Nuffnang

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Seminar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seminar. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mei 2012

SHARE....

Banyak sangat yang aku tahu tetapi orang tak tahu..Memang aku nak share apa yang aku tahu dengan ramai orang...Aku nak memberi nilai tambah dalam hidup orang lain...Pengalaman yang aku kutip selama bertahun-tahun dalam bidang pendidikan dan dicampur dengan banyaknya buku yang aku baca serta ilmu-ilmu yang aku dapat dari pelbagai seminar dan program yang aku hadiri menyebabkan terasa banyaknya perkara yang aku ingin kongsikan.

Aku merasakan perkara tersebut sangat bermanfaat....Ditambah dengan pelbagai penemuan secara tidak sengaja terutamanya ketka mengajar di kelas hujung menjadikan apa yang aku tahu ini mampu memberi nilai tambah kepada hidup orang lain....Namun kalau aku berikan secara percuma pasti perkara ini tidak dihargai dan kurang impactnya....Pengalamann selama beberapa tahun mengendalikan seminar dan program pelajar menemukan aku satu formula yang akan menjadikan Win-win situation untuk aku dan mereka yang bakal aku sharekan apa yang aku tahu....

Aku berazam untuk menjenamakan semula program aku dengan satu bentuk yang lebih kemas, tersusun dan bersistematik...Kalau dipromosikan dengan betul Insyallah ia akan menjadi satu fenomena baru dalam dunia pendidikan...Simple tapi berkesan....Telah aku cuba kepada anak murid aku di kelas hujung dan kelas pandai.. ternyata ia berkesan...Untuk lebih ramai orang mendapat manfaatnya aku akan marketkan secara open market...

Dengan bantuan kawan-kawan yang ada dalam dunia pendidikan insyallah jaringannya akan menjadi luas..aku akan cuba di Daerah aku dahulu....Kalau berjaya akan aku kembangkan di daerah lain....Seterusnya mungkin ke seluruh negara...Aku membayangkan program aku akan dihadiri 2,000 ke 3,000 orang dalam satu masa seperti program-program yang dianjurkan oleh Mentor aku Dr. Azizan Osman... Dengan Mind Setting yang betul tak mustahil segala-galanya menjadi realiti.....

Sedang mencari nama yang sesuai......Satu nama yang terlintas ialah Smart Learning Otak Kanan...nanti aku citerkan dalam entry akan datang apa yang dimaksudkan Smart Learning Otak Kanan....

Khamis, 30 Disember 2010

ESQ Parenting II 25.12.2010

Pada 10.10.2010 aku telah menghadiri ESQ Parenting siri pertama di Malaysia yang dibawa sendiri oleh pengasas ESQ 165 Dr. Ary Ginanjar. Di dalam program ini kita disedarkan tentang tanggungjawab kita sebagai seorang ibu dan bapa serta cara yang betul mendidik anak-anak semenjak dalam kandungan lagi.

Bagi membina sebuah Tamadun yang gemilang seperti Tamadun Islam di Andalusia memerlukan usaha pendidikan anak-anak yang betul semenjak dari awal lagi. Program ini sarat dengan pelbagai info dan pengetahun yang tidak ternilai harganya.

Seperti biasa program ini di sampaikan dengan suasana yang santai dan sangat mengesankan. Gabungan Skrin Lebar, Multimedia dan sistem bunyi yang sangat powerful memberikan kesan yang mendalam dalam jiwa. Terasa banyak sangat kesalahan yang telah dilakukan dalam mendidik anak-anak yang juga merupakan khalifah di muka bumi.

Sesi yang sangat mengesankan jiwa aku ialah pada sesi akhir apabila semua peserta diminta mengisi borang pesanan dan luahan jiwa kepada anak-anak. Tiba di sesi ini air mata tidak tertahan-tahan apabila persatu-persatu wajah anak-anak muncul silih berganti dalam pemikiran sambil mengenangkan kesalahan-kesalahan lalu yang telah dilakukan.

Tak lengkap rasanya jika cuma aku seorang yang mengetahui info ini dan merasai pengalaman ini. Maka apabila ESQ Parenting siri dua diadakan pada 25.12,2010 di Hotel Falmingo Ampang maka aku mengambil kesempatan untuk membawa bersama orang rumah bagi merasai dan melalui pengalaman yang sangat bermakna ini. Kali ini ku datang sebagai alumni parenting.

Selasa, 14 Disember 2010

Gambar sekitar ESQ For Teen-SACC Shah Alam November 2010

ESQ MODEL 165
Program terbaru ESQ Parenting. Memang best program ni

Promo Program-program ESQ

Anak-anak beraksi depan poster besar ESQ

Anak-anak mencari gambar kenangan program ESQ

Lagi Promo program-program ESQ

Seminar otak tengah-SIR SHOFRI AZRAL DAUD-Brisdale

Belajar tentang Otak kiri sudah, belajar tentang otak kanan sudah kini tiba masanya aku berguru dengar pakar otak tengah Sir Shofri Azral Daud. Dengan tag linenya rahsia anda saya ada maka aku tidak teragak-agak untuk mendengar sharingnya tentang rahsia dan kejaiban otak tengah.

Sir Shofri antara trainer yang paling simple giler. Tak de skrip dan tak de teks. Dia bercakap ikut rasa dan ikut gerak hati. Penyertaan alumni otak tengah agak ramai jugek, Rupanya Sir Sofri akan menjalan kan sesi seminar intensif bersama alumni otak tengah selepas sesi bersama pelajar baru.

Banyak jugek ilmu yang dapat aku perolehi daripada sir shofri. . Balik daripada seminar otak tengah aku mula mencari maklumat tentang otak tengah di internet. Ternyata rahsia dan teknik otak tengah telah lama digunakan di Jepun dan Sri langka serta negara-negara sekitarnya. Di Malaysia pengetahun tentang otak tengah hanya berkembang di kalangan masyarakat Cina.

