RSS
Showing posts with label hubs. Show all posts
Showing posts with label hubs. Show all posts

Yeaa.. papa balik!

Dah banyak hari Yaya ngan Hana tanya soklan sama berkali2 “Bila papa nak balik?” Mama punya hangin jangan cakap la.. dah la dengan sakit yang on-off, mana nak menjawab soklan yang di ulang berkali2. Temper je mama ni.. kerja papa yang baru ni hari Sabtu pun keje so x berani nak janji ngan anak2. Buatnya mama konfiden je cakap nanti papa balik, sekali papa kena keje mau frust anak2 menunggu. Ye la, selalunya paling lama papa outstation pun dalam 2 hari, ni dah dekat seminggu. Bila papa sms ckp tengahari Sabtu dh on the way gerak dari JB, rasa cam x caye pun ada. Siap tanya balik kt papa “Betul ke nak balik?” huhuhu.. macam la balik dr oversea. Berbunga je hati menanti kepulangan cinta..

582821_493498464011741_510529243_n

Saya masih dalam mode syahdu. Kadang2 OK, kadang tu KO. Memang emosi di hujung pregnancy ni mempengaruhi betul. Saya tengok baju cinta yang bersidai kat tingkat atas pun saya dah nangis, tengok toilet yang dia selalu guna pun air mata saya dah meleleh, tengok sejadah yang dia selalu guna pun merebeh.. adoii la.. kritikal betul. Sampaikan kadang2 saya terbayang dia selisih dengan saya sambil tersengih notty mcm selalu. Memang la syaitan betul pengaruhi emosi.  Series kali ni rindu saya kt cinta tersangat la mempengaruhi emosi.. sampaikan baju cinta pun saya x basuh sebab nak ada bau dia kt sebelah saya setiap malam sebelum saya tido huhuhu..

553834_347297798689182_638817224_n

Kali ni memang saya x mampu nak kuat.. depan anak2 pun saya menangis. X macam selalu saya nak nangis pun sorok2 dari anak tapi kali ni tersedu2 saya depan anak2. Sampaikan Hana tanya “Kenapa mama nangis? Mama sakit perut? Mama berak keras cam Hana ke? Xpe.. nanti kita ajak papa gi doktor eh..” hahahaha.. Khayla yang cikenet tu pun pandai memujuk. Nampak air mata saya meleleh, boleh datang usap pipi mama pastu tanya “Uwat? uwat?” **sapa buat?** Yaya je memang mengikut perangai papa dia sebijik, x reti memujuk. Nampak mama menangis pun dia buat x tau je tengok tv.

557464_3450061340807_536864228_n

Bila sampai je cinta kat depan rumah, anak2 dah menjerit2 cam histeria! Papa masuk dalam rumah je semua dah kerumun papa.. leganya hati saya bila cinta dah ada di depan mata saya. Rasa macam x percaya pun ada.. ini baru seminggu berpisah. Semoga Allah terus berikan saya kekuatan untuk hidup berjauhan dengan cinta. Bila dah dengan anak2 haruslah mama mengalah.. dari balik sampai la ke tengah malam anak2 konker papa huhuhu.. Xde can mama nak lepas rindu. Masa nak tido pun Hana suh papa tido dengan dia. Relakan je la.. Lepas Asar hari ni papa bertolak balik JB. Aduhaii.. berpisah lagi. Tabah lah hati.. insyaAllah minggu depan bersama lagi. Kuat2 ye hati.. demi diri sendiri, demi anak2 Smile

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Celebrate besday Papa

Memula plan nak celebrate kt Double Tree Hilton tapi entah cane masa booking kt Agoda last minute xde la plak booking tu. Hissyyy.. baru je plan nak celebrate sempena umur cinta 33 tahun. Baru la simbolik sket huhuhu.. tapi dah xde rezki nak gi situ maka melencong ke sini la kami.

426801_3232718107362_1749586884_n

Saya book Lexis PD. Itupun rate dah nak dekat rm400 sebab last minit booking kat booking.com. Kalo awal bley la dapat rate murah sket. Ahad pagi tu saya ada sukan sekolah tapi kol 1 dah cabut balik. Esoknya Isnin 9hb, cinta amik cuti sebab awal2 lagi saya dah sound nak celebrate besday dia officially.

532609_3224154053266_1840492073_n 

Balik sukan terus gerak gi PD. Sampai ngam2 time check-in kol 3pm. Masuk je bilik memang puas hati la sebab bilik besar dengan 2 queen bed. Anak2 plak bila nampak je bath tub sume dah menggeletis x sabar2 nak berendam.

