Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Ogos 2015

Kanak-kanak tertusuk garfu masih hidup


Seorang kanak – kanak berumur 3 tahun tertusuk garfu dipercayai akibat jatuh dalam keadaan garfu dalam mulut. Kanak – Kanak tersebut ketika kejadian dipercayai sedang makan mee goreng dan secara tiba – tiba terjatuh dengan garfu dalam mulut. Mangsa telah dikejarkan ke klinik berdekatan untuk rawatan selanjutnya. – MyTimes


13 Ogos pula viral menyatakan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia, akhirnya hari ini 14 Ogos ada skrinshot wassap yang menyatakan kanak-kanak tersebut masih hidup dan selamat. Alhamdulillah.

Siapa yang mereka cerita kematian kanak-kanak tersebut, pandai-pandailah bawa bertaubat. Dengan budak kecik pun boleh nak jadikan fitnah dan bahan gurauan.

Ahad, 20 April 2014

Bas jatuh gaung lagi

Sebuah bas persiaran yang membawa pelancong Singapura telah tergelincir ke dalam gaung disebabkan hujan lebat, petang tadi. Kejadian berlaku di Muadzam menghala ke Gambang. Semua penumpang terselamat dan hanya mengalami kecederaan.

Rabu, 22 Disember 2010

Kemalangan 27 maut di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands,

Percutian sekumpulan 35 pelancong warga Thailand ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar menjadi tragedi apabila 25 daripada mereka maut manakala 10 lagi parah dalam nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah kemalangan membabitkan bas ekspres di negara ini.

Nahas ngeri kira-kira pukul 11.50 pagi di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu turut meragut nyawa dua rakyat tempatan iaitu pemandu bas, Omar Shahidan (gambar), 48, dan Soontorn Kian, 38, pemandu pelancong berketurunan Siam.

Ketika kejadian, terdapat seramai 37 orang dalam bas tersebut. Seramai 15 yang terbunuh dalam nahas itu adalah wanita manakala selebihnya 12 orang lelaki.

Dengan angka 27 kematian itu, nahas tersebut disifatkan terburuk dalam sejarah nahas kemalangan jalan raya di negara ini.

Ia meragut paling banyak nyawa selepas kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 229, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Gantang, Perak, meragut 21 nyawa dan mencederakan lapan yang lain pada 13 Ogos 2007.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, seramai 22 mangsa mati di tempat kejadian, empat ketika dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

“Bas persiaran dua tingkat itu dikatakan hilang kawalan sewaktu menuruni laluan berbukit sebelum merempuh pembahagi jalan konkrit berdekatan Kampung Juang di sini.
“Bas itu kemudian terpelanting ke laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam longkang sedalam satu meter,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Menurut Zakaria, bas itu menuruni Cameron Highlands kira-kira pukul 11 pagi menuju ke Kuala Lumpur kerana pelancong berkenaan dikatakan akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Polis terpaksa menutup laluan kedua-dua arah selepas kemalangan tersebut,” ujarnya.
Beliau berkata, bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu didaftarkan di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.
Sementara itu, pengarah urusan syarikat berkenaan, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan ketika dihubungi Bernama berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca... saya kena balik dan bincang,” katanya.
Menurut Eng Hock, syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas. Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, beliau berkata syarikat akan merancang sesuatu.

Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka kepada lalu lintas pada 2003 dan merupakan laluan alternatif ke Cameron Highlands selain jalan dari Tapah.

Jalan tersebut juga digunakan bagi mereka yang mahu pergi ke Gua Musang melalui Lojing, Kelantan.
Zakaria ketika ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada kegagalan brek atau dipandu laju tidak menafikan kemungkinan tersebut dan akan menyiasat dua faktor berkenaan.

“Siasatan lanjut punca sebenar nahas akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros),” katanya.

Khamis, 18 November 2010

Kemalangan ngeri | Penumpang hancur berkecai di jalan raya

Fuh, memang ngeri kalau nak dibayangkan bagaimana penumpang-penumpang boleh hancur berkecai. Lepas tu, "cecair-cecair" dari penumpang itu
meleleh-leleh di jalan raya.

Sayangnya, kemalangan ini tidak dihebohkan di negara kita walhal memang berlaku. Jadi, siapakah yang harus dipersalahkan. Fuh, kalau kes kemalangan,
terus cari siapa yang bersalah. Ekekeke.

Berita dan media memang menganaktirikan kes-kes kemalangan macam ni.
Lagipun, kemalangan ini berlaku di negeri pantai timur.