Di indonesia teknik otak tengah jugek berkembang dengan sangat pesat di kalangan pelajar sekolah. Dan apa yang lebih meembanggakan teknik di sebar luaskan di Indonesia oleh seorang rakyat Malaysia. Bagi masyarakat melayu di Malaysia rasanya Sir Shofrilah yang telah mengambil inisiatif untuk mengembangkannya.

Dengan promosi yang agresif di harian Metro tidak mustahil seminar otak tengah jugek bakal mendapat sambutan yang menggalakkan. Berdasarkan carian maklumat di internet pelajar-pelajar yang dirangsang otak tengahnya mampu menunggang basikal dan berjalan dengan menutup mata.

Mereka juga mampu meneka apa yang terdapat dalam kotak yang tertutup dengan betul. Namun aku masih tertanya-tanya apa kaitannya dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Mungkin Sir Shofri ada jawapannya. Insyallah aku akan bertanya kepadanya pada sesi akan datang. Keep it up Bro. Shofri.....Lu memang sempoi

Seminar Otak kanan-Millionaire BrainPower-Wisma MCA Jalan Ampang

Sangat menarik dan benar-benar membuat aku teruja dengan trainer yang deliver serta sharing maklumat tetang fungsi otak kanan. Terima kasih kepada Trainer yang didatangkan khas dari Indonesia iaitu Kapten SAR yang merupakan navigator otak kanan terkemuka Indonesia.

Penyampaian yang bersahaja dan penuh bertenanga menyebabkan masa berlalu dengan sangat pantas. Sebenarnya sekitar bulan june aku telah membaca iklan tentang seminar otak kanan tetapi pada ketika aku sangat sibuk dan tidak dapat menyertainya. Tiba-tiba pada satu pagi sabtu apabila aku sedang membaca surat khabar harian Metro ternampaklah iklan Seminar Otak kanan.

Tanpa berlengah aku memberitahu orang rumah tentang hasrat aku untuk membawanya bersama mendengar sharing maklumat tentang otak kanan. Sambutan pada hari tersebut amat menggalakan. Dewan Seminar penuh sesak terutamanya dengan 300 orang downline-downline Mat Jutawan (Usahawan yang berjaya).

Aku mengambil tempat duduk di barisan kedua paling hadapan. Memang tak sabar rasanya untuk mendengar sharing maklumat yang dibentangkan. Apabila mendengar nama Kapten SAR diumumkan dewan bergemuruh seketika. Dari awal hingga akhir momentum Kapten SAR memang superb. Nak pergi kencingpun terasa amatlah rugi.

Sebagai pendidik banyak sangat teknik otak kanan Kapten SAR yang boleh aku gunakan untuk diterapkan kepada anak murid aku. Insyallah serba sedikit teknik ini akan aku gunakan apabila menyampaikan seminar kepada pelajar pada tahun hadapan. Tak rugi rasanya aku hadir ke seminar tersebut. Orang rumah aku jugak amat gembira.

2011 sebelas era seminar otak kanan akan meletup di Malaysia. Cuma aku mengimpikan kalaulah boleh di bawa master trainer otak kanan iaitu Ippho Santoso (pengarang buku bestseller 7 keajaiban rezki) ke Malaysia adalah lebih baik rasanya dan bakal memberi impact yang lebih besar kepada seminar otak kanan di Malaysia. Apa pun insyallah jika dimurahkan rezeki disihatkan badan dilapangkan semua urusan aku akan hadir lagi ke siri-siri seminar otak kanan yang bakal menggegar di seluruh negara.

Isnin, 13 Disember 2010

ESQ FOR KIDS 27-28 NOVEMBER 2010 - UEM LEADERSHIP CENTRE, PETALING JAYA SELANGOR

Anak nombor 3 aku dan Venny Rikarianty (Trainer ESQ)

Selepas selesai anak aku yang sulung mengikuti program ESQ, Tibalah giliran anak aku yang nombor 2 dan nombor 3 mengikut jejak langkah kakaknya. Ternyata anak nombor 2 dan nombor 3 aku amat excited untuk menyertainya. Tambahan mereka telah didedahkan oleh aku, orang rumah aku dan anak sulung aku serba sedikit tentang ESQ.

Kali ini ibu dan ayah diperuntukan masa yang lebih lama untuk mengikuti program tersebut bersama anak-anak. Dapatlah juga aku serba sedikit tentang pengalaman bagaimana para trainer mengendalikan program untuk kanak-kanak.

Ternyata kandungan modulnya lebih ringan daripada program ESQ untuk Teen. Kali ini Trainer yang membimbingnya Trainer wanita iaitu Venny Rikarianti dibantu oleh Fairdaus Djamaris dan seorang trainer dari Malaysia. Program yang disusun banyak berbentuk permainan dan diselang seli dengan nyanyian. Memang sangat menyeronokkan.

Sekali-sekala anak-anak dibawa mengembara masuk ke alam cekerawala dan ke dalam diri yang disebut inner journey dan outer journey. Setiap kali sesi kembara jiwa selesai ramailah yang teresak-esak menangis. Terasa sungguh kesyahduan kerana tangisan anak-anak yang penuh ikhlas. Tak sedar air mata aku juga tumpah terutama apabila anak-anak datang memeluk sambil meminta ampun.

Selesai setiap sesi pengembaraan ke dalam jiwa dan cakerawala maka anak-anak diajak bermain lagi dengan setiap satu permainan tersebut mempunyai falsafah dan pengajaran di sebaliknya. Antara sessi yag paling syahdu ialah sesi mengenali dan mencintai nabi. Dengan olahan cerita yang penuh unsur melankolik menyebabkan kita sangat terasa dekatnya dengan nabi. Terasa begitu bertuahnya kita umat akhir zaman yang amat di sayangi oleh nabi.

Antara intipati yang dapat aku gambarkan dan amat menyentuh jiwa ialah tentang Muhammad kecil ialah semasa beliau dilahirkan didunia nasibnya tidak sama seperti kanak-kanak lain yang merasa belai kasih sayang dan usapan lembut seorang insan yang bernama ayah dikepalanya.

