak bila doc&nurses tengah ‘proses’ dia. Dari wat heartbeat, blood test bagai sampai la kemuncak masa masuk drip sebab baby Zulfa dah dehydrated sgt. Kesian tengok dia lembik keletihan bila dah puas melawan huhuhu.. Dekat kol 12 tgh malam gak baru setel masuk ward sume.

1157460_4947890265594_258878400_n 

Dari raya kedua malam sampai petang raya kelima baru leh discharge. Zulfa sampaikan kenal muka paed ngan nurses. Pantang ada nurse masuk bilik walopun utk amik temperature reading je pun dia dah melalak nak keluar anak tekak! Itu belum lagi masa bagi ubat, flush drip everytime nk bagi antibiotik, ngan wat sponging. Temperature Zulfa cuma turun lepas dlm 10 minit bagi pcm pastu shoot border 37-39 balik. Haiih.. memang xde harapan la nak kluar spital awal sebab paed memang nak monitor demam dia tinggi sgt.

1170850_4950728656552_1349955564_n

Sedih hati saya everytime Zulfa menjerit “nanak” atau “atit” bila nurse masuk bilik. Masa2 x sihat ni memang dia xnak sape2 la selain mama kan? Dengan papa pun ikut mood. Kalo rasa nak.. leh la papa take over jap sementara mama nak mandi ke, semayang ke.. kalo dah dia xnak memang dia meraung. Jaga anak sakit memang mencabar kesabaran jiwa raga. Dah la mama pun penat kejap2 terjaga tengah malam bila Zulfa merengek.. maybe gatal chicken pox tu baru nak naik abis. Lom campur dengan sangapnya dok dalam wad tu. Adoiyaii.. orang lain beraya umah sedara mara, kami beraya dalam spital. Xpe la.. dugaan Syawal.

557968_4950895860732_1615242165_n

Zulfa pun pandai boring bila dah lama sgt dok dalam wad x leh nak melasak, inikan pulak mama. Asyik mengadap tv 24 jam huhuhu.. Alhamdulillah tengahari raya kelima dah leh setel2 discharge semua. Paed cakap Zulfa biru tu maybe sebab muntah tersekat masa dia makan ubat tu then heartbeat rate dia sampai 200++ sebab chicken pox tu sama contribute. Alhamdulillah yang penting Zulfa dah discharge dari spital. Merasa la tahun ni mama & papa beraya kat spital. Semoga anak2 mama semua diberikan kesihatan berpanjangan.

999097_4955435494220_938367195_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Umrah 2013 : Mulanya..

Sebenarnya x pernah plan pun nak gi Umrah tahun ni. Saya pernah ajak cinta tapi considering our tonet x sampai setahun lagi pastu bf baby lagi so plannya nak pergi masa betul2 dah bersedia, maybe next year ke. Something came up between us then hubby said that we really need to spend time together to clear things up. Looking for ‘petunjuk’ I guess. Then hubby suggested both of us going for Umrah. Masa tu pertengahan bulan 4. Memang x bersedia langsung. I was a bit reluctant at the beginning.. ye la rasa jiwa tu kosong. Xde apa2 nak di bawak sebagai bekalan pergi sana. Setakat pergi kursus dr kol 9am-1pm 3 kali pastu dah nk bertolak x sampai sebulan lagi. Deep down inside saya selalu tanya “Allah.. apa la yg aku ada sampai Kau jemput aku jadi tetamu Mu, ya Allah.” Tiap2 kali tu jugak meleleh air mata. Keciknya saya.. hinanya saya.. A bit reluctant when hubby asked at the first place knowing that I’m not ready for this umrah trip. Tapi kita manusia merancang.. Allah yg tentukan. Tanpa di sangka2 saya dapat jemputan untuk jadi tetamu Dia.. alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah. Terima kasih cinta sebab bawak saya ke sana.

306785_4543153067417_777409498_n

Xde siapa pun yg tau plan saya nk gi umrah kali ni. Kat skolah pun saya bagitau colleague masa hari last. Xnak kecoh awal2 nak bagi setel Visa bagai then hati saya masa tu pun antara nak percaya dengan tidak yg saya nak pergi sana dalam masa x sampai sebulan. Memang bukan mcm org lain yg pergi dengan ilmu penuh di dada, saya ni bawak masalah berserabut dalam diri ada la huhuhu.. Masa gi kursus umrah, dengar ustaz bercerita hal kat sana tetiba rasa sayu+seronok. Masa tu dah rasa macam saya dah ada kat sana. Bila balik rumah terbuai2 je rasa perasaan tu.. seronok yg x dapat di gambarkan. Bukan semua orang ada peluang untuk dapat jemputan dari Dia. Orang yg kaya raya sekalipun belum tentu. Ketentuan Allah.. sekali lagi saya memang rasa bertuah sgt dapat peluang pergi masa usia saya baru 30 tahun.

941150_4551093545924_106578614_n

Segala proses dipermudahkan. Hari Jumaat minggu sebelum berangkat mutawwif call cinta bgtau visa semua dah clear then tunggu kat KLIA, level 5 kaunter M on Monday, 20th May 2013. Hati rasa berdebar2, cuak, x sabar.. butterfly in the stomach! Alhamdulillah, mama dgn abah saya tolong jagakan anak2 sepanjang saya ngan cinta xde tu. Baby Zulfa pun 2-3 weeks before berangkat saya wean-off slowly. Kesian tapi kalo x buat lagi teruk dia mengamuk nak bf nanti lagi kesian. She’s a good baby.. faham mama buat ada sebab. Lepas 3-4 malam try dia dh ok bottle-feed malam2. Deep down inside mama rasa loser sgt sebab kena stop bf Zulfa at 7 months young tapi perancangan Allah tu lagi besar.. we can always opt for relactation when I’m back baby. Anak2 pun saya bagitau everyday malam2 sebelum tido “Mama&papa won’t be around for 2 weeks.. nak pergi umrah, nak g rumah Allah.” and the kids will just nod and asked few unrelated question before doze of to slumberland huhuhu..

