Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Rabu, 9 Februari 2011

Gaji Safee Sali di Pelita Jaya

MEMETIK laporan disiarkan dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Safee akan menerima gaji bulanan sebanyak AS$10,000 (RM30,360) sebulan daripada Pelita Jaya, manakala FAS menerima pampasan AS$30,000 (RM91,080) bagi menebus baki kontrak pemain itu yang sepatutnya berakhir Disember ini.



-diamil dari metro

p/s : dengar kata Mat Yo dan beberapa orang pemain tidak diturunkan dalam perlawanan lawan Hong Kong nanti.Alasan kecederaan. Tetapi yang makngoh faham, tak diturunkan sebab pemain lama yang cedera dah boleh beraksi kembali. Kita tengoklah, hebat sangat ker

Isnin, 7 Februari 2011

Guru gagal kawal kelas atau pelajar sangat kurang ajar

Terus terang makngoh cakap, makngoh tak gembira sangat-sangat berada di sekolah baru ini. Walaupun di sini namanya Kuala Lumpur, tempat maju dan canggih namun kehidupan di Sabah lagi menyenangkan hati dan menenangkan fikiran.

Semasa di Sabah, makngoh tak pernah fikir mengenai isu kawalan kelas atau masalah disiplin pelajar di dalam kelas. Yang makngoh tahu, makngoh masuk kelas, pelajar sudah sedia dengan buku masing-masing dan bersedia mendengar ilmu yang bakal disampaikan. Makngoh keluar kelas dengan senyuman dan kepuasan.

Namun di sini lain benar. Memberi salam di dalam kelas pun perlu diarahkan. Pelajar perlu diarahkan diam dan pelajar perlu diarahkan duduk di tempat- tempat masing. Itu pun kalau yang jenis dengar arahan.

Hari pertama makngoh lapor diri di sini, makngoh telah dikenakan tindakan oleh pentadbir akibat gagal mengawal kelas. Makngoh ditegur dan dimarahi. Sungguh tertekan. Namun apabila hari-hari berlalu, rupanya bukan makngoh seorang yang alami masalah kawalan kelas. Boleh dikatakan semua guru perempuan gagal mengawal kelas. Guru berdiri di hadapan, pelajar berdiri membelakangi guru dan berbual dengan nada yang kuat tanpa endahkan arahan guru.

Setiap kali taklimat guru diadakan, guru-guru ditegur dan disuruh mengawal kelas. Teringat kata-kata PK1 yang melemahkan semangat makngoh..."kalau cikgu tak mampu mengawal kelas, cikgu sebenarnya sudah GAGAL menjadi guru"

Guru ibarat pahat,,,diketuk-ketuk supaya mengawal kelas....naik muak makngoh asyik-asyik isu kawalan kelas ditimbulkan dan diletakkan 100% atas kepala guru. Makngoh cuba mendengar amanah setiap kali perhimpunan mingguan, tidak pernah pula pentadbir menasihatkan pelajar supaya menghormati guru. Pelajar dipuji-puji melambung walaupun nyanyi lagu Negaraku mulut tak nganga dan bibir tak bergerak pun. Itu pelajar yang berhimpun di dalam dewan dan bersila.

Teringat makngoh kepada pelajar-pelajar makngoh di Sabah. Berdiri di tengah panas setiap kali perhimpunan. Namun mereka menyanyikan lagu dengan semangat dan kuat. Tidak pernah seumur 4 tahun makngoh di Sabah, pentadbir memarahi guru mengenai kawalan kelas. Guru tak perlu diajar cara mengawal kelas sebab pentadbir dah tahu, guru-guru lepasan universiti dan sudah ada ijazah masing-masing.

Di sini, semangat mengajar guru menjadi sangat rendah. Bukan makngoh seorang tapi perbualan dari guru-guru lain pun sama juga. Ada yang bersemangat masuk kelas hendak mengajar tetapi pelajar langsung tidak memberi kerjasama. 80 minit masa di dalam kelas, pelajar hanya berbual dan buat bising tanpa pedulikan guru di hadapan. Sungguh tertekan dan hendak masuk kelas pun jadi takut. Kalau kelas bising sangat dan terkena pula dipantau pengetua pada masa itu, teruklah guru dimarahi. Guru keluar kelas dengan dahi dan kening yang berkerut tetapi dalam sedikit hati lega kerana 'penderaan emosi' dan pencemaran bunyi dari dalam kelas telah berakhir.

Dalam banyak-banyak kelas yang makngoh ajar di sekolah ini, hanya ada SATU kelas sahaja yang faham bahasa dan menghormati guru. Kelas lain sangat teruk kebetulan makngoh diberi kelas-kelas hujung. Makngoh masuk beri nota, pelajar bersandar di kerusi terkangkang dan merenung teduh kepada makngoh. Nota tidak pernah disalin. Apabila ditulis dalam buku kawalan kelas, macam-macam alasan yang pelajar berikan dan akhirnya salah itu kembali kepada makngoh. Akhirnya, makngoh dah tak buat apa-apa laporan di buku kawalan kelas.

Makngoh ada mengadu dengan pentadbir dan minta ditukarkan satu kelas yang sangat-sangat makngoh tak mampu kawal. Namun jawapan pentadbir mendukacitakan. Kelas tersebut memang ditolak oleh guru-guru lain dan disebabkan makngoh guru baru maka makngoh terpaksa ambil kelas tu.

Secara positifnya, memang makngoh fikir
"ini adalah pengalaman"
"bukan makngoh seorang yang ada masalah kawalan, guru lain pun ada"
"orang lain boleh buat, kenapa makngoh tak boleh"

dan macam-macam lagi. 

Mengajar di sekolah ni, baru makngoh tahu bagaimana menjadi guru yang tertekan dan guru yang gagal. Kalau masa boleh diputar, makngoh takkan buat rayuan perpindahan. Makngoh lebih rela berada di Sabah. Walaupun jauh dari suami namun hati tenang dan tiada tekanan. Dapat berpindah ke sini pun, suami masih jauh dan tekanan bertambah-tambah. Di tambah pula makngoh sedang hamil anak sulung, memang makngoh rasa sangat KL ini terlalu asing buat makngoh. Sekarang ini makngoh sabar dan harap ada penyelesaian kepada makngoh ini.

Ahad, 6 Februari 2011

Kalau dah tiada adab

Nak kata naik minyak sangat-sangat tidaklah juga. Tapi makngoh bebel juga tadi dengan nada yang kuat. Ada ke patut abang ipar housemate makngoh buka pintu bilik tidur makngoh. Time tu makngoh tengah baring-baring mengadap laptop. Nasib baik pakai baju dan kain kalau makngoh berkembam tak ke naya.

Kalau ketuk dulu tak apa juga. Ini terus buka. Dah tahu bilik ada orang, bukannya nak cepat-cepat tutup tetapi duk renung tenung lagi. Ah, geram betul dengan manusia tak ada adab nih.

Terloncat makngoh dari tilam dan cepat-cepat tutup kembali pintu dan kunci kemas-kemas sambil membebel. Memang makngoh tahu abang ipar dan kakak housemate makgoh nak datang rumah. Tapi makngoh tak sangka abang iparnya buka pintu bilik orang suka-suka hati. Gatal dan miang. Dah tahu rumah sewa perempuan suka-suka je mengendap.

Makngoh call suami dan mengadu tapi makngoh pula yang kena tegur. "Kenapa tak kunci bilik?" Siang-siang hari, malas nak kunci bilik lagipun biasanya housemate makngoh akan ketuk dulu sebelum masuk.

Labels

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!