406168_3224154413275_1195235919_n

Spacious room

552228_3224153693257_1729963841_n 

Kali ni memang x jejak ke pantai langsung. Santai habis kat hotel. Petangnya jalan2 kat water chalet, bawak anak2 main kat playground then terus gi dinner. Kata nak celebrate besday papa kan? Bagi la papa relax bersantai enjoy the day..

528985_3224154573279_293826691_n 

Jalan-jalan petang hari

250885_3224159293397_1363283478_n

Proud papa of yasmeens

486185_3224157813360_956130024_n

View from water chalet

554233_3224169573654_1675634972_n

At the playground

532516_3224173813760_1276804406_n

Esoknya lepas breakfast cam biasa la anak-anak akan tuntut nak gi pool. Dah jadi cam aktiviti rutin plak kalo gi hotel lepas breakfast je mesti nak berendam. Kalo x, mau hamukan berguling-guling huhuhu..

531185_3232716227315_647550015_n

Kali ni papa dah x susah nak handle derang bertiga sebabnya Yaya ngan Hana dah ada water confident. Kalo dulu sume nak berkepit dengan papa je dalam air. Sekarang, biarkan je dalam floaties tu nanti pepandai la derang bawak diri. Papa just jaga Khayla je yang perasan macam budak besar. Bagi masuk kids pool x layan. Menjerit-jerit nak gi adults pool join the kakaks.

524244_3232716987334_652419173_n

Si kenet ni mulut dah biru pun x nak keluar pool.. bila angkat bawak naik laju je dia patah balik nak terjun tiruk dalam air huhuhu..

Balik bilik derang sambung mandi kat bath tub. Lepas check-in terus gerak balik PJ. Maka habislah celebration besday papa untuk tahun ni. Alhamdulillah.. semoga kita anak-beranak terus di murahkan rezeki untuk jalan-jalan holiday cam sekarang. Happy birthday papa.. we love you so much!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday Cinta

You're the reason my life is worth living
You're the reason every day is worth waking up to
You're the reason there's a smile on my face
You're the reason the sun shines on me every morning
You're the reason I want to celebrate every single day of our lives
Wishing you a very Happy Birthday Red heart
May you get everything you hoped, dreamt and wished for.

Photo1240

I can't imagine passing one moment of my life without you
I can't imagine living my dreams without you
I can't imagine going into anyone's arms for peace but yours
What would I have done if you weren't born on this lovely day many years ago?
I love you. Send a kiss
Happy Birthday to my dear husband.

Photo1198

Life is meant to enjoy each day as if it were your last. Your birthday is a reminder that Allah has given you one more year to bring about change in the lives of the people around you. Have you a lovely birthday. May you have a hundred more to come.

249179_3125630870248_168639605_n

Alhamdulillah.. cinta is double tree today! I love you with all my heart. May we have the chance to spend the rest of our life to love & cherish each other with Allah blessing.

601361_3125648950700_1725533600_n

HAPPY ONE YEAR WISER MY HANDSOME HUSBAND.. INSYAALLAH I PROMISE YOU THAT WE WILL GROW OLD TOGETHER In love 

I LOVE U

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Our 6th beautiful years..

Alhamdulillah.. today marks our 6th years anniversary. 6 years of marriage, 6 years of learning to accept each other’s ‘pe’el & songeh’ (..still do..), 6 years of being the right pieces in a our own jigsaw puzzle.. completing each other :)

IMAG0025Year 6 with latest kenet”

I love you cinta hati for what you are.. loving me for who I am. We still have our different opinions & we do fight over stupid things a lot like normal couples do. You can be the most annoying person who ruin my day yet you are the one who make me smile the whole day just by a simple “I LOVE YOU” :)

15542_1143917728658_1548943722_30364296_5791669_n 

“Gambar wajib every year utk entry anniversary :)”

Every single day I’m looking forward to wake up next to you.. Happy 6th anniversary cinta hati. Semoga Allah panjangkan jodoh kita hingga akhir hayat. Semoga Allah rahmati rumahtangga kita. Semoga tetap teguh cinta kita suami isteri biar apa yg mendatang. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kita sekeluarga dan sentiasa dalam lindunganNya. Today is our 6th years wedding anniversary.. and still counting :)

IMAG0063“3 kenets in 6 years.. not bad huh?!”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tudung cantik

Cantik je tengok trend bertudung sekarang kan? Saya pun sebenarnya teringin nak tudung berfesyen2 ni tapi dengan muka lebar cam pinggan ni bila pakai inner gitu dh sah2 la nampak penyek hahahahaha!!