260365_4548060670104_1870416872_n

20th May 2013, hari yang dinanti2kan dari sebulan lepas dah sampai. Malam sebelum tu kol 3 pagi baru saya ngan cinta setel packing bagai. Memang la sgt last minute. Kol 6 pagi teksi datang bawak gi KLIA. Memang betul2 gi honeymoon la sbb memang xde sape2 hantar. Lagi bagus sebenarnya sebab saya x sanggup nak tengok dan dengar anak2 menangis nak ikut plak nanti. Lagipun hari sekolah. Masa salam nak naik teksi pun masing2 dah buat perangai. Yaya dah besar sket so paham mama ngan papa dah nak pergi. Lepas salam air mata meleleh je.. syahdu. Sampai KLIA then g minum2 dgn BIL coz he’s off to Labuan with morning flight and that’s it. Lepas tu En. Ariff person in charge from Andalusia panggil suh check in luggage then gi taklimat. Masa mula taklimat “Assalamualaikum para tetamu Allah yang di rahmati..” air mata laju jatuh ke pipi. “Allah, apa yang ada padaku sampai Kau jemput aku jadi tetamu Mu?” Alhamdulillah..

IMG-20130520-00034_640x480

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahun ke-5 di Pendidikan Khas

Fuuuhh.. tiup sawang.. ahahahaah!! Almost a month x bercerita kat sini. Dah jangkit dgn IG makanya blog pun makin di abaikan. Mana nak berperang dengan 4 beradik tu lagi, x sempat la nak mengadap blog. Siang dh kalut dengan anak2, malam by 9 semua dh lalok ngadap bantal ahahahah!! Malam ni x ley tido sbb tadi gatal g minum Nescafe Gold kol 8.

Alhamdulillah, walopun hidup saya hectic dengan menguruskan anak2 sendirian tapi Allah sayang sgt kat saya. DIA beratkan saya dgn tanggungjawab tu tapi ringankan saya bab2 kerja.. x pernah lagi rasanya saya bawak balik rumah stress kt tempat kerja. Memang workload berlambak dengan RPT nya, RPI nya, RPH nya, PBS, KSSR, laporan Inklusif, dokumentasi, kertas kerja, yada..yada..yada.. and the list keeps going on. Cikgu2 sekarang lagi banyak buat paperwork kerja perkeranian dari core-business mengajar.. pffttt.. what to do? SYMP katanya kan? Redha la buat apa yg di suruh walopun mulut bebel2 protes tapi in the end keje tetap submit.. semoga di berkati lah gaji yang dapat tetiap bulan tu hendaknya hehehe..

2013, tahun ke-5 saya dalam Pendidikan Khas.. masa posting saya trus di tempatkan ke Bahagian Pendidikan Khas. Sedih gila masa dapat tau membe2 KPLI lain dapat mengajar opsyen English saya plak tercampak ke PPKI. Beware.. once you’re IN there’ll be NO WAY OUT!! Saya di tempatkan kt SK Sri Biram.. masa tu masih dalam denial state. Jumpa plak dgn Ayie budak ADHD yg kalo mengamuk nak menggigit. Tersirap darah masa 1st day lapor diri si Ayie ni terajang perut PPM Kak Ana yang masa tu tgh pregnant 7 bulan, bukan sebab marah tapi cuak!! Pastu masuk plak kelas ada budak DS nama Tasneem yg tetiap kali hingus meleleh di selet dgn tangan pastu bila kering berkertang kt pipi. Cikgu kat depan, dia ngadap tepi pastu sembang sorang2 dengan ‘kawan’ dia ahahahaha!! Sampaikan saya tanya kat PPM.. “Saya nak ajar apa kt derang ni kak Zam?” ahahahaah.. memang blank giler masa tu. Dalam kepala cuma pikir.. gelap la masa depan aku camni!

Lepas 2 tahun saya pindah skolah sekarang.. lagi teruk kejutan! Lagi kritikal masalah budak2 khas kt bandar ni. Mana yg melompat, yg hantuk kepala masa mengamuk, yg nk terjun bangunan, yg menjerit, yg meraung.. dah macam wad gila kekdahnya. Bukan diorang.. saya ahahahah!! Makin gelap la masa depan aku.. kata hati kecil..

The truth.. kat sekolah ni saya boleh nampak bonding antara budak khas dengan cikgu2 dia. Bila cakap pasal mana2 budak khas even yg dh pergi skolah menengah.. SETIAP sorang cikgu boleh cerita then relate experience diorang dgn budak tu. Selalunya yang lawak2 la.. series saya kagum, dari sini saya belajar tetiap hari g mengadap budak2 ni Lillahita’ala.

397515_2351582319518_1259763358_n

Selalunya bila orang tanya then bagitau “Saya cikgu Pendidikan Khas” mesti orang akan cakap “Sabarnya awak..” pastu jadi cam pelik. Alhamdulillah, kat skolah ni saya dapat kenal cikgu2 yang memang sempoi abis. Xde nak berkira “murid ko”-“murid aku”.. semuanya “murid kita”. Most of the time kami prefer guna “anak” contoh cam “Eh May.. ko tau anak ko di lempangnya anak aku tadi!” dalam nada bercerita la. ‘Anak ko’ sebab saya cikgu kelasnya ahahaha!! Selalunya kalo cerita xyah gitau nama pun cikgu2 dah dapat tangkap siapa sbb kami dah kenal karakter budaknya.

