Safee Sali dikhabarkan menerima pelawaan dari kelab Indonesia dan Vietnam manakala Shahrul pun dipelawa menyertai Skuad Srivijaya FC dan satu lagi kelab yang belum dikenalpasti dari Indonesia.
Positifnya, jika ternyata mereka berdua berpindah ke skuad luar negara, itu memberi sedikit gambaran bahawa pemain-pemain kita sudah mula mendapat perhatian negara luar. Mengapa mendapat perhatian? Sudah tentu kerana bakat, kebolehan dan ketangkasan mereka beraksi di padang. Tidakkah kita tumpang bangga?
Bagi yang berfikiran positif, mereka menganggap peluang keemasan bermain untuk skuad luar negara hanya datang sekali dan bukannya datang bergolek. Jadi kerana itu ada di kalangan penyokong menasihatkan Safee dan Shahrul menerima peluang yang ada. Timba pengalaman sebanyak mungkin di tempat orang dan yang paling penting, tingkatkan skill dan kemahiran untuk digunapakai bagi pasukan kebangsaan kelak.
Namun sayangnya, makngoh secara peribadi menganggap jika benar mereka berhijrah, negara akan kehilangan dua permata yang sedang bersinar dalam arena bola sepak. Mengapa mereka ingin pergi ketika Malaysia sedang dan masih ghairah memburu kejuaraan dan kejayaan dalam bidang bola sepak? Sangat tidak adil untuk jurulatih dan penyokong yang memberi mereka semangat dan kemahiran tetapi mereka tabur kebolehan mereka itu untuk negara lain. Di manakah semangat patriotik mereka? Selain itu, mengapa mereka memilih Indonesia? Negara yang penduduknya sangat membenci Malaysia? Mengapa mereka ingin menolong negara tersebut?
Lagi satu yang terdetik di fikiran makngoh, ikhlaskah niat kelab dari Indonesia untuk mengambil dua wira negara kita ini? ATAU agenda mereka hanyalah untuk menyekat kebangkitan kuasa bola sepak Malaysia dengan mencantas wira-wira negara yang berkebolehan? Mereka taburkan duit lumayan untuk menarik minat wira-wira ini, itu kata Hamidin sendiri.
Pasukan dan kuasa bola sepak negara ibarat bunga yang mula memekar. Namun makngoh risau bunga tersebut akan terus layu dan layu sebelum sempat mekar berkembang sepenuhnya.
Kami penyokong bola sepak akan terus menyokong bola sepak negara.
FAM akan terus berjuang memajukan bola sepak negara.
Pemain pula bagaimana?
Adakah akan membawa diri ke negara orang?
p/s : namun makngoh sedar, bukan mereka dua orang ini sahaja pemain Malaysia. Ramai lagi pemain berbakat di Malaysia. Yang penting mereka diberi peluang untuk beraksi. Kadang-kadang terdetik juga di hati makngoh, nasib baik si kembar Negeri Sembilan cedera dan tidak dapat beraksi.
Jika tidak, adakah peluang untuk Shahrul dan Safee beraksi di posisi mereka semasa AFF?
Kerana kita tahu kembar tersebut sentiasa diberi kelebihan dan keutamaan. Walaupun tidak beraksi untuk Piala AFF Suzuki Cup, namun mereka tetap dicari wartawan untuk memberi komen dan pendapat.
Lain pula dengan pemain yang beraksi.
Dalam 11 orang itu, berapa orangkah pemain yang ditemubual oleh wartawan? ekeke