CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Restoran RasaMas, Giant Batu Caves, Selangor







Selepas penat memborong barangan dapur di Giant, anak-anak mengeluh kelaparan. Jadi kami pun singgah sebentar di Restoran Rasamas di dalam Giant dan memesan 1/4 ayam percik dan chicken fritters thai sauce. Kena menunggu juga untuk makanan yang dipesan sehingga minuman kami nak habis lah. Apabila menu yang dipesan sampai, dengan tidak sabar lagi anak-anak pun melahaplah ayam ini. Alahai, menu ayam lagi walaupun tengahari tadi sudah dihidangkan dengan ayam goreng bijan. Memang anak-anak suka dengan menu ayam.

Lunch Menu 15022011







Kari Daging
Ini adalah salah satu menu kesukaan anak saya yang nombor dua iaitu naim. Saya tidak menggunakan santan sebagai kuah, sebaliknya menggunakan susu sejat.
Bahan-bahan yang digunakan: daging dan kentang mengikut keperluan, 5 ulas bawang kecil, 3 ulas bawang putih, halia, 1 keping kulit kayu manis, 3 ulas bunga lawang, 1 biji buah pelaga,1 biji cili jalapeno, rempah kari daging mengikut keperluan, susu sejat, garam & gula, sedikit sos tomato

Mula-mula tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga garing. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau. Rempah kari pula ditumis sehingga terbit minyak dan masukkan sedikit sos tomato. Apabila tumisan rempah sudah mesra, masukkan daging & kentang serta air dan masak sehingga empuk. Tuang susu sejat mengikut berapa pekat kuah yang dikehendaki dan cili potong serta gula dan garam secukup rasa.

**Kari daging ini selalu juga dimakan dengan roti canai atau capati segera yang saya masak untuk dihidangkan kepada suami.

Ayam Goreng Bijan
Menu yang kedua untuk hari ini. Saya menggunakan tepung serbaguna bijan Nona. Saya gaulkan ayam dengan tepung serbaguna ini dengan sedikit minyak (sepatutnya dengan minyak bijan lagi sedap, tapi anak-anak tak berapa suka dengan bau minyak bijan). Biarkan sebentar selama 15 - 20 minit agar ayam dan tepung mesra bersama. Kemudian gorengkan sehingga masak.

Selamat mencuba...BON APPETIT!

Sunday, November 28, 2010

Lunch Menu 28112011


Selamat bertemu lagi utk sekian kalinya. Menu yang selalu saya masak untuk lunch anak-anak ialah Paprik Ayam.
Bahan-bahan
Ayam yang dipotong dalam kiub kecil mengikut banyak mana yang anda nak masak
1 biji bawang kuning & 1 biji bawang besar merah (dipotong bulat)
1 batang karot
Halia
Cili giling (mengikut pedas yang dikehendaki)
Sos tomato, sos cili, kicap manis
4-6 keping daun limau purut
Gula dan garam secukup rasa
Air
Penyediaan: Ayam digoreng sehingga garing sedikit dan diangkat. Gunakan minyak ini untuk menumis setengah daripada bawang yang dipotong bulat tadi sehingga garing bersama sedikit gula. Kemudian masukkan halia sehingga naik bau dan cili giling pula sehingga naik minyak. Setelah itu campurkan dengan sos cili, tomato dan kicap serta daun limau purut. Biarkan dalam 1-2 minit. Masukkan air (utk membuat kuah) dan baki bawang yang dipotong tadi sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Akhir sekali, karot dan ayam yang telah digoreng garing serta garam secukup rasa.
Paprik Ayam ini saya hidangkan bersama telur dadar yang dipukul dengan bawang..sedia untuk dimakan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...