Makngoh pun tak faham mengapa mereka tidak buat liputan mengenai kemalangan sebegini sedangkan penumpang-penumpang kemalangan ini parah teruk.

Hancur...hancur...hancur... Yang tak hancur tu baguslah.
 Selamat geng-geng peniaga dan peternak.








Nak tengok gambarnya?






Makngoh cuma ada sekeping jer gambar kemalangan tu.








Tengoklah

Sabtu, 6 November 2010

Kemalangan bas lagi : Sudah tiba masanya hukuman gantung sampai mati untuk pemandu bas

Alamak, dasatnya hukuman yang makngoh cadangkan. Tetapi, kalaulah memang terbukti kemalangan berpunca dari kecuaian dan kelajuan pemandu sendiri, makngoh rasa TAK BERDOSA kalau kerajaan meluluskan undang-undang pemandu bas dikenakan hukuman gantung sampai lenguh mati.

Jika pengedar dadah dikenakan hukuman gantung kerana menyebabkan kerosakan dan kematian ramai anak muda-muda akibat dadah, jadi wajar juga jika pemandu bas turut dikenakan hukuman sama yang menyebabkan kematian mereka yang tidak bersalah. Lain kes dengan penagih dadah yang memang buat perkara salah tetapi penumpang bas tidak bersalah. Mereka hanyalah menggunakan kemudahan pengangkutan awam yang mereka mampu dan sesuai dengan tempat dituju mereka.

Ya, memang betul, pemandu bas juga manusia. Pemandu juga seorang ayah, pemandu bas juga seorang suami, seorang datuk malah juga seorang anak. Mereka ada tanggungan dan tanggungjawab terhadap keluarga. Namun, ekoran kemalangan demi kemalangan yang berlaku dan rata-rata saksi kejadian menyatakan bas dipandu laju membuktikan KESALAHAN besar pemandu bas.

Pemandu bas tidak sedar, jika bas ada 44 kerusi, 44 nyawa lah dalam risiko di stereng bas mereka. Memanglah semuanya kehendak ALLAH. Kun fa ya kun, namun bukankah sesuatu musibah dan kecelakaan itu juga berpunca dari sikap manusia itu sendiri dengan izin ALLAH. 

PEMANDU BAS YANG DI DAPATI BERSALAH MEMANDU LAJU MELEBIHI 90KM/H HINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN PENUMPANG BAS YANG DIPANDUNYA PERLU DIKENAKAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI
Kemalangan bas terbaru berlaku di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat Pekan, malam kelmarin. Kemalangan mengakibatkan kematian seorang penumpang dan kecederaan kepada 4 penumpang wanita.

           Bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang terjunam ke dalam tali air
Jenazah  Ismail Naqiuddin Hamdan, 25 setelah dikeluarkan dari bas.

Menyedihkan apabila kawan jenazah memberitahu pemberita bahawa jenazah meluahkan rasa takutnya apabila pemandu bas memandu laju. Arwah juga berkata ingin menegur pemandu bas terbabit apabila berhenti rehat di perhentian. Sayangnya, tidak sampai 5 minit selepas keluhan arwah, bas tersebut terbabas dan terjunam ke dalam sungai. Arwah meninggal akibat lemas.

Baca berita penuh di sini

Ahad, 31 Oktober 2010

Kemalangan di Setiu : Ragut 5 nyawa | Gambar kereta remuk


REMUK...Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan empat sekeluarga termasuk seorang bayi berumur setahun antara lima yang terkorban di Kilometer 67.5 Jalan Penarik, Permaisuri di sini.

Empat sekeluarga termasuk seorang bayi berumur setahun antara lima yang terkorban dalam kemalangan ngeri melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 67.5 Jalan Penarik, Permaisuri di sini hari ini.

Dua lagi parah manakala 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan ketika hujan lebat antara kereta Proton Wira dan sebuah van berhampiran Kampung Nyatuh, di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Noorazdy Yelwy Sidek, 32; adiknya, Noorazry Elmy, 29; Noor Afzan Efizalman, 16; Nor Amisya Maisarah, anak Noorazry Elmy yang berumur setahun.

Turut terkorban seorang penumpang van, Mek Wook Yacub, 76. Kesemua mereka berasal dari Besut.

Kesemua yang terbunuh kecuali Nor Amisya Maisarah disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan tersepit dalam kenderaan. 

p/s : Al-fatihah. Makngoh tak ada mood nak bebel pasal kemalangan. Antara kecuaian dan takdir ALLAH. Redha dengan apa yang berlaku.

Dalam kejadian di Ipoh pula seorang lelaki berumur 28 turut meninggal akibat kemalangan ketika menyeberang jalan.

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!