Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label video. Papar semua catatan

Ahad, 15 Julai 2012

Selasa, 4 Januari 2011

Video | Benarkah Karam Singh Walia Hina Melayu?



sumber video : Youtube

Reaksi mereka yang memberi komen di youtube menyatakan ;
1) Karam mungkin membuat silap tetapi orang Melayu kena maafkan memandangkan ketika itu Karam mabuk.

2) Karam telah banyak berjasa kepada orang Melayu. Adakah memang benar Melayu mudah lupa?

3) Ramai yang tidak setuju dengan cara yang tidak diplomasi orang Melayu yang marahkan Karam pada malam kejadian. Malah ramai yang tidak puas hati (dalam komen) apabila ada yang minta Karam bayar bil satu kedai malam itu.

4) Ada yang membela Karam kerana dia telah menyatakan minta maaf berulang kali.

Hari ini, di dalam suratkhabar pula menyatakan akan menyiasat mengenai perkara di atas.


p/s : Karam mabuk, itu dia punya pasal ler. Dia bukan Islam (walaupun dia (penerima tokoh maal hijrah?)
 Tak kisahlah dia nak mabuk ker aper. Orang Melayu Islam mabuk, berzina, buang anak, dedah aurat,  itu yang patut dimuatnaik dalam youtube, boleh juga ramai-ramai hentam dan bagi nasihat. Huhuhu.

Selasa, 28 Disember 2010

AFF : Video Perlawanan Akhir Pertama Malaysia VS Indonesia 3-0 di Stadium Bukit Jalil

Video dan gambar bukti Indonesia guna laser kalahkan Malaysia 5-1





Penjaga gol Malaysia, Sharbinee Alawi terkena pancaran laser hijau (dalam bulatan)
semasa perlawanan menentang Indonesia di Jakarta baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.

Menurut entri blog Adamroslan.com yang bertajuk 'Piala Suzuki AFF 2010: Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu?' pengendali blog itu memuat turun klip video yang dihantar oleh seorang peminat bola sepak tempatan perlawanan berkenaan sewaktu Malaysia kalah 1-5 di tangan Indonesia pada 4 Disember lalu.

"Pendedahan klip video itu yang disunting daripada video rasmi AFF telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan," katanya.

Menurut blog itu, ia juga bukti peminat bola sepak di republik itu juga turut bermain kotor.
"Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang perlawanan peringkat kumpulan dahulu?," ujarnya.

Sumber : Kosmo dan Kelate.net

makngoh : ~~~ indonesia, kalau dia buat tak apa. Kalau orang buat tak boleh.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Di jarak perindu - Nyayian Twins

Lagu ni kegilaan makngoh time makngoh muda-muda dulu. Ekeke...
Rasanya lagu ni top masa makngoh dalam tingkatan 1 rasanya.
Jom dengar. Rasanya ramai yang tak pernah lagu ni.

sejak kupergi bagaimanakah kau kini
meniti hari apakah sesunyi ini
kosong dan sepi hanya rindu dalam hati
menemani bila sendiri

sejak kau pergi semakin aku mengerti
antara kita masih rindu merindu
ternyata aku terlalu mengharap
tidak di jarak perindu

p/s : sekarang ni tengah game Kedah VS Kelantan. Makngoh tak tengok...terlalu berdebar.

Ahad, 17 Oktober 2010

Video Perkahwinan Kayangan | Rating TV3 Cecah 3.5 Juta Tonton








Siaran eksklusif majlis persandingan dan resepsi Angkasawan Negara di TV3 berjaya meraih rating 3.2 juta rakyat pada 10 Oktober 2010 yang lalu. Seluruh rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan acara gilang-gemilang di kaca TV dan meraikan detik bersejarah Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang selamat diijabkabulkan bersama pasangan hatinya, Dr Harlina Mohd Yunos.


Paparan ekslusif bemula pada hari yang sama, jam 2.00 petang hingga 3.00 petang menerusi program NONA yang dihoskan oleh Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan. Hampir 1.6 juta penonton mengikuti laporan terkini Fiza yang turut berada di sekitar majlis pernikahan. Sebaik selepas berakhirnya siaran berita Buletin Utama, dibawakan khas dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) menampilkan gandingan serasi, Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Syuhada Nurul Ain sebagai pengantara majlis. Bermula daripada susunan aturcara majlis yang diterajui oleh Dato’ Mahadzir Lokman, laporan ekslusif turut menyiarkan ketibaan pengantin di dewan yang dihiasi indah berkonsepkan ‘istana kayangan’ dan diiringi oleh paluan kompang, gurindam, bunyian orkestra serta selawat dan marhaban ke atas Nabi Muhammad S.A.W.


Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, ketika ditemui berkata, “TV3 sentiasa peka terhadap kehendak penonton dan sentiasa memberikan hanya yang terbaik kepada mereka. Kami amat teruja dengan kejayaan catatan rating tinggi untuk program khas tersebut. Kami sudah menjangkakan jumlah penonton akan meningkat kerana majlis ini memang amat dinantikan oleh penonton setia TV3. Populariti Dr. Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan pertama Negara secara tidak langsung menjadikannya sebagai ‘wedding of the year’. Saya bagi pihak TV3 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton semua kerana terus setia bersama TV3!”


Laporan eksklusif majlis resepsi dan persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos ini menampilkan Syarida Shariff (Sherry) sebagai penerbit dan Puan Siti Hatija Yusof yang bertindak sebagai penerbit eksekutif serta turut dibantu oleh tenaga warga kerja Primeworks Studios dan TV3.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Video singa yang masih ingatkan dua orang tuannya

 

Semasa kecil singa ni pernah dibela oleh 2 orang pemuda
 dan hidup secara moden.
Kemudian, apabila singa ni dah besarrr
tuannya pun hantarlah dia menjalani kehidupan macam
singa tradisional macam datuk nenek moyangnya.

Selepas setahun, tuannya rindu nak jumpa dia pulak.
Tapi, tuannya itu diberitahu bahawa singanya dah jadi singa liar
dan dah lupakan tuannya tu. 

Namun dek kerana nak sangat jumpa dengan singa tu
jadi, tuannya pun pergilah juga mengadai nyawa
untuk berjumpa haiwan peliharaan mereka dulu tu

APA YANG BERLAKU?

Singa tu menerkam ke arah tuannya yang dua orang tu
memeluk dan mencium

TERHARU la pula makngoh tengok.

kasih sayang antara manusia dan haiwan

p/s : binatang pun ingat tuan tapi ada segelintir manusia yang lupa mak bapa sendiri.

Bertaubatlah anda yang termakan cili itu.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Abih ler cikgu yang buat keje nih!

Video ini makngoh dapat dari facebook. Rasanya diupload oleh pelajar yang merekod kawan-kawannya didenda dek kerana gagal @ tidak lulus ADDMath.

Apa yang perlu dititikberatkan, agar kejadian macam ni tak berulang -:

a) guru tak boleh denda pelajar macam ni! Guru disiplin dan guru berpengalaman tentu tahu di mana silapnya denda ini. (Huraian denda makngoh malas taip sebab takut orang salahgunakan). Denda pelajar di tempat panas pun dah dikira SALAH!

b) pelajar tak boleh bawa tepon ke sekolah dan rekod video macam ni untuk disebarkan di facebook. Tengok, makngoh dah sebarkan dalam blog pulak dah! Ker memang dah tersebar luas pun??? Makngoh jer yang ketinggalan zaman?

c) Kalau dapat oleh pihak yang anti-pendidikan negara, sah-sah dah menggunakan video ini digunakan untuk mengggghentam guru, hentam PPD, hentam JPN, hentam KPM, hentam menteri pelajaran dan hentam driver di kementerian (ERK!)

p/s : nasib ler cikgu!

Jumaat, 27 Ogos 2010

Video Bayi berenang

bayi ni berjalan pun terkedek-kedek lagi. Tapi sudah mampu berenang dan tahan nafas dalam air. Makngoh tak pandai berenang :)

Ahad, 15 Ogos 2010

manusia yang degil

Zaharuddin.net telah menulis di status facebook beliau

"Antara kesalahan terburuk manusia adalah apabila melakukan kesalahan & dihukum secara benar, akan dimarahi hukuman itu lalu dituduh zalim & tidak adil. Sifat degil manusia melanggar arahan ini mampu menghalang kebaikan dari tercipta. Cuba lihat video yg memaparkan sifat majoriti manusia degil. Ingatlah Nabi membenarkan... anda menyucuk mata pengintai di rumah anda, walaupun dia buta selepas itu."



melihat video ini teringat makngoh pada pernah sesetengah pelajar. Apa yang dilarang, itulah yang mahu dibuat.

Ahad, 4 Julai 2010

Video Ceramah Oleh Ustaz Azhar Idrus : Penjaga tandas dan penyanyi perempuan

Kita tidak boleh hina sesuatu pekerjaan melainkan pekerjaan itu hina pada syarak'

Musim Bola Sepak : Video Ajal Ketika Main Bola

Salam semua

Mak ngoh sekadar nak kongsi video yang mak ngoh jumpa tak ingat dah dari mana tapi ada dalam laptop nih. Jadi, mak ngoh upload jer lah. Kongsi bersama.

Kebetulan sekarang nih memang musim bola.

Ingatan bahawa AJAL itu bila-bila masa dan di mana-mana saja.

Samaada kita bersedia atau tidak.

ALLAHUAKHBAR

Aku bertaubat padaMU YA ALLAH.


Download Video

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!