Beliau tidak dapat bermain-main dengan insan yang bernama ayah. Ketika baru hendak mengenal dunia dan marasai kasih sayang seorang ibu tiba-tiba ibunya pula meninggal dunia. Anda bayangkan seorang anak kecil yang tiada ayah dan tiada ibu disisinya.Hilang tempat bergantung dan tiada pula tempat mengadu.

Cuba anda bayangkan sekiranya anak anda mengalami nasib yang sama. Cuba renungkan matanya yang hilang sinar tanpa ayah dan ibu disisi. Mujurlah beliau masih mempunyai seorang datuk sebagai tempatnya mencurah kasih sayang. Ketika kasih sayang dan kegembiraan baru hendak berputik datuknya pula pergi mengadap ilahi. Cuba anda bayangkan bagaimana seorang anak yang berusia 8 tahun yang tiada kasih sayang dari seorang insan yang bernama ayah, tiada belaian daripada seorang insan agung bernama ibu dan seorang pelindung yang bernama datuk.

Ketika inilah air mata sudah tidak tertahan-tahan lagi. Sehinggalah Beliau menjadi Nabi dan Rasul dan saat akhir kewafatannya masih menyebut ummati, ummati dan ummati. Sayangnya nabi kepada umat akhir zaman yang sentiasa menyebutnya sehingga ke akhir hayatnya. Peristiwa ini amat menyedihkan dan amat meruntun jiwa kerana adakah kita umat akhir zaman sayang kepada nabi sebagaimana sayangnya nabi kepada kita.......Allah hu Akbar


ESQ For Teens 24-25 November 2010

FIRDAUS DJAMARIS
ESQ TEEN TRAINER
Setelah orang rumah aku menyertai ESQ EFA, langkah seterusnya perlu juga rasanya aku menghantar anak-anak aku ke program ESQ. Pendedahan awal anak-anak terhadap ESQ bagi aku sangat perlu supaya mereka lebih faham apa tujuan kita dilahirkan dan ke mana matlamat akhirnya.

Maka pada 24-25 November bertempat di SACC (Shah Alam Convention Centre) maka bermulalah proses anak pertama aku dengan pendedahan awalnya di dalam ESQ. Program ESQ ini telah di bimbing oleh presenter hebat iaitu Firdaus Djamaris yang pernah on air dalam program Halaqah sentuhan Qalbu di TV 9.


Penyampaiannya yang bersahaja berjaya menambat hati semua remaja untuk mengikuti program sehingga ke akhirnya. Ibu bapa hanya dibenarkan masuk ke dewan pada sesi tertentu sahaja. Kalau diberikan kebenaran mahu sahaja rasanya aku duduk dalam program tersebut sepanjang dua hari.


Setelah anak sulung aku habis menghadiri kursus ESQ For Teens aku merasa puas kerana tercapai juga hajat aku untuk memberi peluang kepada anak sulung aku untuk merasai apa yang aku rasa dan aku lalui dalam program ESQ Executive. Semoga dengan menghadiri program ini, anak sulung aku mampu mengaut sebanyak mungkin pengajaran yang amat berharga bagi membentuk jiwa yang lebih mantap dan terarah matlamat hidupnya.

ESQ EFA (ESQ FOR ALL)


Agak tidak lengkap rasanya sekiranya hanya aku yang pergi ke program ESQ. Memang dalam hati kecil ini ingin juga menghantar orang rumah aku ke program ESQ kerana value dan Experince yang sangat bermakna yang akan aku ceritakan di bawah setelah aku mengadirinya terlebih dahulu pada 4 JUN 2010 di Marriot Hotel PutraJaya. Namun disebabkan harganya agak tinggi menyebabkan hasrat itu terpaksa dipendamkan dahulu.

Dalam hati tetap berkata insyallah satu hari nanti aku akan tetap menghantar orang rumah aku ke program ESQ. Tiba-tiba.... jeng jeng jeng.... pucuk dicita ulam mendatang. Semasaa aku menghadiri program sulung ESQ Parenting Dr. Ary di Malaysia aku terbaca satu iklan yang amat menarik perhatian aku iaitu EFA 2010 di IKRAM Bangi. EFA bermaksud ESQ For All.

Yang lebih mengejutkan aku program ini sangat rendah harganya berbanding harga biasa yang ditetapkan oleh ESQ Malaysia. Rupa-rupanya ini merupakan program kemasyarakatan yang merupakan program tanggungjawab sosial ESQ kepada guru-guru, ibu tunggal dan mereka yang tak mampu masuk ke program Executive yang diadakan sselama 3 hari di hotel.

Terkabul juga harapan untuk menghantar orang rumah aku ke program ESQ. Program ini berjalan selama 2 hari iaitu daripada 13 ke 14 November 2010. Ternyata sesi pertama lagi air mata aku dan orang rumah tumpah dengan banyaknya. Sebagai Alumni ESQ aku boleh masuk secara percuma berulang-ulang kali sebagai program untuk recharge.

ESQ merupakan program yang sangat menggegarkan jiwa dan manusuk jauh ke dalam ke lubuk hati. Sekeras mana pun hati kita yang menghadirinya, selalunya pada hari kedua hati yang keras akan menjadi lembut. Susah untuk aku menerangkannya dalam bentuk tulisan. Hanya mereka yang menghadirinya akan dapat merasai pengalamannya.

Aku teringat lagi semasa hari pertama aku menghadiri program ESQ Executive di Marriot hotel yang dibawakan oleh Pak Ary(pengasas ESQ) Sendiri aku amat negatif. Malahan aku berasa hairan mengapa ramai yang menangis pada setiap akhir sesi. Aku tetap menahan dan menutup jiwa ini daripada pelbagai info yang dipersembahkan dalam bentuk multimedia.

Namun pada hari kedua apabila disentuh tentang saat-saat kematian, tinggal berseorangan dalam liang lahad, nabi muhammad, taggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak air mata ini tak dapat ditahan lagi. Mencurah-curah,,,,,timbul rasa takut yang amat sangat. Tayagan multimedia orag membawa keranda beserta effect bunyi yang amat menyeramkan serta gambaran kita yang ditinggalan berseorangan di liang lahad dalam keadaan gelap dan gelita amat manakutkan aku.