472__900x600_maysaa-london_thumb 

Boleh je nak pakai tudung2 berfesyen gini tapinya kena cari yg betul2 sesuai dgn saya. Biar pakai tudung betul2 tutup dada. Itu syarat cinta hati masa baru kahwin dulu. Rasanya dia pun dh lupa pasal tu kot huhuhu.. Masa baru kahwin dulu saya pakai tudung bawal then silang je.. then satu hari lepas semayang maghrib, masa saya salam cinta hati cakap “Pakai la tudung betul2..tutup la dada xyah silang2. Lagi cantik apa..” saya x puas hati “Ala..mcm makcik2 la.” Masa tu kan baru kahwin so ala2 memberontak la sket. Pastu cinta hati bangun lipat sejadah then mcm merajuk cakap “X kesian ke kt saya nak tanggung dosa awak? Dosa saya lagi..” Alahaii.. saya kalah betul kalo cinta hati dh cakap camtu. Bab dosa pahala x leh kompromi.

So sampai sekarang kalo saya nak buat pepepun saya ingat yg tu.. termasuklah bab2 nak berpakaian bagai. Cinta hati jarang melarang saya sbb dia tau saya jenis yg makin dilarang makin dibuat huhuhu.. Saya pun susah nak pakai baju2 ketat atau jarang.. memang dull x stylo2 mcm orang lain. Maybe sbb badan gemuk so nak berfesyen pun x tau hahahahah.. kang pakai ketat2 dh jadi cam sarung nangka plak! Saya lagi selesa kalo keluar just pakai jeans ngan blouse then sarung tudung tutup dada. Lagi senang nak kepung anak2 yg tgh melasak masa keluar jalan2.

Selalunya lepas bersiap nk keluar kalo cinta hati tiba2 tegur, “Ketatnya?”,”Jarang la..”, “Tangan pendek?” konfem saya dh x selesa nak pakai apa yg saya pakai tu. Jarang sgt la dia nak tegur sbb rasanya selama ni apa yg saya pakai biasa2 je. Masih dalam piawaian dia kot.. So sekarang ni camni je la saya.. seadanya..

39__640x427 

Teringin nak pakai tudung fesyen tapi malas nak belajar cane nak lilit shawl bagai.. tunggulah sampai satu masa cinta hati cakap “Awak pakai la cam tu..” Macam orang lain, saya pun nak cantik & up to date tapi biar la saya nampak lebih cantik depan mata suami.. sedap mata dia memandang kan?

*image taken from google*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: Dear hubby..

I MISS U (10)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Si dia ini

Semalam & hari ini si dia ini outstation.. maka tinggal lah saya berperang sorang2 dengan anak-anak dia huhuhu.. Ini tidak adil!

223276_1659101887940_1548943722_31239768_881387_n

Saya sangat x suka kalo si dia ini tinggalkan saya sbb nak gi keje jauh2.. kalo la saya ni x keje haruslah saya mengekor je bontot dia ke mana saja dia pergi. Konfem menggeletis rimas dia sebab seminit pun xley berpisah dgn saya & anak2 muahaha!! Kalo gi offshore pun bley ikut konfem saya ikut hakhak! Nasib la kan..

Bila si dia ni xde saya rasa cam kelam kabut sgt hidup saya sebab kena uruskan semuanya sendiri, sedangkan selama ni memang semuanya pun saya buat sendiri. Xde bezanya masa dia ada dgn x ada. Still, bila si dia ni x ada dalam kehidupan seharian saya rasa cam missing pieces in a jigsaw puzzle kekdahnya.. x lengkap, x cantik. Dia lah pelengkap hidup saya :)

At least kalo dia ada saya bley buat keje rumah tanpa gangguan sekejap bila dia take turn jaga anak2. Masa tu dia rasa la apa yg saya rasa sepanjang masa dia xde.. uruskan 3 anak serentak sorang diri. Merasalah dia huru haranya hidup bila 3-3 menjerit nakkan perhatian hakhak! Baru 2 hari saya dh rindukan dia.. alahaii..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hujung minggu

Berpantang di kampung memang sikit sebanyak melegakan sebab ada mama ngan abah utk tengokkan anak2 saya time saya stress bila bb Khayla dgn Hana buat perangai serentak huhuhu.. Kiranya kalo dedua melalak meraung, mama atau abah akan amik pujuk salah sorang. Saya x tau camne bila balik rumah sendiri nanti saya nak handle mek bertiga tu kalo derang buat perangai serentak..