Kami cikgu Pendidikan Khas masih manusia biasa. Sabar? Sama level je dengan orang lain.. kalo time melampau memang kena marah jugak ‘anak2’ ni.. Macam mana garangnya saya dengan anak2 sendiri, macam tu jugak la garang saya dengan anak2 khas ni. Orang cakap banyak pahala tapi rasanya kami la paling kurang pahala sebab tetiap hari mengadap ‘anak2’ ni pastu bila derang start perangai cikgu pun start menyinga. Niat cikgu2 Lillahita’ala.. Cikgu Pendidikan Khas dapat elaun 250, kerja x susah pun dapat elaun.. itu yang some parents & cikgu normal bising2 kan sangat. Put yourself in our shoes.. cikgu2 Pendidikan Khas ni la yg kena berak, kencing, hingus, ludah, amukan budak2 khas ni. Ajar 18 kali hari ni agak2 paham.. esok dah x tau apa. Ahahaha.. that is our joy! We have no high expectation because we know their limitation.. there’s no such things as pushing the limits. Boleh bayang x macam kereta nak naik bukit dah abis press minyak dah tapi x leh nak gi? Itu lah anak2 khas kami.. kita rasa mende tu dah abis senang, WAR-war NA-na KAN-kan.. MAKANAN!! Dengan konfidennya ahahahaha!!

Yes.. we laugh AT them & WITH them! ..and u will always hear the teachers bebel2 “ Dah 30 juta kali cikgu bagitau awak kan?” sedangkan cikgu2nya tau je budak tu x paham pun ahahahah! Sebab tu saya cakap cikgu2 yg saya kenal kat sini x stress dengan anak2 yg agak kritikal masalahnya sebab bila budak lari kami kejar, budak mengamuk kami pujuk, budak nangis kami menyakat agagaga.. people u should come to OUR WORLD and try not to be judgemental. Pagi2 hari anak autisme saya g padang pakai goggle purple mengadap matahari.. bila saya gelak macam nak mati tanya “Awak buat apa Amri?” dia jawab “Kenapa hari ni matahari kaler lain?” KO ADA anak yang buatkan ko nak terbarai perut gelak di pagi hari? Such a good day starter for the teachers!

Please not the typical “X baik tau gelak kat budak ‘macam tu’.. berdosa.” What do u mean by ‘macam tu’? Autisme? Geli sgt ke nak sebut? Saya akan gelak bila ‘anak’ saya buat peel2 gini.. sbb when u’re in the moment memang lawak and u won’t find it anywhere else. But then can’t u see that he’s becoming more ALERT? Matahari x sama kaler mcm semalam.. itulah perkembangan dia. No such thing as hari ni x pandai baca, minggu depan dh boleh. We sees them as hari ni x pandai lari zig zag, TAHUN DEPAN boleh lari zigzag pass 2 kon as major improvement!

545354_3050580594038_433832856_n

Ada setengah orang yg pregnant takut nak dekat dgn budak2 khas. Kun fa ya kun.. 3 orang mek2 saya lahir masa saya jadi cikgu Pendidikan Khas. Kudos to all special child parents.. tinggi martabat anda2 di sisi Allah dengan kurniaan istimewa ni. Belum tentu saya MAMPU nak jaga kalo saya sendiri ada anak khas. Saya cuma cikgu anak2 khas tapi bila hari Isnin ada perhimpunan, anak khas saya pakai baju seragam yang keronyok di kibas2 amik dari dalam bakul baju, x di seterika, seluar senteng atas buku lali, stokin masam hari Jumaat minggu lepas x di basuh, kasut berkeladak lumpur.. jangan marahkan saya sibuk bertanya. Secara x langsung saya mengingatkan Encik & Puan di amanahkan menjaga anak2 syurga, janganlah di abaikan..

Ingat bila saya kata “ONCE YOU’RE IN THERE’LL BE NO WAY OUT”? Kebanyakan cikgu yang dah masuk Pendidikan Khas x kan nak dah mengajar kelas normal balik.. sebab bila dah masuk dunia anak2 khas ni korang akan jatuh sayang kat budak2 ni. Kalo x banyak pun ada walo seciput. Terima kasih Ya Allah atas nikmat kasih sayang yang KAU berikan peluang pada kami untuk rasa.. semoga tahun2 mendatang saya masih ada perasaan ini & ikhlas mengajar. Semoga setiap pekerjaan yang saya lakukan Lillahita’ala.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Journey to diaperless Hana

Perghhh,tajuk x hengat hahahahahah!! Dah x reti nak bagi tajuk pe. Hari ni hari 1st saya potty train Hana. Toilet training sebenarnya sebab xde pun potty-trainer kat umah ni huhuhu.. Cinta dah suh saya train Hana dari sebelum birthday dia yang ke-3 lagi tapinya dengan saya yg dalam pantang bagai, x mampu rasanya. Lagipun nak train anak diaperless ni renyah. Kena ikut bontot dia setiap masa takut dia terkencing rata2, kena basuh bg betul2 bersih tempat dia keciciran tu.. ye la, kita lalu lalang nak gi semayang bagai. Dah tu si Khayla plak mcm Bolt. Kang baru saya nak bersihkan, dah berenang si kenet tu dalam air kencing Hana.. eiiiyuuu gross!! Kena buat dengan kesabaran yg tinggi huhuhu.. nak suh saya train masa dalam pantang? Dah la tgh stress nak adapt anak ramai, mau aku sebat bontot Hana everytime dia terkencing kang! X pasal2 budak tu trauma hahahaha..

582821_493498464011741_510529243_n

Sekarang ni saya dah ok sket nak manage budak berempat ni. Anak sendiri kan.. kurang lebey tu pandai2 la nak handle. Hari ni toilet training Hana berjalan lancar. Hana pun dah pandai bagitau kalo dia rasa nak kencing. Even nak berak pun pandai dah rasa then memerut kat toilet. Yeaaaa.. a big applause to Hana!! Cuma sekali je terkantoi masa saya tgh baca Yassin lepas maghrib. Itu pun sebab dia terkejut sbb Yaya sergah dia masa main hide and seek belakang pintu hahahahaha!! Terus x abis baca sbb nak tergelak tgk reaksi Hana terkejut sampai terkencing ekeekekekekeke.. boleh bayangkan x?

