Isu guru berjauhan pasangan sudah lama menjadi isu. Menteri Pendidikan silih berganti namun penyelesaian masih belum menampakkan hasil termasuk juga Menteri Pendidikan yang baharu. Ingat dulu, zaman makngoh bujang ... Menteri Pendidikan ketika itu Hishamudin beliau siap cadangkan guru kahwin dengan guru satu sekolah... haha. Jika guru robot bolehlah...kahwin ikut sedap je kan. Tapi sebab cikgu ni manusia ada hati ada perasaan ada pilihan tersendiri. Jodoh tuhan dah tentukan.
Kemudian teringat pula cerita Noh Omar yang cakap kalau tak nak ke pendalaman, cikgu-cikgu sila berhenti kerja. Aduhai...kesian kami guru-guru. Kebanyakan guru-guru ni anak orang biasa-biasa je. Bukan anak datuk datin. Anak tan sri atau dari keturunan kaya raya (walaupun cikgu sekolah makngoh ayah dia ahli parlimen) . Kebanyakan guru ni lahir dari pengorbanan ibubapa bergolok gadai untuk anak-anak dapatkan ijazah pendidikan. Takkan semudah itu kami nak berputus asa membiarkan pengorbanan ibubapa begitu saja. Sebab itu ada guru yang bertahan...bertahun-tahun nun di pendalaman, berbelas-belas tahun terpisah pasangan tapi sabar sabar redha usaha macam tu lah dari tahun ke tahun menunggu April dan September. Berjaga menunggu server error egtukar jadi ok .. menghabiskan ink printer...cetak itu cetak ini walaupun jauh di sudut hati memang dah tahu akan .....GAGAL.
Tiba-tiba hari ini dikejutkan pula dengan berita 2000 guru duka lara berjaya disatukan. Eh, siapa? Siapa yang dah disatukan. Kami guru-guru berjauhan tiada menerima apa-apa makluman dan surat pun. Kami ada group whatsapp guru berjauhan tapi seorang dari kami tiada pun dapat panggilan atau apa-apa makluman. Kami ada group pertukaran guru di facebook.... tapi tiada berita pun ada guru yang dapat. Siapa yang dapat? Takkanlah 2000 orang yang berjaya itu membisu tak mahu kongsi berita gembira masing-masing.
Yang pelik, siap nak masuk fasa kedua dah. Eh.....eh. Konfius kami guru-guru yang berjauhan ni. Fasa 1 apa cerita? 1848 itu angka apa? 2000 tu angka yang mana pulak.
Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata usaha itu yang memasuki fasa kedua, akan diteruskan pada tahun ini selepas fasa pertama yang mula dilaksanakan tahun lalu membuahkan hasil memberangsangkan.
“Kementerian akan lihat guru-guru yang ‘berduka lara’ ini, kami fokus untuk satukan mereka. Di seluruh negara terdapat lebih kurang 30,000 guru yang berpisah dengan pasangan mereka, ini antara langkah pertama yang diambil untuk satukan mereka dan proses pertama sudah siap dan kami akan teruskan.
“Hampir 2,000 guru berjaya disatukan, ada ramai lagi. Mereka kini boleh menyemak kekosongan dan membuat permohonan pertukaran secara online, iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diberi kuasa untuk membuat keputusan, ini memudah cara, kami sudah amalkan sejak dua tahun lepas,” katanya.
Dipetik dari sini
SEBENARNYA hati kami guru berjauhan pasangan ini seperti mati hidup semula selepas penyataan--penyataan penuh harapan dari Dato' Seri Mahdzir Khalid. Makngoh rasalah, beliau satu-satu menteri pendidikan yang bercakap dan bertindak untuk membantu guru bersama pasangan. Dahulu Mary Yap juga pernah menaik status yang kononnya ingin membantu guru PJJ tapi langsung tiada hasil. Yes...langsung tiada hasil. Guru PJJ tetap tidak diberi keutamaan dalam pertukaran.
Yang menjadi ralat kami guru-guru PJJ mengapakah bilangan guru PJJ mencecah 30K sedangkan egtukar dibuka 2 kali setahun dan semakan semula juga 2 kali setahun. Di mana silapnya??? Mengapa ada guru yang telah berbelas-belas tahun berjauhan pasangan hinggakan masyarakat luar memandang isu tersebut sebagai normal dan biasa. Cikgu ada cuti banyak boleh jumpa pasangan sewaktu cuti. Jadi kamilah isteri / suami separuh masa itu. Yang berkhidmat anak murid separuh mati dan berkhidmat untuk anak dan pasangan dalam 10 kali setahun sahaja. Sewaktu cuti sekolah dan cuti perayaan. Anda semua ada 365 hari bersama pasangan tetapi mengapa kami tidak boleh? Sebab guru umpama lilin membakar diri... (itupun kalau lilin boleh pakai lagi)
Di kementerian ada bahagian yang menguruskan pertukaran guru dan makngoh sangat tak faham mengapa boleh keluar angka 30K ? Jika ada 30 orang pelajar yang gagal, sah-sah dah kering muka guru dimarah kerana makan gaji buta...yang tak buat kerja. Teringat pada tahun 2013, makngoh buat rayuan di KPM menggunakan alasan emak sakit Chronic Subdural Haematoma. Kepala bertebuk sebab ada pendarahan. Pengawai yang melayan makngoh dengan bangga jawab "ada cikgu sendiri yang kanser tahap 4 pun gagal, inikan pula alasan sekadar ibu yang sakit" WOWWWW. Jadi, cikgu yang lulus egtukar tu guna alasan jenis apa baru boleh lulus tukar?
Cerita makngoh tak habis begitu je. Makngoh print gambar-gambar emak makngoh, jaja dan merayu pengawai di KPM jangankan nak tengok. Jeling pun tidak gambar yang makngoh nak tunjuk. Betul. Itu pengalaman makngoh sendiri. Keluar bilik pengawai dengan airmata. Berjalan ke tempat parking yang jauh. Orang duk tengok je kita duk menangis .Mungkin itu fenomena biasa di KPM. Tapi tak serik lagi. Ada masa free pergi lagi. Mengadap lagi. Layanan tetap sama. Keluar dengan airmata lagi dan Akhirnya...putus asa. Hingga ke hari ni makngoh dah tak jejak kaki ke Putrajaya. Dengar kata ada pengawai baru dah yang berkhidmat.
Tahun 2016, tahun ke 6 makngoh berjauhan anak dan suami. Mereka di kampung, makngoh di KL. Duit habis atas Malindo, Firefly, Darul Naim, Mutiara dan Perdana. Itu rutin 6 tahun. Dari mengandung sorang-sorang di KL hingga sekarang anak dah nak masuk 5 tahun. Paling perit drive sendiri ke hospital dengan kontraksi 5 minit sekali. Nurse asyik tanya mana waris? Makngoh tak dapat nak bagitau yang suami jauh di Kelantan. Tak sempat nak datang. Telefon mak di kampung dengan airmata bercucuran. Masuk wad sendirian tanpa keluarga. Nasib baik ada hamba ALLAH suami isteri yang tolong belikan makanan dan minuman untuk makngoh. Memang betul duka lara hidup jauh pasangan ini. Sangat perit. Sebab tu makngoh respect sangat kepada guru wanita PJJ yang sanggup jaga anak sendirian tanpa suami. Makngoh tahu sangat payah...lebih-lebih lagi bila anak sakit atau mak sendiri yang sakit. Tanya je mana-mana guru PJJ macam-macam cerita sedih boleh dengar. Sekolah mkangoh sendiri ada 3 orang PJJ.