Nasib baik la saya masih ada mama dgn abah.. kalo la saya kena berpantang sendiri adoii la, x terbayang mana nak jaga bb Khayla yg terkuek2 nak dikendong manjang pastu dgn Hana nya yg buas & Aulia yg sgt demanding. Mau meroyan dibuatnya huhuhu.. nauzubillah.. Bila berpantang kt kampung, otomatik la kena berjauhan dengan cinta hati kan? Setakat ni Alhamdulillah, cinta hati x pernah x balik masa weekend untuk jenguk anak bini sepanjang berpantang ketiga2 anak ni. Kecualilah kalo dia kena gi offshore atau de pepe hal keje yg xley nk elak sgt.. tengkiu sayang ;p

Ada hikmah sebenarnya bila berpantang ni berjauhan dgn cinta hati. Saya masih lagi dalam phase sesuaikan diri sebagai ibu beranak 3 so memang setiap hari la saya akan mengaum & bertukar menjadi makhluk hijau xpun mom-zilla. Sampaikan mama saya marah sbb dalam pantang saya masih terjerit pekik kt anak2. Kalo saya berpantang kt rumah maunya cinta hati pun kena tempias amukan saya hehehe.. kalo kt kampung ni xkn nk mengamuk kt mama ngan abah lak. Ada yg kena sumpah jadi peti ais kang muahahaha!! Lebih baik kiranya saya dengan cinta hati berjauhan buat sementara.. at least ada jugak rindu2an, kenang2an. Tau je la kan bila stress ni mula la nak masam2 muka.. sudahnya sebab mende kecik melarat2.

Bila berjauhan asyik menghitung hari menunggu kepulangan cinta hati masa weekend. Bila cinta hati sampai, hati berbunga.. nasib baik la dalam pantang kan nguehehehe.. Semoga perasaan rindu camni sentiasa ada sepanjang kami bersama ;p sgt sweet perasaan ni. Saya rindu dia.. :(

IMAG0282

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 beradik

Papa request nk tengok gambar latest anak2 dia.. baru x sampai seminggu x jumpa dh rindu ye yang? Cane la kalo kena keje 3-4 bulan skali baru jumpa anak.. Ini lah gambar latest anak2 dara awak.. Rasanya adik dh nak sama besar dengan kakak.. huhuhu..

IMAG0010

IMAG0012

IMAG0017

IMAG0018

IMAG0020

IMAG0022

IMAG0023

IMAG0026

IMAG0027

Tengok muka adik Hana, dh bersegi.. xnampak leher dh muahahaha.. Kakak Yaya gak yg kurus kering sbb cerewet sgt memilih makan. Adik belasah je.. pantang nampak orang makan konfem dia mintak. Dari celik mata sampai la nak tido malam mengunyah je keje dia huhuhu..

Tok mama dh x bagi panggil Hana adik.. suruh panggil Kak Chik sbb nanti x lama lagi dh nak ada adik lagi. Yaya plak panggil Kak Chaq huhuhu.. Kesian 2 beradik ni, kecik lagi dh nak jadi kakak.. xsempat nak manja lama. Xpe.. lepas ni kita bagi derang manja lama sket kan papa *wink*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ulangtahun

Saya di kejutkan pagi ini dengan call dari suami.. “Selamat ulangtahun sayang..” suami menyanyi lagu Imran Ajmain dengan nada yg berterabur. Owh suami sesungguhnya kamu sentiasa tau cara nak buatkan saya gelak mengilai walopun di subuh hari! Saya cintakan kamu hingga akhir hayat..

untitled

Suami saya bukan lah makhluk romantik yg ingat segala tarikh special bagi saya tapi mungkin di sebabkan telinga dia dh naik sebu dengar saya bertanya, “Sayang nak hadiahkan apa untuk ny?” lalu dia terpaksa ingat tarikh hari ini 1st December-hari kami di satukan dgn sah, bersaksikan kedua belah org tua, berjanji susah senang bersama selagi hayat dikandung badan.. insyaAllah.