Photo1285

Ok Hana.. hari pertama kita berjaya. Mama doakan lepas 3-4 hari paling lama pun seminggu Hana dh boleh totally diaperless eh. Semoga mama diberikan kesabaran yang maksimum masa training ni. Aja2 fighting!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yasmeens & Jaundice

Tak dapat di pisahkan hakhak! Dari Aulia sampai la ke Zulfa, lepas discharge dr spital je 2-3 hari lepas tu mesti admitted balik due to jaundice. Cuma Khayla je selamat x kena dok bawah lampu sebab jaundice dia border line.. Sebab utama mama darah O, derang 4 beradik ikut darah papa B+ boley? Mama yang penat2 beranak kena belah perut bagai tapi sume nak ikut darah papa eh? Untung papa tau.. kalo pepe jadi kt papa senang anak2 sume sama kategori darah huhuhu..

IMG_20120927_154204

Masa Aulia dulu memang sedih giler bila dia admitted jaundice.. asyik nangis je bila tengok dia dok bawah lampu tambah lagi kalo kena amik darah. Tu cara dok spital swasta.. kalo dok spital gomen mau meroyan la. Anak 1st kot, rasa syahdu tu lebey sket huhuhu.. masa tu dok kt Kerteh, beranak kt Kuantan so bila Aulia admitted dengan mama skali la masuk wad sbb nak breastfeed dia. Masa Hana plak dah dok Kuantan so berulang-alik hantar susu kat KSH je.

399693_3518926502393_1149820155_n

Masa Khayla puas tokmama ngan babah sibuk mencari remedy nak turunkan kuning, segala susu kambing, jus anggur hijau dia kena telan hakhak! Alhamdulillah Khayla x kena jemur bawah lampu biru.. mild jaundice. Kali ni Zulfa, dari hari discharge dah nampak kuningnya tapi ingatkan bila dh bf ok la tapi hari ke-6 bawak jumpa paed suh amik darah tengok2 reading dah sampai 270.. memang sah2 la kena tahan kan? Kali ni mama redha je la.. bila kat spital kita tau baby tu in good hands kan? Doc & nurses tau apa nak buat kalo de pepe emergency. Saya cuma hantar stok EBM 2x sehari.. Alhamdulillah esoknya turun 250, hari ketiga turun 215 paed bagi discharge. Berkat susu mama kuning baby Zulfa pun cepat turun kot..

548278_3525989318959_1368788202_n

Semalam bawak Zulfa gi follow up kat paed. Alhamdulillah semua ok.. paed cakap still nampak lagi kuning tapi considered as mild jaundice. Continue bf je.. so sekarang dah x yah risau2 lagi. Yasmeens sume dah free from jaundice. Mama doakan anak-anak mama sihat sentiasa ye. Hugs & kisses untuk anak-anak mama. Red heart

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeaa.. papa balik!

Dah banyak hari Yaya ngan Hana tanya soklan sama berkali2 “Bila papa nak balik?” Mama punya hangin jangan cakap la.. dah la dengan sakit yang on-off, mana nak menjawab soklan yang di ulang berkali2. Temper je mama ni.. kerja papa yang baru ni hari Sabtu pun keje so x berani nak janji ngan anak2. Buatnya mama konfiden je cakap nanti papa balik, sekali papa kena keje mau frust anak2 menunggu. Ye la, selalunya paling lama papa outstation pun dalam 2 hari, ni dah dekat seminggu. Bila papa sms ckp tengahari Sabtu dh on the way gerak dari JB, rasa cam x caye pun ada. Siap tanya balik kt papa “Betul ke nak balik?” huhuhu.. macam la balik dr oversea. Berbunga je hati menanti kepulangan cinta..

582821_493498464011741_510529243_n

Saya masih dalam mode syahdu. Kadang2 OK, kadang tu KO. Memang emosi di hujung pregnancy ni mempengaruhi betul. Saya tengok baju cinta yang bersidai kat tingkat atas pun saya dah nangis, tengok toilet yang dia selalu guna pun air mata saya dah meleleh, tengok sejadah yang dia selalu guna pun merebeh.. adoii la.. kritikal betul. Sampaikan kadang2 saya terbayang dia selisih dengan saya sambil tersengih notty mcm selalu. Memang la syaitan betul pengaruhi emosi.  Series kali ni rindu saya kt cinta tersangat la mempengaruhi emosi.. sampaikan baju cinta pun saya x basuh sebab nak ada bau dia kt sebelah saya setiap malam sebelum saya tido huhuhu..

553834_347297798689182_638817224_n

Kali ni memang saya x mampu nak kuat.. depan anak2 pun saya menangis. X macam selalu saya nak nangis pun sorok2 dari anak tapi kali ni tersedu2 saya depan anak2. Sampaikan Hana tanya “Kenapa mama nangis? Mama sakit perut? Mama berak keras cam Hana ke? Xpe.. nanti kita ajak papa gi doktor eh..” hahahaha.. Khayla yang cikenet tu pun pandai memujuk. Nampak air mata saya meleleh, boleh datang usap pipi mama pastu tanya “Uwat? uwat?” **sapa buat?** Yaya je memang mengikut perangai papa dia sebijik, x reti memujuk. Nampak mama menangis pun dia buat x tau je tengok tv.

557464_3450061340807_536864228_n

Bila sampai je cinta kat depan rumah, anak2 dah menjerit2 cam histeria! Papa masuk dalam rumah je semua dah kerumun papa.. leganya hati saya bila cinta dah ada di depan mata saya. Rasa macam x percaya pun ada.. ini baru seminggu berpisah. Semoga Allah terus berikan saya kekuatan untuk hidup berjauhan dengan cinta. Bila dah dengan anak2 haruslah mama mengalah.. dari balik sampai la ke tengah malam anak2 konker papa huhuhu.. Xde can mama nak lepas rindu. Masa nak tido pun Hana suh papa tido dengan dia. Relakan je la.. Lepas Asar hari ni papa bertolak balik JB. Aduhaii.. berpisah lagi. Tabah lah hati.. insyaAllah minggu depan bersama lagi. Kuat2 ye hati.. demi diri sendiri, demi anak2 Smile

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Holiday-la-sangat at Flamingo

Saya demand gak  nak gi holiday sbb masa cuti sekolah 2 minggu tu saya sakit mata then cinta plak xde kat darat. Terbakar je tengok member2 update gambar gi holiday kat FB huhuhu.. bukan setakat terbakar tapi dh kategori rentung hahahahaha!! Saje saya nak cari tempat kat dalam KL sebabnya malas nak jam bagai masa on the way balik nanti.. xyah nak carik penyakit. Maka cinta buat la online booking kt Flamingo untuk memuaskan hati bini yang cerewet ni huhuhu..

Sabtu tu keluar awal pagi setel2 bayar bil, pepe yang x setel sepanjang cinta gi laut. Lepas lunch dalam kol 1.30 gitu dah sampai depan lobby. Cinta masuk nak check-in, saya ngan anak2 tunggu je dalam kete sbb selalunya kejap je. Lepas setengah jam anak2 dah mula menggelisah. Dah start nak bertekak, meraung bagai.. call cinta gtau bilik dah ada tapi x siap lagi.

197671_3125627270158_1680819932_n

Sume dah nak jadik pilot..

165900_3125627990176_610154301_n

Ni dah boring tahap otromen dah ni!

Saya suh cinta park kt parking chalet then bawak anak2 jenjalan dulu sementara tunggu bilik siap. Bila dah jalan2 ternampak plak pool.. lagi la menggelisah mek2 ni!! Sudahnya cinta join anak2 swim kt pool dulu. Ok la.. memang niat nak gi situ pun nak bawak anak2 enjoy sbb dh 2 minggu terperap je kat kampung. Seronok la derang bertiga, xde la nak dengar mek2 ni bising2. Aman la kejap..

318269_3125638030427_1486397721_n

579489_2148347725489_2083535629_n

Dalam kol 3.30 ptg gitu saya gi plak tanya dh bley check-in lom? Bley dia cakap bilik x siap lagi! Oke.. ini dah mengundang hamukan! Mula la saya nak wat drama.. kalo saya baru sampai bley hampun lagi tapi ni dah 2 jam kot. Anak2 saya dah biru mulut kat kolam tu pastu lom solat Zuhur lak lagi. Saya start bising.. sampaikan senior derang datang then bagi bilik lain. Hah, ada plak bilik lain kan? Dari tadi korang x nak bagi.. nak tunggu kena sembur dengan mak buyung dulu baru nak buat. Relakan je la kena hamuk.. Bila cerita kat cinta dia senyum je, rasanya dia lagi kenal bini dia huhuhu..

Tempat & biliknya cantik.. mengadap tasik, spacious & cosy tapi servis adalah sangat lembab dan sedikit harem. Rasanya kalo x terdesak sgt, this will be the last time la. Di sebabkan tujuan gi situ adalah nak holiday so abaikan je. Baru je saya nak hepi2 cinta dah balik, anak2 seronok.. korang dah buat hal mengundang amarah huhuhu.. Lepas asar cinta ajak dinner kt KLCC.. balik sume terkelepet keletihan. Esok pagi bangun gi mandi pool lagi then gi breakfast kat luar. Balik anak2 nap jap sebelum check-out. Boleh plak kol 10 pagi derang dah call remind suh check-out on time.. apa barang? Saya demand late check-out sebab check-in pun dh lambat. Elok2 saya ni jenis sap2soi, most thing saya bley tolerate tapi bila dah hangin mula la saya nak cerewet.. lenkali belajar pandai2 lagi cara nak jaga customer eh! Nasib baik main purpose nak bagi anak2 seronok.. mari kita abaikan je hal2 yang x seronok huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakit mata..sakit jiwa

It started with Aulia few weeks back. Damn, I cursed those stupid parents yg xde rasa tanggungjawab anta anak2 yg sakit berjangkit gi nursery! For 3 weeks saya menjaga anak2 yg sakit mata berlarutan.. started with Aulia then jangkit kt Hana then Khayla. After 3 weeks standing still now I’m down with conjuntivitis.. tewas gak akhirnya. Alhamdulillah, walopun anak2 kena sakit mata cuma sebelah mata je yg cemey x teruk sgt mcm saya yg kena kt dedua belah mata. Dah macam ikan emas mata saya bengkak, bezanya ikan mas tu comel tp saya x huhuhu..

Photo1119

Hana tembam yg sepet

Photo1043

Si kenet pun sepet sampai skrg x baik2 lagi..

Series tertekan jiwa saya bila kena jaga mek2 ni masa gini. Dengan berperang nak makan ubatnya, nak titik ubat mata kena bertukar jadik resakse gorgon dulu.. jiwa saya terlalu letih! To make it worse, cinta kena naik laut almost a month. Lagi la saya stress.. selalu paling lama pun dia kena gi 2 minggu. Ok la, redha sbb memang keje dia tapi nih dh melarat sampai sebulan mula la saya nak emosi hamuk x tentu hala. Dah la kaco cuti skolah dekat seminggu plak tu.. nasib baik saya x booking mana2 untuk gi holiday cam selalu kalo x mau tsunamay gak la haku!

Bila sakit mata dh berjangkit kt saya, baru tau betapa hazabnya. Ingatkan lepas 3 minggu jaga mek2 ni antibodi saya kuat la kot x kena mcm masa saya jaga derang chicken pox dulu. Sekali hamik ko, hari kedua rombongan ke Terengganu saya dh start rasa gatal2,pedih2 mata pastu dh start merah. Dah dekat seminggu gak.. Nasib baik la cuti skolah, so dapat la balik kampung. Ada la mama ngan abah nak nengokkan mek2 bertiga ni.

eyes

Segala mende serba x kena. Nak tido x selesa sbb mata bertaik, bila nak bangun tido mata mcm di gam then air mata x berhenti meleleh. Kena cahaya sket pedihnya menusuk. Nak sujud masa solat rasa cam nak terjojol keluar bijik mata. Bengkak jangan ckp la.. hazabnya nak bukak mata bagi luas. Ni sekarang pun mata tgh kabur. Time nak amik air semayang, mata terkena air sket pun pedihnya menyucuk cam kena hiris.. adoii la..

Semalam plak masa pas mandi, bley plak berdarah menitik dari mata. Panik jap! Ajak abah gi hantar gi Pakar Mata Razak kt SP.. dekat 2 jam gak menunggu turn. Nasib baik la xde pepe, doc cakap mata luka sbb ubat sebelum ni x sesuai. Allah bagi ingatan suh jaga nikmat penglihatan yg Dia bagi the hard way. Alhamdulillah, semoga terhapus dosa2 kecil dgn adanya sakit ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Outing with the girls

Hari Isnin minggu lepas Selangor cuti besday Sultan. Taska pun cuti. Masa nak anta papa gi LRT boleh plak anak debab manja papa melalak nak ikut.. papa pun memang dh berat hati nak gi keje so papa gi keje lambat sket. Dalam kol 10 gitu papa angkut anak beranak dia gi KLCC skali.


Photo0224


Photo0225


Lepas lunch papa gi ofis, mama la senget2 jaga 3 kenets ni. Memula Yaya nak tgk buku.. ok la..lepak Kinokuniya jap. Nasib baik la Khayla dh ngantuk sgt nak tido dh masa tu. Ada la dlm sejam derang dok kt tempat buku kanak2 tu boleh lak nampak KLCC park dr tingkap. Dah menggeletis 2 beradik nk swim.. ingat senang mama nak menapak sebelah dukung Hana yg xmo berjalan, sebelah lagi sorong Khayla dlm stroller yg kejap ke kiri kejap ke kanan.. Rasa selebet sgt masa tu huhuhu.. ingat dekat ke KLCC dengan park tu? Alhamdulillah.. sampai gak la kt public pool tu. Maka dapat la the kakaks mandi dekat sejam gak..


Photo0226


Masa the kakaks mandi, baby terbangun.. dekat 2 jam gak baby tido. Bila dia bangun terus menggedik nak masuk pool gak! Saya lepas je bagi dia merangkak tapi makin lama makin ke dalam plak nak mengikut kakak. Sangat mencabar nak handle budak bertiga ni sorang2. Tambah lagi bila nak salin baju derang.. dh mcm lipas kudung gayanya. Baby lak terjerit2 sbb kena strap. Terus rasa cam Super Woman.. ok, give a very big pat on the back!


Photo0234


Lepas mandi boleh plak nak main kt playground. Adoii la.. jam baru kol 4. Papa balik kol 5.30.. toloooong!! Sejam lebih lagik nak hadap. Lantak korang la nk berkubang kt playground tu.. dengan baby2 skali mama biarkan merangkak merayap merata. Suka dia!


Photo0236


Memang la hari yg memenatkan.. lenguh badan ngan tangan dukung Khayla yg x reti diam pastu tolak Hana dalam stroller adoii la.. Hancur la harapan mama nak beli Garret, shopping bagai bila dh terlalu occupied dgn mek2 ni. Papa hutang mama tau! Apapun, mama bley bangga dengan diri sendiri sbb mampu uruskan anak2 3 beradik tu sendiri sepanjang hari tanpa bantuan. Ramai jugak yg tegur “Awak sorang bawak diorang bertiga ni ke? Xde maid?” Senyum.. hebatkan saya? Hakhak!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Super mom

NOTTTT!! Hahahaha.. lembik terkelepet ada la. Ini bukanlah 1st time saya jaga mek2 tu 24-7 sendiri tapi kali ni rasa badan aduhaii.. gagahkn je sampai derang tido malam baru la dapat rehat sikit.

work_4921040_3_sticker,375x360_super-tired-mom-v1

Maybe sbb sekarang ni peel the kakaks tu yg asyik nak bertekak berebut sume mende buatkan saya stress sgt. Kalo setakat cakap elok2 suh berenti gaduh mcm menyanyi2 je kt telinga derang.. last2 kena menjerit cam nk keluar anak tekak dulu baru la derang stop. X pun bila dh terlampau x daya nak menjerit keluarkan rotan je!

Derang start gaduh bila jejak je kaki kt rumah lepas balik skool. Adoyaii.. gaduh sape nk masuk rumah dulu, sape letak beg dulu, segalanya mende remeh la yg nk di gaduhkan. Adoyaii.. bingit telinga saya mendengar derang bertekak menjerit2. Penat balik keje pun belum abis dh stress mendengar derang bergaduh huhuhu..

Makin besar anak2 makin mencabar mental & emosi mamanya nak menjaga. Semoga saya terus di berikan kekuatan untuk membesar & mendidik anak2 saya sepanjang ketiadaan cinta hati keluar mencari rezki utk anak2 isteri tercinta. Amiiinn..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

“Tadington” trip

Cerita masa cuti Deepavali hari Rabu lepas.. xde plan nak ke mana2 sbb tengah minggu pastu papa cuti pun sehari je. Lepas subuh sume dh bangun, mandi, siap2 sume then gerak gi breakfast. Pastu bawak anak-anak gi main kt tempat rekreasi Taman Jaya. Ramai sgt yg jogging kt sini.. tempat pun ok la bersih.