Tiba-tiba terbayang semua kesalahan yang pernah aku lakukan satu persatu. Selepas itu, datang lagi gambaran tetag dosa-dosa lalu yang menerjah ruang fikiran dengan tiada hentinya. Air mata memang mencurah-curah tanpa dapat dibendung. Kemudian disentuh pula tentang tanggungjawab terhadap keluaarga dan anak-anak. Terbayang satu persatu wajah anak-anak yang banyak diabaikan tanggungjawab aku ke atas mereka. Kali ini air mata secara automatik mencurah-curah.

Apabila diceritakan tentang betapa sayangya nabi kepada umatnya... timbul perasaan yang amat sayu...rasa penyesalan mengapa selama hari ini aku tak pernah sayang nabi secara bersungguh-sunggh kepada nabi yang sentiasa sayangkan umat akhir zamannya dalam rintihan terahir ummati-ummati sebelum meninggalkan dunia buat selama-lamanya amat menggoncang jiwa ini. Kemudian ditayangkan pula kaabah dan kota mekah...

Kalau selama ini hati ini tidak pernah terasa apa-apa melihat kaabah dan kota mekah dan perasaan yang timbul hanya seperti melihat lain-lain gambar. Tetapi kali ini amat lain. Entah dari mana datangnya perasaan yang amat rindu dan sayu untuk ke sana. Rasanya ketika itu juga aku ingin terbang ke sana. Hari kedua di ESQ telah mencairkan jiwa dan hati aku yang amat keras selama hari ini. Aku bersyukur kepada Rabbul Jalil yang telah menyedarkan diri ini melalui ESQ.

Kepada pembaca blog, kawan-kawan dan semua yag singgah di sini jangan dengar tentang pelbagai kontroversi ESQ. Pergi sendiri, rasai dan lalui pengalamannya. Aku memberi jamianan kepada anda selepas itu jiwa kita akan kembali mantap dan akan kembali kepada orbit dan laandasan yang betul dalam melalui kehidupan seharian......

Jumaat, 15 Oktober 2010

ESQ Parenting

"Susahnya jadi budak kecik..." "Susahnya jadi budak kecik..." antara lagu yang sangat mengesankan jiwa yang dipersembahkan oleh Dr. Ary dan para ATS dalam seminar Parenting ESQ baru-baru ini. Lagu ini memberi impak yang sangat besar kepada aku untuk melihat dunia kanak-kanak dari kaca mata kanak-kanak itu sendiri.
Banyak yang kita tak faham dalam dunia kanak-kanak. Bagaimana mereka ini sebenarnya mahu meluahkan sesuatu dalam bahasa mereka tetapi kita tak paham. Semakin hari perkembangan otak mereka semakin berkembang dengan sangat pesat dan pada ketika itu banyak eksperimen dan penerokaan dalaman sedang berlaku dalam minda, jiwa dan seluruh sistem tubuhnya.

Perkembangan otak mereka selari dengan perlakuan fizikal kanak-kanak yang kadang-kadang memeningkan kepala ibu dan ayah. Mereka juga kerap melontarkan pertanyaan demi pertanyan dan demi pertanyaan yang kita anggap remeh dan temeh. Sekiranya tidak ditangani dengan cara yang betul maka potensi untuk otakya berkembang dengan baik akan berhenti disitu.

Kita sering melihat tahap perkembangan tahap kebijaksanaan kanak-kanak ini amat berbeza daripada seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Sebenarnya tahap kebijaksanaan ini boleh dibentuk semenjak anak dalam kandungan lagi. Perkara ini sebenanrnya telah diterangkan oleh Nabi Muhammad s.w.t lebih 1,400 tahun yang lalu dalam sebuah hadis Qudsi. Hanya kini barulah sains moden dapat membuktikan bahawa kata-kata Nabi Muhammad itu merupakan fakta saintifik yang tidak boleh disangkal lagi kesahihannya.

Sedang nabi mendukung seorang bayi tiba-tiba bayi itu kencing di atas baju nabi. Emaknya marahkan bayi tersebut dan cuba mengambil anaknya daripada rasulullah dengan cara yang agak kasar. Nabi melarang wanita tersebut melakukan perkara seumpama itu. Namun hikmah daripada larangan itu belum dapat diketahu secara jelas akan sebab dan musababnya larangan itu .

Hanya selepas 1,400 barulah larangan rasulullah ini dijelas secara santifik oleh Dr Illiot yang menemuinya secara tidak sengaja semasa mengkaji perkebangan otak anaknya Julia yang berusia sembilan minggu. Anaknya itu di pasangkan peranti untuk mengesan aktiviti otak dikepalanya sambil dia menysukan bayi tersebut. Amat menakjubkan wujud warna-warna yang cantik dalam kawasan tertntu di otak yang anaknya yang sedang menyusu . Namun tiba-tiba anaknya tertendang wayar peranti tersebut menyebabkan Dr. Illiot menjerit dengan kuat kepada bayinya.

Secara beransur-ansur warna-warna yang cantik tadi berubah menajdi warna biru, oren dan hilang begitu sahaja. Penemuan ini membuktikan dan membenarkan apa yang telah dinyatakan oleh nabi di dalam sebuah hadis Qudsi. Rupa-ripanya apabila kita menghalang sesuatu yang dilakukan oleh anak kita, sebenarnya kita telah mematikan perkembangan dendryt yang akan bercantum dengan dendryt yang lain.

Apabila banyaknya percantuaman dendryt berlaku menyebabkan anak anda menjadi lebih pandai dan akhirnya menuju ke tahap genius. Sebaliknya apabila dia dilarang melakukan sesuatu atau kita tidak menjawab apa yang ditanya sebenarnya kita sedang membunuh perkembangan percantuman antara dendryt.

Terasa satu tamparan yang sangat hebat kepada aku apabila kerapkali juga aku menganggap pertanyaan anak-anak ini satu perkara yang remeh yang tidak perlu dijawab dan hanya menggangu aku yang kadang-kadang sibuk melakukan pekerjaan lain. Dalam tak sedar sebenarnya aku sedang membunuh perkembangan dendryt anak-anak yang sedang membentuk horizon geniusnya.

Itu yang tak sedor meleleh ayor mata mengenangkan masa lalu semasa anak sedang membesar yang tidak boleh diulangi lagi. Banyak sangat kesalahan dan kesilapan yang dilakukan dalam mendidik anak-anak. Sedari dalam kandungan lagi anak-anak perlu dididik dengan nilai positif dan baik,,,, wallah hu alam....

Selasa, 12 Oktober 2010

ESQ PARENTING Feel The Expirience, Get A Meaningful Life


Sudah lama aku menunggu tarikh keramat 10.10.2010 untuk menghadiri program ESQ Parenting yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Walaupun akhir-akhir ini ESQ dilanda kontroversi setelah diharamkan di wilayah, namum program ESQ terus terus menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Dengan kahadiran panel penasihat syariah ESQ maka terjawablah semua kemusykilan yang timbul. Kehadiran pengarah SPRM Malaysia Datuk Seri Abu Kassim Mohamed sebagai salah seorang peserta yang megikuti program dari awal sehingga ke akhirnya menjadikan suntikan motivasi kepada semua peserta bahawa sebenarnya ESQ berada pada landasan yang betul.

Setakat ini aku tidak nampak apa-apa kepincangan ESQ dalam menjalankan programnya. Malahan master trainer Pak Ary Ginanjar menyatakana ubah lah apa yang salah beliau sedia menerima semua cadangan dan saranan dengan fikiran yang terbuka. Malahan beliau sedia bermuzakarah secara berdepan dengan sesiapa sahaja yang masih meragui ESQ.

Bacaan Doa Dato` Hj Nooh bin Hj. Gadot mantan mufti Johor amat menyentuh hati. Program diakhiri dengan titisan air mata Tan Sri Dato` Abdul Kader bin Talip mantan mufti wilayah persekutuan dan tokoh pendakwah yang tersohor di Malaysia. Dato` Abdul Kader Talip sempat menyatakan bahawa walaupun beliau telah menuntut ilmu agama daripada pelbagai tokoh-tokah agama di negara Arab namun tidak sama seperti apa yang disampaikan Pak Ary.

Menurutnya lagi Ilmu yang disampaikan oleh Pak Ary disampaikan dengan penuh hikmah, halus dan mampu menyentuh hati manusia. Hanya satu harapannya untuk mengangkat kembali Tamadun Islam pada landasan yang sewajarnya. Bagi yang belum mengikuti ESQ dan hanya mendengarnya dari jauh sertailah mana-mana seminar yang dianjurkan ESQ. Rasai sendiri pengalamannya barulah layak anda menilainya seperti moto ESQ "Feel The Experience, Get A Meaningful Life"
Semoga ESQ terus berkembang subur di Malaysia dan seluruh dunia. Melalui dan merasai serta terlibat secara langsung dalam seminar ESQ memang tidak terucap dengan kata-kata. Apa yang pasti rupa-rupanya apa yang selama ini dicari oleh jiwa yang kosong ini ada jawapannya dalam ESQ....Yel ESQ... Satria Esq go go go, Satria esq Fight fight fight, Satria ESQ Win Win..Esq 1...6...5... Yes..

Jumaat, 25 Jun 2010

ESQ 165


Esq 165 adalah sebuah program yang mengajak kita berfikir kembali tentang tujuan kita hidup. Ia juga mengingatkan kita tentang perjanjian yang telah kita meterai dengan Allah sebelum kita dilahirkan ke dunia. Pada akhirnya kita disedarkan ke mana pengakhiran kehidupan kita setelah hidup di dunia.


Segala-galanya menuju kepada fitrah Allah. Tujuan utama kita dilahirkan ke dunia tidak lain tidak bukan ialah mengabdikan diri kepada Allah. Kita sebagai hamba mestilah memperlakukan diri kita selayaknya seperti seorang hamba. Sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah itu amat melimpah ruah.


Apabila tiba bab kasih-sayang Allah ni yang aku tak boleh tahan. Kali pertama aku dapat merasa bertapa Allah itu amat kasih dan sayang kepada hambanya ini yang banyak melakukan kesalahan, melanggar peraturan dan sering melupakannya sebagai Sang Pencipta Maha Agung.


Rasa kasih sayang Allah itu meresap jauh ke lubuk jiwa yang terdalam dan aku berterima kasih kepadaNya kerana telah mendorong aku menghadirkan diri ke program ini. Mungkin inilah jalan untukNya menyedarkan aku bahawa selama ini aku amat jauh dengan fitrahnya. Aku cuba membayangkan apa akan berlaku kepada diri ini seandainya dijemput olehnya dalam keadaan diri yang masih belum beredia dan bergelumang dengan dosa-dosa. Ini yang menyebabkan Air mata mencurah-curah dan menderu-deru.


Buat pertama kali terbit rasa kasih dan sayang kepada Sang pencipta dengan sebenar-benar kasih dan sebenar-benar sayang. Kalau sebelum ini hanya mulut melafazkannya sedangkan hati tidak selaras dengan apa yang dilafazkan. Apabila Dr. Ary menyebut tentang kasih sayang kepada Nabi Muhammad. Sekali lagi hati ini benar-benar tersentuh apabila melihat Kaabah Baitullah.


Sebelum ini apabila melihat Kaabah hati tak terasa apa-apa. Sekadar melihat dengan pandangan biasa. Malahan di dalam hati ini belum terniat untuk mengunjung dan menjadi tetamu di rumah Allah ini. Tetapi apabila ditayangkan di skrin tentang Kaabah dan pergerakan manusia bertawaf pada ketika itu juga rasa seperti hendak terbang ke sana. Terasa jasad ini ingin sujud di hadapan Kaabah memohon keampunan yang bersungguh-sungguh daripada Sang pencipta.