Apa hadiah yg saya dapat? Aci x kalo kata ‘hadiahnya’ yg tengah saya bawak dalam perut dh 6 bulan++ ni? Not bad huh? Bakal ada 3 anak dlm 5 tahun kawen, boleh tahan produktif ekekekekeke.. Being married for 5 years, saya sudah lali dengan hakikat suami saya adalah hopeless romantic tahap tujuh petala langit muaahahaaah!! Usahlah diharap tiba2 ada orang hantar coklat/bunga bagai ala2 seprais, usahlah dinanti tadaaaaa… suami suakan kotak hadiah berbalut beriben bagai huhuhu.. sesungguhnya itu bukanlah suami yg saya kenal. Kalo tiba2 dia buat camtu, mungkin itu tandanya dia ada buat salah besar dengan saya & masa itu saya perlu risau ;p

Sambutan? Kalo tahun lepas masa anniversary saya masih dalam pantang, suami pula di laut. Xde bezanya tahun ini.. petang ini suami akan ke laut, sbb itu saya nun di utara suami pula ntah di mana huhuhu.. sadis! Suami cari rezeki untuk saya & anak2. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya suami yg tahu tanggungjawab. *ayat sedapkan hati ;p * Bohonglah kalo saya x mengharapkan apa2 dari suami.. saya sentiasa mau apa2 dari suami. Saya mau selamanya saya tetap orang yg paling dimanjakan suami ;p

kawen

Suami, siapapun kamu, apapun kamu.. saat kamu lafazkan akad yg menyatukan kita 5 tahun lalu, saya sedia menerima kamu seadanya. Kamu seorang suami saya.. HAPPY 5th ANNIVERSARY SAYANG.. cinta kamu hingga akhir hayat... insyaAllah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Good luck sayang

Hari ni cinta hati saya bakal teruskan kerja baru di tempat baru.. semoga cinta hati saya happy dengan environment yg fresh.

L380%20new%20job

“Here’s your little fairies to wish you luck with your new job!!..”

Photo0022

“Good luck papa.. we love you!”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perlu ingat

Baru cadang mau tutup blog.. tapi ada perkara perlu di blogkan ;p. Badan sgt sakit2 2-3 minggu kebelakangan ini. Baru 18 minggu, sakit lenguh2 mau krem dr pinggang ke kaki sudah menyerang hampir setiap malam. Nasib baik suami x perlu outstation, dia la yang amik alih jaga anak2 yang makin melasak. Siapa kata anak perempuan x selasak anak lelaki? Meh sini jagakan anak2 saya.. ;p

Hampir setiap hari bangun solat Isyak & iron baju keje jam 4 pagi.. betapa lesu & x terdayanya badan. Malam tadi balik minum2 di Kopitiam, suami jaga anak2 terus saya hanyut.. xtau la ntah bila anak2 ditidokan suami. Dalam lalok2 masih sempat mengadu pada suami.. sakit pinggang, sakit kaki, sakit segalanya.. tau2 terus ke lalaland… zzzzzz… Tiba2 suami gerak, “Sayang sakit kat mana?” di tangan ada sebotol minyak panas.. tunjuk je sini-sana-situ-sinun yang sakit.. suami sapukan minyak..

untitled

SYURGA!! Walopun suami cuma calit, sapu sket2 tapi ke’suweeeeeetttt’an suami buatkan segala sakit yang ada hilang.. Suami.. walopun kamu adalah hopeless romantic tapi kamu ADA bila saya perlukan kamu. Itu yang paling penting.. itu yang buatkan saya bahagia dengan kamu. Terima kasih suami.. Cinta kamu hingga akhir ayat ;p

laut

Habis cerita yg perlu di ingat tentang kesuweeetan suami.. satu lagi perkara perlu di ingat. Masa nak bangun solat Isyak jam 4 pagi, dapat suatu mimpi. Aulia dengan papa main pasir tepi pantai, tiba2 dtg ombak besar sekelip mata hanyutkan Aulia jauh sgt ke tengah laut.. terus terjaga, jantung berdegup kencang. Orang tua2 cakap kalo mimpi ombak ertinya bakal datang rezeki besar.. tapi kalo mimpi tu bawak erti x baik mungkin iblis yg mengacau.. Nauzubillah.. mintak di jauhkan segala yang buruk dari kami anak beranak. Suami memang suka bawak Aulia gi pantai hari cuti.. hati2 ye bawak anak nanti yang.. Semoga semakin murah lah rezeki kita anak beranak ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Papa admitted

