Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label neraka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label neraka. Papar semua catatan

Ahad, 29 Ogos 2010

Suami dan isteri > syurga dan neraka

ingatlah!!!
bila isteri di syurga
tak semestinya suaminya turut di sana
bila isteri di neraka
semestinya suaminya turut di sana
bila suami di syurga
semestinya isteri turut di sana
bila suami di neraka
tak semestinya isteri turut di sana
~kata-kata dari seorang penceramah agama

Isnin, 2 Ogos 2010

Neraka dan penghuni neraka

Penghuni neraka dihimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan muka tertelungkup, dibutakan, dipekakkan dan dibisukan. Mereka dalam keadaan hina dan melutut mengharapkan ihsan.

pandangan mereka tak lagi bermaya. Mereka dihalau ke arah neraka. Dari jauh lagi pintu neraka terbuka dan menyambar penghuni-penghuninya. Orang-orang yang mengikut orang yang diikut sewaktu di dunia dulu, ketika melihat azab mula merasa menyesal. Menyesal mengikut orang lain, sedangkan yang patut diikuti adalah ALLAH.

Neraka juga dijaga oleh malaikat yang keras, bengis dan kuat. Kediamannya dan tempat tinggal tinggal dalam neraka sangat buruk. Penghuninya dimasukkan ke tempat yang sempit. Namun demikian,neraka sentiasa tidak penuh malah sentiasa minta tambahkan penghuninya.

Di dalam neraka, penghuni neraka mengeluh nasib malang mereka dan meminta tolong dari ALLAH supaya dikeluarkan dari neraka untuk beramal soleh. Allah menempelak mereka "Tidakkah Aku telah mengutuskan utusanKu".
Penghuni neraka saling menyalahkanyang lain ekoran kedegilan mereka di dunia untuk beramal.

Mereka diberi makan buah Zaqqum iaitu makanan logam yang mendidih dalam pertu. Pohon buah ini keluar dari dasar neraka. Mayangnya seperti kepala syaitan. Juga diberi minum dengan air nanah. Apabila dihirup sahaja, hampir tidak dapat diteguk. Apabila mereka minum, isi perut dan kulit mereka hancur lebur. Juga diberi air yang mendidih sehingga terputus-putus isi perutnya.

Pakaian merereka pula dari api dan disiram ke tas mereka dengan air yang mendidih. Tempat tidur dan selimut mereka dari api.

Penghuni neraka akan dibalas mengikut apa yang mereka kerjakan. Seksaan neraka itu suatu bencana yang sangat malang. Dari jauh lagi sudah kedengaran jerit pekik mereka.

Kayu api neraka adalah orang yang menyembah selain ALLAH. Kulit-kulit mereka dipanggang dan digantikan dengan kulit yang baru untuk merasai azab neraka.

Siksaan lain di neraka adalah dirantai, dibelenggu dan diseret. Bagi penghuni nereka, kematian datang keapda mereka dari segala penjuru tetapi mereka tidak amti. Mereka terus disiksa dengan keras.

Setiap kali mereka hendak keluar dari perasaan sedih, mereka dilontarkan kembali ke dalamnya dan dikatakan keapda mereka.

"Rasalah azab neraka yang kamu dustakan mengenainya" Firman ALLAH dalam surah As-Sajadah ayat 20.

Masa mak ngoh taip entri ni, sudah terbayang betapa azabnya neraka itu. Mengerunkan. Marilah bersama jauhi larangan ALLAH dan kerjakan amalan soleh.

Dipetik dari "mencari ketenangan dan menyuci jiwa"
Syeikh Al Maqari Haji Othman Bin Hamzah.

Sabtu, 31 Julai 2010

Neraka itu mempunyai tujuh pintu

Setiap satu pintu ke pintu yang lain, jaraknya sejauh perjalanan 70 tahun. Rasulullah saw bertanya kepada Jibril a.s "Siapakah orang-orang yang menempati pintu neraka itu"

Jawab Jibril -:
Pintu Pertama ~ pintu Hawiyyah - tempat orang-orang yang munafik dan kafir.
Pintu kedua ~ pintu Jahim - tempat orang-orang musyrikin.
Pintu ketiga ~ pintu Saqar - tempat orang-orang sabiin.
Pintu keempat ~ pintu Ladza - tempat para iblis dan orang-orang majusi
Pintu kelima ~ pintu Hutomah - tempat orang-orang Yahudi
Pintu keenam ~ pintu Saiir - tempat orang-orang Nasrani
Pintu ketujuh ~ tempat orang yang buat dosa tetapi tidak sempat bertaubat.

Jumaat, 23 Julai 2010

Kisah Neraka Jahanam

Kalau sebut neraka, semua orang dah tahu. Kanak-kanak kecil telah pun dididik mengenai kewujudan syurga dan neraka. Bagaimanakah bayangan syurga dan neraka yang anda faham? Adakah syurga itu dibayangkan sebuah tempat yang sangat indah manakala neraka dibayangkan tempat yang penuh dengan api membara?

Mak ngoh ada terbaca satu artikel mengenai neraka Jahanam. Sungguh takut dan ngeri bila membaca kisah neraka ini.

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Rabu, 16 Jun 2010

Azab Kubur Mereka Yang Tidak Mandi Junub

Cerita 1

Aban bin Abdullah Albajali berkata "Ketika tetangga kami mati, maka kami hadir jenazahnya hingga dimandikan. Kemudian kami ikut menghantar kek ubur dan ketika akan dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba ada binatang yang serupa dengan kucing dan ketika dihalaukan oleh penggali kubur itu tidak berubah, maka dipukul dengan pacul, tetapi tidak bergerak sehingga terpaksa dipindahkan kubur yang lain.

Dan ketika akan dikuburkan tiba-tiba ada lagi binatang itu, maka mereka menganggap ini tidak dapat dielakkan dan terus dikuburkan.

Setelah ditimbuni tanah, kami mendengar suara tulang yang dimamah oleh binatang tersebut, maka suamiku dan beberapa orang pergi kepada isterinya untuk menanyakan apakah perbuatan suaminya itu? Lalu isterinya berkata " Dia biasa tidak mandi junub"

Cerita 2

Al-Ghazali berkata " Ada seorang mimpi bertemu dengan orang yang telah mati dan ketika ditanya "Bagaimanakah keadaanmu? Jawabnya : Tinggalkan aku sebab pernah tidak pernah mandi junub, maka kini ALLAH memakaikan kepadaku pakaian dari api neraka, aku bergelimpangan dari pakaian itu.

Al Ghazali berkata " Seseorang bermimpi bertemu dengan orang yang telah mati dan ketika ditanya "Bagaimanakah keadaanmu? " Pada suatu hari saya telah sembahyang tanpa wudhu' kini ada serigala yang selalu menganggu dalam kuburku sehingga keadaanku tidak tenang.

Dipetik dari : Alam Kubur, 1980 M. Ali Chasan Umar Terbitan C.V Toha Putra (m/s 153Numbered List)

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!