Photo0848

Masa naik buai ni tetiba Hana nampak LRT lalu atas kepala.. ternganga dia tunjuk “Ma.. tadington!” (Chuggington) 2-3 kali masa tren lalu tu dia tertoleh2 tengok. Excited sgt gamaknya nampak tren depan mata. Selalu tengok dalam TV je. So saya ajak cinta hati bawak anak2 naik tren sbb memang xde plan nak kemana2. Ok anak-anak.. pelajaran hari ini ialah public transport ye..

Photo0850 

Hana yg masih cuious kenapa kita bley naik ‘Tadington’ hari ni?

Photo0851

Bagus Yaya behave dok elok2 dalam tren..

Photo0852

Baby Khayla yg tidur sepanjang perjalanan pergi..

photo0856

Nak tau ke mana kami anak-beranak? KL sentral je hehehe.. xde keje kan naik LRT semata2 pastu balik umah. Tapi nak seronokkan anak2 punya pasal xpe la..

Photo0864

Sampai KL sentral minum2 jap kt Meals Station, bawak Yaya gi toilet pastu gerak balik. Sampai rumah pun dh kol 12 lebih.. separuh hari gak la spend kt luar rumah.

Photo0867

On the way balik baby Khayla dh bangun.. Hana plak amik tempat kt buggy sbb dia pun dh ala2 lalok mengantuk. Balik rumah sume pengsan kepenatan hahahah… So Hana, hopefully dh puas hati dapat naik ‘Tadington’ yer!

Photo0866

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya dan BF :: Part 3

Cabaran yang paling susah masa BF ni adalah orang sekeliling. Kalo dengar cakap orang alamatnya memang stress la wehh.. Dengar pastu senyum.. layankan aje. Haissyy.. kadang2 rasa cam nak selotep je mulut makcik2 konon datang melawat baby tapi mulut cam longkang. Kadang tu nak gelakkan pun ada sbb kekurangan ilmu pasal BF ni. Tau la derang lagi lama ‘makan garam’ tapi kadang tuh terlebih garam bley sebabkan darah tinggi ekekeke!

“Eh, susu yg kuning2 tu jgn bagi baby tau. X elok sbb tu nanah yg baru nak jadi susu.” obviously makcik ni x pernah tau apa itu kolostrum! Jangan heran eh, nurse pun ada yg suruh buang susu awal2 tu. Adoii la.. jangan segan bertanya kalo x tau eh.

“Kalo dh tinggal baby lama2 jangan bagi susu badan.. perah buang dulu. Susu tu dah basi.” yg ni memang buat saya gelak guling2. Celah mana nak datang basinya makcik?

“Nak bagi baby minum.. susu yg cair awal2 tu buang dulu. Bagi baby minum yg pekat tu je.” ini nurse yg advice eh huhuhu.. pernah dengar foremilk & hindmilk? Simple explanation.. foremilk hilangkan dahaga, elakkan baby dehydrated. Hindmilk bagi baby kenyang, naikkan berat badan. Allah dh jadikan susu ibu tu cukup lengkap.

“Awak tu kalo tengah demam jangan bagi baby menyusu.. kang jangkit kat baby.” Makcik.. masa saya tengah demam ni la baby boleh build antibodi ketahanan badan dia utk melawan penyakit.

Banyak lagi la ‘nasihat’ pasal BF ni yg saya dapat tapi saya layankan je.. masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Nak cakap lebih2 kang di cop x hormat orang tua plak. Agak2 rasa x pasti saya google xpun tanya pendapat orang. Banyakkan buat research. Pernah saya kena sound..

“Awak ni ingatkan dh pandai sgt. Buat apa perah susu simpan lama2 dalam peti ais tu? Susu yg dh 2-3 bulan bagi kat baby. X pasal2 sakit plak baby tu kang minum susu lama..” Alahaii makcik.. biarpun EBM tu dh 2-3 bulan still khasiatnya berkali ganda dari FM.

Penat rasanya kalo nak menepis tanggapan orang psl BF.. cabaran. Mama saya pun mula2 cam x berapa nak setuju pasal saya collect EBM, agak reluctant gak la kalo time saya tinggalkan baby sekejap & mintak bagikan EBM. Masa nak tinggal Hana kt taska dulu siap tanya, “Boleh ke nak bagi susu badan kt taska?” tapi bila tengok Hana ok je hari2 minum EBM kt taska sampai la dia 8 bulan, mama dh bley terima. Mama sekarang dh x macam typical orang tua lain kalo jumpa orang yg cakap “Saya BF anak saya..” siap bley explain kalo orang tua lain x yakin. “Boleh pe nak BF anak lama2.. gi keje pam la susu tu simpan buat stok. Mas keje tapi masih bagi anak dia susu badan..” bangga saya bila dengar mama cakap camtu. Kalo melawat orang baru pas bersalin, instead of the typical question “Bagi minum susu apa?” sekarang mama plak yg cakap “Bagi susu badan la bagus..”

BF ni memang leceh, mana nak schedule masa pam, nak buat stok.. sebab tu determination kena kuat. Kalo x memang berenti separuh jalan la. Itu belum lagi dugaan, bila dh pam susu tertumpah, masa black out frozen EBM cair, production merudum masa period.. syahdu okeh. Saya sendiri pernah menangis di sebabkan pengalaman camtu.. betapa berharganya susu ibu.

Lagi satu cabaran kalo tengok forum2 berkaitan susu ibu ni bila tengok ibu2 lain yg bley wat stok sampai beratus-ratus oz.. syahdu je saya bila tengok stok frozen EBM saya hidup segan mati x mahu. Ada la dalam 40-50 oz.. itu pun dah bangga abis. Series masa Hana dulu saya xde langsung stok frozen. Pam hari ni utk bekal ke taska esok.. ngam2 soi je. Kadang tu kalo saya kena balik lewat petang, alahaii.. hati dh risau sgt. Allah tu Maha Kaya.. masa Hana dh menginjak 6 bulan, production saya agak kritikal. Hana tetiba je berubah peel kurang minum masa siang. Selalu kalo saya bekalkan 6 x 3oz masa saya gi keje dr kol 6.30 pagi – 3.30 ptg memang abis licin Hana belasah. Kadang tu baru sampai rumah dh nak mengempeng lagi.

Masa 6 bulan tu dia dh start reverse cycling.. dr 6 botol dh kurang ke 4 x 3oz je. Tapi malam tu memang dia mengempeng sampai sakit pinggang la dok mengiring sepanjang malam huhuhu.. At least saya dh x perlu risau pasal stok bekalan utk Hana esoknya. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki Hana untuk terus nikmati susu saya. So, kalo rasa diri stress x ley tgk stok EBM orang lain x yah tengok. Ingat la.. Allah dh tentukan rezeki anak2 kita. Doa banyak2 semoga dipermudahkan usaha kita utk terus beri yg terbaik kt anak.

Paling penting bila nak BF ni support dr orang sekeliling yg rapat dgn kita.. terutamanya suami. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya suami yg memahami & support usaha saya nak BF ni. Dari nak beli breast pump sampai la nak beli segala storage bottle, ice pack, segala reta meredak utk transport EBM suami x soal jawab banyak. Layan je kalo nak ke baby shop semata2 nak beli mende2 tu sume. Tengkiu cinta hati.. awak sgt suweett *kelip-kelip mata* Masa tengah pregnant Hana suami dh ingatkan “No FM kali ni ok..” Secara x langsung suami dh bagi support. So, kalo agak2 malas nak pam ikut schedule.. terbayang2 la duit yg suami dh laburkan utk beli breastpump bagai huhuhu.. Terus semangat nak pam buat stok.

Dah la.. sampai sini dulu pengalaman BF saya yg baru setahun jagung. InsyaAllah kalo ada lagi yg saya teringat nanti saya share. Buat SIL atau kawan2 lain yg baru nak mula BF atau pun nak continue BF teruskan usaha yer.. yg penting kena kuat semangat. Jangan amik kisah sgt apa orang keliling nak cakap. Selagi mampu kita bagi yg terbaik untuk anak2 kita kan? Tapi kalo dh usaha segala masih x mampu nak fully BF, jangan stress. Allah dh tetapkan Qada’ & Qadar. Bagi anak FM does not make us less a mother. Semua mak nak bagi the best utk anaknya.. Siapa kita utk judge orang? Kita cuba, kita usaha, kita doa.. yang lain kita serah pada Nya yg Maha Esa :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya dan BF :: Part 2

Bila dah balik berpantang kt kampung makin mencabar BF journey saya. Masa Hana dulu saya tgh extreme nak fully BF, maka ada gak la kadang2 sentap dgn pendapat mama saya. Banyak kali jugak mama saya terasa hati sampaikan ada sekali mama saya cakap “Ye la.. mama x belajar tinggi, x pandai. Tapi dengar la cakap orang2 tua sama.. asyik dok ikut buku je pun x semestinya betul.” Sayu plak hati bila mama saya merajuk camtu.. series rasa berdosa sgt. Dah la mama saya penat bergilir berjaga malam sbb Hana, jagakan Yaya, pastu jaga saya lagi masa dalam pantang.. saya lak asyik dok melawan sebab extreme nak BF.

Maka masa pantang kali ni saya lebih relax.. malas nak kecoh2 bertekak dengan mama saya. Guna plan B, approach yg x yah sentap2 huhuhu.. Bila mama saya cakap “Baby kena bagi minum air ni.. kering tekak dia nanti.” saya buat x kisah je. Mama saya bagi air kt Khayla but Allah knows best.. dia sembur muahahaah!! '”Eh budak ni, pandai plak dia x mo minum air.” masa tu la saya bg info, bukan mengajar ye cuma share info. “X yah bagi pun x pe mama.. dalam susu ibu dh cukup segalanya. Complete air ngan khasiat. Sebab tu kadang2 baby minum lama masa dia lapar, kadang2 dia minum kejap je sbb dia dahaga.” Take time gak nak yakinkan mama..

Masa mula2 BF Hana dulu mama saya susah nak percaya baby bley kenyang hanya dgn susu badan, everytime lepas nenenkan Hana suh top up FM. Takut sgt cucu dia lapar.. Kadang tu suggest nak bagi air rebusan nasi. Series masa pantangkan Hana dulu saya kerap bertekak dgn mama saya tapi lama2 makin ok bila mama saya tgk Hana membesar jadi budak debab. Sekarang ni pun kalo gi mana2, bila orang geram tengok Hana mama akan cakap “Yang ni minum susu badan.. sbb tu tembam sket dr kakak.” So, kali ni BF journey dgn Khayla kurang sikit la cabaran berbanding masa dgn Hana dulu.

Saya x salahkan mama sebab kurang pendedahan pasal BF. Saya ngan along pun menyusu badan masa dalam pantang je, itu pun dh campur dgn FM. Tapi still kami adik beradik rapat dengan mama & abah. Xde isu baby FM x rapat dgn mak bapak. Saya xde la extreme hal BF. Saya akan BF selagi boleh sebab saya tau saya mampu BF kan anak saya dan saya pun x kondem baby yg minum FM. Rezeki masing2 bab BF anak ni. Yaya pun BF 3 bulan je lepas tu membesar dgn FM. Masa tu sebab xde ilmu langsung pasal BF. Alhamdulillah, Yaya membesar ok je.. cerdik & aktif.

Mek2 kenit tengah bergaduh berebut remote.. to be continued lagik!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS