Sudut Test Mouse Kiri
Entri Popular
Tinggalkan pesanan anda di sini
Sabtu, 3 Disember 2016
Lawar ikan
Cara buat
Ikan tamban-siang buang tulang, hiris. tak perlu masak
Cili ditubuk kasar
Bawang merah dihiris halus
Daun kesom dihiris halus
Limau 'kerat lintang' diperah air. Jika tiada limau ni, boleh guna limau nipis atau limau kasturi.
Garam,gula, cuka(pilihan)
Gaulkan semua bahan. Ikan akan masak bila bercampur dengan air limau dan cuka. Sedap dimakan dengan nasi atau diratah. Rasa masam pedas. nyum nyum.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Ahad, 19 Jun 2016
Banglo murah Jun Julai 2016 Bendang Kerian, Berangan, Tumpat
Luas rumah : 1677 kaki persegi ( 3 bilik tidur 2 bilik air)
Luas tanah : 5400 kaki persegi
Lokasi : Kampung Bendang Kerian, Berangan Tumpat. Belakang Klinik Bendang Kerian. Kawasan bebas banjir. Kawasan berhampiran sedang membangun dengan pembinaan lot kedai dan market Supermas. Dekat dengan Akademi Memandu dan masjid.
Harga : RM 300 ribu siap dengan pagar konkrit. Rumah masih dalam pembinaan
Harga : RM 300 ribu siap dengan pagar konkrit. Rumah masih dalam pembinaan
Sila hubungi : 014 8037181 - Mat
Maaf. Broker tidak dilayan.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Isnin, 2 Mei 2016
Bina rumah murah di Kelantan
- Kami adalah syarikat bumiputera yang berpusat di Tumpat.
- Berpengalaman membina banglo persendirian, rumah kedai dan pengubahsuaian rumah.
- Kami berkelebihan memberikan tawaran harga yang lebih rendah kerana memiliki kedai bahan binaan sendiri.
- Kami sedia bantu anda memiliki rumah idaman yang cantik dan mewah dengan harga mampu milik.
- Kami menawarkan harga yang berpatutan, design yang cantik dan terkini mengikut citarasa anda.
Perkhidmatan:
-membina rumah mengikut budget dan citarasa anda
-ubahsuai rumah sedia ada
-membuat garaj,pagar konkrit
-memasang kekuda kayu/besi
-memasang siling kapur/biasa
-bina kedai,pejabat dan kerja yang berkaitan pembinaan
-tambun tanah/ pasir
Khidmat pinjaman bank/ kerajaan, lukis pelan, arkitek dan guaman boleh diuruskan.
Untuk kecek-kiro melawat rumah contoh dll,
Sila hubungi
014-8037181 - Mat
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Ahad, 3 Januari 2016
Isu guru duka lara | Kenapa KPM biarkan sehingga 30K guru berjauhan pasangan?
Isu guru berjauhan pasangan sudah lama menjadi isu. Menteri Pendidikan silih berganti namun penyelesaian masih belum menampakkan hasil termasuk juga Menteri Pendidikan yang baharu. Ingat dulu, zaman makngoh bujang ... Menteri Pendidikan ketika itu Hishamudin beliau siap cadangkan guru kahwin dengan guru satu sekolah... haha. Jika guru robot bolehlah...kahwin ikut sedap je kan. Tapi sebab cikgu ni manusia ada hati ada perasaan ada pilihan tersendiri. Jodoh tuhan dah tentukan.
Kemudian teringat pula cerita Noh Omar yang cakap kalau tak nak ke pendalaman, cikgu-cikgu sila berhenti kerja. Aduhai...kesian kami guru-guru. Kebanyakan guru-guru ni anak orang biasa-biasa je. Bukan anak datuk datin. Anak tan sri atau dari keturunan kaya raya (walaupun cikgu sekolah makngoh ayah dia ahli parlimen) . Kebanyakan guru ni lahir dari pengorbanan ibubapa bergolok gadai untuk anak-anak dapatkan ijazah pendidikan. Takkan semudah itu kami nak berputus asa membiarkan pengorbanan ibubapa begitu saja. Sebab itu ada guru yang bertahan...bertahun-tahun nun di pendalaman, berbelas-belas tahun terpisah pasangan tapi sabar sabar redha usaha macam tu lah dari tahun ke tahun menunggu April dan September. Berjaga menunggu server error egtukar jadi ok .. menghabiskan ink printer...cetak itu cetak ini walaupun jauh di sudut hati memang dah tahu akan .....GAGAL.
Tiba-tiba hari ini dikejutkan pula dengan berita 2000 guru duka lara berjaya disatukan. Eh, siapa? Siapa yang dah disatukan. Kami guru-guru berjauhan tiada menerima apa-apa makluman dan surat pun. Kami ada group whatsapp guru berjauhan tapi seorang dari kami tiada pun dapat panggilan atau apa-apa makluman. Kami ada group pertukaran guru di facebook.... tapi tiada berita pun ada guru yang dapat. Siapa yang dapat? Takkanlah 2000 orang yang berjaya itu membisu tak mahu kongsi berita gembira masing-masing.
Yang pelik, siap nak masuk fasa kedua dah. Eh.....eh. Konfius kami guru-guru yang berjauhan ni. Fasa 1 apa cerita? 1848 itu angka apa? 2000 tu angka yang mana pulak.
Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata usaha itu yang memasuki fasa kedua, akan diteruskan pada tahun ini selepas fasa pertama yang mula dilaksanakan tahun lalu membuahkan hasil memberangsangkan.
“Kementerian akan lihat guru-guru yang ‘berduka lara’ ini, kami fokus untuk satukan mereka. Di seluruh negara terdapat lebih kurang 30,000 guru yang berpisah dengan pasangan mereka, ini antara langkah pertama yang diambil untuk satukan mereka dan proses pertama sudah siap dan kami akan teruskan.
“Hampir 2,000 guru berjaya disatukan, ada ramai lagi. Mereka kini boleh menyemak kekosongan dan membuat permohonan pertukaran secara online, iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diberi kuasa untuk membuat keputusan, ini memudah cara, kami sudah amalkan sejak dua tahun lepas,” katanya.
Dipetik dari sini
SEBENARNYA hati kami guru berjauhan pasangan ini seperti mati hidup semula selepas penyataan--penyataan penuh harapan dari Dato' Seri Mahdzir Khalid. Makngoh rasalah, beliau satu-satu menteri pendidikan yang bercakap dan bertindak untuk membantu guru bersama pasangan. Dahulu Mary Yap juga pernah menaik status yang kononnya ingin membantu guru PJJ tapi langsung tiada hasil. Yes...langsung tiada hasil. Guru PJJ tetap tidak diberi keutamaan dalam pertukaran.
Yang menjadi ralat kami guru-guru PJJ mengapakah bilangan guru PJJ mencecah 30K sedangkan egtukar dibuka 2 kali setahun dan semakan semula juga 2 kali setahun. Di mana silapnya??? Mengapa ada guru yang telah berbelas-belas tahun berjauhan pasangan hinggakan masyarakat luar memandang isu tersebut sebagai normal dan biasa. Cikgu ada cuti banyak boleh jumpa pasangan sewaktu cuti. Jadi kamilah isteri / suami separuh masa itu. Yang berkhidmat anak murid separuh mati dan berkhidmat untuk anak dan pasangan dalam 10 kali setahun sahaja. Sewaktu cuti sekolah dan cuti perayaan. Anda semua ada 365 hari bersama pasangan tetapi mengapa kami tidak boleh? Sebab guru umpama lilin membakar diri... (itupun kalau lilin boleh pakai lagi)
Di kementerian ada bahagian yang menguruskan pertukaran guru dan makngoh sangat tak faham mengapa boleh keluar angka 30K ? Jika ada 30 orang pelajar yang gagal, sah-sah dah kering muka guru dimarah kerana makan gaji buta...yang tak buat kerja. Teringat pada tahun 2013, makngoh buat rayuan di KPM menggunakan alasan emak sakit Chronic Subdural Haematoma. Kepala bertebuk sebab ada pendarahan. Pengawai yang melayan makngoh dengan bangga jawab "ada cikgu sendiri yang kanser tahap 4 pun gagal, inikan pula alasan sekadar ibu yang sakit" WOWWWW. Jadi, cikgu yang lulus egtukar tu guna alasan jenis apa baru boleh lulus tukar?
Cerita makngoh tak habis begitu je. Makngoh print gambar-gambar emak makngoh, jaja dan merayu pengawai di KPM jangankan nak tengok. Jeling pun tidak gambar yang makngoh nak tunjuk. Betul. Itu pengalaman makngoh sendiri. Keluar bilik pengawai dengan airmata. Berjalan ke tempat parking yang jauh. Orang duk tengok je kita duk menangis .Mungkin itu fenomena biasa di KPM. Tapi tak serik lagi. Ada masa free pergi lagi. Mengadap lagi. Layanan tetap sama. Keluar dengan airmata lagi dan Akhirnya...putus asa. Hingga ke hari ni makngoh dah tak jejak kaki ke Putrajaya. Dengar kata ada pengawai baru dah yang berkhidmat.
Tahun 2016, tahun ke 6 makngoh berjauhan anak dan suami. Mereka di kampung, makngoh di KL. Duit habis atas Malindo, Firefly, Darul Naim, Mutiara dan Perdana. Itu rutin 6 tahun. Dari mengandung sorang-sorang di KL hingga sekarang anak dah nak masuk 5 tahun. Paling perit drive sendiri ke hospital dengan kontraksi 5 minit sekali. Nurse asyik tanya mana waris? Makngoh tak dapat nak bagitau yang suami jauh di Kelantan. Tak sempat nak datang. Telefon mak di kampung dengan airmata bercucuran. Masuk wad sendirian tanpa keluarga. Nasib baik ada hamba ALLAH suami isteri yang tolong belikan makanan dan minuman untuk makngoh. Memang betul duka lara hidup jauh pasangan ini. Sangat perit. Sebab tu makngoh respect sangat kepada guru wanita PJJ yang sanggup jaga anak sendirian tanpa suami. Makngoh tahu sangat payah...lebih-lebih lagi bila anak sakit atau mak sendiri yang sakit. Tanya je mana-mana guru PJJ macam-macam cerita sedih boleh dengar. Sekolah mkangoh sendiri ada 3 orang PJJ.
Diconteng oleh
mak_ngoh_selamoh
Langgan:
Catatan (Atom)
Labels
AFF
(3)
ALLAH
(127)
artis
(30)
award
(2)
bajet 2011
(5)
bencana
(1)
berita
(171)
blog
(33)
bola
(37)
buang bayi
(4)
cerpen
(5)
doa
(6)
ibubapa
(6)
iklan
(7)
ilmu
(34)
istana
(7)
kartun
(4)
kelate
(75)
kemalangan
(6)
kesihatan dan kecantikan
(9)
khidmat masyarakat
(3)
kisah benar
(16)
lain-lain
(5)
lawak
(15)
matematik
(5)
neraka
(5)
pelik
(33)
penderaan
(12)
pendidikan
(131)
penerbangan
(4)
peperiksaan
(9)
pergigian
(1)
peribadi
(87)
Piala Malaysia
(8)
piala presiden 2011
(1)
politik
(3)
prestasi blog
(6)
puasa
(10)
puisi
(4)
resepi
(33)
solat
(13)
sosial
(85)
sukan
(13)
Sukan Asia Guangzhou
(3)
surat pekeliling
(2)
tips dan petua
(31)
tutorial
(1)
video
(15)