Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label pergigian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pergigian. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Mei 2017

Jangan buat Maryland Bridge | Rawatan pergigian

Ingatan untuk siapa-siapa yang pergi untuk dapatkan rawatan pergigian

Jika doktor tawarkan maryland bridge bagi mengantikan gigi yang telah dicabut, dinasihatkan janganlah buat. Lagi bagus anda buat crown brige terus.

Maryland bridge sebenarnya tidak kukuh, asyik tertanggal dan setiap kali nak simen dan tampal semula doktor akan cas RM 100 - RM 200 setiap kali tampalan. Ramai doktor gigi yang mengakui maryland bridge ni sangatlah tidak sesuai. Malangnya ada doktor yang tamak dan malas trim gigi untuk crown bridge. Kenakan harga sehingga RM1000 bagi sebatang gigi maryland, buat ala kadar sekadar tampal tanpa buat pemeriksaan terperinci.

Makngoh bercerita dari pengalaman sendiri buat maryland di sebuah klinik milik doktor wanita di Kota Bharu. Sangat menyedihkan dan mengecewakan. Asalnya makngoh ke klinik tu untuk buat crown bridge tetapi doktor tu cakap maryland lagi bagus, tak perlu trim gigi dan segalanya bagus la dia cerita. Jika tertanggal tak apa, dia tampal free je. Rupanya pakai tak sampai 2 hari, tertanggal, pergi jumpa dia...dia tawarkan makngoh buat implan pulak.  Rasa nak menyumpah doktor tu. Maryland dah habis beribu. Implan lagi RM5000 wei. Jika tanggal, tampal free tu pulak cuma sekali tampal sahaja. Jika selepas tu tanggal lagi dia akan cas macam biasa. Itulah jenis doktor yang nak cepat kaya dan fikirkan duit je tanpa faham niat sebenar jadi doktor gigi. Kita ni pulak tiada ilmu dalam bab pergigian...ingatkan doktor yang ada ilmu tu boleh membantu tetapi makin tambah masalah je.

Makngoh dah haramkan kaki jejak klinik tu lagi sebab sangat-sangat mengecewakan dan merugikan duit sahaja dengan hasil yang menyakitkan hati. Makngoh ni dah banyak kali dapat rawatan klinik gigi dari rawatan braces hingga ke tampalan biasa. Jadi makngoh boleh sebut klinik gigi mana yang bagus dan yang kurang area Kota Bharu tu.

SERIUS MEMANG KECEWA

Sekarang makngoh dapatkan rawatan di Kuala Lumpur. Memang agak mahal tapi service doktor lagi okay.

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!