Rasa sayang kepada manusia agung Nabi Muhammad begitu meluap-luap. Kalau sebelum ini nama Nabi Muhammad sekadar dibaca tanpa ada rasa apa-apa. Kisahnya dibaca tetapi tidak meninggalkan kesan di hati. Tetapi pada kali ini sekali lagi aku begitu sebak, tak sedar air mata tumpah menitis membasahi pipi. Hilang semua perasaan malu dan segan kepada rakan disebelah kerana rata-rata semua peserta tertunduk menginsafi kesalahan yang pernah dilakukan.


Ada juga peserta yang sujud syukur. Ada peserta yang menangis teresak-esak, meraung dan berulang kali melafazkan keampunan dan kemaafan darpada Ya Rahman. Mulanya rasa sebak ini sengaja aku tahan kerana kerasnya hati ini. Namun akhirnya segalanya tidak mampu ditahan lagi apabila hati ini amat tersentuh tetang kasih sayang Allah dan rasa sebak melihat Baitullah.


Antara perkara yang sangat menggerunkan aku apabila skrin menayangkan sekujur jenazah di usung ke tanah perkuburan. Setelah dimasukkan ke dalam liang lahad, kubur tersebut dikambus. Setelah urusan pengebumian selesai semua orang pulang. Yang tinggal hanyalah pusara sepi dan didalamnya tinggallah sekujur tubuh yang kaku seorang diri yang bakal menghitung untung nasibnya seorang diri. Baik amalanya maka kubur akan menajdi pintu ke syurga. Buruk amalanya maka kubur akan menjadi pintu neraka dan menerima azab yang amat pedih.


Disnilah aku membayangkan bagaimana sekiranya aku ditempat jenazah tersebut. Tanpa ada persediaan, tanpa ada amal yang banyak, tanpa rahmat Allah dan kasih sayang Nabi nescaya azablah hukumannya. Anak-anak yang selama ini menjadi penghibur hati ditinggalakan di pintu kubur. Isteri tersayang yang saban malam berada disebelah ketika tidur kini tiada lagi.


Yang ada di kiri, kanan dan atas hanyalah tanah. Hanyalah Tanah........ Tiada lagi teman untuk berbicara. Yang ada hanyalah kesunyian....kesunyian dan kesunyian.... . Yang ada hanyalah kegelapan.... kegelapan... dan kegelapan....... . Takut, seram, mengerikan, berdebar-debar dan jantung berdegup laju memikirkan perkara tersebut. Mampukah aku menghadapinya. Balik ke bilik hotel pada petang itu aku terus termenung dan apabila disapa oleh orang rumah aku tersesak-esak menangis.


Kali pertama hati manusia yang bongkak,sombong dan amat keras ini menangis di hadapan orang rumah. Dia agak aku yang kehairanan memandangkan tidak pernah sebelum ini aku menangis di depannya. Aku tidak mampu berkata-kata hanya tangisan yang menyelubungi bilik hotel pada waktu maghrib yang amat syahdu.....

Khamis, 10 Jun 2010

ESQ 165


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah


Sejak balik ESQ Triaining inilah lagu yang benar-benar mengesankan jiwa dan raga aku setiap kali mendengarnya. Lagu ini berdasarkah surah Asy-Syam yang menyingkap tentang rahsia alam yang menjadi petunjuk kepada kita semua bahawa betapa besarnya kekuasaan Allah dan Maha benarnya Allah itu sebagai pencipta sesuatu yang ada di langit dan suluruh kosmos. Lagu ini dialunkan oleh kumpulan Snada yang bertajuk Demi Matahri


Aku pun tak pasti macam mana aku boleh measuk training ni. Memang menjadi sifat semulajadi aku apabila sesuatu training itu mendapat sambutan aku akan mula bertanya dalam diri mengapa training tersebut mendapat sambutan dan pasti ada sesuatu yang istimewa kerana naluri manusia memang begitu sifatnya.


Pada mulanya aku menyangkakan training ini macam lain-lain training yang berkisar tentang leadership untuk merubah diri ke arah hidup yang lebih kaya dan bermaknan. Mula-mula aku mendaftarkan diri di Hotel Marriot Putrajaya aku mula kahairanan sebabnya ramai sangat orang yang berjubah dan berpakaian hitam. Namun aku tidak pula merasa ganjil memandangkan aku juga memakai baju hitam.


Semasa mencari parking kereta penjaga parking telah bagi hint kat aku. "Saya pun tak tau itu apa punya training, Dia taruk kain hitam banyak besar, staf hotel pun tak boleh masuk". Penjaga parking menambah lagi "Itu Menteri pun ada, dia punya nama mukriz."


Dalam hati mula berkata-kata "Hah apa pulak ada kain hitam?". Setelah selesai mendaftar aku di bawa oleh seseorang yang tag namanya bertulis ATS untuk mendapatkan tempat. Dewan Training Gelap (macam panggung wayang). Di depannya ada 4 skrin besar yang sedang menayangkan gambar Thur Sina diwaktu matahari naik. Amat indah pemandangannya sambil ada suara sedang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran.


Dalam hati terus tertanya-tanya Trianing apa pulak macam ni ada ayat Al-quran, Dewan Gelap, Skrin besar dan effect suara yang sangat kuat. Rasa bergegar dada. Pada mulanya aku agak tidak berapa selesa dengan keadaan ini. Namun aku terus positif. Sedikit demi sedikit aku sudah boleh menangkap maksud dan halatuju Trianing ini.


Rupa-rupanya training mengajak kita untuk kembali kepada fitrah manusia dan mengenal asma tuhan. Sepanjang 3 hari ini entah berapa kali air mata ini mengalir dengan deras mengenangkan keterlanjuran masa lalu. Terasa amat kerdil diri ini berbanding dengan luasnya jajahan takluk Allah Swt...


Kebanyakan peserta yang hadir dihantar oleh syarikat, jabatan dan organisasi tertentu. Aku antara segelintir yang pergi dengan duit sendiri. Yang menghairankan aku mengapa dengan begitu mudah aku menyertai training ini tanpa mengetahui contentnya.


Selalunya setiap kali aku hendak menghadiri sesuatu training atau seminar aku akan menyelidiki dahulu tentang kandungan tarining. Mungkin kehendak ini digerakkan oleh Sang pencipta yang mengetahui jiwa hambanya yang kosong yang memerlukan inayahnya...


Sebenarnya tarining ini mengajak kita mencari sesuatu yang telah lama hilang dari dalam diri. Mengajak kita berubah dan memikirkan betapa bongkak dan sombongnya kita kepada sang pencipta. Sedangkan nikmat, rahmat dan kurniannya kita gunakan setiap hari tanpa berterima kasih kepadnya malahan kita terus melupakannya...... minta maaf aku tak boleh menulis air mata terus menitik.............

Khamis, 27 Mei 2010

Kuasa Marketing


Setelah berguru dengan mahaguru hebat dalam marketing barulah aku paham mengapa orang yang kaya bertambah kaya dan orang yang miskin bertambah miskin. Tentu anda biasa mendengar jenama Power Root. Macam mana jenama ni tiba-tiba muncul dalam market dan menjadi fenomena di Malaysia.


Pernah dengar jenama Ambi Pur macam mana juga tiba-tiba mereka muncul dalam pasaran dan terus mengusai pasaran serta menjadi fenomena serta meninggalkan jauh pesaing utamanya yang telah lama berada di pasaran. Begitu juga jenama Al-Jabar. Teringat aku semasa aku berulang-alik mengajar dari bangi ke sekolah Sri Murni di batu 10 cheras. Setiap hari aku lalu pergi dan balik di hadapan sebuah rumah kayu yang tertera nama pusat rawatan Al-Jabar. Semasa itu perniagaannya kecil sahaja dan hanya mengeluarkan produk hati.


Namun tiba-tiba Al-Jabar menjadi jenama yang hebat juga menjadi fenomena dalam negara. Begitu juga produk Jusmate Dr. Rozmy meledak di pasaran Malaysia dalam sekelip mata. Kesemuanya ini adalah kuasa marketing. Menurut pengasas Al-Jabar 1/3 perolehan syarikat diperuntukkan untuk marketing. Mereka sanggup menggunakan sejumlah wang besar untuk pengiklanan akhbar 1 mukasurat penuh di akhbar dan juga on-air di primetime di TV.


Pemikiran pengguna, pembaca akhbar dan penonton TV akan disumbatkan dengan maklumat-maklumat syarikat sehingga melekat di dalam otak separa sedar. Apabila setiap hari dirangsang maka ia seolah-olah mewujudkan satu keperluan kepada pengguna untuk membelinya. Ingat lagi bagaiman HPA muncul kembali sebagai gergasi MLM bumiputera setelah tenat bertahun-tahun. Hanya dengan penampilan iklan RADIX di Buletin Utama satu ketika dulu telah melonjakkan jualan syarikat hampir RM 18 juta sebulan.


HR Marketing yang amat popular dengar jenama High Goatnya terpaksa membuka kilang baru kerana permintaan yang semakin tinggi setelah iklan 1 mukasuratnya terpapar di dada akhbar harian Metro. Menurut pemilikinya jualan bulanan meningkat kepada RM 10 juta sebulan. Hebatkan kuasa Marketing.


Namun apa yang aku belajar marketing dibahagikan kepada 3 kawasan. 1. kawasan daerah 2. Kawasan Negeri 3. Kawasan Nasional (Seluruh negara). Terpulanglah kepada kemampuan seseorang atau syarikat untuk memasarkan produknya. Sekiranya anda berkemampuan dan berani nescaya anda boleh berjaya seperti syarikat-syarikat yang disebutkan di atas.


Ombak besar umpamnya hanya bermula di rumah. Tetapi dengan strategi pengiklanan yang betul kini perniagaannya bernilai jutaan ringgit. Aku sedang menantikan sebuah lagi company Catering yang bakal menjadi fenomena di Malaysia iaitu Mak Ngah Catering. Lihat iklannya yang cantik di akhbar harian Metro. Dengarnya sahabat baik aku DR. SMS juga akan mengiklankan produknya di peringkat Nasional. Syabas dan tahniah kepada anda...........

Bestnya jadi hebat......

Dr. Ary Ginanjar Agustin founder ESQ

"Cikgu saya mau tanya sikit?" Kata budak Kelas Peralihan aku sambil membantu aku menstapler soalan latihan sejarah aku. "Tambi apa mau tanya?" balas aku... "Cikgu ini butul cakap punya cikgu banyak rajin, semua kerja cikgu bikin. lain cikgu rileks saja apa pasal ha". Wow tersentak dan terkejut monkey aku dengan kenyataan pelajar ni....


Kalau bekas pengetua aku yang pernah melabelkan aku pemalas, tak de inisiatif dan macam-macam label negatif dengar kenyataan ni dia pun mesti pengsan 3-4 kali. Dalam hati aku mula berkata-kata budak ni cakap sebab nak bodek aku ke?. Yang sebenarnya dia tak tau. Cikgu lain telah menyelesaikan kerja mereka dari awal. Sedangkan aku memang last minit punya kerja.


Sudah pasti lah nampak macam aku banyak kerja. Namun tersemat juga dalam hati kalau lah ini satu doa yang mendoakan aku agar menjadi seorang yang kuat bekerja aku rasa ok jugak tu. Sebab hidup hanya sekali. Hidup ini amat singkat. Purata hayat manusia 60-70 tahun. Sebenarnya tak de masa untuk kita rileks dan membuang masa.


Apabila aku kaji perlakuan dan tabiat mereka yang hebat seprti ibnu Sina, Al-Radzi, Profesor Ungku Aziz, Imam Ghazali, Socrates dan sebagainya memang mereka ini mempunyai masa rehat yang sangat sedikit. Mereka sentiasa meluangkan masa melakukan kajian terhadap ,pelbagai bidang ilmu untuk ditinggalkan kepada generasi yang akan datang. Maka tidak hairanlah insa-insan ini menguasai pelbagai disiplin ilmu dan terus menjadi rujukan sehingga kini.


Kalau difikirkan hidup kita ini amat singkat dan banyak masa yang kita habiskan dengan pelbagai perkara yang tidak berfaedah yang tidak menjurus kepada peningkatan ilmu. Aku sangat yakin dan pasti sekiranya kita terus berusaha mengisi masa-masa berkualiti kita dengan membaca, membuat kajian, meningkatkan ilmu melalui seminar, bahan DVD dan seumpamanya, kita juga akan menjadi manusia yang hebat kalaupun tidak setanding dengan tokoh-tokoh di atas cukuplah sekadar menghampiri standard yang telah mereka tetapkan.


Aku sangat teruja dengan buku-buku yang dihasilkan oleh Harun Yahya. Kualiti ilmu yang terkandung di dalamnya sangat tinggi. Rasanya kalau aku diberi peluang hidup 2 kali pun dalam dunia ini tak mampu aku nak mengkaji dan menghasilkan buku dalam pelbagai disiplin ilmu. Antara penulis dan presenter lain yang amat aku kagumi ilmunya ialah Anthony robin, Azizi Ali, J. Losier, Dr. Ary Ginanjar, Dr. Azizan Osman dan sahabat baik aku Bhag Singh.


Kualiti ilmu yang mereka curahkan melaui buku, seminar dan sebagainya amat berkualiti tinggi dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian serta berpijak dibumi yang nyata. Namun ada satu ciri yang sama bagi mereka ini ialah sebelum sampai ke tahap sekarang mereka telah menghabiskan banyak masa berkualiti untuk belajar, mengkaji, menuntut ilmu daripada pelbagai sumber. Mungkinkah satu hari nanti nama aku juga akan tercatat sebaris dengan tokoh-tokoh di atas.........

Khamis, 8 April 2010

Bisnes Seminar


Sudah lama aku tak bersilat di gelanggang seminar. Sekitar tahun 1993-1996 aku begitu aktif menganjurkan pelbagai seminar pendidikan. Alhamdulillah rezeki mencurah-curah masuk. Di mana sahaja aku menganjurkan seminar kehadiran cukup memuaskan. Memang berbaloi dengan hasil kerja yang aku lakukan.

Johor Bharu, Muar, Negeri Sembilan , Kuala Lumpur dan Ipoh merupakan lokasi yang kerap diadakan seminar. Entah macam mana sedang berfikir-fikir nak buat bisnes apa akhirnya terlintas dalam kepala bagaimana sekiranya aku anjurkan seminar yang berbunyi SEMINAR TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN SECARA BERKESAN PMR,SPM DAN STPM.

Masa tu aku main redah je. Kerja memang aku lakukan secara one man show. Pernah juga ke udara di radio3 negeri sembilan, radio3 ipoh dan iklan-iklan aku menghiasi dada-dada akhbar Utusan, The Star,NST dan dimasukkan ke dalam slot MHI Tv3.
Selain Seminar teknik-teknik menjawab soalan secara berkesan aku juga pernah menganjurkan seminar bersifat motivasi dan transformasi pelajar yang juga tidak kurang hebat sambutannya. Antara penceramah hebat yang pernah bekerja di bawah aku ialah Kak Ruby yang sekarang merupakan motivator remaja yang hebat Rubiah K. Hamzah. Encik Ahmad Ali Seman pensyarah sejarah dan pakar sejarah Jepun. DR. Aziz Jemain ketua jabatan matematik UKM dan Dr. Sahar Yahya pengarah pusat matrikulasi Universiti Malaya dan ramai lagi yang aku lupa namanya.

Namun segala-galanya berakhir apabila aku terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kaki aku patah dan tidak bekerja selama setahun. Bisnes Seminar aku juga terpaksa dihentikan. Aku seolah-olah hilang semangat untuk berniaga tambahan pula pelbagai jenis seminar pendidikan tumbuh seperti cendawan lepas hujan.

Sekolah-sekolah di seluruh Malaysia juga telah mula menganjurkan Seminar Teknik-teknik menjawab soalan. Akhirnya sehingga kini aku tidak lagi menganjurkan sebarang seminar walaupun hasrat tersebut ada. Insyaallah pada tahun ini aku akan mula merangka untuk menganjurkan kembali seminar pendidikan yang unik dan lain daripada yang lain. Semoga usaha aku untuk kembali menjadi peneraju seminar akan berjaya.

Sabtu, 3 April 2010

Azizi Ali dan Truewealth

Dah lama sangat aku menyimpan hasrat untuk menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Azizi Ali. Tahun lepas aku tak berkesempatan memandangkan kedudukan ekonomi yang merosot gara-gara kemerosotan ekonomi global.
Tahun ini aku hampir juga tak dapat pergi memandangkan banyak sangat urusan luar. Namun aku tabahkan hati dan tanamkan hasrat untuk pergi juga ke seminar ni. Pada mulanya aku agak riasu juga apabila diberitahu seminar ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai mediumnya.

Kalau setakat english orang Malayasia aku boleh paham. Yang aku khuatirkan kalau Englishnya berabuk macam British. Jawabnya Yes No alrigth je la. Sesampainya aku di Holiday Villa Subang aku menjadi semakin cuak kerana walaupun majoriti pesertanya orang melayu tetapi semuanya speaking London.
Hampir kesemua peserta yang hadir merupakan mereka yang profesional seperti doktor, jurutera, owner syarikat, pensyarah dan peguam. Berpoloh juga nak speaking dengan deme ni. Aku redahnya dengan english yang tak berapa mantop. Akhirnya boleh juga deme paham maknanya ok le tu.

Apa yang Azizi Ali sampaikan mampu aku paham semuanya. Berbaloilah pelaburan aku. Insyallah kalau ada lagi seminar anjuran Azizi Ali aku hendak pergi lagi. Banyak sangat input dan ilmu baru yang aku dapat. Satu perkara yang aku terkilan apabila Azizi Ali tanya aku nak tulis buku apa dan aku tak mampu memberi jawapannya. Agak-agak apa genre yang sesuai ya?

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...