Kisah minggu lepas.. Hubby balik dr outstation KL, balik dh start letih lesu tanda2 nak demam. Selalunya makan panadol bley baik tapi kali ni pelik sket. Dah makan ubat tp demam masih x kebah. Kebetulan mama ngan abah datang tgk cucu2 dh hampir seminggu. Balik keje Jumaat tu mama dh bising2 “Cuba bawak syamsyir tu gi klinik.. asyik dok usung anak gi klinik smpai 3-4 kali. Diri sendiri sakit x endah..” Padan muka hubby, bukan x nak bawak gi klinik tapi dia yg degil sgt. Kalo sakit sikit2 xmo gi klinik. Dah mama ngan abah bising baru la nk gi huhuhu..

Masa kt klinik hubby dh start menggigil pastu loya tahan muntah. Baru sikit tu.. belum dapat loya ibu mengandung ni lagi hehehe.. Doc just bg ubat demam, antibiotik, lozenge bla..bla..bla.. sampai umah kol 5, hubby makan ubat tapi badan dia panas sgt2. Dah start meracau yang bukan2.. kejap2 panggil Yaya, kejap2 panggil Hana, mintak nk kiss la.. merepek x tentu hala. Risau je hati tengokkan hubby tiba2 jadi gitu. Lepas 2-3 jam panas badan hubby masih x turun. Lepas mayang maghrib hubby menggigil makin teruk pastu x berhenti mengongoi sakit kepala sgt2. Abah plak bising suh bawak gi spital.. nasib baik la mama ada nk menjaga Hana.

Lepas dapatkan referral letter dr klinik trus bawak hubby gi KSH. Kat klinik pun hubby dh start terbaring. Sayu je hati bila tengokkan hubby menggigil2 sambil picit2 kepala sebab sakit sgt2. Sampai KSH trus gi emergency.. hubby kena jab sedas kt bontot then dh cam lalok2 sket. Memula doc suspect denggi tengokkan condition hubby yg menggigil tapi xde lak naik rashes merah. So hubby admitted untuk thorough check up. Siap kena amik darah & masuk IV drip bagai..

DSC00312

Masa ni sayu je hati tengokkan hubby.. my pillar of strength tiba2 terbaring lesu camni uhuk..uhuk.. tahan je xmo nangis.

DSC00316

Alhamdulillah, lepas 2 jam gitu temperature hubby dh start turun. Lega sket hati bila hubby dh bley jamah sket roti ngan milo panas. Dah sehari suntuk x jamah pepe sebab mual & xde selera. Malam tu ber’honeymoon’ la kami berdua atas katil spital hehehe.. muat okeh!! Nurse pun xde hal sebab bukan nye haku hempap laki ku sampai sesak nafas.. mentang2 la haku gemok muahahaah!! Nasib baik sgt la mama ngan abah ada kt rumah nk menjaga anak2 dara ku.. trime kasih sgt2 la mama ngan abah. X terbalas jasa dr kecik sampai la ke tua bangka dh beranak pinak pun menyusahkan mak bapak lagi hehehe..

 DSC00313

Esoknya, hubby dh ok sket. Dah bley jamah makanan banyak sket. Dah x demam.. lega je hati bila tengok cinta hati dh x menggigil cam semalam. Jasad je kt spital tapi hati kat rumah-teringat kat anak2, lebih2 lagi kt Hana sebab x pernah pisah tido malam huhuhu..

DSC00318 

Sempat lagi camwhoring masa hubby tido hehehe..

Alhamdulillah, hubby dh makin sihat. Hubby admitted Jumaat malam sampai Isnin ptg baru discharge. Cinta hati.. lenkali demam sket2 jangan ngelat nk gi klinik k.. Kesian la kat diri sendiri & anak bini.. Susah hati tau tengok awak sakit camtu.. I love u so much.. muah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dear Papa..

We love you soooooo much.. you’re our HERO, even this big guy cannot beat you in thousand years.. ;p

ultramancosmos

.. you’re so much more powerful than the big guy because he wouldn’t be able to do this..

IMG0050A

or this..

IMG0071A

or this..

IMG0092A

or this..

Dup(1)DSC00004

or be there when we need the most..

DSC00009

wanna know WHY?

.. because that big guy didn’t have US as his child.. you’re so lucky to have us in your life ;p You’re our ULTRAPAPA!

HAPPY PAPA’S DAY!!

from your adorable angels & the cause of major headache..

IMG0098A

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS