Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Ahad, 23 Ogos 2015

Resepi : Solok Lada

Bahan-bahan
1. Cili hijau
2. Kelapa tua yang diparut
3. Serai*
4. Halia*
5. Ikan kembung @ ikan selayang yang direbus*
6. Bawang putih*
7. Bawang merah*
9. Lada hitam*
10. Garam
11. Gula
12. Telor

Cara-cara

  1. Cili dibelah tapi jangan putus. Dibuang biji bersih-bersih. Rendam cili di dalam air dan kemudian toskan.
  2. Kelapa tua parut digoreng tanpa minyak hingga garing kekuningan. Lepas tu dicampur dengan segengam kelapa tua yang tidak digoreng.
  3. Bahan yang bertanda * ditumbuk lumat dan gaul dengan kelapa. Pastikan ikan dan kelapa dalam nisbah yang sesuai. 
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Masukkan sebiji telor dan gaul rata. 
  6. Masukkan campuran tersebut ke dalam cili 
  7. Lapik periuk dengan daun pucuk ubi kayu@daun kubis@apa2. Letak cili yang telah dimasukkan kelapa. Susun kemas. 
  8. Curahkan air santan ke dalam periuk. Tak perlu banyak-banyak. 
  9. Letak di atas dapur hingga cili masak. 
  10. Siap!


    Kuantiti tidak dapat dinyatakan kerana bergantung kepada saiz cili dan saiz ikan yang digunakan. 










First time shopping dengan LAZADA!

Okay, tajuk agak jakun.

Makngoh sebelum ni tak berminat pun shopping dengan LAZADA sebab dengar macam-macam cerita tak enak mengenai penghantaran barang-barang yang katanya lewat dan ada lak yang tersalah hantar.

Tapi, nak dijadikan cerita hosmate makngoh pindah rumah. Dia angkut sekali dengan mesin basuh. Jadi terpaksalah makngoh mencari mesin basuh. Tengah google online, tengok ada iklan LAZADA mesin basuh MIDEA 7kg dengan harga RM461. Murah tu!!! Murah-murah pun, tak beli gak...sekadar survey dan survey hampir seminggu gak duk main survey je.

Makngoh try google di mudah.my mesin basuh tersebut, harga yang ditawarkan dari RM530 hingga RM550 tu. Maknanya LAZADA jual murah dah tu even dah tambah cas penghantaran tak sampai RM520 pun.

Akhirnya, pada SUATU MALAM Jumaat hampir pukul 12 malam, makngoh pun order dengan LAZADA mesin basuh tu. Alang-alang beli barang, makngoh beli gak vacuum cleaner RM94 warna purple. Warna biru RM95. Di mudah.my harga vacuum tu RM105 tau. Lagi satu makngoh beli penimbang berat digital yang cuma berharga RM34.50 dengan jaminan setahun. Okla tu. Murah. Jika di cosway, penimbang digital seratus lebih.

Alhamdulillah, sabtu pagi GDEX dah datang hantar barang makngoh. Mesin basuh dan vacuum. Maknanya takdela lambat pun beli dengan LAZADA ni kan.

Tapi, penimbang makngoh belum sampai lagi. Mungkin esok lusa kut.


Mesin basuh tu pun okay jer cuma kekurangan mesin basuh Midea MFW-701S ni, tiada tempat isi softlan dan tiada masa. Makngoh dah biasa dengan mesin basuh yang ada masa. Tu je la. Tapi, so far so good.

Hari ini, buka katalog Cosway untuk September tengok vacuum yang makngoh beli di LAZADA. Tengok harganya bape. Kan... murah lagi kat LAZADA.

Hari ni, tengok semula harga mesin basuh tu di LAZADA dah naik harga jadi RM483. Vacuum turun harga jadi RM92. 


Khamis, 20 Ogos 2015

Pasangan curang? Apa perlu buat?



Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak | Portal Rasmi Fatwa Malaysia







Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak | Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Keputusan:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah HARAM. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:

Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;

“ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Kaedah Usul Fiqh:

سد الذريعة - iaitu “Menutup pintu kerosakkan”

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-shisha-menurut-pandangan-syarak
















Rabu, 19 Ogos 2015

Makanan yang perlu dielakkan untuk kesihatan kulit muka dan badan

Makngoh nak kongsi makanan-makanan yang tidak boleh diambil atau perlu berpantang jika anda nak jaga kulit muka ataupun jika anda ada mengidap resdung.


1. Budu


2. Semua jenis seafood ( tetapi ikan yang tak gatal boleh dimakan) 


3. Ikan keli

 

4. Ayam bandar ( ayam kampung tak pe) 


5. Belacan

Image result for belacan


6. Ikan bilis 

 


7. Makanan pedas 


8. Fastfood 

 
 


Sebenarnya semua makanan di atas adalah makanan kegemaran makngoh.
 Ikan keli sambal sedapnya. Sambal belacan. Nyummy



Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!