Aircond kereta viva makngoh tak rasa sejuk. Tapi try bawa gak dalam perjalanan hampir sejam. Pastu bau hangit..tengok2 dah berasap. Rupanya compressor dah jem.
Esoknya beli compressor aircond RM285 tak ori dan xde warranty pun bawa gi bengkel minta tukar. Siap dalam sejam lebih je dengan kos upah RM150. Tauke bengekl cakap patutnya kena tukar semua baru bagus sebab apa ntah dah kotor. Nanti compressor tu rosak lagi. Alahai... nape tak cakap awal2. Kalau tak kami suruh tukar semua benda la. Ambil kereta bawa balik umah...kereta jadi mcm xcukup nafas. Tercungap2. Jadi hantar balik ke bengkel mintak dia tengokkan...dia cakap tu masalah enjin lak. Kena bawa ke bengkel lain untuk cek enjin.
Disebabkan kekurangan masa sibuk dengan kerja pergi pagi balik petang...jadi kami tak sempat nak hantar kereta. Makngoh bawa la jugak kereta yang tercungap2 tu pegi keje yg jaraknya dalam 10km. Kadang2 bunyi bising tali aircond. Jadi makngoh off aircond buka tingkap sampai pening kepala sebab panas.
Akhirnya... kereta kembali berasap. Tak sampai 2 minggu pas repair. Kali ni bawa g bengkel cina dekat Wakaf Bharu. Tauke bengkel tu bagus...terang satu satu siap tolong tuliskan benda yang kena tukar dan suruh kami gi beli. Akhirnya settellah masalah aircond kereta. Hantar Khamis..Jumaat pagi dah siap.
Kos upahnya RM500. Kos barang sila tengok resit di bawah.
Selepas tukar semua baru tu dengab paipnya sekali baru enjin Viva tu rasa aman...dan tiada mcm tersedut2. Sebelum bertahun2 dah bunyi enjin tu macam xsmooth bawa gi servis pun tak okay gak.